Jap lagi nak exam theory ni.
Walaupun ni exam trial sebelum final, tapi bahang kehangatan exam ni tetap saya rasai.
Pagi tadi 3 jam exam practical.
Petang ni, 2 paper, multiple choice dan essay.
Esok, sama.
Dulu, lepas abis aje paper last SPM 1991, lompat2 dengan member, kata 'yahooo lepas ni takde exam dah!!'. Ye saya lupa dunia sekejap tika itu. Semenjak dari tahun 1992 hingga la ni, dalam hidup saya, ada ajeee la exam akademik. Yang saya sendiri cari pasal, mungkin.
Lepas abis master ni, demam exam pun kena tempias, sebab anak-anak dah mula masuk sekolah tinggi dari tadika; time dorang exam, mummy dorang pun demam exam sama gak......ini menurut kata lecturer saya hari tu. Mungkin ada betulnya.
Exam ooo exam....
Later lah...
Tuesday, 22 April 2008
Demam teruk!
Posted by
FaEzHussain
at
2:13:00 pm
4
comments
Sunday, 6 April 2008
Alasan Biasa: Busy.
Rewind balik la apa yang berlaku sebulan yang lalu.
Pindah 29hb Februari 2008 bersamaan 22 Safar 1428. Tarikh keramat untuk tahun Masehi, sebab hanya setiap 4 tahun, baru akan disambut anniversary masuk rumah Pt 1048 ini. Tarikh keramat untuk bulan Islam sebab ianya ialah duapuluh dua haribulan dua (Safar bulan ke 2).
3 Mac, presentation seminar. Ala, budak-budak postgraduate, kena la sentiasa buat presentation kat seminar dengan kelas-mates. Takde mende pun, tapi tak tidor malam la buat slides power point. Ke ni saya dah cerita? Saje la rewind balik.
8 Mac, PRU ke 12. Undi saya? Rahsia. Tapi syiok la tengok bendera-bendera, poster-poster berkibaran kat bandaraya KB ni.
9 Mac, mata pedih, sebab tidor lewat, bangkit awal, semua pasal tunggu keputusan pilihanraya. Orang-orang di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sure hari tu, gi kerja separuh sedar. Iye la, kami kat negeri-negeri ni, kerja hari Ahad.
Weekend 15hb, member baik kami di Sheffield, datang ziarah kami. Hubby, tak tidor hingga jam 3 pagi kerana kemaskan ruang tamu rumah (maklum la,lepas pindah tak sempat nak kemaskan semuanya, kerana sibuk dengan perkara-perkara di atas). 16hb, tengok Raja Lawak Astro finale. Dah tau siapa menang...."lu pikir la sendiri..." Darwish pun kenal semua finalists dalam tu. Nabil-ah pula marah bila dipanggil dia Nabil, katanya "Nabil tu yang dlm TV tu, dia NabiLAH!"
Minggu seterusnya, busy sebab nak exam end-posting. Ad-hoc mock practical exam hari Rabu 19hb tu. Gabra la, manyak mende tak cover lagi. Dan juga, sudden change of plan, end posting exam patutnya 3 April, ubah ke 27 Mac. Ouchhh!!
19hb, belasah je, jawab je apa yang rasa betul. Dapat la 8/14. Kira lulus la tu kan, kalau ikut percentage.
23-26hb, revision. Discuss banyak topik dari penyakit di lungs, payu dara, TB itu ini bla bla. Sampai saya demam 26hb tu. Overdose study. Maklum la, selama ni takde la study sebanyak tu. Capacity kepala over maximum kut, itu yang di-releasekan cytokine utk kasi demam. Suh bawak-bawak berehat. Itu theory saya yang tak berapa pandai ni.
27hb, exam day!!! 5minutes sebelum start exam, penjaga exam tu, bocorkan satu dari 3 soalan tu. Apa mondo nak dibaca dlm 5 minit tu. So, jadinya, soalan 1, ramai la boleh jawab. Soalan 2 dan 3, sebab tak tau camner , masing-masing terkial-kial nak jawab. Petangnya, practical. Saya dpt tau satu jawapan masa tengah exam tu. Inilah bila dah baik dengan orang kan?
Malam tu jugak, balik ke Kuala Kangsar. Cuti 4 hari sebab birthday Sultan Kelantan. Di KK, memang kerja saya, tidor, tidor tidor. Letih punya pasal.
1 April, back to work. Revision start. Malamnya isi form BE. Inilah 1st time dalam hidup isi form BE. Banyak la salah dan silapnya. Takpe la, sebab nak isi online nanti. Salah kat form pun takpe kut.
3hb, balik Kampung Laklok, di Besut. Tengok rumah papa yang dah hampir 2 bulan tak dijengok, hingga makcik pun perli,"ingatkan dah naik rumah baru, tak nak balik kampung dah" Terpaksa la explain dari A to Z.
6hb, dapat tau dari Head Depart. Microbiology, soalan exam final (bulan 5 ni) untuk Micro, tersangat la susahnya. Ouch ouch makin sakit kepala den!
Lepas ni saya lambat sket kut nak update blog ni, sampai abis exam.
Yang nak tengok grupe 'villa titanic pecah', nanti saya akan uploadkan gambar, insyaAllah.
Laterlah...
Doakan saya lulus Peperiksaan Ikhtisas I Sarjana Patologi pada 15-14 Mei ni. Aminnn.....
Posted by
FaEzHussain
at
4:23:00 pm
5
comments
Tuesday, 4 March 2008
Letihnya.......
Alhamdulillah, proses pindah rumah sudah berjalan dengan lancar.
Rumah lama pun, sudah kami bersihkan.
Terasa sedih juga nak tinggalkan Taman Mesra, Pengkalan Chepa tu, sebabnya, kami baru mula nak kenal dan berbaik-baik dengan jiran. Jiran depan rumah kami dulu tu, adalah jiran yang paling close, sebab umur kami hampir sama baya, dan begitu juga anak-anak kami. Kanak-kanak riang ni, telah menubuhkan 'geng bas sekolah' versi mereka. Kebanyakan jiran-jiran yang lain adalah pakcik-makcik yang sudah pencen. Jadi, bila kami tinggalkan rumah untuk ke pejabat, hati tu takde la rasa risau sangat.
Tapi, segalanya sudah berubah sekarang.
New home, own home.
New aim, new azam.
Terasa amat sunyi kawasan rumah baru saya ni. Sebabnya, jalan depan rumah kami adalah jalan mati. End of the road, kawasan rumah orang.
Jiran rumah yang color coklat, dua-dua cikgu, tapi ada business; jadi tengah-tengah malam baru mereka balik dari kedai.
Jiran rumah yang color kuning, suami dia cikgu, wife doktor. Ada anak seorang, baya Nabilah mungkin.
Jiran yang hujung sikit, tapi tersorok, ustazah. Anak 7. Suami di Sabah.
Jiran rumah depan, yang color hijau, businessman yang duk di KL. Tapi beli rumah di KB sebab ada duit lebih (assuming saya hehe). Malam-malam ada pakcik jaga.
Rumah saya?
Sekarang ni saya ni namakan 'Villa Titanic Pecah'.
Tak sempat mengemas lagi.
Busy.
Khamis 28hb, kenduri solat hajat dan doa selamat serta bacaan yasin, pada malamnya.
Jumaat 29hb, pindah barang besar.
Sabtu 1hb, kemas rumah lama, dan pindahkan barang-barang kecik notnet...proses ni yang paling tension.
Ahad 2hb, hubby sorang je yang bereskan apa-apa yang belum beres sebab saya terpaksa pulun siapkan presentation saya.
Isnin 3hb, tido jam 3pagi, siapkan presentation. 9am baca slides on-call. 1030am present seminar. 1pm gi rumah lama, orang Astro datang nak pindahkan piring. 245pm berlari-lari ke department sebab ada lecture. 5pm balik, ambil anak-anak dan balik kampung di Pasir Puteh, ziarah tok sedara yang dah tenat. 9pm balik semula ke KB.
Mana la saya tak penat.
Ni tulis pun, sebab dah tak larat mengadap teropong mikroskop ni.
Orite
Back to work.
Arghhh...internet tak connect lagik kat rumah baru ku....
Nabilah demam plak hari....
Posted by
FaEzHussain
at
11:17:00 am
3
comments
Thursday, 21 February 2008
Tired lah!
Letih?
Letih?
Letih?
Letih?
Ye, nak plan pemindahan. Nak plan pre-removal solat hajat. Post-removal ex-home cleaning.
Letih?
Ya, assignment, ada satu lagi nak kena buat. Presentation hari Ahad ni. Presentation 3hb depan. 2 reports tak siap lagi.
Letih?
Kalau letih, pergilah berehat. Kan?
Excited?
Yessssssssss, lampu, kipas semua dah pasang.
Esok project pasang track langsir dan basuh rumah.
Lusa, orang pasang blinds janji nak datang.
Mungkinlusa boleh pasang langsir juga.
Macam ni kut ek, orang rasa bila nak masuk rumah sendiri? Excited campur pokai.....
Later lah...
Have a good weekend
Posted by
FaEzHussain
at
4:44:00 pm
2
comments
Tuesday, 19 February 2008
Tu dia...eihhh....
Kan hari Ahad lepas saya membebel asecara halus kat mamat wiring ni (yang ni kira boss depa la).
Oooiii terkejut kami.....lampu gantung kat porch dan side entrance dah siap pasang, 7 dari 8 kipas semua dah pasang kecuali yang nak diletak kat ruang tamu depan.
Saya sendiri semalam, personally cakap "Terima kasih sebab datang hari ni", kat mamat wiring tu. Dia sendiri tergelak, mungkin sebab tercucuk sembilu perli kut.
So?
Hari ni? Tak tau apa progress.
Tunggu dan lihat lepas waktu kerja nanti.
Esok atau lusa, orang pasang blinds plak nak datang.
InsyaAllah, hujung minggu, lepas pasang curtain rails, anak2 boleh main air, cuci rumah tu.
Lepas tu, slow-slow angkut masuk barang-barang kecil yang boleh muat kereta.
Later lah.....
Posted by
FaEzHussain
at
1:30:00 pm
1 comments
Sunday, 17 February 2008
Orang kita....
Ni nak lepaskan geram ni.
Situasi sekarang:
Proses pemindahan ke rumah baru, nampaknya akan di lewatkan dari tarikh yang dirancangkan, pada 22hb ni.
Sebabnya, proses pemasangan dan penambahan wiring/lampu/kipas slowww sangat.
7hb, wiring people, tak datang. Cuti CNY. Amboi, cam keje opis. Sabar lagik.
8hb, Jumaat, cuti. Tak pa lah.
11hb, hubby saya telefon kenapa takde orang keje. Alasan: pergi beli barang, nanti petang akan datang. Hubby saya gi check, takde siapa pun datang. Dah mula rasa geram...sabar sabar...
12hb, datang.
13hb, saya pergi check, ramai pekerja hari ni.
14hb, on-call, tak dapat datang kerja.
15hb Jumaat, off.
Situasi dalam masa lepas yang terdekat
Silap: dia tak jaga clients dia baik-baik.
Situasi yang dah lama berlalu.
Silap: Kami terlebih percaya, sebab member sendiri yang rekomen.
Pendek kata, sabar aje lah. Ekonomi kita dipegang oleh bangsa lain sebab kebanyakan mereka betul-betul serius dalam service dan product yang mereka hasil kan. Bukan setakat melepaskan batuk di tangga.
Kita kena maju, bukan setakat dari segi material, tapi juga dari segi mentaliti kita ni.
'Kita ada otak, sama-sama lah kita pikir......'
Later lah....
Posted by
FaEzHussain
at
4:01:00 pm
1 comments
Thursday, 14 February 2008
Ooo Ooo
On the 10th, my 'anak bongsu' celebrated her 4th birthday. The same day,we got a new niece. Alhamdulillah, after 2 days being in high dependency unit, she was discharged home into her mom's loving arms.
--------------------
Posted by
FaEzHussain
at
7:58:00 pm
0
comments
Sunday, 10 February 2008
Happy Birthday Nurhannani Nabilah
Happy Birthday Nurhannani Nabilah.
Posted by
FaEzHussain
at
4:11:00 pm
4
comments
Wednesday, 6 February 2008
Autopsy
Pernah tengok Quincy ME? Ni citer zaman 80an dulu.
Posted by
FaEzHussain
at
7:55:00 pm
2
comments
Tuesday, 5 February 2008
Emosi
Sedih
Moral: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Redha dengan dugaan dariNya.
Geram
Moral: Sabar itu adalah separuh dari iman.
Gumbira
Syukur, Alhamdulillah. Esok insyaAllah, rumah akan dipasangkan grill.
Moral: Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberiNya.
SELAMAT BERCUTI.
Later lah......
Posted by
FaEzHussain
at
2:18:00 pm
0
comments
Monday, 28 January 2008
Hari ini hari Isnin
Yes, true enough, today is Monday.
Later lah.....
Posted by
FaEzHussain
at
2:22:00 pm
1 comments
Saturday, 26 January 2008
Drama deme, drama kite
Saya ni bukan la selalu tengok 'cerita-cerita sabun', samada yang dari seberang Selat Melaka atau seberang Sungai Golok atau seberang Selat Tebrau ataupun yang dari seberang Laut China Selatan. Jadi, saya bukanlah fanatik follower cerita-cerita yang ada pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam. Tetapi, pada hari Jumaat malam Sabtu, kadang-kadang saya akan 'ter'tengok sinema hidayah. Tujuannya, supaya saya juga dapat muhasabah diri.
Posted by
FaEzHussain
at
8:30:00 am
2
comments
Friday, 25 January 2008
Rumah Ooo Rumah


Mama tiba juga akhirnya. Darwish time tu, dah mula merajuk kerana penat menunggu. Siap cadangkan supaya datang esok je. Malam tu, mama kata, 'seronoknya di sana; dan di sini home sweet home'.

Rumah sendiri. Yang atas masa bulan 7/07 dan yang bawah bulan 11/07. Sekarang ni tinggal nak pasang grill dan tambah wiring, sebelum pemasangan lampu dan kipas. Target pindah, dalam bulan Februari, insyaAllah.
Posted by
FaEzHussain
at
3:30:00 pm
0
comments
Wednesday, 23 January 2008
Video Birthday Darwish Part 2
Kelakar tengok gelagat mereka.
Pelakon-pelakon utama adalah: Darwish, Nabilah, Najiha dan Qaira.
Lupa saya, gambar Darwish masa baby dan macam-macam gambar lagi, ada di faezhussain.multiply.com.
Posted by
FaEzHussain
at
10:26:00 am
2
comments
Tuesday, 22 January 2008
Happy Birthday Muhammad Darwish
Flying back from Canberra to Melbourne took us an hour. Waited in Melbourne Airport for our midnight flight home. And Darwish, impressively, behaved in the whole flight. Mama and Papa waited for us in KLIA. This time. it wasn't me they rushed to, but their very first grandchild.
Posted by
FaEzHussain
at
8:39:00 am
0
comments
Thursday, 17 January 2008
Fiuh!
Finally!
I sat for my end posting exam yesterday.
I don't why, but since I started the attachment to Haematology Department, my spirits just soars a bit. I became demotivated, that I let my studying done in the last minute. Proven by, I completed my final case report about an hour before I started writing into this.
My exam? Theory part was not too bad, but the practical part was so-so. I might have failed some questions in the practical. Perhaps, I deserved it because for not putting much effort in some chapters of haematology.
And now, I am free as a bird. But only for a limited time. A week will do, to recover the aching brain cells!
Just now, I checked my email, and I am 'fortunate' to subscribe to an international malaysian doctor forum. Current discussion topic was, 'Shortage of Oncologists in Malaysia'. I felt like replying in these exact words, " Stop yapping!! Come back and help us at home!". Am I fair to said that, or I'll be labelled as plain rude?
Time to go home.
Later.....
Posted by
FaEzHussain
at
5:05:00 pm
0
comments
Monday, 14 January 2008
Reviving
Fuyoooo
Punya la lama tak masuk sini and update the blog.
Need a major refurbishment ni.
Saya rasa, ramai dah tak jenguk blog saya ni, sebab tuan rumah sendiri tak datang jenguk hinggalah hari ni.
Maaf, saya sibuk dengan tahun 1 master saya. Dan, pelbagai lagi alasan yang masuk akal dan tak masuk akal.
Sayang pula, kalau saya tak maintain blog saya ni, sebab banyak cerita dan kenangan saya semasa di UK ada tersurat dalam blog ni.
Oleh itu, inilah masanya untuk saya, refurnish dan refurbish blog saya.
Oppss, tapi saya terpaksa tangguhkan untuk sementara waktu, sebab saya ada exam hari rabu ni.
InsyaAllah, blog ini akan kembali ber'nafas' kerana saya rasa, menulis adalah salah satu cara untuk saya melepaskan tension.
Later... Rumah baru yang sudah siap sekarang ini. Tunggu masa untuk masuk sahaja.
(Ni gambar yang diambil beberapa bulan lalu)
Posted by
FaEzHussain
at
9:49:00 am
2
comments
Thursday, 28 June 2007
Sesungguhnya
Bismillah....
Sesungguhnya, belajar dalam negara sendiri TERLALU banyak cobaan dan dugaannya. Inilah kali pertama saya belajar di universiti tempatan sejak lepas matrik dahulu. Bukan sistem pembelajaran yang menganggu emosi saya ketika ini, tetapi faktor-faktor lain.
Jika dahulu, di Australia, cabarannya agak berbeza dan seingat saya tak banyak yang menganggu emosi saya yang juga melibatkan emosi orang lain. Tapi kini......
Masalah dalam keluarga yang berapa kerat ini.
Masalah dalam extended family
Kata-kata tak manis dari saudara mara kalau kita tidak menjenguk mereka....
Dan seterusnya seterusnya seterusnya.....
Saya tidak suka berburuk sangka dengan orang
Saya tidak suka dihasut untuk membenci seseorang...
Tapi...
bila saya di bumi tumpah darah saya sendiri, kenapa ini semua berlaku....
Sedih
Sedangkan masalah untuk menghadapi syllabus pembelajaran saya ini, belum beres
Debaran menghadapi test dalam 2 minggu lagi...
Debaran peperiksaan akhir rotation yang perlu lulus....
Adakala tak terdaya untuk saya tanggung semua ini...
Mau sahaja, saya lari
Berhijrah ke negara orang...
Di mana keserabutan yang melibatkan saudara mara kaum kerabat tidak melanda diri secara direct....
Sabar
Sabar
Sabar......
Sedih....
Posted by
FaEzHussain
at
9:54:00 am
12
comments
Sunday, 10 June 2007
Bermula la sudah......
Posted by
FaEzHussain
at
4:51:00 pm
2
comments
Saturday, 19 May 2007
Bulan Mei ini
Posted by
FaEzHussain
at
8:09:00 am
3
comments
Jom Borak
|
|


