Wednesday 31 May 2006

Kampung English

Petang Sabtu tu, saya temankan hubby mengambil barang. Ke tempat tu, kami guna motorways, balik ke Sheffield, kami lalu jalan kampung. Indahnya bumi milik Allah.
Bermula dengan hujan lebat, yang lebih kurang hujan di Malaysia waktu petang, cuma tak diiringi dengan kilat dan guruh. Pokok-pokok merendang seolah-olah jadi terowong di tepi jalan ni.










Kehijauan padang ragut saujana mata memandang.


Setiap plot tu ada tandanya. Saya tak tau la seorang farmer ada berapa ekar tanah, tapi memang luas kawasan padang ragut ni.



Tanda sempadan setiap plot tu ada sampai ke atas bukit. Camner dorang buat yer. Biri-biri dan lembu-lembu meragut rumput hingga ke lereng-lereng bukit (saya tak sempat nak merakamkan gambar aksi-aksi ternakan ni)


Seolah-olah sedang menuju ke puncak tertinggi dunia. Tiada sebatang pokok tinggi pun di kawasan ni. Sepatutnya ada gambar, tapi tak boleh upload lagi. Later la saya try semula.

NB: Ini adalah pemandangan di sekitar Peak District.

Jalan-jalan

Hari Sabtu lepas, kami membawa mama dan papa saya berjalan-jalan di sekitar pekan Sheffield. Ramai jugak la rakyat Sheffield merendek di pekan ni. Pekan ni kecil kalau dibandingkan dengan Manchester atau London (definitely!).
Ada sorang mamat ni bermain gitar di luar Mark&Spencer department store. Darwish sempat menari sambil 'menikmati' lagu laungan mamat tu.
Inilah iklan bila musim summer, baju tak cukup kain. Berehat seketika sambil menikmati pisang. Size pisang cukup besar lebih kurang sama size pisang nangka di Malaysia, dan Darwish makan 2 biji!

Kami berjalan di sepanjang shopping area pekan Sheffield tu. Nasib baik cuaca pun ok, tak sejuk atau panas sangat.

Papa dan mama di depan Town Hall. Ada orang kawin kat situ. Hari ni takde pula demonstrasi depan Hall tu, selalunya ada lah orang bawa sepanduk.

Darwish posing depan kedai Laura Ashley. Saya tak pernah jejak kaki ke dalam kedai ni. Takut, harganya pasti tak kurang dari £10. Intai dari luar sahaja lah.

Sempena demam piala dunia, kedai sukan pamerkan muka footballers dunia kat tepi kedai. Ada nampak muka yang anda kenal?


Kami lunch di kedai kebab. Makan semua yang menaikkan cholesterol dalam darah. Apa nak buat, nak order nasi campur bukan nyer ada. Di sini ada kedai £1. Semua benda dalam tu dijual dengan harga £1. Masa musim xmas, kedai ni memang padat. Saya sempat beli roses, masa tu dah half price.

Celoteh di atas sepatutnya diiringi dengan gambar, tapi dah dekat 10kali saya upload, masih takde gambar. So lain kali la saya masukkan gambar, ni tgh bengang dah dengan blogger site ni. Apsal ni??????

Eh apsal?

Saya tak tau apa masalah entry saya yang bertarikh 29hb itu (tajuk Malam dan Siang), bila saya cuba masuk ke blog site saya, asyik error aje. Dah jenuh saya cuba editkan, semua tak menjadi, so saya terpaksa la jadikkan dia saved as draft.

Hubby saya (dia dpt baca entry 29hb tersebut dan baca comment) berpesan untuk saya jawab salah satu comment entry( saya tak tahu dari siapa) tersebut darihal demam piala dunia. 'jawapannya: Iye canteen/cafeteria tu memang jadi tempat tumpuan semasa piala dunia 2002 lepas. Siap ada TV besar di tengah-tengah kantin tu. Masa tu game waktu tengahari (petang di Korea/Japan = tengahari di UK), memang ramai la staffs hospital, porter, misi, students dan termasuk la doktor (mungkin dorang ni sekejap aje kut) duk melepak depan TV tengok match. Memang meriah'.

Ok, entry kali ni pendek. Semoga takde masalah dah.

Friday 26 May 2006

Malam terakhir

Malam ke 7 (Khamis/Jumaat)

Akhirnya, habis juga shift seminggu on call malam.
Saya survived.
Malam ini dapat lah tidur atas tilam empuk di rumah tu.
Dapat la tengok muka anak-anak waktu malam.

Darwish cuti sekolah seminggu bermula dari 26hb Mei hingga 4hb Jun.
Masih takde apa-apa rancangan nak ke mana-mana lagi.
Mungkin ke Nottingham melihat (atau memborong) kain lace, atau ke Stoke-on-Trent membeli (atau membelek) Englishware.

Eh saya terlupa, papa dan mama saya masih belum jejak kaki ke tengah bandar Sheffield. Ooo ini kena masuk dalam rancangan minggu depan. Bawa mereka berjalan-jalan di pekan Sheffield.

Dan satu lagi, hujung minggu ni saya kena perfectkan (boleh ke nak bagi betul-betul perfect?) essay saya yang kena submit 30hb ni. Hanya tinggal nak perbetulkan ayat, dan masukkan beberapa reference lagi. InsyaAllah siap. Lepas tu, saya kena pulun habiskan handbook course saya untuk exam (katanya assessment only, not exam) 9hb Jun ni. Lama dah ni tak exam oral, gabra juga.

Have a good weekend.

Thursday 25 May 2006

Lagi satu malam

Oohh dah siang rupanya, jam komputer menunjukkan 0618. Lagi 3 jam mau kerja, lepas itu boleh balik tidur.

Malam ke 6 (Rabu/Khamis)
Busy sungguh. Dari jam 9 malam hingga beberapa minit yang lalu, baru la habis admit patients.
(Mm tengah menulis ni pun ward sister dan misi bertanya itu ini.)

Patient terakhir yang saya admit untuk malam ini, adalah seorang pakcik yang ada chest infection. Minggu lepas dia dah masuk ward untuk masalah yang sama, tapi selepas tak puas hati dengan infectious control sister, dia self-discharged. Pastu petang semalam dia ke klinik neurology sebab kaki dan tangan dia tiba-tiba cramp ( dia ada masalah neurology juga), then dorang check la darah dia, semuanya abnormal. So itu pasal dia ke mari. Punya la banyak dia nak bercerita dari A ke Z, sampai saya 3-4 kali potong cakap dia, dan juga 2-3 kali saya tersengguk (betul ke eja?) sebab saya amat-amat mengantuk time tu. Tengok katil pakcik tu, alangkah enaknya jika dapat baring di situ. Tapi, keputusan yang saya ambil untuk treatment pakcik ni, saya buat bila saya hilang mengantuk la.

Malam ke 5 (Selasa/Rabu)
Malam semalam kecoh la sikit. Bermula dengan hand-over dari team siang. Saya tengokkan list, yahuuu takde patients menanti. Baru duduk-duduk lepas amik darah makcik ni (potassium dia tinggi, 6.8, normal level bawah 5.6), bleep saya berbunyi. Ada seorang GP nak refer patient, sebab suspect malaria. Belum dia habis cerita, saya cakap sama dia, dia salah orang, sebab ada SHO infectious disease. Best hospital ni, infection exotic macam ni, bukan orang general medicine yang handle, bagi kat speciality yang berkaitan. Belum sempat saya letak telefon, bleep saya berbunyi lagi, HO saya minta saya tolong review seorang pakcik ni yang sesak nafas.

Complex sungguh pakcik tu. Sepanjang malam saya dok risau tentang dia (walaupun saya dapat gak terlelap untuk beberapa ketika). Sedang saya duk menulis dalam notes pakcik tu, bleep saya berbunyi kata ada cardiac arrest kat Q floor. Nak lari naik tangga dari M floor ke Q, akan pasti menyemputkan saya. So saya naik lift, malam-malam lift laju sebab takde orang. Sampai-sampai saya tengok 'cardiac arrest team' hanya beberapa orang misi dan 3 orang doktor. Yang saya tengok misi-misi agak kalut ke sana ke mari, tak tentu arah. Bukan la nak kata saya hero, tapi saya terpaksa gak arahkan sorang buat itu dan ini. Cik kak yang patut jaga timing asyik hilangkan diri, dah la saya takde jam tangan. Yang buat CPR dan menjaga airways menjalankan tugas yang baik. Saya ambil darah dan arahkan seorang misi ni untuk gi analysekannya, kalut dia bertanyakan, kat mana nak buat. Even time nak shock kan pakcik tu (dah arwah) pun, gel pads (pads yang letak atas dada sebelum bagi shock) pun takde kat atas trolley. Selepas 45 minit kami berikhtiar, semua bersetuju, pakcik tu dah takde. Untuk pertama kalinya, saya lihat cardiac arrest yang amat kalut. Mungkin sebab hospital ini amat jarang sekali ada cardiac arrest. Bukan saya nak kata misi-misi itu kurang cekap, tapi iye la bila dah jadi keadaan macam tu, boleh jadi panik gak ooo.

Ooo pakcik yang sesak nafas itu, malam tu dia dapat tidur, tapi bila saya check dia jam 630am tu, dia sesak nafas. Sebabnya dia tanggalkan tube oxygen dia.
Makcik yang potassium dia tinggi tu, walau kami dah bagi ubat untuk rendahkan K dia, masih tak jadi. Akhirnya (menurut ward sister) petang semalam dia cardiac arrest, dan tak dapat diselamatkan.

Wokeh la, saya kena pura-pura busy ni...:D... (nak bagi hilang mengantuk!)

Tuesday 23 May 2006

Pukul 3 pagi

Pukul 3 pagi
Tidur lah intan
Esok bangun pagi
Minum kopi satu cawan.....

Night 4 and counting down.
Nothing exciting happened in the last 2 nights, except that I can say, I've learnt to sleep on a hard sofa, ignoring the embarassment of dozing off in public.

Something sorta kinda odd funny happened on Sunday morning.
There was this bloke (young macho man) was referred to the urologist.
Why I said it was strange?
This bloke, he was drunk on saturday night.
Then his drunkened mate decided to use cork board pin, and pinned the bloke's scrotum to a bed post.
Too drunk he didn't realised what happened to him.
I guess he sobered up a little, and realised his balls are stuck to a bed.
I don't know how they managed to do that (without screaming with pain-i guess the alcohol was sedative enough), nor imagine how it happened.
They had to call the fire brigade to saw the bed post off.
Then off he went to A&E in the Northern General, but the doctors over there unable to fix what was stuck.
Then he was transferred to Emergency Admission Unit at the Hallamshire (because there're urologists here).
He must have felt so embarass, on top of feeling stupid with his act.
Luckily, the surgeon managed to pull out the pins, that fortunately stuck only to the scrotal skin not damaging his testis.


Moral of the story:
Alcohol make you do stupid things.
There are many hikmah that Islam forbids alcohol. One of it is to maintain our dignity.
And lastly, your balls are not public figures, keep them private.

Selamat............

Sunday 21 May 2006

Siang Mengantuk Malam Berjaga

Teringat nyanyian kanak-kanak

Nenek nenek si bongkok tiga
siang mengantuk, malam berjaga
mencari cucu di mana ada
nenek pun kawin dengan anak raja

Kalau lagu ini untuk saya buat saat ini
Doktor doktor si penjaga wad
siang mengantuk malam berjaga
meng-admit patients yang mana ada
doktor dah kawin dengan anak orang yang rumahnya depan istana raja....

Malam ni malam ke 2
Tersiksa badan sekarang ni sebab jam biologi (pusingan hormone dalam badan dah bertukar arah, sebab waktu tidur bertukar) sudah pening.
Malam ke 2 selalunya malam yang pertukaran biological clock
Malam seterusnya, pekerja shift malam akan rasa better.

Nenek yang saya ceritakan semalam tu, dah ditransfused darah sebanyak 2 unit, dan lagi 2 unit akan diberi malam ini. Dia kata dia rasa ok dah sikit hari ni.

Patient yang saya admit tadi, seorang pakcik yang confused. Dia pernah kena stroke. Sejak 2 hari lepas dia makin confused. Dan kerap membuang air kecil. Ini semua isteri dia yang bagitau saya. Tadi dia terconfused saya dengan cucu dia yang baru umur 10 bulan. Eh biar betul? Adakah saya ini terlalu muda comel umpama bayi yang dia boleh ter-mixed up tu. Ohhh rupa-rupanya, bunyi nama cucu dia lebih kurang bunyi nama saya. Terperasan sekejap. Doktorrr bangun!!!!!!!! Bukan nak kata apa, pernah juga saya ni disangkakan medical student atau patients tak percaya saya ni doktor, sebab kata mereka muka saya ni nampak muda bebenor. Oh doktor ini perasan lagi. Ok back to the patient, diagnosis saya dia ada urinary tract infection, so saya bagi dia antibiotic. Harap-harap bila cerah nanti, dia akan ok sikit dan tak demam lagi.

Maaf lah, kepala saya agak pening sikit malam ini.
Esok malam saya ok la kut. InsyaAllah.

Saturday 20 May 2006

Kerja Malam

Hari ni start kerja malam 19hb hingga 26hb, seminggu.

Kali ni kerja di Royal Hallamshire, malam ni agak tenang, tapi malam-malam lain belum tentu.

Ini tengah tunggu results patient.
Aisheh, bila check print out, nenek ni tak sihat ni, kidney tak berapa function, haemoglobin rendah. Pagi esok dia kena masuk darah (malam-malam tak leh buat, policy baru hospital, unless urgent sesangat). Mmm result dah dapat, so saya kena turun ke ward, kena masukkan air la untuk nenek,yang berumur 92 tahun ni. Tadi dia kata, "when i became a mother i stopped working, i believe women shouldn't work when they have children" .... Mmm susah gak nak terima, tapi itu pendapat dia. Pendapat kita bergantung kepada pendapatan.... :D

Wokeh, kena bertugas semula. Kang jam 730 karang kena luku dgn boss pasal tak membuat apa-apa tindakan kat nenek ni.

Nanti saya upload kan gambar Doctor's mess ini, yang sangatlah messy nyer.

Friday 19 May 2006

Adui...

Dah lah mood saya sejak sehari-dua tidak tentu arah. Hari ni dapat pula comment dari seseorang anonymous yang seolah-olah menuduh saya tak bersyukur, kerja di sini dan taknak balik ke tanahair. Saya jadi nak marah pun ada, sedih pun ada. Iye la, satu jari dituding ke arah saya mengata yang bukan-bukan tanpa usul periksa, dan saya pasti dia ni tak pernah baca entry saya yang lepas-lepas.
Saya, sememangnya adalah bekas pelajar tajaan rakyat Malaysia. Enam tahun saya dibela dengan hasil keringat rakyat Malaysia. Saya hargai semua itu. Saya bersyukur saya terpilih. Pada tahun pertama dalam pengajian perubatan saya, seorang senior saya telah berpesan, apa yang saya dapat ketika itu adalah satu amanah dari Allah. Amanah untuk saya belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya beroleh MBBS dan kemudian kembali berkhidmat kepada rakyat Malaysia yang telah banyak berjasa kepada saya. Alhamdulillah saya dapat pikul amanah itu, dan berjaya menghabiskan pengajian saya dalam tempoh yang sepatutnya.

Kemudian saya mengambil keputusan untuk berkerja sebagai doktor pelatih di Australia selama setahun. Tujuannya untuk memudahkan saya mendapat pendaftaran dari General Medical Council di UK ini, untuk saya berkerja sementara menantikan suami saya habis Phdnya. Dan dengan ini, saya berharap ilmu kedoktoran saya tidak berkarat.

Rezeki saya di sini hanya setakat doktor locum (umpama doktor sandaran/cikgu sandaran) sahaja. Bukan kerja tetap, dan dalam 'training pathway' pun, belum tentu segala apa yang saya buat selama ini diambil kira. Saya cuba mendapatkan kerja tetap, supaya dengan itu saya akan dapat training post, dan memudahkan saya untuk menduduki peperiksaan untuk dijadikan tiket untuk specialist training. Tapi itu semua bukan rezeki saya di sini. Walau apa pun, saya bersyukur pada Allah sebab, saya masih beroleh perkerjaan walaupun hanya secara on dan off. Pengalaman yang saya timba ini, amat mahal untuk saya, sebab ia akan membantu saya apabila saya pulang kelak. Peperiksaan untuk ke arah specialist training juga saya cuba, tapi Allah belum beri rezeki untuk saya lulus kertas pertama. Saya akur akan kehendakNya, sebab saya percaya ada hikmah disebalik apa yang telah dirancangNya.

Ye memang, kerja doktor di sini, masa kerja nya agak terjaga. Kurang-kurang 40jam seminggu, itu kalau tidak ada oncalls. Tapi kalau ada, cuma sekali seminggu sehingga jam 10 malam. Dan akan ada doktor-doktor yang bertugas shift malam. Weekends, pun ada oncalls, juga mengikut shift. Walaupun demikian, tugas sebagai doktor, andai mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hinggakan saya, sering terbawa-bawa ke alam mimpi darihal patients saya. Dan dalam igauan saya, saya berbicara dalam bahasa inggeris (menurut cerita suami saya).

Sekarang ni, tugas saya sebagai doktor locum, yang hanya dipanggil bertugas bila ada kekosongan, jadi saya mempunyai banyak masa untuk bersama anak-anak. Itu hikmah yang saya nampak dariNya sekarang. Alhamdulillah.

Jadi, pada si anonymous yang telah memberi komen yang telah mengguriskan hati saya, sedarlah, andai nya anda doktor di Malaysia, anda sebenarnya lebih bertuah, biarlah gaji ciput as you said it, but you are giving back what was given to you. Dan hidup kena sentiasa bersyukur. Rezeki saya untuk berkerja 40jam seminggu dan mendapat gaji lebih banyak dari anda, saya bersyukur. Janganlah merasa cemburu pula. Dah rezeki saya. Saya pun hanya menumpang mencari pengalaman di negara orang. Azam saya, saya ingin membawa balik ilmu yang saya perolehi di sini untuk sama-sama saya kongsi dengan bakal-bakal doktor yang saya mahu didik. Buat pengetahuan anda, saya telah pun mengisi borang untuk kembali bertugas di Malaysia. Tunggu dan lihat sahaja lah.
Sekian
Dr Faezahtul Arbaeyah Hussain
B.Med Sc, MBBS (Tasmania)

Thursday 18 May 2006

Bosan

Saya bosan.
Tak tau kenapa mood saya beralun-alun sejak 48jam yang lalu.
Hasil dari kebosanan yang melanda saya, blog saya pun bertukar wajah.

Selepas masak untuk makan malam, kami akan berjamu selera depan TV sambil melayan Arsenal lawan Barcelona final piala...mmm saya pun tak pasti...

Demam piala dunia mula melanda di bumi England.

Tuesday 16 May 2006

Colchester-London-Oxford


Selepas sahaja saya habis essay saya dalam jam 2pm Jumaat, dan kami makan tengahari, kira-kira jam 3.30 kami memulakan perjalanan kami. Tak ingat saya, sampai di mana ntah, kami terpaksa berhenti sebab hubby saya mengantuk yang amat sangat (kesan sampingan dari makan nasi tengahari). Kali ini, saya tak sempat mengambil gambar awan sebab kepala saya pening (juga kesan sampingan dari membuat essay minit terakhir+makan nasi tengahari).
Gambar, padang bunga kuning yang digunakan untuk membuat vegetable oil.

Colchester adalah satu bandar yang terletak di dalam county Essex ( di sebelah timur England). Papa saya, masa tahun 1987 dulu, dia bercuti sabbatical di sini. Untuk memenuhi permintaan dia, kami ke sana. Seronok dapat mendengar papa saya bercerita darihal Colchester hampir 20 tahun dahulu dan sekarang. Memang banyak perubahan. Bila tiba di perkarangan rumah yang kami pernah duduki dahulu, kami mengambil gambar. Disebabkan cahaya agak kurang, kami guna flash, hinggakan makcik yang empunya rumah itu, menyingkap langsir dia, mengintai siapakah stangers yang sedang berposing depan rumah dia. Kami cepat-cepat blah.

Beraksi di depan rumah lama. 1987, 4 orang anak; 2006 bersama satu-satunya cucu lelaki (untuk takat ini)


Saya pernah bersekolah di situ selama 3 bulan. Masa saya masuk tu, seingat saya, kena test spelling. Cikgu puji saya, sebab spelling saya agak bagus. Kelas art, saya cukup suka. Konon-kononnya macam la pandai melukis. Kelas yang paling tak suka, PE, sebab lepas tu kami semua dikehendaki shower di sekolah sebelum balik. Saya malu sungguh, dan sentiasa bagi alasan pada cikgu PE, kata saya balik mandi kat rumah la, itu la ini la. Lagipun bukan budaya kita mandi beramai-ramai. Bila peperiksaan akhir, saya antara top student, bukan terrer sangat pun, tapi saya rasa budak-budak omputeh ni agak kurang rajin, kut.

Malam itu, kami tidur di Travelogde Basildon, kira-kira 20 batu selatan Colchester (menghampiri London). Untuk pertama kalinya, saya dan suami membawa rice cooker untuk adventure kami kali ini. Wah malam itu, dinner kami nasi panas.

Esoknya kami ke London. Nasib baik, navigatornya agak cekap (iaitu saya heheh), kami selamat berjumpa Stanford station, yang juga ada covered parking. Kami menaiki tube(keretapi bawah tanah) ke tengah kota London. Dalam beberapa minit saja kami tiba ke Oxford Street. Kawasan shopping yang popular di London. Hari tu ada kemalangan di jalan itu menyebabkan kesesakan yang amat sangat, hinggakan bas pun terpaksa en-route.

Terpaksa lah kami menaiki tube, yang jalan menuju ke kawasan tube itu, banyak anak tangga. Dan escalatornya tersangatlah curamnya, saya takut untuk berpusing melihat ke belakang. Saya tak tau berapa dalam ke bawah tanah jalan tube ni. Semasa perang dunia ke 2, ini adalah kawasan refugee untuk the Londoners, semasa London dihujani bom dari negara musuh. Kagum sungguh saya, betapa mereka betul-betul maintain kemudahan ini. Sekarang ini, banyak kerja baik pulih dilakukan untuk upgrade kemudahan ini, umpamanya diadakan lifts untuk kemudahan orang yang menggunakan wheelchair dan juga stroller baby. Peristiwa 7 Julai tahun lepas, membuatkan banyak signboard yang mengingatkan penumpang agar memberitahu petugas sekiranya, terdapat suspicious baggage left unattended. Menurut hubby saya yang ke London pada 9 Julai, iaitu 2 hari selepas London dibom, keadaan di sana adalah seperti hari-hari biasa. Seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

Kami ke Trafalgar Square, yang dalam proses baik-pulih. Burung-burung merpati pun tak banyak. Yang menarik perhatian kami adalah, peristiwa bagaimana pegawai peronda council sedang cuba untuk memujuk seorang pakcik yang mabuk dan homeless ini untuk beredar dari kawasan orang ramai. Hingga polis pun di panggil untuk selesaikan hal ini, sebab pakcik itu tak nak berkerjasama (gambar kiri). Gambar kanan, statue Nelson yang sepatut ada di atas puncak menara, tiada sebab diturunkan untuk di'gilap'.

(Sambung 17hb Mei-entry tergendala kerana banyak sebab).

Kami pusing-pusing London menaiki bus juga. Ke Westminster Parliment House, Big Ben dan juga ke Tower Brigde

3 generasi di depan Tower Brigde.

London Eye dari pelbagai sudut.

Tak pernah naik lagi Mata London ni. Satu pusingan tak silap ambil 30minit. Disebabkan saya ni jenis gayat, takde la nak naik Mata ni rasanya.

Oxford

Terletak kira-kira 40batu dari London, mengarah ke north-west. Kami bermalam di Peartree Travelogde di outskirt of Oxford. Lawatan kami ke pekan Oxford, hanya untuk 2 jam. Tempat yg dituju adalah kedai barangan universiti Oxford.


Darwish bergaya di depan kedai, sementara menunggu papa tok, mama tok dan ayah beli barangan Oxford University.

Di hadapan salah satu college di Oxford.

Saya berkesempatan untuk membeli 2 buah buku palliative care, yang insyaAllah digunakan untuk masa depan career saya (ataupun sekadar menghiasi bookshelf saya sahaja). Tak banyak gambar di Oxford sebab bateri phone saya habis dan juga bateri camera mama saya pun hampir habis.

Kami selamat tiba ke Sheffield petang itu. Alhamdulillah.

Proses toilet training cik Nabilah tergendala. Mungkin saya teruskan bila kepala saya sudah kurang stress dengan coursework dan bila exam saya habis.

Friday 12 May 2006

Lega...........

Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan juga essay saya yang due hari ini, jumaat 12hb.
Nasib baik draft aje, kalau betul sure lagi tension.

Kepada kaum ibu di Malaysia, selamat hari ibu. Ibu-ibu di UK dah lama sambut hari ibu.

Selamat berweekend.

Kami ke London dan Oxford weekend ni.

Wednesday 10 May 2006

Dah Selamat Tiba

Alhamdulillah tetamu-tetamu istimewa saya selamat tiba ke Manchester Airport tanpa sebarang masalah. Ye betul tekaan Puan Syikin, tetamu-tetamu istimewa saya adalah parents saya, yang last saya jumpa January 2005. Terubat rindu di hati.

Perjalanan dari bertolak dari KLIA jam 12tengahari 9 May, dan tiba ke Heathrow Airport London, jam 6petang di hari yang sama. Melihatkan jam pernerbangan, seolah-olah hanya 6jam dalam kapal terbang, seperti pergi ke Alor Staq menggunakan PLUS agaknya, tetapi hakikatnya, 13jam duduk di kelas ekonomi.

Menurut mama saya, flight kali ke London, tak penuh. Banyak seats kosong. Pelik, sebab semasa mereka menempah tiket, agen memberitahu semua flight PENUH. Ada skandal kah di sebalik ini? Dan disebabkan ada nya connection flight ke Manchester, mereka tak perlu ambil beg di Heathrow. Bila tiba di Manchester pula, takde pun pegawai kastam yang selalunya sibuk nak check bag. Jadi, selamat lah segala ikan bilis, keropok, cili kering dan sebagainya.

Darwish dan Nabilah turut gembira dengan kehadiran PapaTok dan MamaTok mereka, walaupun Nabilah masih malu-malu (shy shy cat only). Hari ini juga, Nabilah dengan rasminya mula toilet training.

Dan essay saya masih belum habis...aduiiiii

Tuesday 9 May 2006

Yeah Yeah...

Jam di sudut kanan laptop sudah menunjukkan 4.06 pagi. Saya masih di depan muka bersegi ini. Baru siap satu bahagian dari 3 artikels yang saya kena critically analyse (macam canggih aje bunyi nyer).

Di waktu yang sama, 2 tetamu istimewa saya sedang memasang tali pinggang dalam pesawat MH berapa ntah, ke London. Disebabkan gara-gara syarikat pernerbangan BolehLand telah menghentikan semua penerbangan ke Manchester, tetamu-tetamu istimewa saya terpaksa menaiki 2 kapal untuk terbang ke sini.
Kami menanti dengan sabar ketibaan tetamu-tetamu istimewa ini jam 21.50 nanti.

Enak dibuai mimpi dua anakku

Ayuh Jalan-jalan

Seperti yang saya janjikan dulu, inilah dia photos model mini Europe semasa kami di Legoland tempoh hari. Semua ni dibuat dari lego.

London, England
Rumah Queen, Buckingham Palace.
Kesibukan Trafalgar Square. Pigeons takde berterbangan.
Big Ben di tepi Sungai Thames
Stadium Wembley, sekarang ini dalam proses diperbaik-pulih dengan imej baru tetapi belum siap-siap.


Tower Brigde








Edinburgh, Scotland
Di atas bukit terletaknya istana lama Edinburgh. Di lembah bawahnya, bandar tersebut terbahagi kepada dua, old town- bangunan semua antik dan klasik, new town-bangunan model moden.
Scotland yang banyak lomond (lake), cantik negeri ini, tapi kami berjaya jejak ke Glasgow dan kawasan sekitarnya sahaja.





Wales
Istana Caerphilly, yang terletak somewhere di Wales. Utara Wales terkenal dengan pantai dan istana lama mereka. Kalau ke Wales, tanda-tanda jalan semua ada dalam 2 bahasa, satu Queen's english dan satu lagi Welsh.
Cardiff indah nyaman, di pinggiran pantai.



Sweden
Kami tak pernah sampai lagi ke sini. So takleh banyak cerita. Dengarnya, sejuk aje di sana.









France
Salah sebuah pekan di Peranchis yang jadi laluan Tour De France. Sayang takde model Eiffel Tower di sini. Paris, memang cantik. Saya suka akan architecture nyer. Paris expensive, nak beli souvenier pun kena fikirkan poket.
Parisians yang suka bersantai sambil menikmati expresso yang pekat likat.







Belgium
Ini model bangunan di Brussel. Kami hanya jejak kaki di Bruges, bandar di pinggir pelabuhan. Cantik pekan itu, banyak hasil lace dan juga emboidery yang boleh membuatkan gelap mata, tapi disebabkan poket jadi ukuran, takde la nak shopping sakan.





Holland


Negara di bawah air. Amsterdam, cantik di kelilingi canals.
Basikal banyak sekali di bandar ni.







Italy
Pisa dan Florence di Tuscany, memang cantik. Barangan kulit menyebabkan mata jadi kabur, tapi kelulusan jadik ukuran (nak beli lady briefcase kulit, tapi masih belum jadi specialist, so niat dibatalkan).
Venice amat romantis (saya menyambut birthday masuki dekad ke3 di sini, best...). Barangan kaca jadi kilauan, tapi yang menarik ialah pasarnya yang penuh seafood, sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Naik water-bus sehingga walau seminggu di darat masih rasa lantai beralun-alun.

Denmark
Negara yang mencetuskan kontroversi satu dunia baru-baru ini.
Negara asalnya Lego. Tapi disebabkan saya dah book holiday ni sebelum perkara itu berlaku, saya teruskan juga rancangan ke sini. Lagipun sudah berjanji dengan anak-anak.

Kincir angin menjana elektrik.








Jom kita terbang ke US sekejap....

Melawat NASA, John F Kennedy Space Center dan juga ke Mt Rushmore.












Lain-lain negara di Eropah, tiada dalam mini Europe ni.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :