Tuesday, 27 June 2006

Blues

Hari ni, macam biasa, seperti orang yang berkarier lain, pagi-pagi ke tempat kerja.
Hari ni lancar aje. Bus pun tak penuh.
Muka depan akhbar free dalam bus, kalau tak Beckham, siapa lagi? Takkan Figo (gambaq dia hantuk kepala orang) atau Deko (gambaq dia pegang bola, taknak bagi kat pihak lawan...lawak lawak, cam budak kecik berebut bola jek).
Wokeh la, asyik asyik bola....hehe sorry ya.

Kononnya cam bersemangat la nak berkerja kat ward yang sama cam minggu lepas.
Elok saya start ward round dengan house officer, ada sorang consultant telepon ward mencari saya.

Eh apsal plak?!

Rupa-rupanya, saya ni glemer (ceh perasan plak!), team consultant tu takde junior doctors (registrar dia cuti, SHO dia dah blah ke US dan HO dia keje malam). So dia terkedek2 la sengsorang nak buat ward round. OOoo rupa-rupanya deme ni, kalau takde orang bawah, susah la nak pastikan semua patients deme tejaga rapi. So, saya diminta berkerja dengan dia untuk minggu ni.

Disebabkan saya ni hanya doktor sandaran, kat mana yang saya perlu sandarkan diri, kat situ la saya kena pergi menyandar.
Hati saya terluka jugak (ceh wah! berdrama pulak makcik ni!), rasa cam diri ni ditolak-tolak ke sana ke mari je.
Patut la, dalam jiwa saya dah fed-up dengan kerja doktor sandaran ni. Sebab saya rasa saya bukan sebahagian dari team itu. Bila mereka perlukan saya, mereka terkapai-kapai mencari saya. Bila saya tak diperlukan, takde courtesy pun untuk memberitahu saya yang saya tak dihendaki lagi.
Beginilah nasib doktor sandaran.
Gaji mungkin lebih sikit dari doktor NHS, tapi the sense of belongings itu tiada.

Lagi satu yang saya bengkek sket ialah, consultant ni pernah kutuk saya dalam interview kerja 2 tahun dahulu. Dia mungkin dah lupa, tapi kata-kata dia yang menyakitkan hati saya, masih lagi saya ingat.
'I'm not convince you want to do medicine' itu yang dia ucapkan. Kalau ikutkan hati yang bengang, mau aje saya sabotage tak buat apa-apa kerja selepas ward round dengan dia pagi tadi. Tapi sebab saya ni baik orangnya (ceh wah!puji diri plak dah!), saya bereskan segala mende yang perlu dibereskan untuk patients di ward tu.

Cukuplah luahan hati saya kali ini.
Ni tengah oncall, tapi takde la busy sangat.
Baik saya cuba habiskan artikel yang saya nak tulis dalam ruangan tanya doktor tu. Asyik tangguh-tangguh aje.

2 comments:

simah said...

faez tak teringin ker nak pohon jawatan doktor tetap?

Izhal said...

Dr Faez, your diagnosis on my son tepat skali... :) sebab dia nak membersar, so kaki dia tak straight mana le... MRI tak perlu buat haritu, Alhamdulillah ... you da best!!!

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :