Thursday 28 June 2007

Sesungguhnya

Bismillah....

Sesungguhnya, belajar dalam negara sendiri TERLALU banyak cobaan dan dugaannya. Inilah kali pertama saya belajar di universiti tempatan sejak lepas matrik dahulu. Bukan sistem pembelajaran yang menganggu emosi saya ketika ini, tetapi faktor-faktor lain.

Jika dahulu, di Australia, cabarannya agak berbeza dan seingat saya tak banyak yang menganggu emosi saya yang juga melibatkan emosi orang lain. Tapi kini......

Masalah dalam keluarga yang berapa kerat ini.
Masalah dalam extended family
Kata-kata tak manis dari saudara mara kalau kita tidak menjenguk mereka....
Dan seterusnya seterusnya seterusnya.....

Saya tidak suka berburuk sangka dengan orang
Saya tidak suka dihasut untuk membenci seseorang...
Tapi...
bila saya di bumi tumpah darah saya sendiri, kenapa ini semua berlaku....

Sedih

Sedangkan masalah untuk menghadapi syllabus pembelajaran saya ini, belum beres
Debaran menghadapi test dalam 2 minggu lagi...
Debaran peperiksaan akhir rotation yang perlu lulus....

Adakala tak terdaya untuk saya tanggung semua ini...

Mau sahaja, saya lari
Berhijrah ke negara orang...
Di mana keserabutan yang melibatkan saudara mara kaum kerabat tidak melanda diri secara direct....

Sabar
Sabar
Sabar......

Sedih....

Sunday 10 June 2007

Bermula la sudah......

Bismillah.....
Assalamualaikum....
Saya kini bergelar pelajar pasca ijazah, jurusan Sarjana Patologi. atau pun, bila diEnglishkannya, I'm now a post graduate student in Master of Pathology.
Pendaftaran pada 4 Jun, yang agak kelam kabut. 2 hari orentasi (banyak sessi dipontengkan dengan secara sengaja dan tidak sengaja....). Dan, lectures pada sepanjang hari Rabu, yang menyebabkan, bila saya balik ke rumah, saya terpaksa lelapkan mata untuk merehatkan otak saya yang terlalu tepu dengan ilmu mikrobiologi.
Minggu ini, minggu ke 2. Kami sudah mula masuk ke makmal. Bench-partner saya yang agak cool. Dan saya telah minta dia bantu saya menggunakan teknik study group, yang saya jarang/hampir tak wujud semasa saya undergrad dahulu.
Ada lagi 6 minggu untuk pulun.
Lepas tu exam.
Lepas tu cuti.
Kemudian ke jabatan lain pula. Begitulah seterusnya sehingga Mei depan.
Lain pula rasanya, kembali belajar di kalangan orang-orang kita. Ada bezanya. Lain pula rasanya berada di universiti tempatan. Apa-apa pun pendapat saya, biarlah saya simpan sendiri. Yang penting, saya kena usaha lebih tekun, saya kena buktikan kepada pelbagai pihak. Dan saya harus pikul amanah ini.
Saya berharap mendapat keredhaan dan understanding dari suami saya dalam perjuangan saya ini. Berat rasanya bahu saya sekarang ini, tak terpikul saya andai tiada sokongan lain.
PS: Gangguan sedetik dua dari anak-anak juga turut menceriakan waktu belajar saya......kurang-kurang ada suara kecil yang mengejutkan saya dari terlena membaca tentang bakteria....
Later.....

Saturday 19 May 2007

Bulan Mei ini

Assalamualaikum...
Memula terima kasih kepada yang masih sudi menjengok ke blog saya yang sentiasa bersawang ni.... :D
Bulan Mei ni, selain daripada tugas-tugas harian di jabatan, mama dan adik no4 saya balik 'bercuti' di sini selama 5 hari. Terima kasih kepada kapal yang boleh terbang yang menyediakan tiket-tiket murah. Boleh jugak mama saya datang ziarah kami di sini.....
Saya baru nak masuk 6 bulan bermastautin di Kota Bharu ni. Adakalanya, saya rasa macam KB dan KL terpisah jauh. Rasa cam, semuanya happening di KL. Macam pesta buku antarabangsa, pameran makanan/produk halal, sales itu ini, kedai buku medic pun byk di sana dan etc etc. Ada time-time rasa cam nak datang kerja je di sini, tapi rumah semua di KL. Kalau ada power terbang cam Superman atau tikar terbang cam Laksamana DoReMi, boleh la buat gitu.
Kami baru nak settling down, tetiba tuan rumah kata anaknya nak balik duduk kat rumah yang kami sewa ni. Apa lagi blood temperature went up a little. Ada rasa frust jugak. Baru ingat nak offer beli rumah ni. Kami dah baiki itu ini, bila bagitau pakcik tu, dia buat deq je, sewa rumah tak ditolaknya. Bengang pun ada. Hari tu bila ada budak datang nak potong rumput kat rumah ni, saya pun arahkan suh tebang/cantas mana-mana pokok/dahan-dahan berjuntai tu. Mungkin disebabkan nak lepaskan geram kut. Minta landlord tolong carikan orang trimkan pokok2 kat laman rumah ni, dia dismiss aje permintaanku itu. Nah sekarang amik ko!
Macam marah aje kan?
Tengah bersabar banyak-banyak ni...internet ke komputer yang lembab, nak download file pun lama bebenor nak kena tunggu. File abstract paper untuk dijadikan power point presentation. Jadik co-writer ni, tak le serajin kalau jadi main writer (presentation minggu depan kat International Health and Medical Congress di HUSM). Tapi disebabkan si main writer (yang juga sibuk dengan exam IELTS), jiwanya sensitif, risau gak kut dia merajuk kat opis esok. Nak buat camno, den pun busy giler minggu lepas.
Takkan nak gi KB Mall lagi hari ni....arghhh asyik-asyik gi situ je.
Naper payah bnor nak download niii....
Maaf entry ni agak kosong.....takde isi yang concrete...tapi sekadar luahan hati di pagi Sabtu yang hening.....(orang lain semua masih membuta)
Mission sekarang....
1) Nak siapkan powerpoint tu kalau dapat download abstract (harapan tipis, until sekarang masih sangkut proses downloading nya!)
2) Nak siapkan breakfast....kalau rajin, kalau tak, pergi pasar Cabang 3 tu, beli aje
3) Nak kena sidai kain
Mission masa terdekat....
Nak beli rumah.....nak beli rumah.....
Nak beli rumah.....nak beli rumah.....
Duit tak ada....
Tapi hati ingin beli rumah....
Apa daya ku....o o o hampa.....
Minta pada mama
Minta pada bank...
Aku malu..........(bilangan slip gaji tak cukup lagi untuk dapatkan pinjaman)
Later..

Saturday 28 April 2007

Sibuk?

Bismillah.....

Kononnya hidup saya kini Sibuk. Sibuk atau pura-pura sibuk ataupun menyibuk, mungkin adalah perkara yang hampir sama, sampaikan saya pun kabur mata untuk mendefinisikan setiap satunya.

Tak sangka bulan Mac saya tak masukkan entry dalam blog saya ni.

Sememangnya, sejak dari balik ke tanahair, masa untuk ber-blog ni agak terhad. Pelbagai aktiviti yang samada terlibat dengan rela atau terpaksa, semuanya menjadi faktor untuk membuat alasan sibuk.

Saya baru memasuk alam baru, perubatan akademik. Memang ternyata, sibuk. Tambah pula, sebagai kononnya, 'pensyarah pelatih', saya terlibat dalam kerja-kerja klinikal, mengajar dan juga penyelidikan. Jadinya, terpaksa saya memberi lagi alasan sibuk sebagai sebab blog saya ini bersawang.

Bulan Mei ini, saya sibuk lagi membuat persediaan untuk presentation di International Medical and Health Congress di USM Kelantan. Bulan Mei ini juga saya akan sibuk dengan on calls (atau lebih tepat on duty) untuk histopathology* dan juga cytology**. Bulan Mei juga adalah bulan 'terakhir' sebelum saya bergelar pelajar siswazah Sarjana Patologi. Jadi sebelum saya menyibukkan diri sebagai pelajar tua (lebih tepat pelajar matang), saya akan berlagak sibuk sebagai trainee histopathologist. Tapi insyaAllah saya akan sempat pergi menyibuk di Pulau Pinang pada hujung Mei, demi menghabiskan cuti separuh tahun sebelum mulanya hidup sebagai pelajar master yang penuh kesibukan dan kekalutan.

Sekian sajalah untuk kali ini. Sibuk-sibuk pun sempat juga anda menjenguk blog saya. Terima kasih saya ucapkan.

Yang Sibuk Sokmo
Faez

PS: Sibuk ke Sebok? BM tak pandai English ntah ke mana.....

*histopathology- tengok tissue dan cells
**cytology- tengok cells

Wednesday 28 February 2007

Entry ke 100

Bismillah.....

Assalamualaikum

Menurut bilangan entry yang tercatat di dashboard saya, ini adalah entry ke 100. Iye atau tidak, saya sendiri tak kira pun.
Memula, saya nak ucapkan syukran bebyk kepada yang masih sudi menjenguk blog saya, walaupun agak lama saya menyepi. Maaf tak berkesempatan nak balas comment....still adjusting dgn system blog yang baru ni.

Dalam diam-diam dah sebulan saya kerja di jabatan ni (gaji pun tak masuk-masuk lagi!). Masih adjusting dan masih terlalu banyak saya nak kena belajar.

Oklah, pendekkan cerita, banyak yang dah lama saya nak tulis tapi tak berkesempatan....


Doktor Moden Vs Doktor Tradisional
Arakian, puteri saya ni ada penyakit kulit yang dikenali sebagai eczema. Masa mula-mula balik dari UK dulu, memang teruk la, tapi Alhamdulillah sekarang dah semakin ok. Saya sebenarnya dah lama tak guna ubat-ubat hospital eg hydrocortisone (ada steroid) and juga antibiotic sapu.
(disambung semula selepas tertunda berhari-hari)
So, atas 'arahan'/suggestion mama saya, saya pun pergi la cuba try test jumpa Tok tradisional ni. Dia buat air tawar (air yg dibacakan ayat-ayat suci), bedak tepung tawar dan calamine lotion. Setakat ni, saya baru 2 kali sapukan bedak 'sejuk' tu kat Nabilah. Bukan tak percaya, tapi asyik lupa aje. Sebelum-sebelum ni, saya dah try ubat daun gelenggang kat kaki dia, Alhamdulillah ada improvement. Sekarang ni, dah kurang sikit dah eczema dia, walaupun habit mengaru-garu (bila time dia boring) masih ada. Cuma sekarang ni, tuan putri akan salahkan nyamuk........
Sihat vs sakit :Tonsilitis
Pernah kena sakit ni?? Aduiii telan air liur pun rasa amat berbisa sekali. Arakian, selepas tahun baru cina hari tu, saya ditimpa sakit ini. Namun saya bersyukur sebab, kalau saya tak sakit, pasti takkan ingat nikmatnya dalam menelan makanan dan minuman dengan selesanya. Sudah 20 tahun saya tak kena jangkitan ni. Kalau dulu-dulu, tiap kali saya balik ke kampung (di Pasir Puteh, Kelantan) saya pasti akan kena tonsilitis. Tapi sejak 1986, setelah datuk saya meninggal, saya jarang balik dan lepak lama-lama di kampung. So, saya tak kena la sakit ini. Sekarang, dah dapat semula, saya tertanya-tanya, adakah tonsilitis saya ni location related? (sebab now dah duduk Kelantan)
Hidup vs Mati
Dalam seminggu ni, ada 3 kematian dalam keluarga, side husband dengan side saya. Jumaat 23hb lepas, anak 2nd cousin saya meninggal. Simpati juga saya pada dia, sebab dah lama mencuba untuk mendapat anak sendiri, bila dapat, hayatnya hanya 10 hari. Hari Isnin berikutnya, pakcik suami saya pula meninggal. Kami bertolak sebaik saja saya habis kerja dan selepas pack baju2 dalam masa setengah jam. Mungkin disebabkan keletihan kerja+lapar (perut masuk angin)+dehydrated+kurang tidur, esoknya di rumah mertua, saya 'letih' semacam. Adik-adik ipar saya mula suspicious ingatkan nak dapat anak sedara sorang lagi. Hari Sabtu, semalam 3/3, dalam saya sedang nak kerah anak-anak untuk bersiap ke KB Mall, saya dapat panggilan dari sepupu saya, bagitau berita buruk, pakcik saya telah pulang ke rahmatullah. Maka, balik lah kami ke Jertih. Demikianlah, yang hidup pasti akan pergi. Sesungguhnya, semua yang ada ini adalah milik Allah semuanya.
Kerja baru vs Kerja lama
Sesungguhnya pathology adalah bidang yang amat asing bagi saya. Walaupun saya pernah belajar subjek ni semasa undergrad dulu, tapi untuk berkerja as a pathologist, tak pernah terlintas di fikiran. But, I'm in the league now. Setakat ni saya rasa bidang ni mencabar, mental terutamanya. Bahasa pathology pun kena tahu. Sekarang ni, disebabkan saya trainee a.k.a pensyarah pelatih, saya dah diberi assignment untuk tolong write up abstract untuk satu research ni. Aduiii, lamo sudoh den tak buek kojo2 ni....tapi best jugek. Adakala teringat akan situasi kerja lama, sebagai seorang medical MO. Jalan sana jalan sini, nak pakai heels pun tak reti. Makan pun on the run (patut la body slim itu time, now dah montel!).....rasa rindu gak nak jumpa patients. Rasa rindu nak pegang statescope....tapi itu semua sudah berlalu. Saya rasa saya akan happy dengan kerjaya saya sekarang....insyaAllah....
Sambung 12/3/07
Lahaiii....dah tergendala hampir 8 hari dah entry ni. Macam-macam hal berlaku....
Solo vs Duet
Takde kaitan dengan nyanyian, tapi kaitan dengan hidup berpartner dengan tidak. Sebab tertulis topik ni, ialah, cousin saya baru je jadi isteri kepada seorang insan bergelar lelaki, 3 hari lepas. Jadinya, dalam seminggu ni, mama ada di rumah saya. Kesian gak kat dia, sebab KL selalu hujan, tapi bila balik KB, panas kering kontang, tambah pula rumah saya takde aircond, lagik la....panaih la dia!! Alhamdulillah walimatul-urus berjalan dengan lancar, tapi biasa la, ada la kejadian yang tersengaja atau tidak tersengaja yang menguriskan hati pihak-pihak tertentu. Yang pastinya, saya rasa diri saya sejak 2-3 hari ni, 'mampat'. Iye la, sejak malam akad nikah ke reception, then tahlil kemudian menghantar pengantin perempuan, asyik makan aje....
Rasanya cukup takat ini dahulu....
Baik saya submit sebelum tertangguh lagi...
Wassalam
Later..........

Saturday 10 February 2007

Februari 2007

Assalamualaikum

Lama sungguh saya tak berblogging. Maaf kepada kepada pengunjung (kalau masih ada :D).

Oklah, saya summarised kan apa yang telah berlaku kepada saya sekeluarga sejak last entry di bulan Disember lepas.

Kami sekeluarga (mak adik-beradik ipar duai anak2 saudara) berhari raya haji di kampung di Kelantan/Terengganu. Dapat juga kami menziarahi kubur papa.

Bermulanya 1 Januari 2007, saya, suami dan anak-anak, memulakan kehidupan baru kami di Pengkalan Chepa. Keputusan yang saya ambil bila melihat mama saya dah makin ok emosinya, dan juga untuk mengurangkan ketegangan jiwa yang makin melanda.

Dalam masa yang sama, suami saya cuba selesaikan pendaftaran kereta yang kami bawa balik dari UK tu. Bukan Mercedes ye, tak mampu kami nak maintainnya di Malaysia ni. Sepanjang minggu pertama bulan Januari, kami tak banyak bergerak. Sebab takut kena saman dengan JPJ. Banyak la episodenya, sebab musabab kereta lambat daftar. Itulah, moral of the story, suami pun sekali-sekala kena dengar jugak pendapat isteri... :D

11hb Januari, tiba-tiba dapat panggilan dari Ayah Long saya (abang mama) yang mengatakan USM telah menghantar surat tawaran panggil kerja. Bab ini pun complicated nak story panjang-panjang. Dipendekkan, biras Ayah Long saya tu ex-doktor di USM yang kenal staf di Jabatan Pendaftar. Jadinya, kalut malut la saya dalam tiga-empat hari tu sebab satunya, kereta suami saya tak beres lagi, duanya anak-anak tak daftar dengan tadika lagi dan saya sedang berharap dapat tawaran dari universiti lain.

Pagi 15hb Januari, saya pun melangkah kaki ke Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM. Ayah Long saya yang hantar (kan kereta kami tersadai tak berdaftar). Sayu saya, sebab saya seolah-olah budak darjah satu yang baru masuk sekolah, dan dihantar oleh seorang ayah (dah la papa baru aje pergi tinggalkan kami....sob sob). Silap saya yang paling besar hari tu ialah memakai kasut baru yang bertumit. Aduiiii, sakit kaki den, naik tangga turun tangga ke sana ke mari, isi form tu, isi form ini. Bila semua urusan pendaftaran dah beres, saya pun masuk mengadap ketua jabatan patologi. Dia pun terkejut tengok saya!!! Sebabnya, salinan surat tawaran saya belum sampai lagi ke tangan dia. Ayat keduanya, 'u buat master ye tahun ni', dan 'give her a room-sebab dia trainee'. Hah,my mouth drop la mendengarkan dua mende tu. So kononnya dapat la saya bilik hari tu, dapat la menyorokkan diri untuk isi segala form. Sebelum tu saya dah happy sebab boss bagi off seminggu untuk saya settlekan hal kereta dan tadika anak-anak saya.

Malam 15 Januari, saya anak-beranak balik ke KL naik bas. Naik bas M yang dua tingkat tu. Anak-anak punya seronok, cam jakun plak lagaknya. So, dapat la saya lepak dengan mak saya untuk 2 malam. Di KJ, saya cuba la selesaikan urusan pusaka tu, tapi ada yang tak boleh diselesaikan itu jam. Tapi yang paling seronok ialah, kami dapat gembirakan hati mama, dengan membawa dia ke nurseri bunga orkid. Banyak juga la dia borong orkid untuk koleksi dia dan juga untuk occupied diri dia di waktu pagi, bila adik saya yang ke4 ke universiti (yang bongsu dah masuk asrama).

Atas permintaan mama, kami drive balik ke KB kereta volvo 240 SE papa. Kononnya kami akan cuba jualnya di KB nanti. Dan seperti biasa, dari KJ kami akan singgah ke Kuale Kangsor dulu sebelum ke KB (melalui jalan Grik-Jeli). Tidur la kami di sana 2 malam. Pagi Sabtu kami bertolak ke KB.

22hb Januari 2007, birthday Darwish yang ke 5 dan bermulalah kehidupan saya sebagai pensyarah pelatih dalam bidang patologi. Bukan lagi seorang 'direct' clinician. Hari pertama, saya rasa miserable sangat. Satunya, bilik yang kononnya saya dapat, telah ditarik balik, sebab bekas pensyarah dulu masih belum angkut barang-barang dia dan kunci pintu yang betul belum dipulangkan. Dan juga, medical check-up saya belum selesai. Mujurlah, masih ada contact dengan kawan lama, semasa di Adelaide dulu, jadik dia lah yang sign form medical check-up saya. Xray pun saya yang baca sendiri. Inilah, kalau dah doktor sendiri kena buat medical check up. :D

Hari ke2, saya demam. Tapi masih ke opis. Banyak kena belajar semula. Susahnya bidang ni. Saya rasa buat perubatan dalaman lebih senang dari patologi, walaupun jadual kerjanya tak sesibuk internal medicine. Patologi ni, dari A to Z kena tahu. Bahasanya pun berbeza dari bahasa internal medicine. Tabiklah kat mereka yang yang specialised dalam bidang yang cukup mencabar ini. Saya disuruh baca semula normal anatomy/histology, kemudian baru baca yang berpenyakit. Bila saya belek semula buku Histology (study of cell structure), tiba-tiba kenangan sewaktu di Tasmania (time undergrad saya) muncul kembali. Hati saya rasa nak balik Tassie itu jam juga.

Slowly, saya mula beradaptasi dengan kehidupan baru saya. Anak-anak pun mula beradaptasi dengan rutin 5 hari seminggu mereka ke 'school'. Nabilah yang mulanya, akan menangis bila tiba di perkarangan nurseri dia, kini dah pandai bawak diri. Darwish pun, yang menangis tak nak ke sekolah pada hari ketiganya (sebab dia sorang tak pakai uniform dan dia masih belum paham loghat Kelantan), kini dah pandai baca doa makan. Suami saya pun, dah mula menulis thesis dia yang tak siap-siap tu. University of Sheffield, dah hantar surat 'cinta' sama dia, suruh submit thesis sebelum hujung March.

Kereta Volvo 240 tu, atas kata sepakat kami sekeluarga (mak adik beradik), kereta tu kami bagi sepupu saya (yang juga saudara seibu susuan papa) guna sebab kereta dia rosak. Dan saya tak perlukan dua kereta untuk setakat ini. Suami saya mungkin akan berkerja di jabatan yang berhampiran dengan jabatan saya. Rasanya, tak jadi masalah pengangkutan kami nanti, insyaAllah.

Sempena 10hb Februari ini, saya ingin mengucapkan Happy 3rd Birthday untuk puteri saya, Nurhannani Nabilah. Mummy sentiasa doakan anak-anak mummy menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Wassalam.

Later....

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :