Saturday, 10 February 2007

Februari 2007

Assalamualaikum

Lama sungguh saya tak berblogging. Maaf kepada kepada pengunjung (kalau masih ada :D).

Oklah, saya summarised kan apa yang telah berlaku kepada saya sekeluarga sejak last entry di bulan Disember lepas.

Kami sekeluarga (mak adik-beradik ipar duai anak2 saudara) berhari raya haji di kampung di Kelantan/Terengganu. Dapat juga kami menziarahi kubur papa.

Bermulanya 1 Januari 2007, saya, suami dan anak-anak, memulakan kehidupan baru kami di Pengkalan Chepa. Keputusan yang saya ambil bila melihat mama saya dah makin ok emosinya, dan juga untuk mengurangkan ketegangan jiwa yang makin melanda.

Dalam masa yang sama, suami saya cuba selesaikan pendaftaran kereta yang kami bawa balik dari UK tu. Bukan Mercedes ye, tak mampu kami nak maintainnya di Malaysia ni. Sepanjang minggu pertama bulan Januari, kami tak banyak bergerak. Sebab takut kena saman dengan JPJ. Banyak la episodenya, sebab musabab kereta lambat daftar. Itulah, moral of the story, suami pun sekali-sekala kena dengar jugak pendapat isteri... :D

11hb Januari, tiba-tiba dapat panggilan dari Ayah Long saya (abang mama) yang mengatakan USM telah menghantar surat tawaran panggil kerja. Bab ini pun complicated nak story panjang-panjang. Dipendekkan, biras Ayah Long saya tu ex-doktor di USM yang kenal staf di Jabatan Pendaftar. Jadinya, kalut malut la saya dalam tiga-empat hari tu sebab satunya, kereta suami saya tak beres lagi, duanya anak-anak tak daftar dengan tadika lagi dan saya sedang berharap dapat tawaran dari universiti lain.

Pagi 15hb Januari, saya pun melangkah kaki ke Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Ayah Long saya yang hantar (kan kereta kami tersadai tak berdaftar). Sayu saya, sebab saya seolah-olah budak darjah satu yang baru masuk sekolah, dan dihantar oleh seorang ayah (dah la papa baru aje pergi tinggalkan kami....sob sob). Silap saya yang paling besar hari tu ialah memakai kasut baru yang bertumit. Aduiiii, sakit kaki den, naik tangga turun tangga ke sana ke mari, isi form tu, isi form ini. Bila semua urusan pendaftaran dah beres, saya pun masuk mengadap ketua jabatan patologi. Dia pun terkejut tengok saya!!! Sebabnya, salinan surat tawaran saya belum sampai lagi ke tangan dia. Ayat keduanya, 'u buat master ye tahun ni', dan 'give her a room-sebab dia trainee'. Hah,my mouth drop la mendengarkan dua mende tu. So kononnya dapat la saya bilik hari tu, dapat la menyorokkan diri untuk isi segala form. Sebelum tu saya dah happy sebab boss bagi off seminggu untuk saya settlekan hal kereta dan tadika anak-anak saya.

Malam 15 Januari, saya anak-beranak balik ke KL naik bas. Naik bas M yang dua tingkat tu. Anak-anak punya seronok, cam jakun plak lagaknya. So, dapat la saya lepak dengan mak saya untuk 2 malam. Di KJ, saya cuba la selesaikan urusan pusaka tu, tapi ada yang tak boleh diselesaikan itu jam. Tapi yang paling seronok ialah, kami dapat gembirakan hati mama, dengan membawa dia ke nurseri bunga orkid. Banyak juga la dia borong orkid untuk koleksi dia dan juga untuk occupied diri dia di waktu pagi, bila adik saya yang ke4 ke universiti (yang bongsu dah masuk asrama).

Atas permintaan mama, kami drive balik ke KB kereta volvo 240 SE papa. Kononnya kami akan cuba jualnya di KB nanti. Dan seperti biasa, dari KJ kami akan singgah ke Kuale Kangsor dulu sebelum ke KB (melalui jalan Grik-Jeli). Tidur la kami di sana 2 malam. Pagi Sabtu kami bertolak ke KB.

22hb Januari 2007, birthday Darwish yang ke 5 dan bermulalah kehidupan saya sebagai pensyarah pelatih dalam bidang patologi. Bukan lagi seorang 'direct' clinician. Hari pertama, saya rasa miserable sangat. Satunya, bilik yang kononnya saya dapat, telah ditarik balik, sebab bekas pensyarah dulu masih belum angkut barang-barang dia dan kunci pintu yang betul belum dipulangkan. Dan juga, medical check-up saya belum selesai. Mujurlah, masih ada contact dengan kawan lama, semasa di Adelaide dulu, jadik dia lah yang sign form medical check-up saya. Xray pun saya yang baca sendiri. Inilah, kalau dah doktor sendiri kena buat medical check up. :D

Hari ke2, saya demam. Tapi masih ke opis. Banyak kena belajar semula. Susahnya bidang ni. Saya rasa buat perubatan dalaman lebih senang dari patologi, walaupun jadual kerjanya tak sesibuk internal medicine. Patologi ni, dari A to Z kena tahu. Bahasanya pun berbeza dari bahasa internal medicine. Tabiklah kat mereka yang yang specialised dalam bidang yang cukup mencabar ini. Saya disuruh baca semula normal anatomy/histology, kemudian baru baca yang berpenyakit. Bila saya belek semula buku Histology (study of cell structure), tiba-tiba kenangan sewaktu di Tasmania (time undergrad saya) muncul kembali. Hati saya rasa nak balik Tassie itu jam juga.

Slowly, saya mula beradaptasi dengan kehidupan baru saya. Anak-anak pun mula beradaptasi dengan rutin 5 hari seminggu mereka ke 'school'. Nabilah yang mulanya, akan menangis bila tiba di perkarangan nurseri dia, kini dah pandai bawak diri. Darwish pun, yang menangis tak nak ke sekolah pada hari ketiganya (sebab dia sorang tak pakai uniform dan dia masih belum paham loghat Kelantan), kini dah pandai baca doa makan. Suami saya pun, dah mula menulis thesis dia yang tak siap-siap tu. University of Sheffield, dah hantar surat 'cinta' sama dia, suruh submit thesis sebelum hujung March.

Kereta Volvo 240 tu, atas kata sepakat kami sekeluarga (mak adik beradik), kereta tu kami bagi sepupu saya (yang juga saudara seibu susuan papa) guna sebab kereta dia rosak. Dan saya tak perlukan dua kereta untuk setakat ini. Suami saya mungkin akan berkerja di jabatan yang berhampiran dengan jabatan saya. Rasanya, tak jadi masalah pengangkutan kami nanti, insyaAllah.

Sempena 10hb Februari ini, saya ingin mengucapkan Happy 3rd Birthday untuk puteri saya, Nurhannani Nabilah. Mummy sentiasa doakan anak-anak mummy menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Wassalam.

Later....

11 comments:

KAMATO said...

Happy Birthday buat Nurhannani Nabila..... nama macam nama anak sulong saya

Anne said...

happy belated birthday kepada darwish n happy birthday to ur princess..

glad to hear that u r doing ok over there.. sabar yea? :0)
simah

Ayu Mohamad said...

Semoga Nabila menjadi anak yang baik dan moga mendapat rahmat dari Allah taala.. aminnnn

welcome back to blogland yer Faez.. :)

Rimaugirl Wahir Jaafar said...

Hi Kak FAez... fuiyo..lama menyepi tapi bila sekali dah mula tulis, panjang tu!
Welcome back..
Semoga kehidupan keluarga akak bertambah baik dan bertambah rezeki dari hari ke hari.

NBK466 said...

Panjang sungguh kisah 2 bulan Pn Faez nie..Anyhow syukur semua dah settle down... Kete gapo dio bawak balik deh?

Mama Sarah said...

Happy birthday buat puteri tercinta.

Buat Dr Faez sekeluarga, semoga dipermudahkan setiap urusan.

Unknown said...

Happy Belated Birthday buat Darwish dan Nabila. Moga segala urusan akak sekeluarga di permudahkan hendaknya.

blackpurple @ jowopinter said...

Dah lama juga tak bertandang ke blog kak Dr ni. Panjang ceritanya ek.. :)

Mummy Rizq said...

hepi birthday to those yang telahmenyambut or bakal menyambutnya.

good luck dengan keje baru!

Ku Keng said...

Salam dari saya juga.

Matt Dude said...

Congratulation...U r so lucky! Ada orang tu dah tunggu 7 tahun nak buat master,bila apply tak dapat pulak...Lastly,dia resign jadi GP walaupun memang tak berminat@berniat langsung pun mcm tu......orang tu adalah AKU!

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :