Kan hari Ahad lepas saya membebel asecara halus kat mamat wiring ni (yang ni kira boss depa la).
Semalam, Isnin 18hb, cam tak percaya, depa kerja dari jam berapa tak tau, tapi bila saya gi check petang lepaih opis tu, masih lagi duk pasang bende. Downlight casings semua dah pasang tapi kipas satu pun tak lagi.
Kami pergi semula ke rumah tu, lepas Maghrib, sebab nak 'magga'kan grille sliding door rumah tu.Oooiii terkejut kami.....lampu gantung kat porch dan side entrance dah siap pasang, 7 dari 8 kipas semua dah pasang kecuali yang nak diletak kat ruang tamu depan.
Fuh.....ini lah yang dikatakan, macam pahat dan penukul, sekali kena pahat, barulah tukul nak bergerak.
Mungkin juga, sebab kami ni, sabar, and takde nak marah-marah cam takde kepala; sebab tu kut depa pun takde la nak marah-marah buat kerja.
Saya sendiri semalam, personally cakap "Terima kasih sebab datang hari ni", kat mamat wiring tu. Dia sendiri tergelak, mungkin sebab tercucuk sembilu perli kut.
So?
Hari ni? Tak tau apa progress.
Tunggu dan lihat lepas waktu kerja nanti.
Esok atau lusa, orang pasang blinds plak nak datang.
InsyaAllah, hujung minggu, lepas pasang curtain rails, anak2 boleh main air, cuci rumah tu.
Lepas tu, slow-slow angkut masuk barang-barang kecil yang boleh muat kereta.
Later lah.....
1 comment:
Salam
lamo pB tock masuk blog Dr ni.
Ingat kor tutup doh
sonok bilo fikir nok naik ghumoh baru.
tapi kalu masuk bab nok nyi'pae barang barang lepah tu , menung sejae ...
Post a Comment