Monday, 26 June 2006

Petang Jumaat babak 2

Sebelum sambungan drama 'Petang Jumaat', ini adalah berita ringkas:
(Maaf saya kena bercerita jugak sebab saya masih euphoric dengan apa yang berlaku sebentar tadi).

Petang tadi, England vs Ecuador. Seperti biasa, pasukan England akan bermain dengan lemah lembut dan lengkang-kangkungnya mengatur serangan yang bukan macam menyerang. Ini telah menyebabkan bapa mertua saya lebih rela tidur dari melihat match ni. Tapi nasib baik Beckham masih ada 'bend it like Beckham', so England menang la 1-0. Lepas tu Beck muntah kuning. Ok la tu. Masuk 1/4 final gak.
Kejadian petang tu tidak menyebabkan adrenaline saya naik. Tapi apa yang berlaku kejap tadi memang mengejutkan saya yang telah terlelap.
Ganas sungguh perlawanan antara Portugal dan Holland. Pengadilnya suka benor kaler kuning, 15 kad kuning dia bagi hadiah free. Lepas tu dia bagi lagi 4 kad merah, bukan sampul angpow yer. Dari 11 pemain setiap pasukan, jadik 9 masing-masing. Memang suhu kat padang tu amat tinggi.
Cuma saya harap referee tu, lepas ni takde dah nak umpire mana2 game, kang 24 kad kuning dia bg free-free jek(2 lagi dia bagi kat lines-men).
Sekian terima kasih.

Kita kembali ke drama 'Petang Jumaat'.

Sesiapa yang belum baca babak pertama, sila ke entry lepas ke bawah yer
.

Oleh kerana memang petang Jumaat tu, kami plan untuk keluar dating lepas kerja, saya pun berpakaian ayu lah hari tu.
Skirt polka-dot, blouse biru muda dan tudung sepadan. Cuma kasut aje, tak high heels, sebab ada ward round.
Dalam beg kerja (beg budak sekolah tu la), saya masukkan handbag saya yang ranggi itu.
Kononnya, bila berjalan nanti, sandang handbag aje la.

Srettttt *bunyi tape yang di fast forward*

Habis wayang.
Si dia mengajak saya ke suatu tempat.
Tak pernah saya ke situ.

Pintu dibuka. (bunyi muzik suspen)
Tiada insan pun didalamnya.
Sunyi sekali bangunan ini.
Saya mengekorinya dari belakang, sambil memandang ke kiri dan kanan melihat kawasan.
Kami ke satu ruang.
Sepinya.
Saya rasa takut pula memasuki tempat asing ni.
Dan saya diberikan gloves sepasang.

'Hah....apa lagi, letak handbag tu, amik dulang ni; gi pungut cawan-cawan kat meja office tu'
(zretttt bunyi muzik suspen terputus).
Petang tu saya menolong si dia kat 'opisnya'.

Mula-mula kutip mugs.
Dan si dia kosongkan bins.
Lepas tu, saya vacumm carpet. Berat gilos vacumm tu. Berpeluh gak ler.
Dan si dia mengelap meja-meja office.
Lepas tu, saya basuh mugs yang ada.
Dan si dia mengelap lantai di gents&ladies, dan di 'kitchen'.





Wahhh susah gak yer kerja jadik 'floor engineer' a.k.a 'sterile control officer' ni.
Memang physical.
Balik ke rumah.
Terbaring saya. Seolah-olah baru lepas balik dari gym selepas exercise 1 jam.
Penat.
Tabik saya kepada mereka yang bertugas sebagai septic control officers ni, sebab punya daya tenaga yang kuat.

Jadinya, saya hari tu, pagi doktor, petang septic control officer.

Moral of the entry:
1)Main bola slow-slow biar bertempat.
2)Main bola tak leh laga-laga kepala dengan sengaja (notis untuk Figo)
3) Gi dating pakai lawa-lawa (esp bila gi dating dengan hubby)
4)Jangan pandang lekeh pada cleaner pejabat kita, deme pun kerja keras mencari rezeki halal, macam kita gak.

9 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Sungguh berkesan dan sinis moral dr tu... :)

Pengadil tu tengah kemaruk rasanya.

Ayu Mohamad said...

hehehhehe kene pakai lawa2 yer heheh kalo idak? :?P

simah said...

bravo faezz!! ni awak kira isteri mithali la ni kan tolong hubby lagi..

memang match england tu bole tido la.. i pon terkejut sebab masa match tu kat my dad in law punya rumah tak der orang menjerit apa..padahal masa tu ada 4 lelaki fanatik bola sepak

Unknown said...

Kak Faez,
Tersenyum sorang baca entri akak kali ni. Teringat pulak bila pagi2 yus kat office tu tgh buat keje2 yg sama. Dah tu skrg perut pun dah makin berat....aduh malasnya nak naik tangga turun tangga dgn bawak plastik hitam tu...hahaahh. Tapi sbb nak cari income sikit, ku tahan jua.

Mamamanja said...

salam kenal...
lompat dr 1 blog ke 1 blog

Kaklong Syikin said...

hehe..saya tak tengok portugal -belanda tu, tp suami tngk..dia kata mmg dasat lah game pagi td. saya fikir depa ni tensen sbb masing2 berebut nak masuk ke suku akhir..btulkan?

eh..camner ngan dating? best tak endingnya? anak2 sapa jaga?

Ajzie said...

Portugal-Belanda meriah ngan kad kuning/merah. Last2 main 9-9.. Best gak lah.. Kesian C.Ronaldo..kaki kena hentammm

anita kema said...

ye...ye...saye setuju sangat dgn moral cerita nih...
kekadang meluat jugak tengok org yg tak hormat langsung kat cleaner, bila kawan tu baru je mop lantai, deme terus lanyak takde ampun punya. kot ye pun, ngelak la dulu, ye tak?

NBK466 said...

Cian Beckham dihydration...tu pun buleh score lagik... England kalau lawan main sopan santun, mereka pun akan bersama2 bersopan santun jua....

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :