Thursday 24 June 2010

Masa Terus Berlalu


Lama memang lama saya tidak update blog saya.
Sejak balik dari UK, saya memang jarang menjengok blog saya.

Selepas 31 Ogos 2006, saya meng-adjust diri dengan kehidupan di Malaysia. November 2006, kami kehilangan papa tersayang.

Januari 2007, bermula kehidupan baru sebagai wargakerja Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kelantan.
Jun 2007, melangkah ke alam baru, Master of Pathology. Memang teramat sibuk semasa tahun 1.

Mei 2008, peperiksaan akhir tahun 1 di Universiti Malaya. Alhamdulillah, lulus tahun 1.
Jun 2008, masuk tahun 2. Busy teramat dengan on-calls, proposal preparation untuk research dissertation.

Jun 2009, masuk tahun 3. Mendapat pengalaman dan ilmu baru, forensik. Sememangnya Allah jadikan manusia ini secantik kejadian. Dapat hargai semua itu semasa buat post-mortem, cabang ilmu yang diperolehi di Jabatan Forensik Pulau Pinang.
Oktober 2009, ada perubahan diri. Ujian pregnancy, POSITIVE. AllahuAkhbar. Sememangnya, mahu, tapi takut. Tetapkan di hati, Allah bagi rezeki
ini kerana Dia tahu kami mampu handle, InsyaAllah. Pelbagai peristiwa yang memberi tekanan jiwa dan raga, membuatkan air mata menitis hampir setiap kali doa dipanjatkan kepada Ilahi. Alhamdulillah diberi kekuatan dariNya.

Januari 2010, menuntut ilmu cytology di HRPZ II, Kota Bharu. Satu pengalaman baru berada di hospital kementerian kesihatan. Yang saya sedari, saya perlukan variasi dalam skop kerja harian saya, tidak boleh monotonous sahaja. Pasti membosankan. Pada masa itu (dan sekarang), pilihan saya untuk memasuki bidang akademik adalah tepat.

Februari-Mei 2010, menempuh hari-hari 2nd&3rd
trimester pregnancy, disamping menjalankan tugas-tugas di pejabat. Due date baby 18hb Jun mengikut kiraan, 20 Jun mengikut scan.

Jun 2010, masuk tahun akhir Master of Pathology. Takut je......

3 Jun 2010, Khamis jam 1042 malam, Nur Athirah Humayraa selamat dilahirkan, Alhamdulillah.....


Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :