Oklah, bercerita tentang trip ke London hujung minggu lepas.
Selepas melepak sekejap di pusat membeli (dan blah) di Bull Ring, Birmingham, kami menuju ke Oxford, untuk menziarah kawan hubby dan sekaligus tempat persinggahan malam itu. Cuaca amat panas sekali, dan nasib baik la naik kereta ada aircond. Kalau naik MPV tu, mau cair dalam kereta agaknya.
Sampai di Oxford, kawan tu duduk kat college rupanya. Semasa berjalan menuju flat dia, teringat zaman-zaman duduk asrama di MRSM dan di USM blok Gemilang dulu. Kat tengah-tengah blok ada court ranger (badminton court). Memang peramah sungguh orangnya, hingga ke tengah malam kami layan berborak. Anak-anak saya agak bising juga, asyik kena sound aje dgn mummy dorang (yg tgh bad mood) sebab risau kut-kut baby tuan rumah terjaga.
Esoknya, perjalanan diteruskan menuju ke London. Oxford-London about 50batu, so sat aje la drive dah sampei. Parking kat Edgware Road. Terkejut + seronok tengok ada macam pasar minggu kat celah-celah jalan di situ. Macam-macam ada jual. Rasa macam kat pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman pula (eh ada lagi ke sekarang ni?). Niat saya nak rewang-rewang kat situ, tapi disebabkan banyak lagi tempat nak rendek, so kejap aje la di situ, tapi sempat la saya beli beg tangan ranggi (betul ke eja ni?) kononnya boleh guna bila ada dinner. Kiri-papan tanda Edgware Road, tapi kecik benor.
Kali ini kami pusing London naik bus. Walaupun Darwish berkali-kali ajak naik tube, tapi kami buat tak layan. Macam-macam alasan kami bagi, akhirnya dia terima alasan kata train rosak. Cuaca memang panas. Suhu maxima 28 darjah Celcius. Berliter-liter air kami togok hari tu.
Macam biasa la tempat yang dituju, Oxford Street. Macam tak percaya saya, jalan yang selalunya penuh dengan manusia tu, agak lengang. Sebabnya, England lawan Paraguay petang tu.

Dari Oxford Street-->Trafalgar Square-->Big Ben-->Tower Brigde-->Tower of London. (sila lihat slides)
Kereta kami ni sepatut 4 penumpang sahaja (5 termasuk pemandu) tapi kali ni diisi dengan 6 orang. Kalau terserempak dek polis ni, mau kena saman. Sedang Hubby mencari-cari petrol station, cik Nabilah pula termuntah. Habis baju dan seluar saya kena. Rasa basah meresap ke semua arah. Nasib baik la dia tak minum susu sebelum tu, kalau tak lagi la masam baunya. Terpaksa la tukar persalinan di Tesco. Sambil menantikan hubby membeli air, saya melepak di depan pintu masuk supermarket tu. Macam-macam rupa gaya bentuk orang ada. Yang paling menarik perhatian saya, ada sorang pakcik ni, gi shopping tak berbaju, hanya dengan seluar boxer dia aje. Tau la cuaca panas pakcik oii!
Kami kemudian ke Oriental City, saje round-round, dan beli sayur mayur exotic (padahal kat Sheffield pun boleh cari) serta beli lauk untuk bekal balik ke rumah (atleast masak nasi aje bila sampai). Oo ye, kat situ ada gak kedai pinggan mangkuk Jepun. Tapi takde la seglemer kedai pinggan yang tuan Izhal cerita satu ketika dulu
Tiba di Sheffield, lepas solat, berjamu selera dan apa lagi layan bola lerrr.
Tiba di Sheffield, lepas solat, berjamu selera dan apa lagi layan bola lerrr.
PS: Sorry terbanyak slides, sebab blogger dah mengong takleh nak upload gambar yang tak bergerak.
8 comments:
tak ambik gambar waktu malam ke kat london bridge?
MRSM mana gaknya Puan Doktor yang berjaya ni???
28 darjah celcius panas tuuu... melayu berniaga dekat dengan pesta bogel??? hahahaha... awat tak snap gambaq p*ngk*q??? hahahaha... hihihihii... mat saleh ni pelik betul la...
Bestnye jln2. Ada jual lauk-pauk eik kat sana? Org Melayu ker yg jual..Best betul tuh.
Sini pun panas.. lebih panas dari Msia.. 30c semlm. Duduk dalam rumah pun muka anak2 merah aje.. hihihi
dr faez,
tak lawan panas kat sini wo...sini 42 degrees...nasib baik tempat pak arab, mat saleh nyer beradab sikit ler..sebab tu tak ada pesta tunjuk pungkoq..hahaha. Tapi saya rasa kalau ada pun depa takut sat ni cayaq satu badan. Heheheh
Bestnyer g jenjalan london. Biler la ada peluangnak kesana lagik..
Kak Faez,
Bestnya jalan2 London, saya ni baru sekali jer sampai.
P/s: Kak,rasa slide akak ni besar sgtlah, sampai jatuh profile akak ker bawah..ker mmg akak nak cam tu..hihi saja sibuk2.
Eh...wujud lagi tak M'sian Hall kat London yek? Ingat lagi kali pertama & terakhir gi sana... Jumpa masakan M'sia...makan cam dah 30 tak makan nasik..he.he..he..
Puan Sarahjiha,
Eh tu MRSM mana yer? kalau mrsm beseri takde la sebilik 2 org, mewah benor tu.
Tuan Kamato,
dulu2 ada amik. ada dalam CD mana ntah.
Tuan Izhal,
Dulu2 MRSM Beseri, Perlis.
Kamera takleh nak zoom jauh la. kalau tak sure dah tertangkap gambaq dah.:D
Puan PB,
ada rezeki nanti sampei la tu.
Puan Ajzie,
Ha'a org Melayu yg juai. Sebab di kota london kan, harga pun mahai la.£4/lauk. kalau kat kampung sheffield ni, boleh murah dari itu.
anak2 puan nanti balik malaysia nanti lagiiiii merah muka deme
puan zakiah,
org arab beradab sket bab2 pemakaian ni kan?kita plak teringin nak gi dubai, bila agaknya mau sampei ni.
Puan Yus,
nanti nak buat passport baby, kena gi london kan?
eh, slides bley kasi kecik ke sizenyer?
Tuan NBK466,
MSD skarang dah cantekkk. lounge dia cam hotel 4-5 stars dah. kantin pun jauh lebih cantek dari Nahar.
kak Faez,
Bolehlah, kan kat yus punya blog tu yg gambar alia n aqil kat bhgn atas tu kecik jer sizenya. Bila akak dah paste kat column posting akak tu, kat kod tu kan ada size lebar dan tinggi slide tu. Akak kurangkanlah..nanti dia kecik ler sizenya.
Post a Comment