Friday, 1 December 2006

Disember sudah!

Assalamualaikum

Terima kasih atas kunjungan tuan/puan ke blog saya, yang makin lama makin jarang di-update kan. Maaf, pelbagai urusan nak kena beres.

Sejak pemergian papa, hidup kami ada perubahan. Terasa kekurangan ahli. Namun, time heals. Walaupun tak sama, yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan. Yang telah pergi, kita doakan kesejahteraannya di alam sana, dan perbanyakkan sedekah ayat-ayat suci kepada mereka.

Saya sekeluarga berada di Kelana Jaya sejak 4 minggu yang sudah. Menemani mama dan adik-adik.

Sememangnya, sebagai anak sulung tugas di atas bahu amat berat sekali. Saya sekarang cuba selesaikan hal-hal pusaka sebaik mungkin. Mujurlah mama ada ramai kenalan yang sudi membantu kami, dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan adik-adik. Tapi ada kala terjadi, situasi yang membuat saya dilemma....di sana sayang, di sini pun sayang. Kalau di sana terusik, diri ini pun terasa. Kalau di sini terluka, diri ini pun terasa. Itulah cabaran agaknya, sebagai seorang anak, isteri,menantu dan ibu.

Ada kala, saya rasa mahu tidur aje. Moga-moga bila saya bangun, segalanya akan selesai. Tapi tak semudah itu. Hidup ini penuh dengan cabaran.
Ada kala, saya rasa mahu lari saja dari kehidupan saya sekarang. Tinggalkan segalanya. Biar aku dengan dunia aku sahaja....tapi itu pentingkan diri sendiri namanya. Mati saya nanti tak diredhai suami atau mama, dosa besar saya.

PadaNya saya berdoa, berikanlah kekuatan. Berikanlah hidayah. Ada kala tak terdaya rasanya kaki ini untuk melangkah....

------------------------------------------------------------------------------------------------

On the brighter notes, memandangkan saya dah kena tag dengan Yus, ni saya nak jawab sebaik mungkin....(btw tahniah Yus dengan kehadiran Abid Zulfan).

5 things I would like to do if I were a millionaire:
1. Menunaikan fardhu haji bersama seisi keluarga.
2.Bukak business yang boleh membantu kepada pembangunan ekonomi pendalaman dan mereka yang daif.....
3. Cuba ubah beberapa usul yg bodoh....jadikan government education dan health FREE untuk semua.
4.Buat satu dana untuk membantu mereka yang tak berkemampuan dari pelbagai segi
5. Beli rumah...atau satu kawasan perumahan untuk tempatkan semua adik beradik ipar duai

5 bad habits:
1. Moody...
2.bila PMS mood lagi teruk....
3. Suka menjeruk rasa....
4. Masak or buat air tak pernah rasa sendiri....
5. Last minit buat kerja....contoh: essay hari tu, lagi 1 jam nak due, masih lagi terhegeh2 buat...

5 things I hate doing:
1. Lewat-lewatkan solat..tapi ada kala gagal untuk mengubah sikap buruk ini
2.Mengumpat....tak dak keroje lain yang lebih berfaedah ka?
3. Tengok drama soap kena tunggu hari2 time sama....takdak keroje lain yang lebih berfaedah ka?
4.Masak terover budjet yg menyebabkan pembaziran....kalau bley, sekali masak tu, makan ngam2 aje..lauk nasi kasi licin, bley basuh semua...
5.Bodek membodek boss ka sapa ka....tak reti....itu pasat kut susah dapat keroje kat UK dulu, la ni pun masih menganggur....

5 things I will never do:
1. Derhaka pada mak ayah,mertua dan suami
2. Makan sotong, yong tau fu
3. Kaler rambut
4.Tabur janji-janji palsu
5.Dengan sengaja silap buat diagnosis dan bg ubat salah....nauzubillah

5 things I regret doing:
Tak guna menyesal akan satu kesalan, kerana ia akan membawa kepada penyesalan. Apa-apa pun ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah Maha tahu.
Satunya gi kekonon tempat sales, tapi kena tipu dek mat saleh kapiaq....sabor aje lah.

5 fave toys or things:
1. Kitab, tak kira la Al Quran ka buku ka....asal boleh baca dan tambah ilmu, itu yg disukai....
2. Macam Yus gak ler, spek mata....takdak ni susah la nak berfungsi....tidur pun kekadang dengan spek....nak bg mimpi nampak terang gamaknya...
3. Tiru Yus lagi, mobile fon, isk takdak ni, jenuh nak kena hafai nombor fon, takleh nak bersms
4. Toys Darwish train set Thomas, Toys Nabilah dapur dan alat2 memasaknya
5. Kereta idaman....dok pikir nak sambar Unser (ini aje yang mampu)....untuk memudahkan nak bawak mama dan adik2 jejalan....dan juga kereta kecik sebijik yg murah2 second hands less than 10k, untuk bawak gi kerja...itu fav toys dalam impian la...

Itu saja la kut.........kalau tak betul tu, maaf la mungkin saya tak sengaja...atau syiok sendiri
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni Ahad 3hb, dah 2 hari terbengkalai entry ni.

Masa saya menulis ni, saya berada di Taman Mesra Pengkalan Chepa, rumah sewa kami (dah pasang streamyx dah). Dah 4 minggu rumah ni tak berpenghunikan manusia. Yang banyak melepak sini, Cik Ti dan Tuan Ti, Cik Li, dan Tuan Cak. Rasanya cam berlumuih aje rumah ni. Sofa2 dan kusyen2 cam berkulat. Mungkin sebab cuaca sejuk kerana hujan dan tingkap rumah tak terbuka, jadi spora-spora kulat senang senang hati membukak jajahan. Yang lain tak yah cerita lah, hasil buangan penghuni tanpa undangan kat rumah ni merata tempat.

Malam semalam, saya dan suami pulang ke kampung sebab ada tahlil. Sepupu saya organisekan nya. Dapat la berbicara sepatah dua mengenai pembahagian pusaka.

Sedikit mengenai pembahagian pusaka ni. Kalau ada yang maklum mengenainya, bagus lah. Kalau yang belum tahu, jom kita kongsi ilmu yang saya pun baru tahu serba sedikit ni.

Pusaka peninggalan arwah, kiranya masih ada ibunya, bahagiannya ialah 1/6 dari jumlah. Isteri atau suami akan mendapat 1/8. Hah, kenapa mak dpt lebih dari spouse? Sebabnya mak kita lah yang jaga kita dari kecik sampai lah kita dah kahwin. Pasangan kita, kenai kita baru kejap aje kan? Dalam surah Al Imran ada cerita pasal pembahagian ini. Pastu, dah tolak hak mak dan juga isteri, barulah dapat kat anak-anak. Anak lelaki 2 bahagian, hak anak perempuan 1 bahagian, kecuali jika semua pihak bersetuju untuk membahagi sama rata. Kenapa anak laki dapat extra? Sebab, mereka kan akan jadi ketua keluarga, banyak tanggungan lagi. Macam lah suami kita juga, tak gitu? Ini pun ada tersebut dalam surah Al Baqarah.

Lepas tu, kalau nilai jumlah pusaka tu melebihi RM600,000.00, kena isi borang Amanah Raya. Tujuannya ialah untuk melancarkan segala urusan. Isi borang dan senaraikan segala harta benda yang ada, yang boleh alih (eg duit dalam bank, saham, insurans, kenderaan) dan juga harta tak boleh alih (eg tanah, rumah). Sebelum nak ke Amanah Raya, pastikan sudah mendapat kata sepakat di kalangan pewaris untuk memudahkan urusan. Kalau tidak, pasti takkan selesai hingga berpuluh tahun.

Jadi, inilah tugasan saya sekarang ini. Beratnya rasa tanggungjawab di bahu saya ini. Walaupun, papa saya pergi belum 40 hari, tapi perkara ini elok lah diselesaikan dengan segera, untuk memudahkan segalanya. Orang mungkin akan berkata, kubur masih merah, dah sibuk nak bahagi-bahagikan harta. Tapi yang hakikatnya, lebih cepat urusan, lebih senang keluarga kita sendiri. Sebabnya, kiranya mak kita dah pencen, sumber pendapatan untuk dia menanggung perbelanjaan harian datang dari pencen si arwah dan pusaka (selain dari pemberian setiap bulan dari anak-anak yang sudah berkerja). Kalau hal ini lambat tertunggak, tak ke menyusahkan mak kita dan diri kita juga?

Bicara saya dengan sepupu saya, yang menjadi wakil kepada nenek yang sudah lupa a.k.a senile dementia, amat bermakna bagi saya. Rasa bagaikan sebahagian dari berat bahu saya sudah terangkat. Tinggal sekarang untuk membuat perbincangan muktamad dengan adik-adik di KL.

Semoga, Allah permudahkan urusan ini. Dan kepadaNya lah saya meminta pentunjuk dan hidayah.

OO sebelum terlupa, pada yang masih belum tahu pasal hizbah, sila lah cari maklumat pasalnya.
Saya sendiri kena cari lagi informasi mengenainya, supaya dengan ini, dapatlah mempermudahkan urusan pusaka kepada pewaris saya kiranya saya dijemput Ilahi kelak.

Wassalam.

Later.....

PS: Terima kasih sebab masih sudi menziarah blog saya ni, walaupun asyik bersawang saja.
PS: To Jawahir, I think I do remember you, tapi tak berkesempatan lagi nak ziarah your blog, maaf.

Dan dengan ini, saya telah masuk ke dalam statistic yang tersiar dalam The Star tempoh hari, bahawasanya bloggers di Malaysia, kebanyakkannya adalah kaum wanita... (kita ni takdak keroje ke, atau bakat menulis kita lebih hebat dari kaum lelaki macho??? :D)


Sunday, 12 November 2006

Syawal 1427

Assalamualaikum

Lama sudah saya tak update blog saya ni.
Mula-mula terima kasih pada Yus, yang telah tolong 'update'kan darihal kami di Malaysia dalam blog dia.
Terima kasih pada Syikin yang menelefon saya tempoh hari.
Terima kasih pada teman-teman blog yang sudi menjenguk blog saya dan meninggalkan pesanan dalam shoutbox saya.

Syawal tahun ini berlainan sekali untuk kami sekeluarga.

Rentetan dari pagi 1 Syawal.

Ditakdirkan Syawal tahun ini, saya dan 2 adik saya beraya di rumah mertua masing-masing.

Di pagi Syawal, saya berada di Kuala Kangsar. Tapi saya tidak tahu kenapa, hati saya jiwa saya nak sangat balik ke kampung di Terengganu untuk beraya dengan papa dan mama. Walaupun saya bersolat raya di Masjid Ubuidiah, tapi hati saya tak ceria. Walaupun saya dapat menatap wajah Sultan Azlan, Raja Nazrin dan Raja di Hilir, hanya wajah saya yang tersenyum, hati saya asyik teringat pada papa dan mama sahaja.

Suasana hari raya di rumah mertua saya memang meriah dan penuh kekalutan. Bayangkan, adik ipar saya seramai 8 orang (9 termasuk suami saya)+mama & abah+3 menantu+ 8 orang cucu, memang kecoh. Darwish, untuk pertama kalinya, mengikut Tok dan 3 sepupunya beraya ke rumah orang kampung. Dia seronok dapat duit raya. "Mummy, I got a lotttttt of this ('angpow' raya)". Saya buat kuah kacang (nasib baik kali ni menjadi), mama mertua saya suka bnor makannya.

Raya kedua, kami 3 kereta balik kampung mama mertua saya, di Bota. Dapat la rasa mee Bota yang sedap tu. Pakcik suami saya ada kedai makan di depan Hospital Daerah Changkat Melintang (kalau ada antara pembaca yang lalu kat depan hospital tu, singgah le kat kedai tu, mee kuah dia memang sedapppp [promosi percuma]).

Raya ketiga, di sebelah paginya, ramai tetamu datang berkunjung. Tengaharinya, kami bertolak menuju ke Terengganu. Saya insisted untuk balik ke kampung saya di hari raya ke3 sebab raya ke4 ada kenduri kahwin pakcik saya. Kami singgah sebentar di Gerik, ziarah keluarga bakal menantu untuk adik ipar saya yang no 6. Memang sedap sekali makan tengahari tu.

Perjalanan menuju ke Kampung Laklok, Jertih, mula-mulanya berjalan lancar. Hinggalah lebih kurang 15 km menuju ke simpang KB-Machang-Jeli-Kuala Krai. Tersangkut dalam jem lebih kurang 2 jam. Saya dan suami memang tak pernah alami jem seteruk ni. Kepala ni tension sungguh. Ingat lagi, saya called hp mama untuk mengadu darihal tersangkut dalam jem, tapi papa yang jawab, dia cakap polis yang jaga tu, pasal tu jem; saya plak kata ada accident kut. Yang betul ialah papa saya. Kami tiba di kampung jam 10 malam. Mama, papa, 2 orang adik saya dah tertidur menunggu kami. Selepas bersalaman minta ampun dan maaf, kami makan malam. Memang saya duk membebel kat papa pasal jem tadi. Dia seronok dok gelakkan saya. Papa cakap rumah sewa kami di PC tu, besar, "Bulih muak tigo butir bah express (Boleh muat 3 biji bas express)". Dia suruh tuan rumah baiki dapur. Dia kata, kalau tuan rumah nak jual rumah tu, beli aje.

Raya ke4, pagi-pagi lagi saya dah bangun, sebab ada saudara nak datang breakfast pagi tu. Papa lepak bersama saya dan mama di dapur. Saya berusaha memujuk papa mama untuk tak balik ke KL petang tu. Tak puas rasanya jumpa mereka. Tapi disebabkan adik-adik 2 orang lagi tu ada exam Isnin tu, so papa nak teruskan plan balik ke KL petang tu. Saya, suami dan anak-anak beraya di rumah pakcik makcik yang dekat-dekat rumah nenek tu. Selepas solat Jumaat, kami menuju ke kenduri di rumah Tok Sepupu saya. Semasa bersalam turun dari rumah nenek, hati saya terdetik untuk memeluk papa, tapi entah kenapa saya tak buat. Selepas masuk waktu Asar, papa, mama dan adik-adik bertolak ke KL. Rancangan asal mereka akan singgah bermalam di Kuala Lipis. Sementara tu saya sekeluarga ke kampung mak saya di Wakaf Raja (dekat je dengan Kampung Laklok, tapi di sebelah Kelantan), untuk beraya dengan saudara mara mak saya di sana. Jam 8 malam baru la kami balik ke rumah nenek. Jam 12 malam dapat panggilan telefon dari mama, katanya dia dah sampai di Kelana Jaya. Terkejut saya, sebab kuatnya papa drive terus balik ke KL. Padahal kami tahu kesihatan dia bukannya tip top.

Raya kelima, kami balik ke PC bersama-sama adik-adik ipar saya sebuah kereta lagi (deme gi beraya dengan keluarga di Terengganu). Petang tu kami ke Pengkalan Kubor, deme nak bershopping. Malam tu beraya di rumah makcik suami saya di Taman Guru.

Raya keenam, adik-adik ipar balik ke Perak. Kami terima tetamu, pasangan kawan kami semasa di Tasmania. Freezer yang rosak tu, dah siap dibaiki dan balik ke rumah. Malam tu, beraya di rumah pakcik saya di Jalan Bayam. Malam tu saya berkata pada suami, "Lepas ni kita tak payah la gi mana-mana, letih la dengan all the travelling. Kita rehat di PC untuk 2-3 minggu, ok?" Suami setuju je. Kami dah banyak ke sana ke mari sejak dari September lagi.

Isnin, awal pagi raya ketujuh, 249 pagi, hp saya berbunyi. Suara adik saya ' Kak Jah, papa masuk hospital'. Allah hu akhbar. Terus saya bangun, dan teus ajak suami balik ke KL menaiki kereta. Memang hati ni dah ada rasa tak kena. Tapi saya jauh untuk tiba ke sana secepat mungkin. Lalu saya bersolat hajat. Elok aje selesai, saya dapat ilham untuk naik kapal terbang aje ke KL. Rumah pun dah dekat airport. Saya telefon MAS, Alhamdulillah ada 3 seats untuk flight 645 tu. Jadi saya book 3 tiket untuk jam 645pagi, dan untuk suami saya 930pagi. Kebetulan 2 sepupu saya pun menaiki flight jam 645 tu, kurang-kurang ada la orang untuk tolong pegang anak-anak saya. Tiba di KLIA, saya ambil teksi ke PPUM. Air mata mengalir di sepanjang perjalanan.

Tiba di hospital, saya terus ke tingkat 4, CCU. Air mata memang membasahi pipi bila memeluk mama. Dan apabila melihat papa yang terbaring dengan tiub bantuan pernafasan, wayar-wayar sana sini, sebak saya. Ya Allah, betapa Engkau telah kuatkan hatiku berdepan dengan patients aku, tapi bila melihat ayah sendiri, rasa runtuh jiwa saya. Hati saya sudah dapat mengagak prognosis (outcome) bila melihat keadaan papa yang sangat kritikal tu. Tapi kami tak putus-putus berdoa, prayed for the best but also prepared for the worst.

Di PPUM, bilik menunggu di tingkat 4 menara utama, menjadi 'rumah' kami untuk minggu itu. Saudara mara yang berdekatan, dari Kelantan, Terengganu tiba untuk ziarah papa. Aunty kami yang di Bangkok pun balik.

Hari Isnin, kata doktor, papa kena acute pulmonary oedema (paru-paru berair akut). Ujian darah menunjukkan ada small heart attack. Tambah lagi, papa demam. Xray menunjukkan ada jangkitan pneumonia juga. Allah...Tabahkan hati-hati kami. Culture darah menunjukkan papa ada jangkitan dalam darah juga. Kebetulan, saya ada kawan specialist di department cardiology tu, dan juga seorang lagi specialist ex-classmate suami saya, so agak mudah juga kami berkomunikasi. Dengan ilmu yang sedikit ada pada saya, dapat juga la saya demand treatment untuk papa saya.

Hari Selasa tak banyak berubahan pada papa. Saya balik ke rumah (di PJ) untuk seketika. Tiba di perkarangan rumah, terkejut saya melihatkan pokok nangka depan rumah papa ni, patah sebelah di panah petir. Allah, adakah ini satu petanda, saya bertanya. Saya masakkan nasi ayam untuk menjamu mama dan keluarga yang menziarah papa di hospital. Malam itu saya tidur lagi di hospital temankan mama.

Hari Rabu, hati saya tak tenteram. Sepanjang pagi tu saya berada di sisi papa. Membacakan yassin, surah Ar Rud, surah Al Mulk dan mengajar dia mengucap. Saya rasa inilah khidmat yang mampu saya hulurkan pada papa dalam situasi ini. Hanya doa kepadaNya. Tengahari, tiba-tiba aje jantung papa berdegup kencang. Rhythm jantung dia pun tak normal. Saya beritahu misi. Ya Allah, hati saya macam nak pecah. Saya terus telefon adik-adik saya untuk segera ke hospital. Tapi lebih kurang jam 2 petang, tiba-tiba aje tekanan darah dia turun. Dan ICD (macam pacemaker) dia melepaskan zap untuk betulkan heart rate. 5-6 orang doktor masuk dalam bilik dia. Kami sekeluarga berkumpul di depan pintu bilik papa. Tangan mama saya pegang tak dilepaskan. Berikan kami kekuatan ya Allah. Papa kemudiannya kembali stabil. Namun hati saya masih tak tenang. Saya berbincang dengan mama, andainya jantung papa berhenti, tak perlu la doktor buat CPR. Kami beritahu doktor dan misi keputusan kami. Rasa cukuplah badan papa disakiti dengan segala wayar dan tiub di sekelilingnya. Pada waktu maghrib sebelum solat, saya ke bilik papa. Mama ada di sisinya. Kebetulan, masa tu seorang professor cardiology pun ada di situ. Saya minta dia bagikan sedikit lagi ubat untuk rendahkan degupan jantung papa yang makin laju tak menentu itu.

Selepas solat, saya sendirian dengan papa di bilik wad tu. Bacaan yassin menemani kami. Saya lapkan muka papa. Saya ucapkan syahadah ke telinga dia. Saya usap rambut dia. Saya pegang tangan dia. Bisik hati saya, "Papa kuatkan semangat. Lawan infection ni. Jah baru balik 2 bulan, tak puas lagi melepaskan rindu kat papa". Air mata saya mengalir laju. Takde dayanya melawan kehendaki Ilahi, hanya pada Allah saya berserah. Saya berdoa, kiranya tiba masa dia untuk pergi meninggalkan kami, permudahkanlah urusan itu. Matikanlah dia dalam kebaikan. Tidak saya sedar mama tiba di sisi. Saya sebolehnya tak mahu mama lihat saya menangis. Saya mesti kuat semangat. Saya anak sulung, saya jadi kekuatan keluarga.

Hari Khamis, papa nampak lebih stabil. Masih demam. Disebabkan doktor dah kurangkan dose ubat tidur (yang masuk melalui drip), papa seolah-olah dapat mendengar suara kami. Ada pergerakan kaki dan tangan dia. Aunty saya tiba dari Bangkok. Saya minta izin mama untuk balik ke rumah seketika, kesian pula pada anak-anak dan suami. Saya balik dan masak lunch untuk di bawa ke hospital. Jam 1 tengahari mama telefon minta saya ke hospital secepat mungkin. Katanya, doktor nak scan papa. Saya kelam kabut siapkan lunch.

Rupanya papa nak discan jantungnya, nak cari punca jangkitan dalam darah dia. Doktor kata heart valves dia ok. Walaupun papa nampak responsive dari hari-hari sebelum ni, hati saya masih tidak tenteram. Tapi mama nampak ceria sedikit hari ni, melihatkan keadaan papa yang lebih positif. Malam tu, saya ingatkan aunty saya akan temankan mama di hospital, rupanya tidak. Pakcik saya pun tak tidur di hospital malam tu. Begitu juga saya, walaupun saya dah bawa sepersalinan pakaian dalam beg. Yang tinggal, hanya mama dan 2 orang sepupu lelaki saya. Sebelum tinggalkan papa malam tu, hati saya ada berbisik, "Papa rest ye malam ni, esok Jah datang lagi". Saya cium tangan dan dahi papa. Mama pun sebelum tidur malam tu, dia ucapkan "Papa tidurlah dengan tenang dan aman ye. Mama nak pergi tidur sekejap aje, nanti mama datang balik". Hati saya agak berat nak tinggalkan hospital malam tu, tapi tak tau kenapa saya tak insisited untuk stay.

Jumaat 3 Nov, 510 pagi, saya dapat panggilan dari sepupu saya, minta ke hospital secepat mungkin. Terus saya kejutkan adik-adik saya. 10 minit kemudian dapat satu lagi panggilan mengatakan papa dah tiada. Adik-adik saya yang no 4 dan 5 tak saya bagitahu, bimbang mereka akan jadi lebih panik. Jiran depan rumah saya kejutkan dengan menekan loceng rumah berkali-kali. Hilang rasanya separuh jiwa saya. Lemah longlai, tapi saya kuatkan hati.

Tiba di hospital, terus saya ke bilik papa, sebab ingatkan mama ada di situ. Nurses ketika itu sedang membersihkan jenazah papa. Saya ke bilik menunggu. Saya peluk mama. Saya sabarkan mama dan diri sendiri. Airmata mengalir. Kata mama (selepas beberapa selesai pengkebumian), dia, dan abang-abang sepupu saya ada di sisi papa sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir. Tenang saja wajahnya sewaktu pergi. Sempat sepupu saya mengajarkan syahadah di telinga papa.

Pagi itu di hospital, sanak saudara terdekat, jiran-jiran berkumpul. Berbincang apa yang terbaik untuk jenazah. Mama beritahu saya yang papa selalu sebut nak balik ke kampung. Jadi kami ambil keputusan untuk kebumikan jenazah di Kampung Laklok. Tambah pula, nenek masih ada. Jadi, biarlah dia menatap wajah anak lelakinya untuk kali terakhir dan moga dia redha dan halalkan serta ampunkan andaikan ada kesalahan papa terhadap dia.
Proses mandi dan kafan jenazah berlangsung dengan cepat dan mudah sekali. Ramai juga kenalan papa dari UM solat jenazah di hospital.

Kami bawa balik jenazah ke rumah di Kelana Jaya untuk solat jenazah, sebelum bertolak ke Terengganu. Penuh ruang tamu hingga melimpah ke porch jemaah solatkan jenazah. Mama dan pakcik-makcik (abang mama) balik ke KB menaiki kapal terbang. Kami adik beradik naik kereta. Saya sekeluarga naik CRV papa. Van jenazah bertolak dari rumah jam 1030 pagi. Menurut sepupu saya, dari rumah ke Karak highway, ambil 20 minit sahaja perjalanan. Kebetulan sewaktu saya nak bertolak, mertua saya sampai. Lalu kami ajak bersama ke Terengganu sebab CRV tu masih kosong.

Perjalanan van jenazah, 2 kereta adik-adik saya berjalan lancar. (Adik saya no 2 kena saman 2 kali dalam perjalanan tu, baru dapat tahu 2-3 hari sudah). Ditakdirkan Allah, nak uji saya, tayar kiri belakang CRV tiba-tiba meletup 5 km dari persimpangan Kuala Krai-Machang-Gua Musang. Ya Allah, sabarkanlah hamba mu itu. Waktu itu sudah jam 5. Mujurlah ada balai polis di seberang jalan tempat kejadian tu, saya ke situ meminta untuk pinjam jet. Alhamdulillah dalam setengah jam, orang yang beri bantuan tu siap tukarkan tayar. Ditakdirkan juga tayar spare takde angin, dan 2 buah stesyen minyak, pam anginnya rosak. Allah. Dan saya pula mendapat panggilan hampir setiap 5 minit dari sepupu/pakcik saya bertanyakan kedudukan kami. Saya jadi tertekan. Saya berpesan pada pakcik saya, "Jangan kebumikan selagi saya belum sampai, sebab saya dah dekat sangat. Papa tunggu saya sebelum dia nak pergi, jadi tolong la bagi saya tengok dia sebelum dia di tanam" Menangis saya. Walaupun saya sudah melihat wajah jenazah papa dan saya dah kucup dahi dia di hospital, tapi saya nak tatap wajah papa.

Kami tiba dengan selamatnya di perkarang rumah nenek/papa lebih kurang 620. Saya memegang Nabilah dan Darwish terus ke jenazah. Saya tatap wajah papa yang tenang itu untuk kali terakhir. Saya kucup dahi dia untuk kali terakhir. Papa dikebumikan sebelum masuknya waktu maghrib, 3 menantu lelaki dan adik lelaki saya menemani dan menyempurnakan pengkebumian jenazah di liang lahad. Talkin dibacakan oleh tok saudara saya. Kami yang perempuan hanya menanti di rumah, sebab pakcik (abang papa) tak benarkan kami ikut.


**********************
Bicara papa dengan mama minggu-minggu sebelum dia pergi...(papa ada memohon kerja dengan Universiti Darul Iman)
"Kita balik duduk kat Terengganu lah, aman damai"
"Nanti kita duduk Besut, mama tak payah lah masak. Kita gi beli aje"
"Kita buat rumah baru nanti "

Rumah papa di kampung sudah siap dibaikinya. Seolah-olah dia sediakan untuk kemudahan kami membuat kenduri arwah untuknya.
Papa baru sahaja pencen pada 20 Oktober. Kontrak di UM tidak disambungnya.

Papa pergi seolah-olah sudah selesai urusan dunianya.
Bersemadilah papa dengan tenang dan aman di bumi kelahiranmu.
Doa kami agar papa masuk dalam golongan beriman. Doa kami agar dapat kita bersua di satu hari nanti.

Rindunya hati ini takkan terubat.
"Pergi lah Papa. Kami redha. Kami doakan papa masuk ke dalam golongan orang-orang mukmin"
Al Fatihah

Wednesday, 11 October 2006

Hidup baru 5

Last entry saya di Kuala Kangsar (Kuale). Entry kali ni saya di Kelana Jaya. 2-3 hari lepas keadaan agak kalut sikit.

Hari Ahad tu, kami balik kampung ke Kuale. Elok aje saya habis masukkan entry, orang kontena telefon hubby saya, suruh gi angkut barang yang dah sampai di Sungai Buloh itu jam juga. Lor....camno? Takkan nak angkut dengan kereta. Nak kena arrange lori lagi. Aduii....nasib baik line telefon kami dah tukar ke postpaid 013, so takde la nak risau-risau takde kredit ke apa ke. Telefon la saya ke sana sini, tanya pakcik saya hal urusan lori ni. Nasib baik sorang pakcik saya ni ada ramai contact, so jap aje dah dapat arrange.

Di sebabkan ada beberapa barang pesanan orang Kuale ada di PC, kami pun balik ke PC lepas sahur esoknya. Anak-anak kami tinggalkan di Kuale. Sampai PC tengahhari, pakcik lori tu pun sampai kat rumah kami waktu yang lebih kurang sama. Lepas angkut barang naik lori, kami rehat sekejap. Kiranya, kami bertolak lain-lain time; janji berjumpa di Sungai Buloh kalau tak bertembung di Kuale.

Lebih kurang 230 petang kami bertolak semula ke Kuale. Dari PC ke Machang ke Tanah Merah ke Jeli ke Gerik ke Kuale. Sepanjang perjalanan, saya duk perhatikan nama-nama kampung. Kalau di sebelah Kelate ni, nama-nama kampung memang sounds kelate. Kami dalam kereta saje mengatai duk tanya-tanya sama sendiri 'kampung chekok tu dipanggil 'Chekok' ke 'Ch e kok' dan 'Jeli' ke 'Jelly'. :D. Ada satu kampung di daerah Jeli, namanya Kampung Satan dan ada Sungai Satan. Mmm I just wonder, adakah sebutan dalam kelate jadik 'Kapong Sate' ke 'Kapong Sete'. Kalau 'sate' maksudnya santan atau satay lah. Kalau yang satu lagi sebutan ni, paham-paham aje la. Imagine lah, kalau orang luar bertanyakan orang kampung tu asal dari mana; dia sure kena jawab 'Aku asal Kampung Satan'. Isk...

Sampai Kuale, 730 camtu. Jam 930 barang sampai. Kami tidur, lepas sahur esoknya bertolak ke Sg Buloh. Jumpa pakcik lori di situ, then angkut barang dari kontena masuk lori. Singgah KJ tinggalkan barang-barang mama, kori berangkat ke Kelate. Saya dan hubby tidur sini malam tadi.

Oklah, boss dah panggil. Ajak balik Kuale dah.

Selamat berpuasa
Selamat berhari raya...

Later

Sunday, 8 October 2006

Hidup baru 4

Hari ni saya ziarah mertua saya di Kuala Kangsar. Ini yang ada kesempatan berinternet.

Terima kasih atas comment2, tapi tak sempat nak balas kat slot komen, so saya jawab kat sini lah.

Org Sheffield, iyeee best jugak balik 'kampung' ni. Sabarlah giliran u all akan tiba.
Org Malaysia, saya dah mula adapting dengan keadaan semasa....
Mama Sarah, yes saya ada adik yg belajar di Assunta satu ketika dulu, nama Fazliza Diana.
Org German, sabar la ek.....
NBK466 nak handfruits kena datang amik di Pengkalan Chepa

Orang Japan yang dah balik Malaysia, selamat pulang ke tanahair ya incik....
DrNBB, insyaAllah jadi...tgh tunggu interview dari USM

Wokeh...ni nak story apa dah jadi kat kami sejak 'pindah' ke Pengkalan Chepa (PC)

Anak-anak saya seronok la akhirnya dapat 'our own home' walaupun menyewa. Namun untuk incik Darwish, dia nak rumah yang ada upstairs downstairs. Huk ala...nok buat guano, org tak beso rumah satu tingkat la katakan.

Sebab lantai rumah tu dah berkarat, walaupun disental dengan clorox, still tak hilang, kami pun lapik dengan tikar getah. Cari yang nampak kelas gitu, tapi murah je. Makcik saya pun 'tertipu' ingatkan flooring yang kayu-kayu tu lah...
Kotak-kotak dibuka sikit-sikit.
Furniture yang mana ada, dibuka sikit-sikit.
Kira rumah tu dah nampak macam rumah la.
Langsir beli kat bundle shop aje....jimat pitih aku....
Tapi.....
Dapur masih tak ready, hari-hari beli kat Pasar Ramadhan dekat pasar borong PC tu. Stove beli ingatkan dapat la sekali dengan getah dan kepala gas. Tak rupanya. Lusanya baru la beli alat-alat penyambung. TAPI tong gas tak beli lagi.... :D, kena gi beli kat kedai runcit rupanya....

Pastu, rumah ada banyak semut. Malam tadi katak masuk rumah. Terjerit-jerit la terdengar suara. And then banyak cicak, serangga-serangga terbang terutama sekali nyamuk. So 'orang UK' sorang tu, iaitu incik Darwish, bising-bising suh tutup pintu,tingkap tak nak bagi insects masuk. Inilah bila balik ni kena beradaptasi dengan makhluk-makhluk lain yang takde kat Sheffield tu. Hehe...

Ooo menjawab pertanyaan Syikin, bende yang paling ketara saya nampak di Kelantan tu, ni very specific ni saya cakap, ramai orang Kelate very daring di jalan raya. Naik motor tak pakai helmet, main belasah aje guna jalanraya di opposite direction. Kalau kereta plak, nak masuk kiri ke kanan ke takdak signal. Takut saya.....so betul la pesanan kawan saya hari tu, nanti kena belajar cara memandu style kelate.... Harap takde sapa terasa, maaf ye.

Hari ni balik ke Kuala Kangsar. Hubby nak ubat rindu pada mama abah. Saya pun seronok gak dapat balik ke sini. Jalanraya Timur Barat pun dah makin ok. Dari Gerik ke Kuale Kangsor straight jek jalan. Lancar, sampai langgar had kelajuan. (see kami dah adapting the daring skill!)

Petang ni, kalau dapat berbuka dengan murtabak Pak Mat Pendek yang poplar di Kuale ni, syiok gak.

Sekian update kali ni. Tengah tunggu streamyx masuk kat rumah di PC tu.

Selamat memperbanyakkan ibadat di penghujung Ramadhan ni.
Selamat membuat persiapan Eid Mubarak....

Later....

Tuesday, 3 October 2006

Hidup baru 3

Waduhhhh letihnya. Sejak Ogos lagi tak berenti lagi bab pindah randah ni. Tak larat dah weh rasanya.

Hari ni 3 Oktober, kami ber4 akan offically pindah masuk ke rumah sewa kami di Pengkalan Chepa. Jap lagi, lepas pejabat pos buka (sebab nak kena pos surat dulu) kami akan berlepas menuju ke negeri 'bulan mengambang'.

Saya akui memang saya rasa teramat letih dah ni. Tapi terpaksa tabahkan hati, kuatkan semangat sebab sikit aje lagi semua mender nak settle.

Sekarang ni yang tinggal nak diselesaikan
1) Pendaftaran dengan Majlis Perubatan...banyak pulak dah la procedure dan segala maknenek nak kena bagi....
2) Menantikan berita dari USM pasal offer dorang hari tu....
3) Portfolio yang tinggai lit.review tu....
4) 2nd shipping dari UK

Yang pastinya, saya dapat rasa duit simpanan saya macam air yang mengalir......aduiii....masuk takdak, keluarnya banyak.....sabar aje la...

Selamat menunaikan fardu Ramadan
Selamat menyambut Eid Mubarak

Later.....

Thursday, 28 September 2006

Hidup Baru 2

Saya dah nak masuk sebulan kembali ke tanahair. Nampak gayanya, everything is going into the right places. Alhamdulillah.

Minggu ni saya busy berulang alik ke Kota Bharu. Hari Isnin lepas, terbang menaiki pesawat murahan di terminal pesawat murahan di Sepang. Saya naik bus langit dari KL Central, rasanya duduk di Malaysia, tapi dalam bas tu punya la ramai orang seberang. Terconfuse sket dalam bus tu saya di mana... :D

Agak besar jugak ye terminal pesawat murahan tu.
Dan macam biasa lah, dah murah-murah tu, kena check in awal; tapi terbang tak semestinya on time. Saya terpaksa telefon pejabat dekan, mintak lewatkan appointment.

Time terbang tu ok lah. Tapi saya bengang betul la, sikap Boleh-land citizen yang degil. Air crews dah bagitau, jangan on mobile phone hingga masuk terminal. Tapi, disebabkan kebebalan yang amat tebal, elok aje plane landed, terus on phone. Ala jangan nak eksyen la, kalau model telefon 2-3 tahun lepas. Aku punya phone lagi canggih dari kau!!. Geram saya! Bahasa apa lagi yang nak digunakan, simple plain BM and English pun tak nak paham! Tak terpikir ke dorang ni, keselamatan penumpang lain. Iye la, kang ada interference dengan wavelength pesawat baru tau. Bengang bengang. Naper la degil sangat! Berangan nak jadi negara maju, sikap perangai dunia ketiga kenalah turut berubah. Kedegilan berterusan, papan tanda tulis Jangan Buang Sampah di sini, kat situ lah dilambakkan sampah bersepah-sepah. Patut ada signboard, Silalah buang sampah di sini, silakan silakan....sure kat situ bersih putih suci. Argghhh....

Oklah berbalik kepada story saya di KB. Saya ke USM. InsyaAllah kalau memang dah rezeki saya, dapat la saya panggilan interview untuk jawatan pensyarah pelatih dalam pathologi.

Malam tu saya tidur di rumah pakcik saya. Sayu rasa di hati sebab anak-anak tiada di sisi. Bapak anak-anak takde di sisi takpe lagi, bila anak-anak jauh, sunyi yang amat sangat. Tapi dapat la tidur gak akhirnya.

Esoknya, saya dan pakcik saya bersihkan rumah yang saya nak sewa tu. Adui, sakit pinggang den menyental lantai. Rumah usang, so banyak la rosak sana sini. Tapi yang meng-frustkan bila saya dapati tangki air rumah tu bocor. Bertitik-titik air dari siling ke lantai. Dah la semut banyak. Arghhh........sabar aje lah!

27hb saya kembali ke KL. Dari LCCT ke KLIA. Menanti dengan sabar ketibaan suami tercinta.
Sementara tu, dia kawasan exit dari balai ketibaan tu, ramai la representative dari hotel-hotel terkemuka. Tapi, adui nya, yang memalukan, terjerit-jerit panggil nama orang di tunggu. Hellooooo, tak payah jerit-jerit macam kat pasar lah. Ini KLIA, jaga la image! Pegang name card berdiri diam-diam dah lah! Anyway yang paling best bila nampak suami saya menuju ke arah saya, rasa nak berlari-lari cam dalam citer Hindustan tu jek. Alhamdulillah semua selamat.

Anak-anak seronok dapat jumpa ayah mereka. Dan mula la buat perangai mengada-ngada masing-masing.

Jumaat ni saya dan suami akan ke KB semula. Kontena kami sampai hari tu. Jadi nak kena ada di rumah sewa tu menantikan ketibaan barang-barang kami. Airport Pengkalan Chepa tu, 5 minit aje dari rumah sewa kami. Pasar, hypermarket dan segala macam kedai dekat. Surau belakang rumah. Saya suka kawasan tu, tapi yang drawback, rumah tu la, usang benor. Takpe la kan, slow slow la kan?

Orite. Alhamdulillah......Ramadhan ni rasa amat meriah sekali sebab dapat berbuka, bersahur dengan semua adik beradik ipar duai, mama papa. Dan Ramadhan ini juga, saya doakan agar kehidupan baru kami akan mendapat keredhaanNya. Amin....

Selamat menunaikan fardu Ramadhan. Jangan asyik nak beraya aje, walaupun baru puasa 4 hari supermarket dah pasang lagu raya.....

Later.....

Wednesday, 20 September 2006

Hidup baru...

Dah bersawang dah blog saya ni. Sibuk sesangat. Lagipun, hati kurang sabar dengan internet rumah ni, mandom semacam je.

Meh la nak story mory i'm sorry strawberry (betul ke ni?cilok dari citer Hikmah, itu pun dari adik yang cakap).

Masa minggu pertama balik, as predicted, Darwish jetlag. Saya pun 'terpaksa' jetlag bersama dengan dia, kalau tak, siapa nak temankan dia sampai 3-4 pagi.

7hb, kami balik ke kampung bersama papa dan mama. Singgah bermalam di pekan Datin Siti. Mukanya terpampang tepi round about. Esoknya terus ke Gua Musang-->Kuala Krai-->Machang--> Jerteh. Nama kampung nenek belah papa ialah Kampung Laklok, di sempadan Trengganu-Kelantan. Kampung mama saya pula Wakaf Raja juga di tepi sempadan Kelantan-Trengganu. Bermalam di situ, lagipun papa baru aje baiki rumah nenek, so dia nak tunjukkan kat saya lah, yang dah tak balik kampung lebih dari 4 tahun. Anak-anak punya la seronok kejar ayam.

10hb, kami ke Kota Bharu. Saya dan anak-anak ditinggalkan di rumah pakcik saya. Plan asalnya, kami cari rumah then terus balik ke KL, tapi kereta papa expired roadtax 10hb. Sebab mission cari rumah belum beres, saya pun decided lepak situ la dulu. Lagipun saya ada appointment dengan Dekan Perubatan USM esoknya.

11hb, meeting saya dengan dekan USM. Saya terlewat hampir 10minit, Nabilah punya pasal. Dia melalak sepanjang-panjang saya sedang berbincang dengan dekan. Saya tak dengar lah, sebab Tok Ayah dia yang tolong jagakan di corridor pejabat dekan itu. Hinggakan orang office pun tolong datang nak redakan cekmek tu. Geram betul saya. Dekan telah offerkan saya jawatan pensyarah pelatih sementara dalam bidang Pathology (sama speciality as Dr NBB). Sedangkan saya ada hampir 3 tahun pengalaman dalam Internal medicine, frust jugak la saya tak dapat apa yang saya nak. Semua nya sebab saya takde postgraduate qualification. Saya dinasihatkan untuk memikirkannya, dan berbincang dengan suami. Lewat pagi tu saya bertemu kembali best friend saya sejak form 4. Seronoknya.

12hb-18hb, dengan pertolongan pakcik saya, kami gi melihat beberapa buah rumah. Sayang sekali, ada rumah lawa, terlalu kecik. Tak muat barang-barang saya tu. Dan satu lagi saya perasan, kebersihan toilet terabai. Tak paham saya, macam mana orang boleh guna toilet yang tak boleh diflush. Bagi saya, bila saya view rumah, toilet memainkan salah satu faktor untuk saya decide, sama ada saya akan sewa rumah tu atau tidak. Inilah, bagus juga Najib buat kempen kebersihan toilet. Bagi orang sedar sikit! Sebab apa guna banglo lawa, tapi toilet hancing, satu rumah boleh bau. Mmmm membebel plak makcik ni. Sorry.

18hb, saya selesaikan perjanjian (mulut) nak sewa rumah dengan tuan rumah. Dapat la sewa rumah, murah je, banglo usang di Pengkalan Chepa. Malam tu saya balik ke KL. Terpaksa menaiki bas sebab tak bawa BC/passport anak-anak, so takleh nak book tiket aeroplane. Syukurlah, anak-anak saya tidur sepanjang perjalanan.

19hb, dapat sambut birthday saya yang ke 19+13 bersama-sama keluarga saya, cuma suami aje takde di sisi....uhuk uhuk. Sendiri beli kek, itu pun nak bagi anak-anak and niece happy. Lepas saya ucapkan terima kasih pada papa dan mama, sebab tanpa mereka dan dengan izinNya, saya tak lahir ke dunia ni; mama kata terima kasih sebab saya dah kembali ke dalam family, lebih-lebih lagi papa yang happy anak-anak dia semua ada disisi sekarang. Terharu saya.

20hb, sedang saya lipat kain, dapat panggilan dari pejabat dekan USM, kata secretarynya, dekan nak jumpa saya, nak follow up pasal discussion hari tu. Keputusan masih belum saya buat. Masih lagi beristikarah. Tapi hati saya makin berat ke satu arah. Kebetulan saya akan ke KB semula 25hb ni, saya pun arrange appointment. Semoga Allah permudahkan.

Itu la serba sikit cerita saya setakat ni.
Masih under pressure sebab....
1) Nak settlekan hal kontena
2) Nak siapkan essay, bahagian literature review je belum siap.
3) Nak teruskan career dalam bidang apa....

Stress level saya dah kurang sket, sebab dah dapat rumah di Kelantan tu dan semua barang-barang dari UK dalam perjalanan.
Alhamdulillah. Itu lah, kalau Allah tak uji, kita sering terlupa. Semua-semua yang berlaku ni, buatkan saya insaf, yang diri ini sering terleka.

Sebelum tutup bicara, saya nak minta maaf sebab tak sempat nak balas semua comments. Lepas ni, tak tau bila plak entry blog ni. Mungkin by October semua start to settle down a little, insyaAllah.

Selamat menempuh Ramadhan al Mubarak.

Later.....

PS: Sorry KV tak contact pun kata nak ke KB. Moga dpt jumpo satu hari nanti....

Sunday, 3 September 2006

Return of the 'prodigal' daughter

Proses akhir perpindahan negara bagi kami sekeluarga bermula awal Ogos 2006. Sepanjang bulan hingga ke 30 hb, masa kami banyak diluangkan untuk packing barang. Tapi sempat juga ke Legoland sekali lagi, pada 14hb.

Nightmare pada hampir setiap orang yang nak kembali ke tanahair selepas tamat pengajian:
1) Barang-barang yang dah dipack dan dimasukkan ke dalam kotak, dirosakkan kotaknya oleh anak-anak yang masih kecil dan cetek ilmunya.
2) Hari sebelum angkat barang masuk ke kontena, masih belum habis mengemas barang-barang kecil
3) Hari angkat barang hujan lebat
4) Kontena lewat sampai ke depan rumah
5) Barang-barang tak muat kontena
6) Takde orang datang tolong angkat barang-barang

Semua tu berlaku pada kami kecuali no 6. Dugaan dariNya, untuk menyedarkan diri kami yang sering lalai ini. Tapi hikmah kelewatan kontena tiba, waktu angkat barang, cuaca cerah, mentari bersinar. Saya agak terkilan sebab barang-barang tak semuanya dapat masuk ke dalam kontena. Rasa seperti tidak langsai urusan saya di UK sebelum saya balik ke Malaysia. Petang 29 tu, hati saya sedih, bingung dan bercampur baur perasaan. Mujurlah ada kawan-kawan yang sudi memujuk saya. Yang lebih menyakitkan+menyedihkan kami ialah bila tuan rumah (yang berjiran dengan kami) memarahi kami dan menuduh barang-barang kami yang menyebabkan siling di ruangan depan crack. Saya cuba explain, tapi dia tak mahu mendengar. Saya yang time tu tengah emotional, cuba mengawal suara untuk tidak menjerit kat dia, sebab dia orang yang berumur. Saya blah. Malu juga, dia memarahi kami di depan kawan-kawan kami. Dan kami yang kepenatan, langsung tidak dihiraukan, hanya tau membebel aje pakcik tu. Sabar aje lah!

30hb, sepanjang hari kami mengemas dan membaiki mana kerosakkan yang telah kami lakukan sengaja atau tidak kat rumah tu. Suami saya berkerja keras dari pagi hingga ke dinahari tanpa berhenti untuk memastikan keadaan rumah tu dalam keadaan yang sebaik mungkin. (Tuan rumah sudah lupa yang keadaan rumah tu sebelum kami sewa, agak teruk sekali. Macam-macam kami baiki, sedikit pun tak minta bayaran dari dia.) Dinahari itu jugalah kami baru tersedar yang handfon suami saya tak tau di mana. Seingat saya Nabilah ada main pagi itu, mungkin dia termasukkan ke dalam plastik sampah yang dah dibuang. Atau kalau masih rezeki suami saya, mungkin saya telah masukkan bersama-sama dengan artikel journal dia ke dalam bag. Aduiii......tension betul!

Kami berkecil hati sebab tuan rumah treated us like dirt. Awal pagi, selepas solat Subuh, kami meninggalkan rumah itu. Kunci kami tinggalkan pada jiran untuk kembalikan pada tuan rumah.
Hati saya sedih dan serba salah. Terasa tindakan kami itu kurang ajar, tapi hati telah terguris. Alasan kami untuk blah gitu aje, kononnya saya telah dapat flight lebih awal. Kami lepak seketika di rumah kawan kami di bandar, sebelum bertolak ke Manchester Airport selepas zohor. Rancangan asal, nak minta bantuan kawan hantar kami ke airport, tapi bila dipikirkan semula, kami decided last minute untuk naik bus saja. Suami saya menghantar kami hingga ke Heathrow, naik plane bersama.

Setelah selesai urusan, jam 12 kami tiba kembali ke rumah kawan di bandar. Kelam kelibut memasukkan barang-barang last minute ke dalam luggage. Jiran dia menghantar kami ke stesyen bas, itu pun tersilap tempat awalnya. Jantung saya rasa macam nak pecah sebab berdebar-debar takut terlepas bas. Alhamdulillah, kiranya kami tiba dalam keadaan kelam kabut tu, bas masih belum sampai. Ingatkan semua akan berjalan lancar lah selepas itu. Tapi....
belum pun bas meninggalkan pekan Sheffield, Nabilah muntah. Habis baju baru dia terkena muntah. Nasib baik saya memang dah sediakan baju spare dalam hand luggage saya prepare kut dia muntah dalam plane. Makcik di sebelah saya pun hulurkan tissue untuk saya lap badan Nabilah. Bas tu pun ada toilet, so dapat la saya bersihkan badan anakanda dengan air. Dah settle semua, Nabilah tidur. Aman sekejap. Sejam perjalanan, bas tersangkut dalam jem. Hampir 20 minit tak bergerak. Aduiiii tension rasanya, sebab risau terlepas plane. Tapi mujurlah selepas tu perjalanan lancar je. Darwish pula restless dalam bas, kejap dia berdiri dekat ayah dia, kejap dia berdiri dekat saya. Tiba-tiba dia ajak ayah dia ke toilet, la nak melabor rupanya. Dalam bas! Bertuah betul, tadi sebelum berlepas tak nak melepas. Dan satu ketika, bus ter-break tiba-tiba, melantun Darwish ke depan, dan kepala dia terhantuk dengan lengan kerusi bas. Melalak la seround. Benjol dahi dia. Kesian dia.

Tiba di depot bas di Manchester City, phone berbunyi, ringtone macam phone saya. Saya minta suami saya jawabkan sebabkan ingatkan bunyi phone saya. Dia kata dia dah bagi kat saya. Saya check bag, takde. Gabra. Dah la XDA saya abis bateri, tapi syukurlah suami saya tergerak hati nak bawak handfon baru dia yang masih belum ada sim kad, dan dah charged sekejap. Jadi saya transfer la sim kad dari XDA ke HP suami, sim kad tu pulak takde saya pun nombor phone saya saved ke dalam nya. Nasib baik jugalah ada phone number jiran dalam poket saya, dapat la kami contact kawan tadi. Rupa-rupanya phone saya tersorok tepi katil di rumah kawan yang kami tumpang pagi tu. Kira dah selamat la phone saya, tak hilang.

Tiba di Manchester Airport, kira on time la. Dari tempat bus berhenti ke terminal 3 agak jauh juga perjalanannya. Tiba di kaunter check in, queue panjang , tapi hanya satu aje counter dibuka untuk penumpang kelas ekonomi, yang satu lagi khas untuk business/1st class (tahu pun sebab sorang makcik omputeh ni kena bebel oleh akak belakang counter tu). Saya gabra lagi, takut lewat check in, terlepas plane. Mujurlah lepas tu deme bukak lagi 2 counter, so proses check in laju la sket. Mula-mula encik belakang counter tu kata baggage saya kena ambil di Heathrow dan di recheck-in kat sana, 2 minit kemudian, dia kata boleh terus ke KLIA. Lega. Proses check in selesai dalam beberapa minit. Hand luggage kami diukur sizenya mengikut peraturan security baru yang melanda airport UK baru-baru ni. Nak masuk ke departure gate pun, ada berberapa halangan. Kawan saya di bandar ada preparekan sedikit makanan untuk anak-anak saya. Saya pun bertanya la pada encik security guard yang ada apa yang boleh masuk apa yang tak. Rupanya solid food boleh masuk, tapi air tak leh. Sebab ada strawberry dan chocolate milk dalam plastik bag bekal tu, saya suruh Darwish dan Nabilah habiskan kat situ jugak, depan-depan encik security tu. Dia senyum aje tengok gelagat kami. Nasib la, dari membazirkan?

Depan pintu masuk departure hall tu, ada satu security station lagi; kena tunjuk boarding pass. Dan juga gambar kami di ambil. Siap suruh tengok kat kamera. Semua muka kami anak beranak ada dalam komputer dorang. Next station, security yang ada Xray machine tu, laptop, hand luggage, kasut semua kena letak masuk Xray. Kasut anak-anak pun kena Xray jugak. Saya terlupa yang dalam beg saya tu, ada sedikit lagi susu Nabilah yang saya lupa buang. Lepas aje kami. Nasib baik dorang suruh saya nyuyut susu tu depan dorang. Tiba di gate, molek-molek time untuk naik plane. Sebab naik plane yang ala-ala AirAsia, makanan dan minuman kena beli. Untuk diamkan anak-anak saya belikan la crisp dan air. Nabilah punya la 'syiok' minum air, abis tumpah atas baju dan seluar dia. Lenjun. Dah tu, dia sempat plak tu melabor. Nasib dah nak landing kat Heathrow. Masa mula-mula naik ke udara tu, Nabilah menjerit-jerit mintak plane tu stop. Satu plane boleh dengar suara dia kut. Nak gelak pun ada, malu pun ada.

Tiba di Heathrow, anak-anak buat perangai, sampai terbaring-baring kat laluan. Baju Nabilah yang basah tu terpaksa ditukar. Sebab dah guna baju spare dia, terpaksa pakai baju dan seluar abang dia. Nasib baik besar sikit aje. Sebesar-besar terminal 1 tu, tak nampak pun kami signboard prayer room. Mungkin ada kat central terminal kut. Jadiknya kami solat di kawasan mengarah ke international departure hall yang tak ramai orang. Tiba di pintu masuk departure hall, hati saya sedih sebab terpaksa berpisah dengan suami tercinta untuk beberapa minggu. Demi untuk dia bereskan thesis dia, dan saya perlu settlekan urusan saya dengan JPA, kami bersetuju untuk berjauhan seketika. Selepas adegan hug-hug-kiss-kiss, saya dan 2 anak melangkah menuju ke Terminal 3. Sedih saya bila Darwish kata 'I want Ayah to be here with me', walaupun kami dah explain sejak 3 minggu lepas yang ayah tak balik bersama kali ni. Shuttle bus membawa kami ke Terminal 3, Darwish asyik bertanya 'Where are all the people?', dia ingatkan ramai la akan masuk ke dalam bus ni.

Di Terminal 3, kaunter check-in MAS takde orang beratur. Jadi kejap aje la proses check-in kami. Wah besar jugak terminal ni. Ramai orang. Saya jangka anak-anak saya mungkin sedang lapar, dan akan membuat perangai, saya belikan crisp, buku activity dan krayon. Kemudian saya masuk pharmacy untuk beli ubat hayfever, yang saya plan nak masukkan sedikit dalam minuman mereka dalam flight nanti, supaya mereka senang tidur. Kamera instant pun saya beli sebab ada offer buy one get one free, dapat la tangkap gambar kenangan terminal 3 Heathrow Airport. Tshirt dorang pun saya beli, in case Nabilah muntah lagi.

Sebab ada children bawah 6 tahun, kami dapat masuk awal ke dalam plane. Nabilah dah nampak mengantuk, dan mula resah nak tidur. Darwish pula sibuk nak main game kat screen entertainment tu. Jenuh saya explain kat dia, selagi tak terbang selagi tu la tak start. Nabilah, saya gosok-gosok dia, dan lena dia masa tayar plane tu masih di Heathrow. Bila di awangan, baru la screen tu activated, tapi yang di seat Darwish rosak pulak. Kena la tukar seat dengan adik dia. Saya di tengah. Headphone yang Darwish dapat pun rosak. Ok aje dorang bila mintak ditukar. Darwish excited terlebih, kejap-kejap nak tengok Ice Age 2, jap tu nak main games plak, marah dia sebab tak reti main. Akhirnya dia tengok Over the Hedge. Makan malam diberi, nasi dan ayam untuk saya tu ada rasa. Tapi untuk Darwish, children's meal, pasta masak dengan sauce putih, yang takde rasa apa. Dia hanya makan ayam sedikit tu je. Saya rasa dia dah mula mengantuk dan letih. Lepas makan, lampu dipadamkan. Darwish terkebil-kebil dok dengar suara Bruce Willis, rackoon dalam cerita tu. Saya ke toilet untuk wuduk. Bila saya balik ke seat, dua-dua anakanda di alam mimpi. Lepas solat saya cuba tidur, tapi tak boleh. So saya layan MI 3, pastu hilang mood. Then saya layan cerita Bujang Senang, lakonan Apek. Ok la cerita tu. Not bad. Lepas tu baru la saya pun lena. Nabilah 2 kali minta susu, apa lagi, saya mintak kat akak-abang air host ler. Saya terjaga selepas 4 jam tidur, dan mula layan pikiran. Kepala saya masih runsing pikirkan darihal tuan rumah tu, dan saya bercadang untuk menulis surat kat dia, untuk membuang yang keruh. Saya sempat juga layan movie ke 2, Over the Hegde, best jugak citer ni.

2 jam sebelum mendarat, kami dijamu semula. Kali ni makanannya below standard MAS yang saya kenal sejak 12 tahun yang lalu. Even makanan untuk children pun ntah hapa-hapa. Anak-anak saya hanya makan buah, itu pun honeydew aje, dan 2 sudu yoghurt. 10 minit sebelum mendarat, Nabilah tumpahkan orange juice kat seluar dia. Basah kuyup. Itu la perangai 2 years old, semuanya nak buat sendiri! Dah takde spare. Jadiknya dia turun dari plane, hanya berbaju dan pampers aje.

Hati saya bila tayar kapal menjejaki KLIA, hambar. Tak looking forward untuk balik kali ini. Rasa macam saya akan stuck di sini selamanya aje. Mungkin saya keletihan. Mungkin juga saya terkilan tinggalkan UK dengan urusan yang tak selesai. Anak-anak buat perangai dengan terbaring di lantai KLIA tu. Sabar aje la. Urusan ambil barang selesai dengan senang. Nasib baik la trollley di KLIA ni besar dari yang di Manchester Airport, jadi 2 beg, 1 kotak, 1 pushchair dan 2 carseats serta 2 orang budak semua yang dapat letak dan tolak dengan trolley. Tiba di exit, tak nampak mama saya. Saya jangka mungkin mereka dalam perjalanan. So saya ke kedai bunga cari sim kad, tapi tak jadi beli. Sedang dok bagi warning kat Darwish jangan dok main toys kat kedai tu, terdengar suara mama. Saya berpaling, dan di saat ini rasa hati saya yang gundah gelana itu hilang begitu saja. Peluk cium kami, dan menuju ke rumah parents saya di Kelana Jaya.

Itu la adventure saya bulan Ogos 2006.

Tarikh 31 Ogos adalah tarikh keramat, sebab pada 31 Ogos 1994, saya melangkah meninggalkan Malaysia menuju ke Australia untuk mengejar cita-cita. Dan 31 Ogos 2006 juga menjadi detik saya kembali ke Malaysia, ke pangkuan keluarga, mungkin untuk selamanya.

Semasa saya tiba ke bumi UK April 2002, hanya saya dan Darwish. Suami saya sudah berada di sana.
Semasa saya tinggalkan bumi UK Ogos 2006, hanya saya, Darwish dan Nabilah. Suami saya masih ada perjuangan yang belum selesai.

Inilah kisah saya kali ni.
Maaf panjang berjela entry kali ini.

NB: 29 hb baru-baru ni, saya mendapat seorang lagi anak saudara, lelaki. Amirul Aiman bin Zulkornain. Anak adik no2 saya.

Dan saya sekeluarga ingin ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada
-Puan Ros dan Encik Kamirul yang berada di sisi kami sepanjang hari mengangkat barang, dan juga menumpangkan kami untuk seketika sebelum kami ke Manchester Airport.
-Puan Anita dan Encik Raeidzall yang banyak membantu kami di hari-hari terakhir saya di Sheffield
-Jiran-jiran kami Puan Shakina dan Encik Syukri, Puan Yus dan Encik Din; Dr Zura dan Encik Azam kerabat USM di bandar Sheffield serta rakan-rakan yang telah memudahkan proses mengangkat barang tempoh hari.
Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik tuan puan sekalian. Doa saya agar kalian berjaya dalam mengejar cita-cita. Semoga kita akan bersua lagi di bumi Malaysia.

Semoga kepulangan kami ini akan memberi sinar baru dalam hidup kami.
Amin Ya Rabal'amin.

Saturday, 2 September 2006

Beres?

Saya dah selamat tiba ke tanah air, Alhamdulillah.
Tadi saje on laptop nak cek boleh ber-wifi ke tak?Nasib takde problemo. Itu yang sempat jenguk blog ni.
Pendek je entry kali ni, sebab saya masih keletihan. Jam 7pm tadi sampai ke rumah mak, selepas berada di awangan selama 12jam.
Nanti saya bercerita, suka duka berpindah negara.

Later.....

Thursday, 17 August 2006

Sorry

Maaf...tak sempat nak update, blog ni mungkin bersawang sekejap. Sekarang tengah busy mengemas barang, sebab nak pindah negara.
Pening pening. Bila berkesempatan, nanti saya bercerita lagi...

Faez

Thursday, 10 August 2006

Bradford

Ni saje nak story pasal satu kedai di Bradford. Kedai ni glamour la di kalangan Malaysian students-especially postgrad la, undergrad saya tak tau.


Buka setiap hari kecuali Xmas,Boxing Day,New year dan Eid

Bukan kedai as kedai pun, lebih ke arah gudang. Kalau datang time winter, sejuk gedik-gedik kat situ. Ownernya moslem, kalau makcik yang jaga counter, muka mencuka jek, tapi kalau tok ayah yang jaga, muka cool je. Tempat ni, deme tak bagi kanak-kanak atau stroller/pram masuk, takut bebudak usik barang-barang kut. Dan juga, kena beli barang, total £35 ke atas. Yang bestnya, ada tempat solat untuk staffs tapi customers pun boleh tumpang solat.

Hampir tiap kali ke gudang ni, musti jumpa orang Malaysia punya lah. Tak sah kalau tak bertembung! Kan dah cakap tempat ni glemer.

Macam-macam ada kat gudang ni. Dari plastik sampah ke kawah besar ke tudung, boleh dikatakan serba benda ada la kat sini. Cuma kena sediakan duit aje sebab ke'rambang'an mata boleh menjadikan poket anda bocor.

Keadaan dalam gudang

Selalunya orang yang nak beli Corelle datang sini

Lagi pinggan dan mangkuk

Periuk bermacam size


Kawah besar

Ada lagi gambar, tapi blog tgh outage kut....nanti la upload lagi.

Later...

Wednesday, 9 August 2006

Plastic surgery

Ahaks, cam terrer jek bunyi tajuk entry ni.
Ni khas untuk face lift blog ini yang operationnya dilakukan beberapa jam oleh pakar 'plastic surgeon blogging', Mrs Yus, yang sudi membuatnya demi mengisi masa keboringan dia. (saya tak berkesempatan, busy dgn packing macking barang2).

Terima kasih bebanyak saya ucapkan kat dia. Saya kena kotakan janji saya pada Puan Yus secepat mungkin, sebab masa saya di UK ni pun semakin singkat....

Later...

Saturday, 5 August 2006

Generasi ke 3

I justtt have to share this with all of you.....(tgh excited dapat new addition to the family)


Nur Ain Qaira latest cucu, no 4 KJ side

The rest of the clan...........

Najihatul Najwa, cucu no 2 KJ side

And definitely.......


Muhammad Irsyad Iskandar (kiri) dan Muhammad Irfan Iskandar -cucu no 1 & 2 KK side

Intan Irdina Sofea-cucu no3 KK side

Muhammad Hariz- cucu no 6 KK side

Intan Irdini Suraya -cucu no 7 KK side

Mirza Farzana cucu no 8 KK side

And of course, my kids....

Muhammad Darwish (Sulaiman)* cucu no 1 KJ side; no 4 KK side, and Nurhannani Nabilah (Umairah)*cucu no 3 KJ side; no 5 KK side

NB: KJ=Kelana Jaya (my side), KK=Kuala Kangsar (hubby's side)

NB2:The cucus from no 1 to 8 (including Najiha) are all yearly product beginning from 1999 to date.

NB3:Nama dalam bracket* tu, unregistered additional names.

NB4:Cucu no 5-7 KK side adalah sebaya

Wednesday, 2 August 2006

Hari-hari yang telah dilalui....

Khamis 27hb,
Tuan putri terjatuh tangga, dan terpatah collar bone kanan dia. Hari pertama pakai sling, hari kedua tak, hari ketiga dan 4 pakai, hari ke5 dan seterusnya tak. Tiap kali tersalah pegang atau terkena bahu kanan, pasti dia duk 'ouch ouch' jek, tapi kalau terkena kuat, melalak abis suara. Yang pastinya, tuan putri saya ni kental, ubat tahan sakit (penadol jek) dia amik 2-3 kali jek sejak Khamis lepas. Memang jenis tak suka makan ubat, bakal jadik doktor kut... :D


Bahu sakit tapi masih boleh merenyeh


Jumaat 28hb,
Last day kerja.

Sabtu 29hb,
Ke Bradford shopping beberapa perkara (ini akan dimasukkan dlm entry lain). Petangnya dinner di Kebabish.

Abang tekun makan roti nan

Ahad 30hb,
Carbooting.

Isnin 31hb,
Ke Manchester Airport, mama dan abah berangkat pulang. Sedihhhh. Malamnya tidor di Manchester.

Abang dan Adik bergaya atas trolley Nanny di Manchester Airport

Selasa 1hb,
Rendek The Trafford Centre di Manchester. Bawak Darwish, first time tengok movie, cerita Superman Return. Punyalah excited, tak sabar-sabar nak masuk panggung.


Berangan terbang macam Superman

Jason bin Suparman; agak emosi gak cerita kali ini. Dapat rasa macamana hati Superman tu, nak luahkan perasaan cinta pada Lois tidak kesampaian. Begitu gak Lois. Nampak Superman tu begitu lonelynya dia. Abang, setengah jam pertama jek tengok dengan baik, lepas tu dia mula rasa sedih tengok Superman kena belasah. Ke sana ke mari dia dalam gelap tu, nasib baik je dia tak bising.
Abang bersemangat makan popcorn sebelum movie start


Adik lena sepanjang Superman sedang berlakon (nasib baik dia masuk free)

Lepas movie, makan kat Nando's, Halal Chicken. Sedap gak Piri-piri chicken ni.


Makan sampai lupa nak amik gambar, ini je lah bukti kami ke Nando's

Rabu 2hb,
Adik no3 telah selamat melahirkan baby girl. So Nabilah bukan lagi cucu 'bongsu' Haji Hussain. Yeah bertambah sorang lagi anak sedara. Tak sabar nak balik jumpa.

Later....

Sunday, 30 July 2006

Gambar Malaysia Hall, London.

Disebabkan, bermulanya jam 12tgh malam tadi, saya dah tak layak kerja doktor di UK ni (sebab tak renew registration dengan Medical Council), so saya tercari-cari amender yang saya boleh buat kat alam cyber ni. (padahal articles nak kena cari untuk essay pun kena buat, tapi tgh sakit M ni skarang ni). Teringat pula janji saya nak buh gambo MH/MSD kat sini...so inilah dia....


Jalan ke Malaysia Hall


Bendera 'berkibar' di angkasa

Kantin kat basement MH

Mercu tanda di tepi pintu masuk

Reception area

Hallway di MH (ada model mengayakan cara berjalan di MH)

Lif di basement MH, tapi takde button untuk panggil lif, camner nak guna tu?

Bilik solat muslimah

Orite, itu je lah idea di pagi Ahad ni. Sat lagi nak breakfast dan gi aktiviti mingguan, apa lagi car-booting la....

Later...

Friday, 28 July 2006

Hari terakhir seorang doktor......

Hari terakhir kerja di UK ni.
Cepatnya Julai berlalu.
Dalam hati bermacam rasa....
ada sedih sebab lepas-lepas ni mungkin dah tak berkerja dengan luxury hours cam sekarang ni,
gumbira sebab lepas ni boleh lepak dengan anak-anak dan suami,
sedih lagi sebab takde income dah lepas ni
tapi...
itu la adat, bertemu dan berpisah...hilang di mata, tapi di hati tidak lupa...
email kan ada.

Sepanjang hampir 3 1/2 tahun berkerja di bumi UK ni, macam-macam experience saya perolehi.
Macam-macam perangai orang puteh dan orang tak puteh saya temui.
Dari seorang house officer, yang tak reti apa-apa, dengan beraninya terus menerima jawatan senior house officer dalam clinical oncology (cancer). Gabra juga 1st day, tapi Alhamdulillah survived. Ada gak kena taji dengan consultant 2-3 kali, tapi itu lah adat orang tak reti.
Kerja seterusnya kebanyakkan dalam general medicine; nak kata expert dalam perubatan dalaman, takde lah sangat. Setakat nak diagnose diabetes ke sakit jantung ke pneumonia ke, insyaAllah boleh.

Itu la sedikit sebanyak pengalaman yang ditimba sejak Disember 2002.
Moga-moga dengan ilmu yang ada lebih kurang ni, dapat digunakan sebaik mungkin bila kembali bertugas di Malaysia nanti, insyaAllah.

Harapnya, saya telah melaksanakan tugasan saya sebaik mungkin di sini, dan kurang-kurang nama saya akan tersemat dalam memori consultants/registrars/sho/ho dan juga medical personnel.

Mungkin satu hari, kalau berpeluang akan kembali ke sini.


Later

Dr Mummy yang menganggur

Thursday, 27 July 2006

Lupa

Sejak dua menjak ni, kepala dan bahu rasa berat je. Macam-macam bermain di fikiran. Nak diluahkan tak terdaya.

Tapi semalam, selepas mendapat berita darihal sudden death orang yang agak muda. Dan berbicara pula dengan patients, yang berceritakan darihal orang-orang yang mereka sayangi.
Tersentak dari lamunan, hidup ini sekejap saja. Ajal maut sudah ditetapkan, tapi adakah sudah digunakan masa sebaiknya untuk menyiapkan diri ke alam barzakh? Tersedar juga, yang sejak kebelakangan ini terlupa mengucapkan sayang dan terima kasih kepada yang tercinta.

Kekusutan fikiran takkan terlerai selagi ego diri masih cuba dipertahankan, tanpa mahu mengalah. Diri ini pasrah dan parah.

Adakah disebabkan kesibukan bertugas yang menyebabkan diri jadi alpa?

Sedangkan tugasan ini berdepan dengan mereka yang sakit dan ada yang nazak menunggu masa, tapi kenapa diri sering terlupa?

Sudahkah bertaubat kepadaNya?
Sudahkah memohonkan maaf dari mereka yang tersinggung atas perbuatan diri?
Sudahkan dilafazkan kata sayang dan cinta pada mereka yang dikasihi?

Nyata diri ini masih pelupa.
Harus diingati diri ini selalu, hidup di dunia hanya sementara.....


Notakaki:maaf ayat bercelaru, sekadar mengingatkan diri yang sering lupa

Monday, 24 July 2006

The love boat?

Sabtu lepas, kami belayar ke Amsterdam.
Ini kali ke 2 naik cruise ke seberang, kira dah terrer la. Darwish dan Nabilah memang seronok habis teh (bak kata ore kelate). Gambar: Darwish dan Nabilah posing depan 'Pride of Rotterdam'


Selepas check-in, kami berjalan masuk. Connecting brigde/tunnel tu cam yang nak masuk dalam plane tu lah. Kat entrance kami di sambut dengan bunga-bunga yang letak kat leher cam Fantasy Island tu...tapi itu hanya dalam angan-angan. Anak-anak dihadiahkan dengan belon dan activity book+crayons.

Di cabin kami, ada tingkap. Untuk 4 orang, cabin besar sikit la.

Kami makan dinner sebelum kapal belayar. Sudah solat, baru lah jalan-jalan pusing kapal. Ada restoran, ada pub, ada sun-deck untuk lepak-lepak ambil angin, ada cinema, ada kedai biasa dan juga duty-free shops. Yang penting sekali ada children's play area.

Ada nampak adik dan abang tak?

Nabilah yang mula-mula tu, takut-takut je nak terjun ke dalam 'lautan bola' tu, selepas 2-3 kali, dah mula confident. Seronok aje nampak dia main. Ada table untuk painting dan colouring. Ada ruang untuk video. Ada akak sorang ni buat face painting.

Darwish jadi lion.

Seronok la cik awe ni, first time ever muka dia kena paint. Ke sana ke mari melompat dan mengaum.

Dah lewat malam, baru la nak tidor adik dan abang ni. Saya pula, tempat tidur baru, kejap-kejap terjaga. Darwish yang tidur kat bunk atas, hampir terjatuh walaupun dah pasang 'pagar' besi tu.

Hampir 12jam kemudian kami berlabuh di Rotterdam.

Windmill di sekitar Port of Rotterdam.

Dari Rotterdam kami ke Amsterdam dengan chartered bus. Perjalanan selama sejam. Yang membingitkan telinga ialah, adalah 5-6 orang makcik ni (about mid 30s) yang saya rasa ada kandungan alkohol yang agak tinggi dalam darah dorang, memekak sepanjang jalan. Gelak mengilai cam pontianak. Adui. Malu den! Nasib baik la Nabilah dan Darwish totally behaved selama sejam dalam bus tu.

Amsterdam, bandar yang ada lebih dari 100 canals di sekelilinginya. Ada red light district yang mana, sex services area available. Kami pernah ke area tu, aduii ngucap panjang tengok perempuan-perempuan itu menayang body di display window! Apa yang saya nak highlight kat sini adalah, jika penagih ganja ke sini, mereka seolah-olah in their 'heaven'. Sebabnya ganja/dope/grass/cannabis/marijuana adalah halal di sini.

Tengok la plate souvenier pun kata daun tu halal kat sini.Ni khas untuk mereka yang baru nak try bercucuk tanam di belakang rumah.

Ada juga sex museum di sini. Tak tau la apa kemender kat dalam tu. Tak gamak nak jejak! Also ada Amsterdam Dungeon, Nabilah yang lalu kat tepi tu pun dah melalak ketakutan, itu belum masuk lagi tu. Kami berjalan sepanjang 'High Street' of Amsterdam hingga ke Madame Tessaud, yang di depannya ada big square (tak tau nama apa). Kaki terus melangkah hingga menyeberangi canal, dan terjumpa Flower Market. Memang banyak tulips di sini. Rambang mata saya, tapi disebabkan mood saya agak kureng, so saya hanya jamu mata sahaja. Kenangan dari Amsterdam kali ini, hanya 3 biji mugs dengan tulips hand-printed, dan fridge magnets. Kononnya nak beli ganti tulips yang anak-anak dah patahkan, pun saya takde mood nak beli. Terlintas gak, kalau beli benih cannabis tu, apa jadik gamaknya ye? Disebabkan curious, saya belek gak starter kits cannabis tu, nak tengok biji benihnya camner, tapi tak nampak pun.

Kami lunch kat Maoz, Falafel. Lepas tu, naik canal cruise, menikmati keindahan Amsterdam. Jam 5, kami menaiki bas untuk ke Cruise semula. 9pm kami meninggalkan bumi Holland.

Semua cerita di atas, ada dalam slides show ni.





Semoga hari-hari seterusnya akan terus bersinar dan memberi kedamaian pada hati yang bergelora..........

Later......

Friday, 21 July 2006

Kuch Kuch Hota Hai



Di saat kebosanan di waktu malam.

Tak silap, kalau ditranslatekan lagu ni dalam BM, menarik kata-katanya.

"..tidakkah kau rasakan debaran di hati ku...."

Sorry la....layan blues sket.....

ps: yes...ini malam last bersekang mata time dunia Sheffield sedang diulit mimpi

Bende magic

Kisah 2 orang budak ni.
Terjumpa satu bende.
Kurus tegak ukuran badannya.
Kepalanya besar, bertelinga tiga.
Kalau ditekan butang dibadannya, maka bergeraklah telinga dan kepalanya.
Dan nyamanlah udara.
Sesuai untuk musim panas ini.

Inilah dia, dua orang budak yang 1st time ada kipas kat rumah.
Itu belum jumpa kipas ceiling lagi tu, mau terlopong dok dongak ke atas....:D


Adik asyik nak tekan button je


Abang asyik nak nyayi aje di depan pusingan angin kipas

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :