Thursday 21 February 2008

Tired lah!

Menjawab soalan kakPB, yup, memang 'duk nenggung' (duk termenung) bila pikir nak pack barang2.

Letih?
Yup, had a full day today, on call and 2x 2hours lectures. My brain cells are exhausted.

Letih?
Yup, bila pikirkan barang-barang yang belum pack, yang kena angkut, yang kena sangkut bla bla bla....

Letih?
Ye, asyik tengok RM keluar macam air. Tapi takpe, ingat kata-kata papa, duit abis tapi bende nampak.

Letih?
Ye, nak plan pemindahan. Nak plan pre-removal solat hajat. Post-removal ex-home cleaning.

Letih?
Ya, assignment, ada satu lagi nak kena buat. Presentation hari Ahad ni. Presentation 3hb depan. 2 reports tak siap lagi.

Letih?
Kalau letih, pergilah berehat. Kan?

Excited?
Yessssssssss, lampu, kipas semua dah pasang.
Esok project pasang track langsir dan basuh rumah.
Lusa, orang pasang blinds janji nak datang.
Mungkinlusa boleh pasang langsir juga.


Macam ni kut ek, orang rasa bila nak masuk rumah sendiri? Excited campur pokai.....



Later lah...
Have a good weekend

Tuesday 19 February 2008

Tu dia...eihhh....

Kan hari Ahad lepas saya membebel asecara halus kat mamat wiring ni (yang ni kira boss depa la).

Semalam, Isnin 18hb, cam tak percaya, depa kerja dari jam berapa tak tau, tapi bila saya gi check petang lepaih opis tu, masih lagi duk pasang bende. Downlight casings semua dah pasang tapi kipas satu pun tak lagi.

Kami pergi semula ke rumah tu, lepas Maghrib, sebab nak 'magga'kan grille sliding door rumah tu.
Oooiii terkejut kami.....lampu gantung kat porch dan side entrance dah siap pasang, 7 dari 8 kipas semua dah pasang kecuali yang nak diletak kat ruang tamu depan.

Fuh.....ini lah yang dikatakan, macam pahat dan penukul, sekali kena pahat, barulah tukul nak bergerak.
Mungkin juga, sebab kami ni, sabar, and takde nak marah-marah cam takde kepala; sebab tu kut depa pun takde la nak marah-marah buat kerja.

Saya sendiri semalam, personally cakap "Terima kasih sebab datang hari ni", kat mamat wiring tu. Dia sendiri tergelak, mungkin sebab tercucuk sembilu perli kut.

So?
Hari ni? Tak tau apa progress.
Tunggu dan lihat lepas waktu kerja nanti.

Esok atau lusa, orang pasang blinds plak nak datang.
InsyaAllah, hujung minggu, lepas pasang curtain rails, anak2 boleh main air, cuci rumah tu.
Lepas tu, slow-slow angkut masuk barang-barang kecil yang boleh muat kereta.


Later lah.....

Sunday 17 February 2008

Orang kita....

Saya dah tak larat nak mengadap power point, preparing untuk presentation saya hari Selasa ni. Letih dah. Weekend, memang duk mengadap mende ni jugak. Sampai semalam, mamai time Nabilah terbatuk-batuk,terjaga dari tidor, dan minta air, dalam kepala saya asyik terpikirkan hal presentation saya je.

Ni nak lepaskan geram ni.

Ini lah, kalau orang kita buat bisnes! Niat kami, memang nak tolong bisnes anak bangsa sendiri, tapi takat ni, dah banyak kali terperdaya dengan janji-janji manis mereka. Walaupun begitu, kami tetap rasa nak tolong bangsa sendiri.

Situasi sekarang:

Proses pemindahan ke rumah baru, nampaknya akan di lewatkan dari tarikh yang dirancangkan, pada 22hb ni.
Sebabnya, proses pemasangan dan penambahan wiring/lampu/kipas slowww sangat.
Proses pemasangan bermula 5hb Februari. Janjinya dalam 3-4 hari, akan siap. Oklah, saya setuju, yang permintaan kami agak kompleks. Dan, menyebabkan peng-wiring lama kena diubah semua sekali. Yup, semula lampu dalam rumah downlight. So, memang la kena tebuk lubang, adjust wire bla bla.
6hb, tukang besi datang pasang grille kat rumah. Yang ni pun, kami tempah dengan orang sebangsa dengan saya. Saya puas hati, sebab tepati janji sebelum tamat tempoh, dan dapat discount lagi. Inilah yang dikatakan orang business yang mahu berjaya. 6hb itu juga, budak-budak wiring tak buat apa-apa. Ok fine!
7hb, wiring people, tak datang. Cuti CNY. Amboi, cam keje opis. Sabar lagik.
8hb, Jumaat, cuti. Tak pa lah.
9hb, datang 10am lebih+, sekejap aje sebab ada 'emergency' di Tanah Merah.
10hb, mintak advance Rm800, untuk beli barang-barang. Tapi saya bagi RM500 je.
11hb, hubby saya telefon kenapa takde orang keje. Alasan: pergi beli barang, nanti petang akan datang. Hubby saya gi check, takde siapa pun datang. Dah mula rasa geram...sabar sabar...
12hb, datang.
13hb, saya pergi check, ramai pekerja hari ni.
14hb, on-call, tak dapat datang kerja.
15hb Jumaat, off.
16hb, kami tunggu di rumah, jam 11 baru tiba. Report itu ini, kata kena tambah itu ini. saya kata takpe, janji rumah selamat, dan siap cepat. Re-emphasize, nak pindah 22nd ni. Kami lepak kat rumah baru hingga jam 2pm lebih. Masa kami ada, memang deme buat kerja. Rasanya, dalam 1/2jam lepas kami blah, dorang pun blah.
17hb, hari ni TAKDE siapa yang datang. Bila call, alasan 'orang saya demam, so takde orang lain'

Hari ni, saya sendiri yang call. Walaupun saya geram, tapi saya cuba bercakap baik-baik dengan mamat ni. Kalau orang lain, mungkin dah marah-marah kat dia ni. Tapi, saya cuba diplomasi. Saya cuba rationalisekan kat dia, kalau dia dah siapkan wiring rumah dan pasang lampu/kipas kat rumah saya ni, sure dia boleh fokus keje-keje lain yang dia kena buat macam 'on-call' dia tu. Mamat ni berjanji esok dia cuba siapkan wiring, dan bereskan segalanya dalam minggu ni. Jadi, kami akan tunggu dan lihat. Mujur had kesabaran kami ni, sangat banyak capacitynya. Kalau tak, hancus!
Saya tak kisah kalau complicated re-wiring ambil masa yang lebih dari yang dijanjikan, tapi kalau asyik tak datang, dan bila datang pun, jam 11pagi, balik jam 3ptg; banyak mana je yang dapat diselesaikan dalam sehari?

Silap: Kerja jangan di buat main-main. Buat betul-betul.


Situasi dalam masa lepas yang terdekat

Freezer saya rosak masa bulan puasa 2006. Disebabkan ketika tu kami baru aje berpindah ke KB, the first person yang direkomen, kami terus contact. Business man bangsa kita. Memang bila dia tengok sendiri freezer tu, dia kata ada wiring rosak. Janji 2-3 hari siap lah. Atleast bila tak siap, apa salahnya telefon dan bagitau masalahnya. Tup-tup siap hampir 2 minggu, itu pun sebab saya balik beraya di rumah mertua. Kami dah bagitau encik ni yang kami akan beraya di Perak, tapi dia sendiri tak compute, jadinya, takde la dia extra RM untuk beraya. Salah siapa?
Sebab nak tolong business dia, pump telaga rumah sewa kami rosak, kami still panggil dia. 2 hari nak siap baiki motor pump tu. Takpe la janji siap. Kali ke 3, contact dia, pun pasal pump air itu jugak, dia tak datang. Tak tau kenapa. Sibuk kut. Maklum la business dah maju kut. Kami terpaksa cari orang lain.

Silap: dia tak jaga clients dia baik-baik.


Situasi yang dah lama berlalu.

Kami balik bercuti pada tahun 2004. Disebabkan, niat nak tolong bangsa sendiri business, jadi kami pun beli tiket dari warga senegara yang berada di England tu jugak. Book tiket kapal terbang, kekononnya nak murah sikit dan juga bantu member. Hampes, 2-3 hari selepas book, mintak full payment. So bayar lah. Tiketnya, 2 hari sebelum terbang baru dapat kat tangan. Hubby saya sampai bertekak-tekak dah. Of course lah, kami anxious sebab harga tiket dah bayar berbulan-bulan sebelum tarikh balik, tapi tiket tak dapat. Itu cerita balik dari UK ke Malaysia. Dari Malaysia ke UK, lagi teruk. Diminta bayar berapa GBP ntah, saya dah tak ingat. Pasal apa ntah kena bayar, rasanya balance harga tiket la. Imagine, hari-hari husband saya call contact person mamat tu kat sini. Even, call ke UK jugak. Malam sebelum tarikh flight tu, hubby saya, contact sendiri syarikat kapal terbang tu, dan minta alamat/fon number orang yang buat booking. Malam tu juga, hubby saya dan adik2 ipar saya pergi ke Banting, ke rumah orang tu. Tension betul!!

Silap: Kami terlebih percaya, sebab member sendiri yang rekomen.


Kadang-kadang saya kecewa dengan sikap bangsa sendiri, terutama sekali yang terlibat dalam bisnes. Bukan semuanya begitu, tapi disebabkan segelintir, semua yang lain turut diibaratkan berperangai sedemikian. Bila bisnes yang memberi service, sepatutnya, clients yang ada tu dijaga dengan baik. Baru la, boleh berkembang, berdasarkan testimony. Ini tidak.

Pendek kata, sabar aje lah. Ekonomi kita dipegang oleh bangsa lain sebab kebanyakan mereka betul-betul serius dalam service dan product yang mereka hasil kan. Bukan setakat melepaskan batuk di tangga.

Kita kena maju, bukan setakat dari segi material, tapi juga dari segi mentaliti kita ni.

'Kita ada otak, sama-sama lah kita pikir......'

Later lah....

Thursday 14 February 2008

Ooo Ooo

Hari ni Khamis 14hb Februari 2008.

On the 10th, my 'anak bongsu' celebrated her 4th birthday. The same day,we got a new niece. Alhamdulillah, after 2 days being in high dependency unit, she was discharged home into her mom's loving arms.

2 days later, at 220am on 12.02.2008, we got another niece. My 2nd sister delivered her 3rd child.

Yesterday, I decided to get myself a new laptop. So, got one. I'm using it now! Windows vista! Still fimiliarising (is there such word?) with my new baby. Well, the other two got new babies, I got mine too. Maternity instinct is so strong that I promise myself, I'll take a better of this one. Got a good price (I think), student rebate of RM200, plus free goodies and, most of all, the payment via credit card with montly installment. In current student life, laptop is a neccessity. Every presentation is computerised. Not like back in my old (mind you I'm still very young at heart) undergraduate days, when my presentations were only using the overhead projector.

I told my senior what I did. She said, 'it's ok to do crazy things in the 1st year' (because of our high stress level). To think of it, yes, I did one or two 'crazy things' in the last 6 months or so. I bought myself and my family, a 'bungalow' (not so big lah but comfy for family of 4). I bought myself a new laptop. My fellow classmates, the unmarried ones, got themselves new laptop each early in the Master course. The married ones, got themselves pregnant towards the end of our first year. Me? I think, I'm quiet happy getting myself, this new baby.

--------------------
New home? Moving might has to be postponed. Maybe on schedule. Dunno. I can't believe the budak-budak wiring, doing things so slowly. They promised 3-4 days, but now it has dreaded into more than a week. Geram! Geram! So this weekend, I couldn't keep the promise to the kids, nak cuci rumah. Of course, their main intention is to play play water! To overcome, my 'geram'stration, I've decided to take my curtain maker a.k.a my cousin, to go shopping for more curtain tomorrow. Apa lagi, sign credit card lah. When the bill comes, eyeballs sure to come out one! That's me, I got this bad habit, bila stress,go for shopping therapy!
Later lah...
Have a good weekend.

Sunday 10 February 2008

Happy Birthday Nurhannani Nabilah

Pada 10hb Februari 2004, Nurhannani Nabilah binti Muhammad Farid, selamat dilahirkan di Sheffield, England, UK, bertepatan jam 12.35 tengahari. Saya dan hubby, tiba di Jessop Wing, Royal Hallamshire Hospital pada jam 12.00 (lebih kurang). Contraction makin kuat, dan saya tak ingat apa yang saya jawab semasa nurse tanya saya. Imagine la, 3 kali saya ditolak keluar masuk tiga buah bilik. Bilik pertama, takde katil. Bilik ke2, saya sempat naik atas katil, dan minta gas untuk kurangkan sakit saya. Bila nurse check record saya, dia kata tak boleh duduk bilik tu, kena ke bilik yang ada pengawasan doktor. Jadi saya ditolak ke bilik ke3, sampai aje di situ, saya terus kata 'I want to push!!'. Kelakar(retrospectively) tengok midwife, kelam kabut mintak apron dan gloves; kesian tengok student nurse kena marah, sebab tak tau kat mana letaknya gloves. With 2 pushes, baby selamat dilahirkan. Even hubby saya pun macam tak percaya. Cepat benor! Birth weight 3.10kg.

Nabilah ketika berumur beberapa bulan, lena dibuai mimpi disisi abangnya.

Saya tak dapat lupakan, betapa lambatnya luka saya dijahitkan. Midwives boleh siapkan report dulu sebelum attend pada luka saya! Geram saya. Imagine la, almost 1 hour delayed in suturing the tear, tissue pun dah bengkak. Dah tu, dia nak argue plak kata, dia dah bagi banyak local anaesthetic, takkan la boleh rasa lagi jarum tu.Macam la dia boleh rasa sakit saya! Nasib baik time tu saya agak high sebabkan gas, kalau tak memang keluar perkataan tak sepatutnya, memaki nurse tu. Hati saya memang bengkek. Time tu, rasa cam nyesal bersalin kat situ, baik bersalin kat Tasmania. Satu lagi, dorang tak tau saya ni doktor, pasal tu layan cam nak tak nak je. Diskriminasi!

Walaupun begitu, saya tetap happy, sebab dapat baby girl. Malam yang pertama kami bersama, di ward Norfolk, baby saya satu-satunya baby yang melalak sepanjang malam. Sebabnya, dia lahir waktu lunch, hingga ke malam, susu saya tak banyak, so baby kelaparan. Kesian dia.

Darwish punya respond masa kat hospital tu, antara nak tak nak je. Tapi bila balik rumah, memang dia TAK NAK langsung dengan baby. Ada episode dia 'tendang' baby, 'baby go away'. Saya menitiskan airmata melihatkan situasi ni. Sedih saya. Jadinya, dalam 'pantang' tu, mama saya la yang jaga baby. Bila baby nak susu waktu malam, dan Darwish dah tidor, barulah, baby datang dekat mummy dia. (Sekarang ni, Nabilah adalah kawan baik dia. Tak boleh Nabilah takde dekat dia. Alhamdulillah). Saya tak berpantang sangat dengan baby girl ni. Urut pun main-main aje. Ahkirnya, sakit belakang masih ada sampai sekarang. 7 hari lepas bersalin, saya gi main snow sebab snow turun banyak sangat malam sebelumnya. Ala, main kejap aje.

Hampir seminggu, baby ni dipanggil baby, sebab kami tak prepare nama sebelum kelahiran baby. Nama-nama yang ada dalam list saya, semua direject, samada dari suami atau dari adik-adik saya. Pikir punya pikir, belek punya belek buku nama-nama. Akhirnya, kami settle down dengan gabungan nama pilihan mama saya dan mama mertua saya. Mama saya berminat Laila Nabilah dan mertua saya berminat Hanani (saya tak ingat 2nd namenya). Dan saya serta hubby mahukan 'Nur' di hadapan. Jadi, pada jam 3am, hampir seminggu selepas kelahiran baby, namanya diberi Nurhannani Nabilah binti Muhammad Farid.

Nabilah 1 year old+, and long-haired enjoying her pizza in Birmingham.

Hari ini Nabilah menjadi 4 tahun. Kebetulan juga, hari ni Ayin (adik ipar saya) selamat melahirkan baby girl secara ceaserian. Tetapi baby sekarang dalam neonatal ICU di Hospital Ipoh, kerana ada sedikit komplikasi. Kami doakan agar baby girl yang sama birthday dengan Nabilah ni, akan selamat dan membesarkan dengan sempurna supaya tahun depan, dapat celebrate birthday bersama-sama Nabilah.

Untuk Nabilah, mummy sentiasa doakan agar Nabilah menjadi anak yang solehah, dan berjaya di dunia akhirat.

Nabilah with her cheeky smile.


Nabilah bertudung ayu.


Nabilah sekarang yang sudah masuk tadika, dan pandai baca doa makan (walaupun kadang-kadang tercampur doa sebelum dan selepas makan), yang sudah mula mengenal huruf-huruf jawi, yang suka menyanyi, dan yang suka makan; mummy, ayah dan abang sayang Nabilah.

Happy Birthday Nurhannani Nabilah.


Wednesday 6 February 2008

Autopsy

Pernah tengok Quincy ME? Ni citer zaman 80an dulu.

CSI? Yang kalau tak tengok..rugi rugi. Tapi, selera orang berbeza.
Ada kaitan dengan pengalaman saya hari ni.

Al kisah, hari ni, saya untuk pertama kalinya, melihat autopsy atau nama lain, post-mortem.  Mula-mula tu, saya gabra juga lah, kali pertama, pergi mortuary sejak duk di USM ni.  Kami ber14 dengan sabarnya, dan berjaya berdiri dengan gagah selama 2 jam, melihat procedure tu.
Teringat saya, masa saya tahun 1 dan 2 undergrad MBBS dulu, saya kena dissect cadaver (operate body).  Yup. Itu la yang saya saksikan hari ni.  Macam buat operation. Tapi, bezanya, patient tu dah terpisah nyawa dari badannya.

Pakcik 69tahun, terlibat dalam kemalangan jalanraya.  Meninggal, dan cause of death perlu dipastikan oleh pakar forensik. Tambahan, perkara ni melibatkan polis. Mula-mula, saya ingatkan prof saya ni, akan buat external autopsy aje, sebab dengan filem Xray yang ada, menunjukkan skull fractured.  

RUPA-RUPAnya, memang dia opened up the patient. Ouch!  Rasa cam isk...kejamnya.  Tapi, itulah kalau tak buat, memang tak dapat nak diagnose the exact of death ialah pendarahan dalam otak yang bahagian control breathing tu, medulla ke pons.
Al fatihah saya sedekahkan pada arwah.

La ni saya dok pikir pikir, camno nak tempuh 2x2 bulan attachment dengan forensic masa tahun 2 dan 4 master nanti.....mmmmm

-------------******--------------
On the other hand, rumah kami dah siap pasang grille, dan harganya RM250 lebih murah dari quotation.  Saya memang puas hati dengan hasil kerja, dan of course, puas hati dengan harga, sebab kurang sket dari budget.
Cuma la ni, yang pasang wiring dan lampu/kipas, selowwwww sket.  Semalam haru, takdak buat apa kut, sebab clash dgn org pasang grille.  Hari ni, 7/2 cuti jugak rupanya.  Esok Jumaat cuti jugak. Itu pasat la hari ni raso goram jo....(tgh duk tgk Nabil dalam Rajo Lawok ni).  Takpa la, sabar sabar.  Den toraiiiiiiii.......

Target pindah: 2 weeks.....insyaAllah.

Later lah....


Tuesday 5 February 2008

Emosi

Sedih

Saya amat terasa kehilangannya. Sejak kami bersama, saya tak pernah berpisah jauh dan lama dengannya. Tapi kini dia sudah tiada. Sedih. Sedih. Amat sedih....
Lap top saya rosak mother-board dan screen nya. Kalau nak baiki mau abis 2K, baik beli baru.
Sedang pikir-pikir, patutkah saya convert dari PC user ke Mac user??

Moral: Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Redha dengan dugaan dariNya.


Geram

Ya. Memang terasa tak puas hati. Nak marah pun ada. Andai bersuara nanti dikatakan kurang ajar. Kalau bersuara, nanti dikatakan gila kuasa.
Jadinya, "geram...geram jangan engkau geram....nanti ko makan garam" Aku adalah 'ikan bilis' di kolam ikan paus dan jerung. So, duduk diam-diam dulu.....bila tiba timenya.....aummmmm...!!(camno ikan bilis bley jadik singa plak???)

Moral: Sabar itu adalah separuh dari iman.


Gumbira

Syukur, Alhamdulillah. Esok insyaAllah, rumah akan dipasangkan grill.
Hari ni, bebudak electrical buat new wiring dan akan bermula proses pemasangan lampu-kipas. Curtain dah siap, cuma track je takde lagi. Weekend CNY nak cuci-cuci rumah, insyaAllah. Wow! Macam tak percaya, nak ada rumah sendiri!

Moral: Sentiasalah bersyukur dengan nikmat yang diberiNya.


SELAMAT BERCUTI.
Later lah......

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :