Thursday, 28 June 2007

Sesungguhnya

Bismillah....

Sesungguhnya, belajar dalam negara sendiri TERLALU banyak cobaan dan dugaannya. Inilah kali pertama saya belajar di universiti tempatan sejak lepas matrik dahulu. Bukan sistem pembelajaran yang menganggu emosi saya ketika ini, tetapi faktor-faktor lain.

Jika dahulu, di Australia, cabarannya agak berbeza dan seingat saya tak banyak yang menganggu emosi saya yang juga melibatkan emosi orang lain. Tapi kini......

Masalah dalam keluarga yang berapa kerat ini.
Masalah dalam extended family
Kata-kata tak manis dari saudara mara kalau kita tidak menjenguk mereka....
Dan seterusnya seterusnya seterusnya.....

Saya tidak suka berburuk sangka dengan orang
Saya tidak suka dihasut untuk membenci seseorang...
Tapi...
bila saya di bumi tumpah darah saya sendiri, kenapa ini semua berlaku....

Sedih

Sedangkan masalah untuk menghadapi syllabus pembelajaran saya ini, belum beres
Debaran menghadapi test dalam 2 minggu lagi...
Debaran peperiksaan akhir rotation yang perlu lulus....

Adakala tak terdaya untuk saya tanggung semua ini...

Mau sahaja, saya lari
Berhijrah ke negara orang...
Di mana keserabutan yang melibatkan saudara mara kaum kerabat tidak melanda diri secara direct....

Sabar
Sabar
Sabar......

Sedih....

12 comments:

NBK466 said...

Tak sangka pulak macam2 dugaan bila dah dok belajar kat tanah air sendiri nie...Semoga doc tetap success dicelah2 dugaan itew...

Unknown said...

semoga akak tabah hadapi dugaan itu. Di mana2 pun dugaan pasti ada, cuma bagaimana dia datang dan bagaimana kita menghadapinya. Mungkin betul kata akak, di negara sendiri, lebih dekat dgn sedara mara, lebih kita terasa bila ada yg tak memuaskan hati mereka. Sabarlah kak, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

pB said...

Kdg kdg lebih senang bila tinggal berjauhan dari kaum keluarga ...

Kaklong Syikin said...

salam,

org yg tak pernah sibuk mcm kita, mudah buruk sangka . sabarlah ya..kalau x dpt ziarah sedara mara n keluarga terdekat, telefonlah..
biasalah, belajar makin tinggi ni, mmg makin padat jadualnya.

saya doakan lulus dlm semua test n kerja2 berkaitan pembelajaran ni.

dan mohon pertolonganNya sentiasa supaya semua cabaran yg dtg tu ada penyelesaiannya. Munajat selalu ya, wlwpun seminit dua cuma.

KAMATO said...

Kadang2 itula keistimewaan masyarakat kita, terlalu mengambil berat orang lain yang kadang2 lebih menyusahkan, apapun kita yang perlu menyesuaikannya,
Semoga succes..

Mummy Rizq said...

sabar, setiap yg berlaku ada hikmahnya kan. apa apa pun semoga gangguan gangguan itu semuanya akan berlalu dengan segera.. good luck & take care!

Anonymous said...

Good luck untuk exam yang akan menjelang :-) Tentang payahnya bila ada macam2 suara tu, toksah biar ianya jejaskan konsentrasi kot?

Izhal said...

saya dulu waktu belajar di sini, saya ikut prinsip tekun dan lantak...

tekun belajar...
lantak depa yang lain nak kata apa...

sebab bila kita tekun, depa yang tak belajar suspen...

bila kita lantakkan depa yang dok mengata, depa pun malas nak kata apa dah...

akhirnya kita berjaya :)

Ku Keng said...

Dengan ucapan Ramadhan Karim. Semoga Ramadhan tahun ini terbaik dari yang terdahulu, bagi kita semua.

Anonymous said...

selamat menyambut ramadhan. may the force be with you..

wawa said...

hi kak faez..
apa khabar..wawa di sini..
lama tak dengar berita.. i would never thought that i could find your blog..hehehee..
my apology for keeping quiet for more than 3 years..
i hope we can keep intouch.

Qaseh Bidadari said...

salam kenal...
itu seme dugaan...pasti ade hikmah di sebaliknye...
mereka sebenarnye cemburu dgn kejayaan org lain..
teruskan usaha...

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :