Wednesday, 20 September 2006

Hidup baru...

Dah bersawang dah blog saya ni. Sibuk sesangat. Lagipun, hati kurang sabar dengan internet rumah ni, mandom semacam je.

Meh la nak story mory i'm sorry strawberry (betul ke ni?cilok dari citer Hikmah, itu pun dari adik yang cakap).

Masa minggu pertama balik, as predicted, Darwish jetlag. Saya pun 'terpaksa' jetlag bersama dengan dia, kalau tak, siapa nak temankan dia sampai 3-4 pagi.

7hb, kami balik ke kampung bersama papa dan mama. Singgah bermalam di pekan Datin Siti. Mukanya terpampang tepi round about. Esoknya terus ke Gua Musang-->Kuala Krai-->Machang--> Jerteh. Nama kampung nenek belah papa ialah Kampung Laklok, di sempadan Trengganu-Kelantan. Kampung mama saya pula Wakaf Raja juga di tepi sempadan Kelantan-Trengganu. Bermalam di situ, lagipun papa baru aje baiki rumah nenek, so dia nak tunjukkan kat saya lah, yang dah tak balik kampung lebih dari 4 tahun. Anak-anak punya la seronok kejar ayam.

10hb, kami ke Kota Bharu. Saya dan anak-anak ditinggalkan di rumah pakcik saya. Plan asalnya, kami cari rumah then terus balik ke KL, tapi kereta papa expired roadtax 10hb. Sebab mission cari rumah belum beres, saya pun decided lepak situ la dulu. Lagipun saya ada appointment dengan Dekan Perubatan USM esoknya.

11hb, meeting saya dengan dekan USM. Saya terlewat hampir 10minit, Nabilah punya pasal. Dia melalak sepanjang-panjang saya sedang berbincang dengan dekan. Saya tak dengar lah, sebab Tok Ayah dia yang tolong jagakan di corridor pejabat dekan itu. Hinggakan orang office pun tolong datang nak redakan cekmek tu. Geram betul saya. Dekan telah offerkan saya jawatan pensyarah pelatih sementara dalam bidang Pathology (sama speciality as Dr NBB). Sedangkan saya ada hampir 3 tahun pengalaman dalam Internal medicine, frust jugak la saya tak dapat apa yang saya nak. Semua nya sebab saya takde postgraduate qualification. Saya dinasihatkan untuk memikirkannya, dan berbincang dengan suami. Lewat pagi tu saya bertemu kembali best friend saya sejak form 4. Seronoknya.

12hb-18hb, dengan pertolongan pakcik saya, kami gi melihat beberapa buah rumah. Sayang sekali, ada rumah lawa, terlalu kecik. Tak muat barang-barang saya tu. Dan satu lagi saya perasan, kebersihan toilet terabai. Tak paham saya, macam mana orang boleh guna toilet yang tak boleh diflush. Bagi saya, bila saya view rumah, toilet memainkan salah satu faktor untuk saya decide, sama ada saya akan sewa rumah tu atau tidak. Inilah, bagus juga Najib buat kempen kebersihan toilet. Bagi orang sedar sikit! Sebab apa guna banglo lawa, tapi toilet hancing, satu rumah boleh bau. Mmmm membebel plak makcik ni. Sorry.

18hb, saya selesaikan perjanjian (mulut) nak sewa rumah dengan tuan rumah. Dapat la sewa rumah, murah je, banglo usang di Pengkalan Chepa. Malam tu saya balik ke KL. Terpaksa menaiki bas sebab tak bawa BC/passport anak-anak, so takleh nak book tiket aeroplane. Syukurlah, anak-anak saya tidur sepanjang perjalanan.

19hb, dapat sambut birthday saya yang ke 19+13 bersama-sama keluarga saya, cuma suami aje takde di sisi....uhuk uhuk. Sendiri beli kek, itu pun nak bagi anak-anak and niece happy. Lepas saya ucapkan terima kasih pada papa dan mama, sebab tanpa mereka dan dengan izinNya, saya tak lahir ke dunia ni; mama kata terima kasih sebab saya dah kembali ke dalam family, lebih-lebih lagi papa yang happy anak-anak dia semua ada disisi sekarang. Terharu saya.

20hb, sedang saya lipat kain, dapat panggilan dari pejabat dekan USM, kata secretarynya, dekan nak jumpa saya, nak follow up pasal discussion hari tu. Keputusan masih belum saya buat. Masih lagi beristikarah. Tapi hati saya makin berat ke satu arah. Kebetulan saya akan ke KB semula 25hb ni, saya pun arrange appointment. Semoga Allah permudahkan.

Itu la serba sikit cerita saya setakat ni.
Masih under pressure sebab....
1) Nak settlekan hal kontena
2) Nak siapkan essay, bahagian literature review je belum siap.
3) Nak teruskan career dalam bidang apa....

Stress level saya dah kurang sket, sebab dah dapat rumah di Kelantan tu dan semua barang-barang dari UK dalam perjalanan.
Alhamdulillah. Itu lah, kalau Allah tak uji, kita sering terlupa. Semua-semua yang berlaku ni, buatkan saya insaf, yang diri ini sering terleka.

Sebelum tutup bicara, saya nak minta maaf sebab tak sempat nak balas semua comments. Lepas ni, tak tau bila plak entry blog ni. Mungkin by October semua start to settle down a little, insyaAllah.

Selamat menempuh Ramadhan al Mubarak.

Later.....

PS: Sorry KV tak contact pun kata nak ke KB. Moga dpt jumpo satu hari nanti....

8 comments:

NBK466 said...

Selamat pulang ketanah air...semuga everthing settled down safely... Naper no yg '19+13' tuh cam samo yo dgn den? Kalau samo banyak soklan nak tanyo nie hah..he..he..he..

Kaklong Syikin said...

salam,

hepi birthday dr. laa...sebaya kita. ngan nbk pun sebaya gak?

moga semua urusan dr. dipermudahkan amin.

lega dpt baca updated dr. ni..

FaEzHussain said...

Tuan NBK466 dan Puan Syikin,
iye kito samo bayo lah. Den lahir tahun 1974.
Bilo nak dapek bersuo muko dengan semua ye...

eh menyamar jadi org NS plak...heheh

Alhamdulillah, satu-satu hal dpt dibereskan, cuma kena bersabar banyak-banyak hadapi dugaanNya

Unknown said...

Semoga semuanya selamat yer kak.

Selamat Menyambut Ramadhan dari kami sekeluarga.

mizzwanda said...

a'kum k.faez..oo keja kat klate la eh.okes..nway slamat berpuasa ya n dun stress2 too much nanti cepat dpt white hair hehe!..insyaallah semua oknyer lah amin!

simah said...

salam Ramadhan utk Faez dan sekeluarga... insyaAllah everything will go as well as it can be :0)

pB said...

agak agak raya tahun ni, boleh lah beraya umah DR Faez.....???

FaEzHussain said...

Yus,
Selamat berpuasa jugak pada org UK. Tabahkan hati, sikit aje lagi nak duduk di situ?

Dr MW,
w'salam. Ha'a kita nanti kerja kat KB, bukan clinician dah kut, jadi cikgu ngajar budak medic la kut.

Simah,
Thanks. Amcam puasa di Turki?

Kak PB,
Rumah kita di KB tu buruk aje. Tapi kalau sudi sila la dtg, di Taman Mesra, P.Chepa.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :