Friday, 17 April 2009

Depression?

I wonder...?

I'm rather moody lately.
Feeling at the lowest of myself dragging for one whole week.
Feeling emptiness encircles me...
Feeling unloved....

But still...i successfully
- finished up all the oncall-cases with TokKi (nick name for our Guru of the department).
-in the verge of completing another sets of oncall-cases with a cool-Akak (another nick for young-and-vibrant new lecturer in the department)
-submitted an abstract for poster presentation for this coming Pathology conference in KB
-cucuk-ed 7 patients for fine-needle-aspiration cytology on-call duties

And today is Friday...no need to go to work...
Yet I'm still feeling down........
Arghh.....don't like to have this tumbling rumbling emotion....
It's definitely nothing to do with that time of the month.....

Arghhh!!!!

Friday, 10 April 2009

Same ol' excuses....

Alasan:  Busy.

Walaupun yang sebenarnya saya amat-amat rajin membaca tapi, bukan textbook Surgical Pathology yang saya kena baca cover-to-cover tu.  Saya amat rajin tahap cemerlang, mengikuti blog-blog politik dengan penuh interest di sepanjang 3 PRK lepas, dan sebelum itu, dan insyaAllah selepas ini juga.  Cuma, idea-idea saya untuk update blog saya, hanyalah setakat di dalam kepala sahaja.  Tak terlepas ke jari jemari untuk saya menaip dan coretkan dalam blog saya ini.  :).  Inilah saya dapat simpulkan, saya mewarisi sedikit genetik dari Papa saya yang gemar tentang hal-hal kemasyarakatan, termasuklah politik semasa.  Cumanya, saya tidak terlibat secara langsung, bukan seperti Papa saya.

Hari ini, hari Jumaat 10hb April.

Nanti saya sambung semula.  Nak pergi Billion.....







Tuesday, 6 January 2009

Tahun Baru 1430H dan 2009

Tahun 2009.
Umur dah makin berkurang.
Bekal masih tak cukup.
Takutnya.

Azam?
Kena jadi rajin dalam segala aspek....
Ke arah menjadi muslimah yang cemerlang....
Mampu kah?
Kenalah rajin berusaha...

InsyaAllah.....

Esok 10 Muharram 1430, jangan lupa......

Wednesday, 31 December 2008

Disember 2008

Memang busy.

Tak sempat nak update sokmo.

Awal bulan: 
On call
Raya haji

Tengah bulan: 
Mertua, adik-adik ipar, biras dan anak-anak sedara lepak KB.
Satu-satunya anak jantan, telah rela di'korban'kan.....(cerita selanjutnya akan menyusul)
On call lagi.

Hujung bulan:
Kalut siapkan report slides.
Perabih cuti tahunan-balik Kuale, gi Pulau Pinang, balik PJ

Sekarang, melepak di Kelana Jaya.  
Beli Macbook (white one lah...not the new one or MacAir).
Buku patologi dan assignment dissertation masih tidak terusik.
Plan hari ini, mungkin ke KLCC.

Salam Maal Hijrah 1430
Selamat tahun baru 2009

Apa azam baru anda? (atau memperbaharui azam lama [seperti yang saya buat tiap kali tukar tahun kalendar Islam dan Masehi... :D] )


Wednesday, 10 December 2008

Hari Raya Qurban

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha" kepada semua yang menjenguk blog saya ni.
Raya Haji tahun ini turn kampung saya di Besut, Terengganu.
Sempena dengan hari raya ni juga, saya dan hubby serta mama dengan bantuan makcik-makcik pakcik-pakcik telah meng-organise-kan majlis '5-in-1' bertempat di rumah makcik (sepupu mama) di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh Kelantan.

Majlis '5-in-1' adalah bersempena
1) Hari Raya Qurban
2) Majlis kesyukuran-lulus periksa 1st year, hubby lulus Phd, masuk rumah baru di KB (kalau buat di KB, tak ramai yang akan dtg, sebab alasan jauh....), aqiqah (anak-anak sepupu)
3) Majlis tahlil
4) Majlis Darwish yang akan disunatkan 14hb ni
5) Majlis bertindik telinga Nabilah :D (selalunya orang buat untuk baby-majlis naik buaian...)

Dipendekkan cerita, gambar-gambar di bawah ni tells the story....



Nabilah bergaya dengan subang baru nya (bila 'ditembak' telinga kirinya, satu deret kedai dengar dia menjerit dan menangis...."Adoiii SAKIT LAHHHHHH!!!!!"


10 Zulhijjah, hujan on-off sepanjang hari raya. Anak-anak saya bergaya dengan boots, dan berpayung, main air hujan.


Hadiah cenderamata dari kanak-kanak yang bakal disunat dan kena tindik telinga.

Ada pulut kuning, bunga telur dan goodies yang lain. Macam majlis kawin plak kan? :D



AJK dapur yang sibuk menyiapkan hidangan.


Nasi panas....



Air teh suam...


Lauk-pauk: Gulai kawah, acar, keresek (ayam+jantung pisang), budu& ulam, sambal, ayam goreng, pengat ubi.


AJK Makan : Makcik-makcik, mama dan adik bongsu perempuan.

AJK Makan : Pakcik-pakcik dan orang-orang surau.

Jadiknya, hari raya haji tahun ini sederhana meriah, sebabnya, kami tak cukup korum. Adik no2 balik ke rumah mertua di Tangkak,qada turn raya puasa hari tu. Adik no3, tak balik ke kampung sebab cuti sehari je. Adik bongsu di Dungun, tak balik sebab exam dan takut sangkut banjir di mana-mana (dia raya dengan maggi je...sadisnyaaa). Akibatnya, kami yang mana ada tu, tak berapa ada mood sangat nak beraya beriya-iya, jadi pagi raya tu, mama goreng mee je. Lepas solat sunat, gi rumah sedara-mara sebelah mama, dan dapat ler makan ketupat itu ini sikit.
Wokeh, back to work.
Saya pun tak berapa perasaan sgt nak raya sebab kes-kes oncalls lepas, masih tak abis-abis...arghh.....
Laterlah.....







Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :