Alhamdulillah, proses pindah rumah sudah berjalan dengan lancar.
Rumah lama pun, sudah kami bersihkan.
Terasa sedih juga nak tinggalkan Taman Mesra, Pengkalan Chepa tu, sebabnya, kami baru mula nak kenal dan berbaik-baik dengan jiran. Jiran depan rumah kami dulu tu, adalah jiran yang paling close, sebab umur kami hampir sama baya, dan begitu juga anak-anak kami. Kanak-kanak riang ni, telah menubuhkan 'geng bas sekolah' versi mereka. Kebanyakan jiran-jiran yang lain adalah pakcik-makcik yang sudah pencen. Jadi, bila kami tinggalkan rumah untuk ke pejabat, hati tu takde la rasa risau sangat.
Tapi, segalanya sudah berubah sekarang.
New home, own home.
New aim, new azam.
Terasa amat sunyi kawasan rumah baru saya ni. Sebabnya, jalan depan rumah kami adalah jalan mati. End of the road, kawasan rumah orang.
Jiran rumah yang color coklat, dua-dua cikgu, tapi ada business; jadi tengah-tengah malam baru mereka balik dari kedai.
Jiran rumah yang color kuning, suami dia cikgu, wife doktor. Ada anak seorang, baya Nabilah mungkin.
Jiran yang hujung sikit, tapi tersorok, ustazah. Anak 7. Suami di Sabah.
Jiran rumah depan, yang color hijau, businessman yang duk di KL. Tapi beli rumah di KB sebab ada duit lebih (assuming saya hehe). Malam-malam ada pakcik jaga.
Rumah saya?
Sekarang ni saya ni namakan 'Villa Titanic Pecah'.
Tak sempat mengemas lagi.
Busy.
Khamis 28hb, kenduri solat hajat dan doa selamat serta bacaan yasin, pada malamnya.
Jumaat 29hb, pindah barang besar.
Sabtu 1hb, kemas rumah lama, dan pindahkan barang-barang kecik notnet...proses ni yang paling tension.
Ahad 2hb, hubby sorang je yang bereskan apa-apa yang belum beres sebab saya terpaksa pulun siapkan presentation saya.
Isnin 3hb, tido jam 3pagi, siapkan presentation. 9am baca slides on-call. 1030am present seminar. 1pm gi rumah lama, orang Astro datang nak pindahkan piring. 245pm berlari-lari ke department sebab ada lecture. 5pm balik, ambil anak-anak dan balik kampung di Pasir Puteh, ziarah tok sedara yang dah tenat. 9pm balik semula ke KB.
Mana la saya tak penat.
Ni tulis pun, sebab dah tak larat mengadap teropong mikroskop ni.
Orite
Back to work.
Arghhh...internet tak connect lagik kat rumah baru ku....
Nabilah demam plak hari....
1291
8 years ago