Kami berada di Kelana Jaya minggu lepas. Kebetulan saya cuti seminggu lepas end-posting exam dan juga untuk menyambut mama yang tiba dari Tanah Suci pada hari Sabtu 19hb.
Dari KBR ke KUL, naik AirAsia.
Sabtu malam di KLIA, cucu-cucu menanti ketibaan MamaTok mereka.
Mama tiba juga akhirnya. Darwish time tu, dah mula merajuk kerana penat menunggu. Siap cadangkan supaya datang esok je. Malam tu, mama kata, 'seronoknya di sana; dan di sini home sweet home'.
22hb, sambut birthday Darwish yang ke 6. Begitulah gamatnya rumah masa tiup lilin dan potong kek tu (sila rujuk video klip dalam entry lepas).
Dari Subang ke Kota Bharu, naik Firefly. Darwish dan Nabilah mengayakan baju hadiah MamaTok dari Mekah.
Kembali ke rumah sewa sekarang ni. (Gambar ni gambar lama, ambil masa sebelum masuk dulu)
Tapi itu lah orang kata, home sweet home. Walaupun balik ke rumah parents tempat kita membesar, tapi bila sudah mempunyai keluarga sendiri, rumah sendiri juga yang ' manis'! (biarkan pun konsep hiasan dalam rumah, 'ala-ala titanic pecah').
Rumah sendiri. Yang atas masa bulan 7/07 dan yang bawah bulan 11/07. Sekarang ni tinggal nak pasang grill dan tambah wiring, sebelum pemasangan lampu dan kipas. Target pindah, dalam bulan Februari, insyaAllah.
Home Sweet Home.
Tak Sabar nak pindah ke rumah sendiri.
No comments:
Post a Comment