Monday 28 January 2008

Hari ini hari Isnin

Yes, true enough, today is Monday.

But, I'm not having any Monday blues? Miracle isn't it after all these years. Instead, I had rows of Sunday blues. Why? Because in Kota Bharu, working days start on Sunday.

Yesterday, it was the first day of another attachment to another department. The last and final rotation before the BIG EXAM in May. I'm back to where I was about 8 months ago, back to my own place, Department of Pathology. It should be known as Department of Surgical or Anatomical Pathology. But, because of budget constraint, they've shortened it to Department of Pathology (my theory). FYI, pathology actually consists of anatomical pathology, microbiology, haematology, clinical chemistry or chemical pathology, and immunology.

Embarassingly enough to say, my fellow senior collagues did not communicate with the rest of the other pathology departments on how to conduct the phase 1 master students. No saying that we need them to hold our hands and feet guiding us to the exam, but atleast, a proper structured learning programme, like others have done. Yes, we are matured students, but half of the class, had no experience in pathology! And yes we do need guidance.

So, as trainee lecturers who made up almost 1/4 of the class, sat down and thought hard on how to make this final rotation, more organised for everyone's benefit. I reckon it's a training process for the future.

My classmates, there are 14 of us. We grew closer each day. Not to say that, we've always been happily-ever-after since the course started back in June. There have been disagreement, fights etcetra, but we managed to cope with each other. We have one aim, to pass the final exam together, insyaAllah.

This is my Monday story. My head was spinning after sorting out the discussion subjects for the whole class revision session. My tummy ached because I had sambal belacan for lunch or, perut dah masuk angin, but it's resolving now.

Later lah.....

Saturday 26 January 2008

Drama deme, drama kite

Saya ni bukan la selalu tengok 'cerita-cerita sabun', samada yang dari seberang Selat Melaka atau seberang Sungai Golok atau seberang Selat Tebrau ataupun yang dari seberang Laut China Selatan.  Jadi, saya bukanlah fanatik follower cerita-cerita yang ada pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam.  Tetapi, pada hari Jumaat malam Sabtu, kadang-kadang saya akan 'ter'tengok sinema hidayah.  Tujuannya, supaya saya juga dapat muhasabah diri.  


Malam tadi, saya ter-menonton lah satu episod kat sinema hidayah ni.  Mula lah, di kepala ni, saya duk complaint macam-macam tentang episod kali ni, rasa macam pengarah nya tak buat homework betul-betul. (ceh wah, macam bagus bebenor den!).

Gini, cuba-cuba la fikirkan ada logika kah?
1) Accident, ada head injuries, tapi bila bawak gi hospital, tak pun pakai neck brace. 
2) Kalau keadaan pesakit tu kritikal, biarlah kekononnya patient tu incubated (masuk tube kut mulut utk bantuan pernafasan), bukannya nasal prongs (tube kecik yang masuk straight ke lubang hidung), dan adakanlah wayar-wayar yang connectkan ke ECG machine, ubat-ubat melalui drip. Baru lah nampak kritikal sket.
3) Paman yang 'warak' tapi kuku jari kelingking panjang.  (untuk tujuan korek hidung ke??)
4) Awek sorang ni masih tak sedarkan diri lepas operation, tapi mak oiiii, bulu mata siap ber-maskara lagi.  Waduhhhhh.....

Namun begitu, moral dari episod-episod dari segmen sinema hidayah antaranya jangan lupa diri dan sombong pada mak ayah, jangan engkari perintah Allah, jangan permainkan agama suci kita ini, dan sebagainya.  Balasan Allah amatlah prompt dan berat.

Saya dapat memahami jalan ceritanya pun sebab ada subtitle.  Kalau takda, hampess...ngak paham sih!

Drama-drama tempatan pun sekarang ini, mula ada dah cerita-cerita yang sebegini.  Bagus juga lah, saya boleh faham storyline tanpa perlu baca subtitles.  Perlu ada banyak cerita-cerita yang secara tidak langsung dapat memberi pendidikan moral, bukan setakat cerita cinta-cintun aje. Of course, ada gak la, cerita-cerita yang pengarahnya tak buat homework betul-betul, ataupun masa editing tu tak betul-betul edit, contohnya, ada satu drama ni, si doktor ni beriya-iya la dengan mimik muka yang seriusnya sedang mendengar jantung patient ni.  Tapi aishehman, statescope gantung kat leher je, lupa dimasukkan ke dalam lubang telinga.  Nak dongar apo eh jang? Kami gelak sakan tengok babak tu. Lawak lawak.  Memang babak tu kena masuk lawak king.

Later lah.....

Friday 25 January 2008

Rumah Ooo Rumah



Kami berada di Kelana Jaya minggu lepas.  Kebetulan saya cuti seminggu lepas end-posting exam dan juga untuk menyambut mama yang tiba dari Tanah Suci pada hari Sabtu 19hb.
  Dari KBR ke KUL, naik AirAsia.
Sabtu malam di KLIA, cucu-cucu menanti ketibaan MamaTok mereka.  


Mama tiba juga akhirnya.  Darwish time tu, dah mula merajuk kerana penat menunggu.  Siap cadangkan supaya datang esok je.  Malam tu, mama kata, 'seronoknya di sana; dan di sini home sweet home'.
22hb, sambut birthday Darwish yang ke 6. Begitulah gamatnya rumah masa tiup lilin dan potong kek tu (sila rujuk video klip dalam entry lepas).
Dari Subang ke Kota Bharu, naik Firefly.  Darwish dan Nabilah mengayakan baju hadiah MamaTok dari Mekah.

Kembali ke rumah sewa sekarang ni. (Gambar ni gambar lama, ambil masa sebelum masuk dulu)

Tapi itu lah orang kata, home sweet home.  Walaupun balik ke rumah parents tempat kita membesar, tapi bila sudah mempunyai keluarga sendiri, rumah sendiri juga yang ' manis'! (biarkan pun konsep hiasan dalam rumah, 'ala-ala titanic pecah').

Rumah sendiri.  Yang atas masa bulan 7/07 dan yang bawah bulan 11/07.  Sekarang ni tinggal nak pasang grill dan tambah wiring, sebelum pemasangan lampu dan kipas.  Target pindah, dalam bulan Februari, insyaAllah.

Home Sweet Home.
Tak Sabar nak pindah ke rumah sendiri.


Wednesday 23 January 2008

Video Birthday Darwish Part 2

Kelakar tengok gelagat mereka.
Pelakon-pelakon utama adalah: Darwish, Nabilah, Najiha dan Qaira.




Lupa saya, gambar Darwish masa baby dan macam-macam gambar lagi, ada di faezhussain.multiply.com.

Tuesday 22 January 2008

Happy Birthday Muhammad Darwish

6 tahun yang lepas, Muhammad Darwish bin Muhammad Farid telah dilahirkan di Launceston General Hospital, Tasmania, Australia pada jam 11:15malam. Selama 2 jam berjuang, akhirnya baby Darwish terpaksa dilahirkan dengan bantuan vacumm. Beratnya 3.36kg. Suami saya menemani saya setiap saat.

7 hari pertama Darwish terpaksa berada di bawah sinaran UV, sebab dia jaundice. 9 hari seterusnya, Darwish berada di kuarters doktor yang sempit bersama mummy dan ayah. Ketika itu, terasa umpama kami ni kawin lari.

Darwish had his first flying experience at the age of 16 days. Flying from Launceston to Melbourne, and Melbourne to Canberra. His Malaysian BC and passport was prepared in one day. I remembered, Darwish left a big poo in the Malaysian Embassy.

Flying back from Canberra to Melbourne took us an hour. Waited in Melbourne Airport for our midnight flight home. And Darwish, impressively, behaved in the whole flight. Mama and Papa waited for us in KLIA. This time. it wasn't me they rushed to, but their very first grandchild.

Baby Darwish stirred up excitement to the whole family because it had been 12 years since the last baby was brought back to the house.

2 months later, baby Darwish flew again. This time destination, Manchester, United Kingdom. Sheffield is an hour journey from Manchester. And that was where Darwish spent his 1st,2nd, 3rd and 4th birthday.

Darwish 5th birthday was not properly celebrated because Mummy was still kelam kabut with the new job and starting a new life in Kota Bharu.

This year, he has grown up a little. Smarter than before, but of course, still has his baby tentrum, that drove me mad. But, we still love him to bits.

Happy Birthday Darwish.

Mummy doakan Darwish menjadi anak yang soleh, dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Malam ni, Darwish's birthday dinner. Got 2 cakes, one from mummy and one from NekNah (neighbour mama, who happens to have same birth-date as Darwish's).
PS: Despite this, felt sad a little because cik abang is back in KB because of work.
Darwish 6th 'Birthday Makan-Makan' video.

Thursday 17 January 2008

Fiuh!

Finally!
I sat for my end posting exam yesterday.

I don't why, but since I started the attachment to Haematology Department, my spirits just soars a bit. I became demotivated, that I let my studying done in the last minute. Proven by, I completed my final case report about an hour before I started writing into this.

My exam? Theory part was not too bad, but the practical part was so-so. I might have failed some questions in the practical. Perhaps, I deserved it because for not putting much effort in some chapters of haematology.

And now, I am free as a bird. But only for a limited time. A week will do, to recover the aching brain cells!

Just now, I checked my email, and I am 'fortunate' to subscribe to an international malaysian doctor forum. Current discussion topic was, 'Shortage of Oncologists in Malaysia'. I felt like replying in these exact words, " Stop yapping!! Come back and help us at home!". Am I fair to said that, or I'll be labelled as plain rude?

Time to go home.

Later.....

Monday 14 January 2008

Reviving

Fuyoooo

Punya la lama tak masuk sini and update the blog.
Need a major refurbishment ni.

Saya rasa, ramai dah tak jenguk blog saya ni, sebab tuan rumah sendiri tak datang jenguk hinggalah hari ni.

Maaf, saya sibuk dengan tahun 1 master saya. Dan, pelbagai lagi alasan yang masuk akal dan tak masuk akal.

Sayang pula, kalau saya tak maintain blog saya ni, sebab banyak cerita dan kenangan saya semasa di UK ada tersurat dalam blog ni.

Oleh itu, inilah masanya untuk saya, refurnish dan refurbish blog saya.

Oppss, tapi saya terpaksa tangguhkan untuk sementara waktu, sebab saya ada exam hari rabu ni.

InsyaAllah, blog ini akan kembali ber'nafas' kerana saya rasa, menulis adalah salah satu cara untuk saya melepaskan tension.

Later...

Rumah baru yang sudah siap sekarang ini. Tunggu masa untuk masuk sahaja.


(Ni gambar yang diambil beberapa bulan lalu)

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :