Sunday, 12 November 2006

Syawal 1427

Assalamualaikum

Lama sudah saya tak update blog saya ni.
Mula-mula terima kasih pada Yus, yang telah tolong 'update'kan darihal kami di Malaysia dalam blog dia.
Terima kasih pada Syikin yang menelefon saya tempoh hari.
Terima kasih pada teman-teman blog yang sudi menjenguk blog saya dan meninggalkan pesanan dalam shoutbox saya.

Syawal tahun ini berlainan sekali untuk kami sekeluarga.

Rentetan dari pagi 1 Syawal.

Ditakdirkan Syawal tahun ini, saya dan 2 adik saya beraya di rumah mertua masing-masing.

Di pagi Syawal, saya berada di Kuala Kangsar. Tapi saya tidak tahu kenapa, hati saya jiwa saya nak sangat balik ke kampung di Terengganu untuk beraya dengan papa dan mama. Walaupun saya bersolat raya di Masjid Ubuidiah, tapi hati saya tak ceria. Walaupun saya dapat menatap wajah Sultan Azlan, Raja Nazrin dan Raja di Hilir, hanya wajah saya yang tersenyum, hati saya asyik teringat pada papa dan mama sahaja.

Suasana hari raya di rumah mertua saya memang meriah dan penuh kekalutan. Bayangkan, adik ipar saya seramai 8 orang (9 termasuk suami saya)+mama & abah+3 menantu+ 8 orang cucu, memang kecoh. Darwish, untuk pertama kalinya, mengikut Tok dan 3 sepupunya beraya ke rumah orang kampung. Dia seronok dapat duit raya. "Mummy, I got a lotttttt of this ('angpow' raya)". Saya buat kuah kacang (nasib baik kali ni menjadi), mama mertua saya suka bnor makannya.

Raya kedua, kami 3 kereta balik kampung mama mertua saya, di Bota. Dapat la rasa mee Bota yang sedap tu. Pakcik suami saya ada kedai makan di depan Hospital Daerah Changkat Melintang (kalau ada antara pembaca yang lalu kat depan hospital tu, singgah le kat kedai tu, mee kuah dia memang sedapppp [promosi percuma]).

Raya ketiga, di sebelah paginya, ramai tetamu datang berkunjung. Tengaharinya, kami bertolak menuju ke Terengganu. Saya insisted untuk balik ke kampung saya di hari raya ke3 sebab raya ke4 ada kenduri kahwin pakcik saya. Kami singgah sebentar di Gerik, ziarah keluarga bakal menantu untuk adik ipar saya yang no 6. Memang sedap sekali makan tengahari tu.

Perjalanan menuju ke Kampung Laklok, Jertih, mula-mulanya berjalan lancar. Hinggalah lebih kurang 15 km menuju ke simpang KB-Machang-Jeli-Kuala Krai. Tersangkut dalam jem lebih kurang 2 jam. Saya dan suami memang tak pernah alami jem seteruk ni. Kepala ni tension sungguh. Ingat lagi, saya called hp mama untuk mengadu darihal tersangkut dalam jem, tapi papa yang jawab, dia cakap polis yang jaga tu, pasal tu jem; saya plak kata ada accident kut. Yang betul ialah papa saya. Kami tiba di kampung jam 10 malam. Mama, papa, 2 orang adik saya dah tertidur menunggu kami. Selepas bersalaman minta ampun dan maaf, kami makan malam. Memang saya duk membebel kat papa pasal jem tadi. Dia seronok dok gelakkan saya. Papa cakap rumah sewa kami di PC tu, besar, "Bulih muak tigo butir bah express (Boleh muat 3 biji bas express)". Dia suruh tuan rumah baiki dapur. Dia kata, kalau tuan rumah nak jual rumah tu, beli aje.

Raya ke4, pagi-pagi lagi saya dah bangun, sebab ada saudara nak datang breakfast pagi tu. Papa lepak bersama saya dan mama di dapur. Saya berusaha memujuk papa mama untuk tak balik ke KL petang tu. Tak puas rasanya jumpa mereka. Tapi disebabkan adik-adik 2 orang lagi tu ada exam Isnin tu, so papa nak teruskan plan balik ke KL petang tu. Saya, suami dan anak-anak beraya di rumah pakcik makcik yang dekat-dekat rumah nenek tu. Selepas solat Jumaat, kami menuju ke kenduri di rumah Tok Sepupu saya. Semasa bersalam turun dari rumah nenek, hati saya terdetik untuk memeluk papa, tapi entah kenapa saya tak buat. Selepas masuk waktu Asar, papa, mama dan adik-adik bertolak ke KL. Rancangan asal mereka akan singgah bermalam di Kuala Lipis. Sementara tu saya sekeluarga ke kampung mak saya di Wakaf Raja (dekat je dengan Kampung Laklok, tapi di sebelah Kelantan), untuk beraya dengan saudara mara mak saya di sana. Jam 8 malam baru la kami balik ke rumah nenek. Jam 12 malam dapat panggilan telefon dari mama, katanya dia dah sampai di Kelana Jaya. Terkejut saya, sebab kuatnya papa drive terus balik ke KL. Padahal kami tahu kesihatan dia bukannya tip top.

Raya kelima, kami balik ke PC bersama-sama adik-adik ipar saya sebuah kereta lagi (deme gi beraya dengan keluarga di Terengganu). Petang tu kami ke Pengkalan Kubor, deme nak bershopping. Malam tu beraya di rumah makcik suami saya di Taman Guru.

Raya keenam, adik-adik ipar balik ke Perak. Kami terima tetamu, pasangan kawan kami semasa di Tasmania. Freezer yang rosak tu, dah siap dibaiki dan balik ke rumah. Malam tu, beraya di rumah pakcik saya di Jalan Bayam. Malam tu saya berkata pada suami, "Lepas ni kita tak payah la gi mana-mana, letih la dengan all the travelling. Kita rehat di PC untuk 2-3 minggu, ok?" Suami setuju je. Kami dah banyak ke sana ke mari sejak dari September lagi.

Isnin, awal pagi raya ketujuh, 249 pagi, hp saya berbunyi. Suara adik saya ' Kak Jah, papa masuk hospital'. Allah hu akhbar. Terus saya bangun, dan teus ajak suami balik ke KL menaiki kereta. Memang hati ni dah ada rasa tak kena. Tapi saya jauh untuk tiba ke sana secepat mungkin. Lalu saya bersolat hajat. Elok aje selesai, saya dapat ilham untuk naik kapal terbang aje ke KL. Rumah pun dah dekat airport. Saya telefon MAS, Alhamdulillah ada 3 seats untuk flight 645 tu. Jadi saya book 3 tiket untuk jam 645pagi, dan untuk suami saya 930pagi. Kebetulan 2 sepupu saya pun menaiki flight jam 645 tu, kurang-kurang ada la orang untuk tolong pegang anak-anak saya. Tiba di KLIA, saya ambil teksi ke PPUM. Air mata mengalir di sepanjang perjalanan.

Tiba di hospital, saya terus ke tingkat 4, CCU. Air mata memang membasahi pipi bila memeluk mama. Dan apabila melihat papa yang terbaring dengan tiub bantuan pernafasan, wayar-wayar sana sini, sebak saya. Ya Allah, betapa Engkau telah kuatkan hatiku berdepan dengan patients aku, tapi bila melihat ayah sendiri, rasa runtuh jiwa saya. Hati saya sudah dapat mengagak prognosis (outcome) bila melihat keadaan papa yang sangat kritikal tu. Tapi kami tak putus-putus berdoa, prayed for the best but also prepared for the worst.

Di PPUM, bilik menunggu di tingkat 4 menara utama, menjadi 'rumah' kami untuk minggu itu. Saudara mara yang berdekatan, dari Kelantan, Terengganu tiba untuk ziarah papa. Aunty kami yang di Bangkok pun balik.

Hari Isnin, kata doktor, papa kena acute pulmonary oedema (paru-paru berair akut). Ujian darah menunjukkan ada small heart attack. Tambah lagi, papa demam. Xray menunjukkan ada jangkitan pneumonia juga. Allah...Tabahkan hati-hati kami. Culture darah menunjukkan papa ada jangkitan dalam darah juga. Kebetulan, saya ada kawan specialist di department cardiology tu, dan juga seorang lagi specialist ex-classmate suami saya, so agak mudah juga kami berkomunikasi. Dengan ilmu yang sedikit ada pada saya, dapat juga la saya demand treatment untuk papa saya.

Hari Selasa tak banyak berubahan pada papa. Saya balik ke rumah (di PJ) untuk seketika. Tiba di perkarangan rumah, terkejut saya melihatkan pokok nangka depan rumah papa ni, patah sebelah di panah petir. Allah, adakah ini satu petanda, saya bertanya. Saya masakkan nasi ayam untuk menjamu mama dan keluarga yang menziarah papa di hospital. Malam itu saya tidur lagi di hospital temankan mama.

Hari Rabu, hati saya tak tenteram. Sepanjang pagi tu saya berada di sisi papa. Membacakan yassin, surah Ar Rud, surah Al Mulk dan mengajar dia mengucap. Saya rasa inilah khidmat yang mampu saya hulurkan pada papa dalam situasi ini. Hanya doa kepadaNya. Tengahari, tiba-tiba aje jantung papa berdegup kencang. Rhythm jantung dia pun tak normal. Saya beritahu misi. Ya Allah, hati saya macam nak pecah. Saya terus telefon adik-adik saya untuk segera ke hospital. Tapi lebih kurang jam 2 petang, tiba-tiba aje tekanan darah dia turun. Dan ICD (macam pacemaker) dia melepaskan zap untuk betulkan heart rate. 5-6 orang doktor masuk dalam bilik dia. Kami sekeluarga berkumpul di depan pintu bilik papa. Tangan mama saya pegang tak dilepaskan. Berikan kami kekuatan ya Allah. Papa kemudiannya kembali stabil. Namun hati saya masih tak tenang. Saya berbincang dengan mama, andainya jantung papa berhenti, tak perlu la doktor buat CPR. Kami beritahu doktor dan misi keputusan kami. Rasa cukuplah badan papa disakiti dengan segala wayar dan tiub di sekelilingnya. Pada waktu maghrib sebelum solat, saya ke bilik papa. Mama ada di sisinya. Kebetulan, masa tu seorang professor cardiology pun ada di situ. Saya minta dia bagikan sedikit lagi ubat untuk rendahkan degupan jantung papa yang makin laju tak menentu itu.

Selepas solat, saya sendirian dengan papa di bilik wad tu. Bacaan yassin menemani kami. Saya lapkan muka papa. Saya ucapkan syahadah ke telinga dia. Saya usap rambut dia. Saya pegang tangan dia. Bisik hati saya, "Papa kuatkan semangat. Lawan infection ni. Jah baru balik 2 bulan, tak puas lagi melepaskan rindu kat papa". Air mata saya mengalir laju. Takde dayanya melawan kehendaki Ilahi, hanya pada Allah saya berserah. Saya berdoa, kiranya tiba masa dia untuk pergi meninggalkan kami, permudahkanlah urusan itu. Matikanlah dia dalam kebaikan. Tidak saya sedar mama tiba di sisi. Saya sebolehnya tak mahu mama lihat saya menangis. Saya mesti kuat semangat. Saya anak sulung, saya jadi kekuatan keluarga.

Hari Khamis, papa nampak lebih stabil. Masih demam. Disebabkan doktor dah kurangkan dose ubat tidur (yang masuk melalui drip), papa seolah-olah dapat mendengar suara kami. Ada pergerakan kaki dan tangan dia. Aunty saya tiba dari Bangkok. Saya minta izin mama untuk balik ke rumah seketika, kesian pula pada anak-anak dan suami. Saya balik dan masak lunch untuk di bawa ke hospital. Jam 1 tengahari mama telefon minta saya ke hospital secepat mungkin. Katanya, doktor nak scan papa. Saya kelam kabut siapkan lunch.

Rupanya papa nak discan jantungnya, nak cari punca jangkitan dalam darah dia. Doktor kata heart valves dia ok. Walaupun papa nampak responsive dari hari-hari sebelum ni, hati saya masih tidak tenteram. Tapi mama nampak ceria sedikit hari ni, melihatkan keadaan papa yang lebih positif. Malam tu, saya ingatkan aunty saya akan temankan mama di hospital, rupanya tidak. Pakcik saya pun tak tidur di hospital malam tu. Begitu juga saya, walaupun saya dah bawa sepersalinan pakaian dalam beg. Yang tinggal, hanya mama dan 2 orang sepupu lelaki saya. Sebelum tinggalkan papa malam tu, hati saya ada berbisik, "Papa rest ye malam ni, esok Jah datang lagi". Saya cium tangan dan dahi papa. Mama pun sebelum tidur malam tu, dia ucapkan "Papa tidurlah dengan tenang dan aman ye. Mama nak pergi tidur sekejap aje, nanti mama datang balik". Hati saya agak berat nak tinggalkan hospital malam tu, tapi tak tau kenapa saya tak insisited untuk stay.

Jumaat 3 Nov, 510 pagi, saya dapat panggilan dari sepupu saya, minta ke hospital secepat mungkin. Terus saya kejutkan adik-adik saya. 10 minit kemudian dapat satu lagi panggilan mengatakan papa dah tiada. Adik-adik saya yang no 4 dan 5 tak saya bagitahu, bimbang mereka akan jadi lebih panik. Jiran depan rumah saya kejutkan dengan menekan loceng rumah berkali-kali. Hilang rasanya separuh jiwa saya. Lemah longlai, tapi saya kuatkan hati.

Tiba di hospital, terus saya ke bilik papa, sebab ingatkan mama ada di situ. Nurses ketika itu sedang membersihkan jenazah papa. Saya ke bilik menunggu. Saya peluk mama. Saya sabarkan mama dan diri sendiri. Airmata mengalir. Kata mama (selepas beberapa selesai pengkebumian), dia, dan abang-abang sepupu saya ada di sisi papa sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir. Tenang saja wajahnya sewaktu pergi. Sempat sepupu saya mengajarkan syahadah di telinga papa.

Pagi itu di hospital, sanak saudara terdekat, jiran-jiran berkumpul. Berbincang apa yang terbaik untuk jenazah. Mama beritahu saya yang papa selalu sebut nak balik ke kampung. Jadi kami ambil keputusan untuk kebumikan jenazah di Kampung Laklok. Tambah pula, nenek masih ada. Jadi, biarlah dia menatap wajah anak lelakinya untuk kali terakhir dan moga dia redha dan halalkan serta ampunkan andaikan ada kesalahan papa terhadap dia.
Proses mandi dan kafan jenazah berlangsung dengan cepat dan mudah sekali. Ramai juga kenalan papa dari UM solat jenazah di hospital.

Kami bawa balik jenazah ke rumah di Kelana Jaya untuk solat jenazah, sebelum bertolak ke Terengganu. Penuh ruang tamu hingga melimpah ke porch jemaah solatkan jenazah. Mama dan pakcik-makcik (abang mama) balik ke KB menaiki kapal terbang. Kami adik beradik naik kereta. Saya sekeluarga naik CRV papa. Van jenazah bertolak dari rumah jam 1030 pagi. Menurut sepupu saya, dari rumah ke Karak highway, ambil 20 minit sahaja perjalanan. Kebetulan sewaktu saya nak bertolak, mertua saya sampai. Lalu kami ajak bersama ke Terengganu sebab CRV tu masih kosong.

Perjalanan van jenazah, 2 kereta adik-adik saya berjalan lancar. (Adik saya no 2 kena saman 2 kali dalam perjalanan tu, baru dapat tahu 2-3 hari sudah). Ditakdirkan Allah, nak uji saya, tayar kiri belakang CRV tiba-tiba meletup 5 km dari persimpangan Kuala Krai-Machang-Gua Musang. Ya Allah, sabarkanlah hamba mu itu. Waktu itu sudah jam 5. Mujurlah ada balai polis di seberang jalan tempat kejadian tu, saya ke situ meminta untuk pinjam jet. Alhamdulillah dalam setengah jam, orang yang beri bantuan tu siap tukarkan tayar. Ditakdirkan juga tayar spare takde angin, dan 2 buah stesyen minyak, pam anginnya rosak. Allah. Dan saya pula mendapat panggilan hampir setiap 5 minit dari sepupu/pakcik saya bertanyakan kedudukan kami. Saya jadi tertekan. Saya berpesan pada pakcik saya, "Jangan kebumikan selagi saya belum sampai, sebab saya dah dekat sangat. Papa tunggu saya sebelum dia nak pergi, jadi tolong la bagi saya tengok dia sebelum dia di tanam" Menangis saya. Walaupun saya sudah melihat wajah jenazah papa dan saya dah kucup dahi dia di hospital, tapi saya nak tatap wajah papa.

Kami tiba dengan selamatnya di perkarang rumah nenek/papa lebih kurang 620. Saya memegang Nabilah dan Darwish terus ke jenazah. Saya tatap wajah papa yang tenang itu untuk kali terakhir. Saya kucup dahi dia untuk kali terakhir. Papa dikebumikan sebelum masuknya waktu maghrib, 3 menantu lelaki dan adik lelaki saya menemani dan menyempurnakan pengkebumian jenazah di liang lahad. Talkin dibacakan oleh tok saudara saya. Kami yang perempuan hanya menanti di rumah, sebab pakcik (abang papa) tak benarkan kami ikut.


**********************
Bicara papa dengan mama minggu-minggu sebelum dia pergi...(papa ada memohon kerja dengan Universiti Darul Iman)
"Kita balik duduk kat Terengganu lah, aman damai"
"Nanti kita duduk Besut, mama tak payah lah masak. Kita gi beli aje"
"Kita buat rumah baru nanti "

Rumah papa di kampung sudah siap dibaikinya. Seolah-olah dia sediakan untuk kemudahan kami membuat kenduri arwah untuknya.
Papa baru sahaja pencen pada 20 Oktober. Kontrak di UM tidak disambungnya.

Papa pergi seolah-olah sudah selesai urusan dunianya.
Bersemadilah papa dengan tenang dan aman di bumi kelahiranmu.
Doa kami agar papa masuk dalam golongan beriman. Doa kami agar dapat kita bersua di satu hari nanti.

Rindunya hati ini takkan terubat.
"Pergi lah Papa. Kami redha. Kami doakan papa masuk ke dalam golongan orang-orang mukmin"
Al Fatihah

12 comments:

Unknown said...

Sedih membaca coretan akak ni. Kuatkan semangat akak. Seperti yg akak ckp papa akak pergi setelah selesai urusan dunianya. Akak pun dah kembali ke Malaysia setelah sekian lama di rantau. Jadi, bolehlah akak lebih dekat dengan mak dan adik beradik yg lain.

Yus doakan papa akak tenang dan aman di sana serta ditempatkan bersama2 orang yg mukmin.

Al-Fatihah.

pB said...

sedih bila baca coretan kali ini.
berat mata membaca, berat lagi bahu yang memiggulnya.

takziah PB ucapkan.
Moga roh papa dr faez, dimasukkan kedalam golongon orang orang yang mendapat kegembiraan dan keberkatan di akhirat nanti.

tabahkan hati...

simah said...

..Al fatihah utk arwah papa faez..

*kami redha*..saya kagum dengan faez.. walau hati sedih dan pilu..masih faez mampu berkata demikian..

semoga papa faez ditempatkan dikalangan orang yg beriman..

NBK466 said...

Wadus...berkaca mataku bacaN3 nie...sedih...Semoga rohnya dirahmati Allah...

Ajzie said...

Alfatihah buat bapa Faez,

Saya juga seperti Faez, berkali2 saya bisik didalam hati sendiri..semasa mak saya sedang nazak. "Saya redha, saya redha pergilah mak..Ya Allah, Ya Tuhan ku..jika kematian yg terbaik buat ibuku..aku redha.."

Sama juga seperti Feaz, rindu ini pasti takan terubat..

Semoga bapa faez ditempatkan dikalangan orang yg beriman..Amin.

tee said...

salam perkenalan...

al-fatihah untuk arwah papa faez. semoga rahnya dicucuri rahmat Yang Esa..

*saya blog-hop dari blog nbk ni.*

Titicaca said...

Salam perkenalan.
Saya faham perasaan Faez. Saya juga kehilangan ayah pada 1 september yg lepas, masa lebih kurang sama, pagi jumaat waktu azan subuh. Memang saya terkilan sebab tak dapat jumpa sebelum meninggal sebab terlalu sudden. cause of death " dengue superimposed with septicaemia"
Al-Fatihah untuk ayah faez. InsyaAllah dia berada di tempat yg lebih baik.

Literature Sushi said...

Saya tak boleh baca entry begini, sedih & takut. Pesan saya kepada Dr.Faez & family supaya banyak bersabar...
Al-fatihah.

MissMultazam said...

assalamualaikum,

Alfatihah untuk arwah ayah akak..semoga ditempatkan dikalangan orang mukmin,saya pon sedih dan bimbang mendengar berita ni.sekurang2nya kak faez dapat pulang berjumpa dengan ayah sebelum beliau pergi, saya pon turut berdoa agar kami berkesempatan untuk bersama-sama dengan ibu bapa sekurang-kurangnya pada hari2 akhir mereka.tabahkan hati menempuh dugaan hidup!
-missmultazam-

ibuVouge said...

assalamualaikum
iv selalu masuk blog masakan akak tu pun dari kak syikin nye blog
takziah kak, moga akak makin tabah mengahdapi hari depan

Kaklong Syikin said...

salam,

laju air mata saya baca entri ni, mungkin sbb saya dah lalui apa yg dr. lalui..

al fatihah utk arwah. insyaAllah dia tenang di sana.

mengenangkan ujian2 kecil yg dr. lalui sblm pengkebumian arwah mmg mencabar kesabaran, tp alhamdulillah segalanya dpt diatasi..

terima kasih krn sudi berbual dgn saya :D

mizzwanda said...

a;kum k.faez..erm.terkedu baca citer k faez..baru ari nih.ada time nak baca the rest of the story sampai abeh.

takziah k.faez n keluarga

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :