Hari ni 19 Jun.
Lagi 3 bulan ada la orang nak tambah usia. :D
Minggu ni kerja. Ini la 'doktor sandaran', ada keje, keje lah; takde keje duduk menyandar kat rumah lah (style arwah P Ramlee ckp dlm Ali Baba Bujang Lapok..kut)
Respiratory medicine untuk 2 minggu.
Mungkin dapat sambung hingga tengah atau hujung Julai.
Elok jugak, dapat la experience dalam speciality ni.
Projek tergendala:
1) Mengemas barang-barang kat rumah
2) Entry 'Asap Dapur Faez'*
3) Sedang dalam pemikiran untuk buat ruangan kongsi ilmu perubatan atau soal jawab perubatan-mungkin tajuk 'Tanya Dr Faez' (?)*, belum realisasikan lagi.
Sejak menjak habis course hari tu, kepala ni kosong ajek.
Mungkin kalau diketuk-ketuk berbunyi macam tong takde isi agaknya.
Risau pula rasa rileks semacam ni. Maklum la sejak Januari 2005 hingga ke awal Jun lepas, ada saja perkara 'akademik' yang saya buat untuk menambahkan ketensionan di kepala.
Anak-anak pun sejak kehadiran tok-nenek deme dalam hidup mereka awal Mei lepas, makin pandai berkata-kata.
Darwish sekarang suka bertanya, 'mummy buat apa tu?', ' mummy apa tu?' 'mummy apa ni?'
Alhamdullillah deme ni cepat je mesra dengan Mama-Papa-Tok dan Nanny&Tok deme.
Oklah.
Layan tengok bola plak, Tunisia vs Spain. Takat ni Tunisia tengah leading 1-0. Esok England main lawan Sweden. Nasib baik tak on-call, so boleh la serakkan suara esok malam
*promo murahan
11 comments:
Dr Faez, bagus tuh ada idea nak buat blog "Tanya Dr Faez..". Kena bayar tak? Hihihi. Asap Dapur Faez pun Ajzie suka..
saya sgt menyokong supaya rancangan 'Tanya Dr Faez' diterbitkan...
Cun gak idea Tanya Dr Faez tuh.... Anyhow tulung cheerleaderkan game England & Sweeden esok....susah rasanya nak nonton sbb main kul 3am (waktu tempatan) Menang kalah lawan 2nd round agak getir -Jerman or Equador...GULP...
hehe banyak idea Dr. sekarang ni..baguslah tu..
eh, dah dpt ke result exam dr?
hehe dr. la ni kalau anak dah banyak tanya, mmg kena masuk tahap kesabaran paling tinggi sbb selagi tak puas hati ngan jwpn kita selagi tu depa tanya.
sronoklah dr...kat rmh tu full house jer ngan famili.taklah sunyi manakan..
layan bola gak ye :)
heppy fathers' day utk lelaki2 dlm hidup doktor.ok..
sorilah, baru hari ni lwt blog dr. sbb ari tu sibuk kat pd, pas tu update blog sendiri, slow2 p blog kengkawan.
nak baiki tesis lagi ni
sokong 100%... dr buat ruangan tanya dr faez tu, sekurang2nya untuk panduan blogger
Sweden tak pernah kalah to England sejak lama berzaman. So macam mana ni? Nak setia kepada England kah?
Sakit no sakit, rooney must play!
Idea tanya dr faez tuh bagus gak.. kira cam amal jariah le
saya setuju dengan comment sya tu..mesti ramai serbu tanya soalan
cepat cepat la buat ruangan soal jawab puan doktor...heheheh.
Dear all friends,
Thanks for the feedback of idea 'tanya dr faez' tu. compiling of the facts to write on the first topic. insyaAllah akan terbit soon.
FOC.
Untuk bertukar2 ilmu/idea dan juga nak mengasah kut2 ada bakat terpendam dalam nak tulis medical artikel ni....(berangan nak jadi doktor soal jawab kat majalah wanita ke mangga ke...:D)
Mangga..hihihi. Kelakar ler Dr Faez nih..Kat Mangga mcm kena jadi Dr Cinta aje..hihihi
Post a Comment