Friday 1 December 2006

Disember sudah!

Assalamualaikum

Terima kasih atas kunjungan tuan/puan ke blog saya, yang makin lama makin jarang di-update kan. Maaf, pelbagai urusan nak kena beres.

Sejak pemergian papa, hidup kami ada perubahan. Terasa kekurangan ahli. Namun, time heals. Walaupun tak sama, yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan. Yang telah pergi, kita doakan kesejahteraannya di alam sana, dan perbanyakkan sedekah ayat-ayat suci kepada mereka.

Saya sekeluarga berada di Kelana Jaya sejak 4 minggu yang sudah. Menemani mama dan adik-adik.

Sememangnya, sebagai anak sulung tugas di atas bahu amat berat sekali. Saya sekarang cuba selesaikan hal-hal pusaka sebaik mungkin. Mujurlah mama ada ramai kenalan yang sudi membantu kami, dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan adik-adik. Tapi ada kala terjadi, situasi yang membuat saya dilemma....di sana sayang, di sini pun sayang. Kalau di sana terusik, diri ini pun terasa. Kalau di sini terluka, diri ini pun terasa. Itulah cabaran agaknya, sebagai seorang anak, isteri,menantu dan ibu.

Ada kala, saya rasa mahu tidur aje. Moga-moga bila saya bangun, segalanya akan selesai. Tapi tak semudah itu. Hidup ini penuh dengan cabaran.
Ada kala, saya rasa mahu lari saja dari kehidupan saya sekarang. Tinggalkan segalanya. Biar aku dengan dunia aku sahaja....tapi itu pentingkan diri sendiri namanya. Mati saya nanti tak diredhai suami atau mama, dosa besar saya.

PadaNya saya berdoa, berikanlah kekuatan. Berikanlah hidayah. Ada kala tak terdaya rasanya kaki ini untuk melangkah....

------------------------------------------------------------------------------------------------

On the brighter notes, memandangkan saya dah kena tag dengan Yus, ni saya nak jawab sebaik mungkin....(btw tahniah Yus dengan kehadiran Abid Zulfan).

5 things I would like to do if I were a millionaire:
1. Menunaikan fardhu haji bersama seisi keluarga.
2.Bukak business yang boleh membantu kepada pembangunan ekonomi pendalaman dan mereka yang daif.....
3. Cuba ubah beberapa usul yg bodoh....jadikan government education dan health FREE untuk semua.
4.Buat satu dana untuk membantu mereka yang tak berkemampuan dari pelbagai segi
5. Beli rumah...atau satu kawasan perumahan untuk tempatkan semua adik beradik ipar duai

5 bad habits:
1. Moody...
2.bila PMS mood lagi teruk....
3. Suka menjeruk rasa....
4. Masak or buat air tak pernah rasa sendiri....
5. Last minit buat kerja....contoh: essay hari tu, lagi 1 jam nak due, masih lagi terhegeh2 buat...

5 things I hate doing:
1. Lewat-lewatkan solat..tapi ada kala gagal untuk mengubah sikap buruk ini
2.Mengumpat....tak dak keroje lain yang lebih berfaedah ka?
3. Tengok drama soap kena tunggu hari2 time sama....takdak keroje lain yang lebih berfaedah ka?
4.Masak terover budjet yg menyebabkan pembaziran....kalau bley, sekali masak tu, makan ngam2 aje..lauk nasi kasi licin, bley basuh semua...
5.Bodek membodek boss ka sapa ka....tak reti....itu pasat kut susah dapat keroje kat UK dulu, la ni pun masih menganggur....

5 things I will never do:
1. Derhaka pada mak ayah,mertua dan suami
2. Makan sotong, yong tau fu
3. Kaler rambut
4.Tabur janji-janji palsu
5.Dengan sengaja silap buat diagnosis dan bg ubat salah....nauzubillah

5 things I regret doing:
Tak guna menyesal akan satu kesalan, kerana ia akan membawa kepada penyesalan. Apa-apa pun ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah Maha tahu.
Satunya gi kekonon tempat sales, tapi kena tipu dek mat saleh kapiaq....sabor aje lah.

5 fave toys or things:
1. Kitab, tak kira la Al Quran ka buku ka....asal boleh baca dan tambah ilmu, itu yg disukai....
2. Macam Yus gak ler, spek mata....takdak ni susah la nak berfungsi....tidur pun kekadang dengan spek....nak bg mimpi nampak terang gamaknya...
3. Tiru Yus lagi, mobile fon, isk takdak ni, jenuh nak kena hafai nombor fon, takleh nak bersms
4. Toys Darwish train set Thomas, Toys Nabilah dapur dan alat2 memasaknya
5. Kereta idaman....dok pikir nak sambar Unser (ini aje yang mampu)....untuk memudahkan nak bawak mama dan adik2 jejalan....dan juga kereta kecik sebijik yg murah2 second hands less than 10k, untuk bawak gi kerja...itu fav toys dalam impian la...

Itu saja la kut.........kalau tak betul tu, maaf la mungkin saya tak sengaja...atau syiok sendiri
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni Ahad 3hb, dah 2 hari terbengkalai entry ni.

Masa saya menulis ni, saya berada di Taman Mesra Pengkalan Chepa, rumah sewa kami (dah pasang streamyx dah). Dah 4 minggu rumah ni tak berpenghunikan manusia. Yang banyak melepak sini, Cik Ti dan Tuan Ti, Cik Li, dan Tuan Cak. Rasanya cam berlumuih aje rumah ni. Sofa2 dan kusyen2 cam berkulat. Mungkin sebab cuaca sejuk kerana hujan dan tingkap rumah tak terbuka, jadi spora-spora kulat senang senang hati membukak jajahan. Yang lain tak yah cerita lah, hasil buangan penghuni tanpa undangan kat rumah ni merata tempat.

Malam semalam, saya dan suami pulang ke kampung sebab ada tahlil. Sepupu saya organisekan nya. Dapat la berbicara sepatah dua mengenai pembahagian pusaka.

Sedikit mengenai pembahagian pusaka ni. Kalau ada yang maklum mengenainya, bagus lah. Kalau yang belum tahu, jom kita kongsi ilmu yang saya pun baru tahu serba sedikit ni.

Pusaka peninggalan arwah, kiranya masih ada ibunya, bahagiannya ialah 1/6 dari jumlah. Isteri atau suami akan mendapat 1/8. Hah, kenapa mak dpt lebih dari spouse? Sebabnya mak kita lah yang jaga kita dari kecik sampai lah kita dah kahwin. Pasangan kita, kenai kita baru kejap aje kan? Dalam surah Al Imran ada cerita pasal pembahagian ini. Pastu, dah tolak hak mak dan juga isteri, barulah dapat kat anak-anak. Anak lelaki 2 bahagian, hak anak perempuan 1 bahagian, kecuali jika semua pihak bersetuju untuk membahagi sama rata. Kenapa anak laki dapat extra? Sebab, mereka kan akan jadi ketua keluarga, banyak tanggungan lagi. Macam lah suami kita juga, tak gitu? Ini pun ada tersebut dalam surah Al Baqarah.

Lepas tu, kalau nilai jumlah pusaka tu melebihi RM600,000.00, kena isi borang Amanah Raya. Tujuannya ialah untuk melancarkan segala urusan. Isi borang dan senaraikan segala harta benda yang ada, yang boleh alih (eg duit dalam bank, saham, insurans, kenderaan) dan juga harta tak boleh alih (eg tanah, rumah). Sebelum nak ke Amanah Raya, pastikan sudah mendapat kata sepakat di kalangan pewaris untuk memudahkan urusan. Kalau tidak, pasti takkan selesai hingga berpuluh tahun.

Jadi, inilah tugasan saya sekarang ini. Beratnya rasa tanggungjawab di bahu saya ini. Walaupun, papa saya pergi belum 40 hari, tapi perkara ini elok lah diselesaikan dengan segera, untuk memudahkan segalanya. Orang mungkin akan berkata, kubur masih merah, dah sibuk nak bahagi-bahagikan harta. Tapi yang hakikatnya, lebih cepat urusan, lebih senang keluarga kita sendiri. Sebabnya, kiranya mak kita dah pencen, sumber pendapatan untuk dia menanggung perbelanjaan harian datang dari pencen si arwah dan pusaka (selain dari pemberian setiap bulan dari anak-anak yang sudah berkerja). Kalau hal ini lambat tertunggak, tak ke menyusahkan mak kita dan diri kita juga?

Bicara saya dengan sepupu saya, yang menjadi wakil kepada nenek yang sudah lupa a.k.a senile dementia, amat bermakna bagi saya. Rasa bagaikan sebahagian dari berat bahu saya sudah terangkat. Tinggal sekarang untuk membuat perbincangan muktamad dengan adik-adik di KL.

Semoga, Allah permudahkan urusan ini. Dan kepadaNya lah saya meminta pentunjuk dan hidayah.

OO sebelum terlupa, pada yang masih belum tahu pasal hizbah, sila lah cari maklumat pasalnya.
Saya sendiri kena cari lagi informasi mengenainya, supaya dengan ini, dapatlah mempermudahkan urusan pusaka kepada pewaris saya kiranya saya dijemput Ilahi kelak.

Wassalam.

Later.....

PS: Terima kasih sebab masih sudi menziarah blog saya ni, walaupun asyik bersawang saja.
PS: To Jawahir, I think I do remember you, tapi tak berkesempatan lagi nak ziarah your blog, maaf.

Dan dengan ini, saya telah masuk ke dalam statistic yang tersiar dalam The Star tempoh hari, bahawasanya bloggers di Malaysia, kebanyakkannya adalah kaum wanita... (kita ni takdak keroje ke, atau bakat menulis kita lebih hebat dari kaum lelaki macho??? :D)


Sunday 12 November 2006

Syawal 1427

Assalamualaikum

Lama sudah saya tak update blog saya ni.
Mula-mula terima kasih pada Yus, yang telah tolong 'update'kan darihal kami di Malaysia dalam blog dia.
Terima kasih pada Syikin yang menelefon saya tempoh hari.
Terima kasih pada teman-teman blog yang sudi menjenguk blog saya dan meninggalkan pesanan dalam shoutbox saya.

Syawal tahun ini berlainan sekali untuk kami sekeluarga.

Rentetan dari pagi 1 Syawal.

Ditakdirkan Syawal tahun ini, saya dan 2 adik saya beraya di rumah mertua masing-masing.

Di pagi Syawal, saya berada di Kuala Kangsar. Tapi saya tidak tahu kenapa, hati saya jiwa saya nak sangat balik ke kampung di Terengganu untuk beraya dengan papa dan mama. Walaupun saya bersolat raya di Masjid Ubuidiah, tapi hati saya tak ceria. Walaupun saya dapat menatap wajah Sultan Azlan, Raja Nazrin dan Raja di Hilir, hanya wajah saya yang tersenyum, hati saya asyik teringat pada papa dan mama sahaja.

Suasana hari raya di rumah mertua saya memang meriah dan penuh kekalutan. Bayangkan, adik ipar saya seramai 8 orang (9 termasuk suami saya)+mama & abah+3 menantu+ 8 orang cucu, memang kecoh. Darwish, untuk pertama kalinya, mengikut Tok dan 3 sepupunya beraya ke rumah orang kampung. Dia seronok dapat duit raya. "Mummy, I got a lotttttt of this ('angpow' raya)". Saya buat kuah kacang (nasib baik kali ni menjadi), mama mertua saya suka bnor makannya.

Raya kedua, kami 3 kereta balik kampung mama mertua saya, di Bota. Dapat la rasa mee Bota yang sedap tu. Pakcik suami saya ada kedai makan di depan Hospital Daerah Changkat Melintang (kalau ada antara pembaca yang lalu kat depan hospital tu, singgah le kat kedai tu, mee kuah dia memang sedapppp [promosi percuma]).

Raya ketiga, di sebelah paginya, ramai tetamu datang berkunjung. Tengaharinya, kami bertolak menuju ke Terengganu. Saya insisted untuk balik ke kampung saya di hari raya ke3 sebab raya ke4 ada kenduri kahwin pakcik saya. Kami singgah sebentar di Gerik, ziarah keluarga bakal menantu untuk adik ipar saya yang no 6. Memang sedap sekali makan tengahari tu.

Perjalanan menuju ke Kampung Laklok, Jertih, mula-mulanya berjalan lancar. Hinggalah lebih kurang 15 km menuju ke simpang KB-Machang-Jeli-Kuala Krai. Tersangkut dalam jem lebih kurang 2 jam. Saya dan suami memang tak pernah alami jem seteruk ni. Kepala ni tension sungguh. Ingat lagi, saya called hp mama untuk mengadu darihal tersangkut dalam jem, tapi papa yang jawab, dia cakap polis yang jaga tu, pasal tu jem; saya plak kata ada accident kut. Yang betul ialah papa saya. Kami tiba di kampung jam 10 malam. Mama, papa, 2 orang adik saya dah tertidur menunggu kami. Selepas bersalaman minta ampun dan maaf, kami makan malam. Memang saya duk membebel kat papa pasal jem tadi. Dia seronok dok gelakkan saya. Papa cakap rumah sewa kami di PC tu, besar, "Bulih muak tigo butir bah express (Boleh muat 3 biji bas express)". Dia suruh tuan rumah baiki dapur. Dia kata, kalau tuan rumah nak jual rumah tu, beli aje.

Raya ke4, pagi-pagi lagi saya dah bangun, sebab ada saudara nak datang breakfast pagi tu. Papa lepak bersama saya dan mama di dapur. Saya berusaha memujuk papa mama untuk tak balik ke KL petang tu. Tak puas rasanya jumpa mereka. Tapi disebabkan adik-adik 2 orang lagi tu ada exam Isnin tu, so papa nak teruskan plan balik ke KL petang tu. Saya, suami dan anak-anak beraya di rumah pakcik makcik yang dekat-dekat rumah nenek tu. Selepas solat Jumaat, kami menuju ke kenduri di rumah Tok Sepupu saya. Semasa bersalam turun dari rumah nenek, hati saya terdetik untuk memeluk papa, tapi entah kenapa saya tak buat. Selepas masuk waktu Asar, papa, mama dan adik-adik bertolak ke KL. Rancangan asal mereka akan singgah bermalam di Kuala Lipis. Sementara tu saya sekeluarga ke kampung mak saya di Wakaf Raja (dekat je dengan Kampung Laklok, tapi di sebelah Kelantan), untuk beraya dengan saudara mara mak saya di sana. Jam 8 malam baru la kami balik ke rumah nenek. Jam 12 malam dapat panggilan telefon dari mama, katanya dia dah sampai di Kelana Jaya. Terkejut saya, sebab kuatnya papa drive terus balik ke KL. Padahal kami tahu kesihatan dia bukannya tip top.

Raya kelima, kami balik ke PC bersama-sama adik-adik ipar saya sebuah kereta lagi (deme gi beraya dengan keluarga di Terengganu). Petang tu kami ke Pengkalan Kubor, deme nak bershopping. Malam tu beraya di rumah makcik suami saya di Taman Guru.

Raya keenam, adik-adik ipar balik ke Perak. Kami terima tetamu, pasangan kawan kami semasa di Tasmania. Freezer yang rosak tu, dah siap dibaiki dan balik ke rumah. Malam tu, beraya di rumah pakcik saya di Jalan Bayam. Malam tu saya berkata pada suami, "Lepas ni kita tak payah la gi mana-mana, letih la dengan all the travelling. Kita rehat di PC untuk 2-3 minggu, ok?" Suami setuju je. Kami dah banyak ke sana ke mari sejak dari September lagi.

Isnin, awal pagi raya ketujuh, 249 pagi, hp saya berbunyi. Suara adik saya ' Kak Jah, papa masuk hospital'. Allah hu akhbar. Terus saya bangun, dan teus ajak suami balik ke KL menaiki kereta. Memang hati ni dah ada rasa tak kena. Tapi saya jauh untuk tiba ke sana secepat mungkin. Lalu saya bersolat hajat. Elok aje selesai, saya dapat ilham untuk naik kapal terbang aje ke KL. Rumah pun dah dekat airport. Saya telefon MAS, Alhamdulillah ada 3 seats untuk flight 645 tu. Jadi saya book 3 tiket untuk jam 645pagi, dan untuk suami saya 930pagi. Kebetulan 2 sepupu saya pun menaiki flight jam 645 tu, kurang-kurang ada la orang untuk tolong pegang anak-anak saya. Tiba di KLIA, saya ambil teksi ke PPUM. Air mata mengalir di sepanjang perjalanan.

Tiba di hospital, saya terus ke tingkat 4, CCU. Air mata memang membasahi pipi bila memeluk mama. Dan apabila melihat papa yang terbaring dengan tiub bantuan pernafasan, wayar-wayar sana sini, sebak saya. Ya Allah, betapa Engkau telah kuatkan hatiku berdepan dengan patients aku, tapi bila melihat ayah sendiri, rasa runtuh jiwa saya. Hati saya sudah dapat mengagak prognosis (outcome) bila melihat keadaan papa yang sangat kritikal tu. Tapi kami tak putus-putus berdoa, prayed for the best but also prepared for the worst.

Di PPUM, bilik menunggu di tingkat 4 menara utama, menjadi 'rumah' kami untuk minggu itu. Saudara mara yang berdekatan, dari Kelantan, Terengganu tiba untuk ziarah papa. Aunty kami yang di Bangkok pun balik.

Hari Isnin, kata doktor, papa kena acute pulmonary oedema (paru-paru berair akut). Ujian darah menunjukkan ada small heart attack. Tambah lagi, papa demam. Xray menunjukkan ada jangkitan pneumonia juga. Allah...Tabahkan hati-hati kami. Culture darah menunjukkan papa ada jangkitan dalam darah juga. Kebetulan, saya ada kawan specialist di department cardiology tu, dan juga seorang lagi specialist ex-classmate suami saya, so agak mudah juga kami berkomunikasi. Dengan ilmu yang sedikit ada pada saya, dapat juga la saya demand treatment untuk papa saya.

Hari Selasa tak banyak berubahan pada papa. Saya balik ke rumah (di PJ) untuk seketika. Tiba di perkarangan rumah, terkejut saya melihatkan pokok nangka depan rumah papa ni, patah sebelah di panah petir. Allah, adakah ini satu petanda, saya bertanya. Saya masakkan nasi ayam untuk menjamu mama dan keluarga yang menziarah papa di hospital. Malam itu saya tidur lagi di hospital temankan mama.

Hari Rabu, hati saya tak tenteram. Sepanjang pagi tu saya berada di sisi papa. Membacakan yassin, surah Ar Rud, surah Al Mulk dan mengajar dia mengucap. Saya rasa inilah khidmat yang mampu saya hulurkan pada papa dalam situasi ini. Hanya doa kepadaNya. Tengahari, tiba-tiba aje jantung papa berdegup kencang. Rhythm jantung dia pun tak normal. Saya beritahu misi. Ya Allah, hati saya macam nak pecah. Saya terus telefon adik-adik saya untuk segera ke hospital. Tapi lebih kurang jam 2 petang, tiba-tiba aje tekanan darah dia turun. Dan ICD (macam pacemaker) dia melepaskan zap untuk betulkan heart rate. 5-6 orang doktor masuk dalam bilik dia. Kami sekeluarga berkumpul di depan pintu bilik papa. Tangan mama saya pegang tak dilepaskan. Berikan kami kekuatan ya Allah. Papa kemudiannya kembali stabil. Namun hati saya masih tak tenang. Saya berbincang dengan mama, andainya jantung papa berhenti, tak perlu la doktor buat CPR. Kami beritahu doktor dan misi keputusan kami. Rasa cukuplah badan papa disakiti dengan segala wayar dan tiub di sekelilingnya. Pada waktu maghrib sebelum solat, saya ke bilik papa. Mama ada di sisinya. Kebetulan, masa tu seorang professor cardiology pun ada di situ. Saya minta dia bagikan sedikit lagi ubat untuk rendahkan degupan jantung papa yang makin laju tak menentu itu.

Selepas solat, saya sendirian dengan papa di bilik wad tu. Bacaan yassin menemani kami. Saya lapkan muka papa. Saya ucapkan syahadah ke telinga dia. Saya usap rambut dia. Saya pegang tangan dia. Bisik hati saya, "Papa kuatkan semangat. Lawan infection ni. Jah baru balik 2 bulan, tak puas lagi melepaskan rindu kat papa". Air mata saya mengalir laju. Takde dayanya melawan kehendaki Ilahi, hanya pada Allah saya berserah. Saya berdoa, kiranya tiba masa dia untuk pergi meninggalkan kami, permudahkanlah urusan itu. Matikanlah dia dalam kebaikan. Tidak saya sedar mama tiba di sisi. Saya sebolehnya tak mahu mama lihat saya menangis. Saya mesti kuat semangat. Saya anak sulung, saya jadi kekuatan keluarga.

Hari Khamis, papa nampak lebih stabil. Masih demam. Disebabkan doktor dah kurangkan dose ubat tidur (yang masuk melalui drip), papa seolah-olah dapat mendengar suara kami. Ada pergerakan kaki dan tangan dia. Aunty saya tiba dari Bangkok. Saya minta izin mama untuk balik ke rumah seketika, kesian pula pada anak-anak dan suami. Saya balik dan masak lunch untuk di bawa ke hospital. Jam 1 tengahari mama telefon minta saya ke hospital secepat mungkin. Katanya, doktor nak scan papa. Saya kelam kabut siapkan lunch.

Rupanya papa nak discan jantungnya, nak cari punca jangkitan dalam darah dia. Doktor kata heart valves dia ok. Walaupun papa nampak responsive dari hari-hari sebelum ni, hati saya masih tidak tenteram. Tapi mama nampak ceria sedikit hari ni, melihatkan keadaan papa yang lebih positif. Malam tu, saya ingatkan aunty saya akan temankan mama di hospital, rupanya tidak. Pakcik saya pun tak tidur di hospital malam tu. Begitu juga saya, walaupun saya dah bawa sepersalinan pakaian dalam beg. Yang tinggal, hanya mama dan 2 orang sepupu lelaki saya. Sebelum tinggalkan papa malam tu, hati saya ada berbisik, "Papa rest ye malam ni, esok Jah datang lagi". Saya cium tangan dan dahi papa. Mama pun sebelum tidur malam tu, dia ucapkan "Papa tidurlah dengan tenang dan aman ye. Mama nak pergi tidur sekejap aje, nanti mama datang balik". Hati saya agak berat nak tinggalkan hospital malam tu, tapi tak tau kenapa saya tak insisited untuk stay.

Jumaat 3 Nov, 510 pagi, saya dapat panggilan dari sepupu saya, minta ke hospital secepat mungkin. Terus saya kejutkan adik-adik saya. 10 minit kemudian dapat satu lagi panggilan mengatakan papa dah tiada. Adik-adik saya yang no 4 dan 5 tak saya bagitahu, bimbang mereka akan jadi lebih panik. Jiran depan rumah saya kejutkan dengan menekan loceng rumah berkali-kali. Hilang rasanya separuh jiwa saya. Lemah longlai, tapi saya kuatkan hati.

Tiba di hospital, terus saya ke bilik papa, sebab ingatkan mama ada di situ. Nurses ketika itu sedang membersihkan jenazah papa. Saya ke bilik menunggu. Saya peluk mama. Saya sabarkan mama dan diri sendiri. Airmata mengalir. Kata mama (selepas beberapa selesai pengkebumian), dia, dan abang-abang sepupu saya ada di sisi papa sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir. Tenang saja wajahnya sewaktu pergi. Sempat sepupu saya mengajarkan syahadah di telinga papa.

Pagi itu di hospital, sanak saudara terdekat, jiran-jiran berkumpul. Berbincang apa yang terbaik untuk jenazah. Mama beritahu saya yang papa selalu sebut nak balik ke kampung. Jadi kami ambil keputusan untuk kebumikan jenazah di Kampung Laklok. Tambah pula, nenek masih ada. Jadi, biarlah dia menatap wajah anak lelakinya untuk kali terakhir dan moga dia redha dan halalkan serta ampunkan andaikan ada kesalahan papa terhadap dia.
Proses mandi dan kafan jenazah berlangsung dengan cepat dan mudah sekali. Ramai juga kenalan papa dari UM solat jenazah di hospital.

Kami bawa balik jenazah ke rumah di Kelana Jaya untuk solat jenazah, sebelum bertolak ke Terengganu. Penuh ruang tamu hingga melimpah ke porch jemaah solatkan jenazah. Mama dan pakcik-makcik (abang mama) balik ke KB menaiki kapal terbang. Kami adik beradik naik kereta. Saya sekeluarga naik CRV papa. Van jenazah bertolak dari rumah jam 1030 pagi. Menurut sepupu saya, dari rumah ke Karak highway, ambil 20 minit sahaja perjalanan. Kebetulan sewaktu saya nak bertolak, mertua saya sampai. Lalu kami ajak bersama ke Terengganu sebab CRV tu masih kosong.

Perjalanan van jenazah, 2 kereta adik-adik saya berjalan lancar. (Adik saya no 2 kena saman 2 kali dalam perjalanan tu, baru dapat tahu 2-3 hari sudah). Ditakdirkan Allah, nak uji saya, tayar kiri belakang CRV tiba-tiba meletup 5 km dari persimpangan Kuala Krai-Machang-Gua Musang. Ya Allah, sabarkanlah hamba mu itu. Waktu itu sudah jam 5. Mujurlah ada balai polis di seberang jalan tempat kejadian tu, saya ke situ meminta untuk pinjam jet. Alhamdulillah dalam setengah jam, orang yang beri bantuan tu siap tukarkan tayar. Ditakdirkan juga tayar spare takde angin, dan 2 buah stesyen minyak, pam anginnya rosak. Allah. Dan saya pula mendapat panggilan hampir setiap 5 minit dari sepupu/pakcik saya bertanyakan kedudukan kami. Saya jadi tertekan. Saya berpesan pada pakcik saya, "Jangan kebumikan selagi saya belum sampai, sebab saya dah dekat sangat. Papa tunggu saya sebelum dia nak pergi, jadi tolong la bagi saya tengok dia sebelum dia di tanam" Menangis saya. Walaupun saya sudah melihat wajah jenazah papa dan saya dah kucup dahi dia di hospital, tapi saya nak tatap wajah papa.

Kami tiba dengan selamatnya di perkarang rumah nenek/papa lebih kurang 620. Saya memegang Nabilah dan Darwish terus ke jenazah. Saya tatap wajah papa yang tenang itu untuk kali terakhir. Saya kucup dahi dia untuk kali terakhir. Papa dikebumikan sebelum masuknya waktu maghrib, 3 menantu lelaki dan adik lelaki saya menemani dan menyempurnakan pengkebumian jenazah di liang lahad. Talkin dibacakan oleh tok saudara saya. Kami yang perempuan hanya menanti di rumah, sebab pakcik (abang papa) tak benarkan kami ikut.


**********************
Bicara papa dengan mama minggu-minggu sebelum dia pergi...(papa ada memohon kerja dengan Universiti Darul Iman)
"Kita balik duduk kat Terengganu lah, aman damai"
"Nanti kita duduk Besut, mama tak payah lah masak. Kita gi beli aje"
"Kita buat rumah baru nanti "

Rumah papa di kampung sudah siap dibaikinya. Seolah-olah dia sediakan untuk kemudahan kami membuat kenduri arwah untuknya.
Papa baru sahaja pencen pada 20 Oktober. Kontrak di UM tidak disambungnya.

Papa pergi seolah-olah sudah selesai urusan dunianya.
Bersemadilah papa dengan tenang dan aman di bumi kelahiranmu.
Doa kami agar papa masuk dalam golongan beriman. Doa kami agar dapat kita bersua di satu hari nanti.

Rindunya hati ini takkan terubat.
"Pergi lah Papa. Kami redha. Kami doakan papa masuk ke dalam golongan orang-orang mukmin"
Al Fatihah

Wednesday 11 October 2006

Hidup baru 5

Last entry saya di Kuala Kangsar (Kuale). Entry kali ni saya di Kelana Jaya. 2-3 hari lepas keadaan agak kalut sikit.

Hari Ahad tu, kami balik kampung ke Kuale. Elok aje saya habis masukkan entry, orang kontena telefon hubby saya, suruh gi angkut barang yang dah sampai di Sungai Buloh itu jam juga. Lor....camno? Takkan nak angkut dengan kereta. Nak kena arrange lori lagi. Aduii....nasib baik line telefon kami dah tukar ke postpaid 013, so takde la nak risau-risau takde kredit ke apa ke. Telefon la saya ke sana sini, tanya pakcik saya hal urusan lori ni. Nasib baik sorang pakcik saya ni ada ramai contact, so jap aje dah dapat arrange.

Di sebabkan ada beberapa barang pesanan orang Kuale ada di PC, kami pun balik ke PC lepas sahur esoknya. Anak-anak kami tinggalkan di Kuale. Sampai PC tengahhari, pakcik lori tu pun sampai kat rumah kami waktu yang lebih kurang sama. Lepas angkut barang naik lori, kami rehat sekejap. Kiranya, kami bertolak lain-lain time; janji berjumpa di Sungai Buloh kalau tak bertembung di Kuale.

Lebih kurang 230 petang kami bertolak semula ke Kuale. Dari PC ke Machang ke Tanah Merah ke Jeli ke Gerik ke Kuale. Sepanjang perjalanan, saya duk perhatikan nama-nama kampung. Kalau di sebelah Kelate ni, nama-nama kampung memang sounds kelate. Kami dalam kereta saje mengatai duk tanya-tanya sama sendiri 'kampung chekok tu dipanggil 'Chekok' ke 'Ch e kok' dan 'Jeli' ke 'Jelly'. :D. Ada satu kampung di daerah Jeli, namanya Kampung Satan dan ada Sungai Satan. Mmm I just wonder, adakah sebutan dalam kelate jadik 'Kapong Sate' ke 'Kapong Sete'. Kalau 'sate' maksudnya santan atau satay lah. Kalau yang satu lagi sebutan ni, paham-paham aje la. Imagine lah, kalau orang luar bertanyakan orang kampung tu asal dari mana; dia sure kena jawab 'Aku asal Kampung Satan'. Isk...

Sampai Kuale, 730 camtu. Jam 930 barang sampai. Kami tidur, lepas sahur esoknya bertolak ke Sg Buloh. Jumpa pakcik lori di situ, then angkut barang dari kontena masuk lori. Singgah KJ tinggalkan barang-barang mama, kori berangkat ke Kelate. Saya dan hubby tidur sini malam tadi.

Oklah, boss dah panggil. Ajak balik Kuale dah.

Selamat berpuasa
Selamat berhari raya...

Later

Sunday 8 October 2006

Hidup baru 4

Hari ni saya ziarah mertua saya di Kuala Kangsar. Ini yang ada kesempatan berinternet.

Terima kasih atas comment2, tapi tak sempat nak balas kat slot komen, so saya jawab kat sini lah.

Org Sheffield, iyeee best jugak balik 'kampung' ni. Sabarlah giliran u all akan tiba.
Org Malaysia, saya dah mula adapting dengan keadaan semasa....
Mama Sarah, yes saya ada adik yg belajar di Assunta satu ketika dulu, nama Fazliza Diana.
Org German, sabar la ek.....
NBK466 nak handfruits kena datang amik di Pengkalan Chepa

Orang Japan yang dah balik Malaysia, selamat pulang ke tanahair ya incik....
DrNBB, insyaAllah jadi...tgh tunggu interview dari USM

Wokeh...ni nak story apa dah jadi kat kami sejak 'pindah' ke Pengkalan Chepa (PC)

Anak-anak saya seronok la akhirnya dapat 'our own home' walaupun menyewa. Namun untuk incik Darwish, dia nak rumah yang ada upstairs downstairs. Huk ala...nok buat guano, org tak beso rumah satu tingkat la katakan.

Sebab lantai rumah tu dah berkarat, walaupun disental dengan clorox, still tak hilang, kami pun lapik dengan tikar getah. Cari yang nampak kelas gitu, tapi murah je. Makcik saya pun 'tertipu' ingatkan flooring yang kayu-kayu tu lah...
Kotak-kotak dibuka sikit-sikit.
Furniture yang mana ada, dibuka sikit-sikit.
Kira rumah tu dah nampak macam rumah la.
Langsir beli kat bundle shop aje....jimat pitih aku....
Tapi.....
Dapur masih tak ready, hari-hari beli kat Pasar Ramadhan dekat pasar borong PC tu. Stove beli ingatkan dapat la sekali dengan getah dan kepala gas. Tak rupanya. Lusanya baru la beli alat-alat penyambung. TAPI tong gas tak beli lagi.... :D, kena gi beli kat kedai runcit rupanya....

Pastu, rumah ada banyak semut. Malam tadi katak masuk rumah. Terjerit-jerit la terdengar suara. And then banyak cicak, serangga-serangga terbang terutama sekali nyamuk. So 'orang UK' sorang tu, iaitu incik Darwish, bising-bising suh tutup pintu,tingkap tak nak bagi insects masuk. Inilah bila balik ni kena beradaptasi dengan makhluk-makhluk lain yang takde kat Sheffield tu. Hehe...

Ooo menjawab pertanyaan Syikin, bende yang paling ketara saya nampak di Kelantan tu, ni very specific ni saya cakap, ramai orang Kelate very daring di jalan raya. Naik motor tak pakai helmet, main belasah aje guna jalanraya di opposite direction. Kalau kereta plak, nak masuk kiri ke kanan ke takdak signal. Takut saya.....so betul la pesanan kawan saya hari tu, nanti kena belajar cara memandu style kelate.... Harap takde sapa terasa, maaf ye.

Hari ni balik ke Kuala Kangsar. Hubby nak ubat rindu pada mama abah. Saya pun seronok gak dapat balik ke sini. Jalanraya Timur Barat pun dah makin ok. Dari Gerik ke Kuale Kangsor straight jek jalan. Lancar, sampai langgar had kelajuan. (see kami dah adapting the daring skill!)

Petang ni, kalau dapat berbuka dengan murtabak Pak Mat Pendek yang poplar di Kuale ni, syiok gak.

Sekian update kali ni. Tengah tunggu streamyx masuk kat rumah di PC tu.

Selamat memperbanyakkan ibadat di penghujung Ramadhan ni.
Selamat membuat persiapan Eid Mubarak....

Later....

Tuesday 3 October 2006

Hidup baru 3

Waduhhhh letihnya. Sejak Ogos lagi tak berenti lagi bab pindah randah ni. Tak larat dah weh rasanya.

Hari ni 3 Oktober, kami ber4 akan offically pindah masuk ke rumah sewa kami di Pengkalan Chepa. Jap lagi, lepas pejabat pos buka (sebab nak kena pos surat dulu) kami akan berlepas menuju ke negeri 'bulan mengambang'.

Saya akui memang saya rasa teramat letih dah ni. Tapi terpaksa tabahkan hati, kuatkan semangat sebab sikit aje lagi semua mender nak settle.

Sekarang ni yang tinggal nak diselesaikan
1) Pendaftaran dengan Majlis Perubatan...banyak pulak dah la procedure dan segala maknenek nak kena bagi....
2) Menantikan berita dari USM pasal offer dorang hari tu....
3) Portfolio yang tinggai lit.review tu....
4) 2nd shipping dari UK

Yang pastinya, saya dapat rasa duit simpanan saya macam air yang mengalir......aduiii....masuk takdak, keluarnya banyak.....sabar aje la...

Selamat menunaikan fardu Ramadan
Selamat menyambut Eid Mubarak

Later.....

Thursday 28 September 2006

Hidup Baru 2

Saya dah nak masuk sebulan kembali ke tanahair. Nampak gayanya, everything is going into the right places. Alhamdulillah.

Minggu ni saya busy berulang alik ke Kota Bharu. Hari Isnin lepas, terbang menaiki pesawat murahan di terminal pesawat murahan di Sepang. Saya naik bus langit dari KL Central, rasanya duduk di Malaysia, tapi dalam bas tu punya la ramai orang seberang. Terconfuse sket dalam bus tu saya di mana... :D

Agak besar jugak ye terminal pesawat murahan tu.
Dan macam biasa lah, dah murah-murah tu, kena check in awal; tapi terbang tak semestinya on time. Saya terpaksa telefon pejabat dekan, mintak lewatkan appointment.

Time terbang tu ok lah. Tapi saya bengang betul la, sikap Boleh-land citizen yang degil. Air crews dah bagitau, jangan on mobile phone hingga masuk terminal. Tapi, disebabkan kebebalan yang amat tebal, elok aje plane landed, terus on phone. Ala jangan nak eksyen la, kalau model telefon 2-3 tahun lepas. Aku punya phone lagi canggih dari kau!!. Geram saya! Bahasa apa lagi yang nak digunakan, simple plain BM and English pun tak nak paham! Tak terpikir ke dorang ni, keselamatan penumpang lain. Iye la, kang ada interference dengan wavelength pesawat baru tau. Bengang bengang. Naper la degil sangat! Berangan nak jadi negara maju, sikap perangai dunia ketiga kenalah turut berubah. Kedegilan berterusan, papan tanda tulis Jangan Buang Sampah di sini, kat situ lah dilambakkan sampah bersepah-sepah. Patut ada signboard, Silalah buang sampah di sini, silakan silakan....sure kat situ bersih putih suci. Argghhh....

Oklah berbalik kepada story saya di KB. Saya ke USM. InsyaAllah kalau memang dah rezeki saya, dapat la saya panggilan interview untuk jawatan pensyarah pelatih dalam pathologi.

Malam tu saya tidur di rumah pakcik saya. Sayu rasa di hati sebab anak-anak tiada di sisi. Bapak anak-anak takde di sisi takpe lagi, bila anak-anak jauh, sunyi yang amat sangat. Tapi dapat la tidur gak akhirnya.

Esoknya, saya dan pakcik saya bersihkan rumah yang saya nak sewa tu. Adui, sakit pinggang den menyental lantai. Rumah usang, so banyak la rosak sana sini. Tapi yang meng-frustkan bila saya dapati tangki air rumah tu bocor. Bertitik-titik air dari siling ke lantai. Dah la semut banyak. Arghhh........sabar aje lah!

27hb saya kembali ke KL. Dari LCCT ke KLIA. Menanti dengan sabar ketibaan suami tercinta.
Sementara tu, dia kawasan exit dari balai ketibaan tu, ramai la representative dari hotel-hotel terkemuka. Tapi, adui nya, yang memalukan, terjerit-jerit panggil nama orang di tunggu. Hellooooo, tak payah jerit-jerit macam kat pasar lah. Ini KLIA, jaga la image! Pegang name card berdiri diam-diam dah lah! Anyway yang paling best bila nampak suami saya menuju ke arah saya, rasa nak berlari-lari cam dalam citer Hindustan tu jek. Alhamdulillah semua selamat.

Anak-anak seronok dapat jumpa ayah mereka. Dan mula la buat perangai mengada-ngada masing-masing.

Jumaat ni saya dan suami akan ke KB semula. Kontena kami sampai hari tu. Jadi nak kena ada di rumah sewa tu menantikan ketibaan barang-barang kami. Airport Pengkalan Chepa tu, 5 minit aje dari rumah sewa kami. Pasar, hypermarket dan segala macam kedai dekat. Surau belakang rumah. Saya suka kawasan tu, tapi yang drawback, rumah tu la, usang benor. Takpe la kan, slow slow la kan?

Orite. Alhamdulillah......Ramadhan ni rasa amat meriah sekali sebab dapat berbuka, bersahur dengan semua adik beradik ipar duai, mama papa. Dan Ramadhan ini juga, saya doakan agar kehidupan baru kami akan mendapat keredhaanNya. Amin....

Selamat menunaikan fardu Ramadhan. Jangan asyik nak beraya aje, walaupun baru puasa 4 hari supermarket dah pasang lagu raya.....

Later.....

Wednesday 20 September 2006

Hidup baru...

Dah bersawang dah blog saya ni. Sibuk sesangat. Lagipun, hati kurang sabar dengan internet rumah ni, mandom semacam je.

Meh la nak story mory i'm sorry strawberry (betul ke ni?cilok dari citer Hikmah, itu pun dari adik yang cakap).

Masa minggu pertama balik, as predicted, Darwish jetlag. Saya pun 'terpaksa' jetlag bersama dengan dia, kalau tak, siapa nak temankan dia sampai 3-4 pagi.

7hb, kami balik ke kampung bersama papa dan mama. Singgah bermalam di pekan Datin Siti. Mukanya terpampang tepi round about. Esoknya terus ke Gua Musang-->Kuala Krai-->Machang--> Jerteh. Nama kampung nenek belah papa ialah Kampung Laklok, di sempadan Trengganu-Kelantan. Kampung mama saya pula Wakaf Raja juga di tepi sempadan Kelantan-Trengganu. Bermalam di situ, lagipun papa baru aje baiki rumah nenek, so dia nak tunjukkan kat saya lah, yang dah tak balik kampung lebih dari 4 tahun. Anak-anak punya la seronok kejar ayam.

10hb, kami ke Kota Bharu. Saya dan anak-anak ditinggalkan di rumah pakcik saya. Plan asalnya, kami cari rumah then terus balik ke KL, tapi kereta papa expired roadtax 10hb. Sebab mission cari rumah belum beres, saya pun decided lepak situ la dulu. Lagipun saya ada appointment dengan Dekan Perubatan USM esoknya.

11hb, meeting saya dengan dekan USM. Saya terlewat hampir 10minit, Nabilah punya pasal. Dia melalak sepanjang-panjang saya sedang berbincang dengan dekan. Saya tak dengar lah, sebab Tok Ayah dia yang tolong jagakan di corridor pejabat dekan itu. Hinggakan orang office pun tolong datang nak redakan cekmek tu. Geram betul saya. Dekan telah offerkan saya jawatan pensyarah pelatih sementara dalam bidang Pathology (sama speciality as Dr NBB). Sedangkan saya ada hampir 3 tahun pengalaman dalam Internal medicine, frust jugak la saya tak dapat apa yang saya nak. Semua nya sebab saya takde postgraduate qualification. Saya dinasihatkan untuk memikirkannya, dan berbincang dengan suami. Lewat pagi tu saya bertemu kembali best friend saya sejak form 4. Seronoknya.

12hb-18hb, dengan pertolongan pakcik saya, kami gi melihat beberapa buah rumah. Sayang sekali, ada rumah lawa, terlalu kecik. Tak muat barang-barang saya tu. Dan satu lagi saya perasan, kebersihan toilet terabai. Tak paham saya, macam mana orang boleh guna toilet yang tak boleh diflush. Bagi saya, bila saya view rumah, toilet memainkan salah satu faktor untuk saya decide, sama ada saya akan sewa rumah tu atau tidak. Inilah, bagus juga Najib buat kempen kebersihan toilet. Bagi orang sedar sikit! Sebab apa guna banglo lawa, tapi toilet hancing, satu rumah boleh bau. Mmmm membebel plak makcik ni. Sorry.

18hb, saya selesaikan perjanjian (mulut) nak sewa rumah dengan tuan rumah. Dapat la sewa rumah, murah je, banglo usang di Pengkalan Chepa. Malam tu saya balik ke KL. Terpaksa menaiki bas sebab tak bawa BC/passport anak-anak, so takleh nak book tiket aeroplane. Syukurlah, anak-anak saya tidur sepanjang perjalanan.

19hb, dapat sambut birthday saya yang ke 19+13 bersama-sama keluarga saya, cuma suami aje takde di sisi....uhuk uhuk. Sendiri beli kek, itu pun nak bagi anak-anak and niece happy. Lepas saya ucapkan terima kasih pada papa dan mama, sebab tanpa mereka dan dengan izinNya, saya tak lahir ke dunia ni; mama kata terima kasih sebab saya dah kembali ke dalam family, lebih-lebih lagi papa yang happy anak-anak dia semua ada disisi sekarang. Terharu saya.

20hb, sedang saya lipat kain, dapat panggilan dari pejabat dekan USM, kata secretarynya, dekan nak jumpa saya, nak follow up pasal discussion hari tu. Keputusan masih belum saya buat. Masih lagi beristikarah. Tapi hati saya makin berat ke satu arah. Kebetulan saya akan ke KB semula 25hb ni, saya pun arrange appointment. Semoga Allah permudahkan.

Itu la serba sikit cerita saya setakat ni.
Masih under pressure sebab....
1) Nak settlekan hal kontena
2) Nak siapkan essay, bahagian literature review je belum siap.
3) Nak teruskan career dalam bidang apa....

Stress level saya dah kurang sket, sebab dah dapat rumah di Kelantan tu dan semua barang-barang dari UK dalam perjalanan.
Alhamdulillah. Itu lah, kalau Allah tak uji, kita sering terlupa. Semua-semua yang berlaku ni, buatkan saya insaf, yang diri ini sering terleka.

Sebelum tutup bicara, saya nak minta maaf sebab tak sempat nak balas semua comments. Lepas ni, tak tau bila plak entry blog ni. Mungkin by October semua start to settle down a little, insyaAllah.

Selamat menempuh Ramadhan al Mubarak.

Later.....

PS: Sorry KV tak contact pun kata nak ke KB. Moga dpt jumpo satu hari nanti....

Sunday 3 September 2006

Return of the 'prodigal' daughter

Proses akhir perpindahan negara bagi kami sekeluarga bermula awal Ogos 2006. Sepanjang bulan hingga ke 30 hb, masa kami banyak diluangkan untuk packing barang. Tapi sempat juga ke Legoland sekali lagi, pada 14hb.

Nightmare pada hampir setiap orang yang nak kembali ke tanahair selepas tamat pengajian:
1) Barang-barang yang dah dipack dan dimasukkan ke dalam kotak, dirosakkan kotaknya oleh anak-anak yang masih kecil dan cetek ilmunya.
2) Hari sebelum angkat barang masuk ke kontena, masih belum habis mengemas barang-barang kecil
3) Hari angkat barang hujan lebat
4) Kontena lewat sampai ke depan rumah
5) Barang-barang tak muat kontena
6) Takde orang datang tolong angkat barang-barang

Semua tu berlaku pada kami kecuali no 6. Dugaan dariNya, untuk menyedarkan diri kami yang sering lalai ini. Tapi hikmah kelewatan kontena tiba, waktu angkat barang, cuaca cerah, mentari bersinar. Saya agak terkilan sebab barang-barang tak semuanya dapat masuk ke dalam kontena. Rasa seperti tidak langsai urusan saya di UK sebelum saya balik ke Malaysia. Petang 29 tu, hati saya sedih, bingung dan bercampur baur perasaan. Mujurlah ada kawan-kawan yang sudi memujuk saya. Yang lebih menyakitkan+menyedihkan kami ialah bila tuan rumah (yang berjiran dengan kami) memarahi kami dan menuduh barang-barang kami yang menyebabkan siling di ruangan depan crack. Saya cuba explain, tapi dia tak mahu mendengar. Saya yang time tu tengah emotional, cuba mengawal suara untuk tidak menjerit kat dia, sebab dia orang yang berumur. Saya blah. Malu juga, dia memarahi kami di depan kawan-kawan kami. Dan kami yang kepenatan, langsung tidak dihiraukan, hanya tau membebel aje pakcik tu. Sabar aje lah!

30hb, sepanjang hari kami mengemas dan membaiki mana kerosakkan yang telah kami lakukan sengaja atau tidak kat rumah tu. Suami saya berkerja keras dari pagi hingga ke dinahari tanpa berhenti untuk memastikan keadaan rumah tu dalam keadaan yang sebaik mungkin. (Tuan rumah sudah lupa yang keadaan rumah tu sebelum kami sewa, agak teruk sekali. Macam-macam kami baiki, sedikit pun tak minta bayaran dari dia.) Dinahari itu jugalah kami baru tersedar yang handfon suami saya tak tau di mana. Seingat saya Nabilah ada main pagi itu, mungkin dia termasukkan ke dalam plastik sampah yang dah dibuang. Atau kalau masih rezeki suami saya, mungkin saya telah masukkan bersama-sama dengan artikel journal dia ke dalam bag. Aduiii......tension betul!

Kami berkecil hati sebab tuan rumah treated us like dirt. Awal pagi, selepas solat Subuh, kami meninggalkan rumah itu. Kunci kami tinggalkan pada jiran untuk kembalikan pada tuan rumah.
Hati saya sedih dan serba salah. Terasa tindakan kami itu kurang ajar, tapi hati telah terguris. Alasan kami untuk blah gitu aje, kononnya saya telah dapat flight lebih awal. Kami lepak seketika di rumah kawan kami di bandar, sebelum bertolak ke Manchester Airport selepas zohor. Rancangan asal, nak minta bantuan kawan hantar kami ke airport, tapi bila dipikirkan semula, kami decided last minute untuk naik bus saja. Suami saya menghantar kami hingga ke Heathrow, naik plane bersama.

Setelah selesai urusan, jam 12 kami tiba kembali ke rumah kawan di bandar. Kelam kelibut memasukkan barang-barang last minute ke dalam luggage. Jiran dia menghantar kami ke stesyen bas, itu pun tersilap tempat awalnya. Jantung saya rasa macam nak pecah sebab berdebar-debar takut terlepas bas. Alhamdulillah, kiranya kami tiba dalam keadaan kelam kabut tu, bas masih belum sampai. Ingatkan semua akan berjalan lancar lah selepas itu. Tapi....
belum pun bas meninggalkan pekan Sheffield, Nabilah muntah. Habis baju baru dia terkena muntah. Nasib baik saya memang dah sediakan baju spare dalam hand luggage saya prepare kut dia muntah dalam plane. Makcik di sebelah saya pun hulurkan tissue untuk saya lap badan Nabilah. Bas tu pun ada toilet, so dapat la saya bersihkan badan anakanda dengan air. Dah settle semua, Nabilah tidur. Aman sekejap. Sejam perjalanan, bas tersangkut dalam jem. Hampir 20 minit tak bergerak. Aduiiii tension rasanya, sebab risau terlepas plane. Tapi mujurlah selepas tu perjalanan lancar je. Darwish pula restless dalam bas, kejap dia berdiri dekat ayah dia, kejap dia berdiri dekat saya. Tiba-tiba dia ajak ayah dia ke toilet, la nak melabor rupanya. Dalam bas! Bertuah betul, tadi sebelum berlepas tak nak melepas. Dan satu ketika, bus ter-break tiba-tiba, melantun Darwish ke depan, dan kepala dia terhantuk dengan lengan kerusi bas. Melalak la seround. Benjol dahi dia. Kesian dia.

Tiba di depot bas di Manchester City, phone berbunyi, ringtone macam phone saya. Saya minta suami saya jawabkan sebabkan ingatkan bunyi phone saya. Dia kata dia dah bagi kat saya. Saya check bag, takde. Gabra. Dah la XDA saya abis bateri, tapi syukurlah suami saya tergerak hati nak bawak handfon baru dia yang masih belum ada sim kad, dan dah charged sekejap. Jadi saya transfer la sim kad dari XDA ke HP suami, sim kad tu pulak takde saya pun nombor phone saya saved ke dalam nya. Nasib baik jugalah ada phone number jiran dalam poket saya, dapat la kami contact kawan tadi. Rupa-rupanya phone saya tersorok tepi katil di rumah kawan yang kami tumpang pagi tu. Kira dah selamat la phone saya, tak hilang.

Tiba di Manchester Airport, kira on time la. Dari tempat bus berhenti ke terminal 3 agak jauh juga perjalanannya. Tiba di kaunter check in, queue panjang , tapi hanya satu aje counter dibuka untuk penumpang kelas ekonomi, yang satu lagi khas untuk business/1st class (tahu pun sebab sorang makcik omputeh ni kena bebel oleh akak belakang counter tu). Saya gabra lagi, takut lewat check in, terlepas plane. Mujurlah lepas tu deme bukak lagi 2 counter, so proses check in laju la sket. Mula-mula encik belakang counter tu kata baggage saya kena ambil di Heathrow dan di recheck-in kat sana, 2 minit kemudian, dia kata boleh terus ke KLIA. Lega. Proses check in selesai dalam beberapa minit. Hand luggage kami diukur sizenya mengikut peraturan security baru yang melanda airport UK baru-baru ni. Nak masuk ke departure gate pun, ada berberapa halangan. Kawan saya di bandar ada preparekan sedikit makanan untuk anak-anak saya. Saya pun bertanya la pada encik security guard yang ada apa yang boleh masuk apa yang tak. Rupanya solid food boleh masuk, tapi air tak leh. Sebab ada strawberry dan chocolate milk dalam plastik bag bekal tu, saya suruh Darwish dan Nabilah habiskan kat situ jugak, depan-depan encik security tu. Dia senyum aje tengok gelagat kami. Nasib la, dari membazirkan?

Depan pintu masuk departure hall tu, ada satu security station lagi; kena tunjuk boarding pass. Dan juga gambar kami di ambil. Siap suruh tengok kat kamera. Semua muka kami anak beranak ada dalam komputer dorang. Next station, security yang ada Xray machine tu, laptop, hand luggage, kasut semua kena letak masuk Xray. Kasut anak-anak pun kena Xray jugak. Saya terlupa yang dalam beg saya tu, ada sedikit lagi susu Nabilah yang saya lupa buang. Lepas aje kami. Nasib baik dorang suruh saya nyuyut susu tu depan dorang. Tiba di gate, molek-molek time untuk naik plane. Sebab naik plane yang ala-ala AirAsia, makanan dan minuman kena beli. Untuk diamkan anak-anak saya belikan la crisp dan air. Nabilah punya la 'syiok' minum air, abis tumpah atas baju dan seluar dia. Lenjun. Dah tu, dia sempat plak tu melabor. Nasib dah nak landing kat Heathrow. Masa mula-mula naik ke udara tu, Nabilah menjerit-jerit mintak plane tu stop. Satu plane boleh dengar suara dia kut. Nak gelak pun ada, malu pun ada.

Tiba di Heathrow, anak-anak buat perangai, sampai terbaring-baring kat laluan. Baju Nabilah yang basah tu terpaksa ditukar. Sebab dah guna baju spare dia, terpaksa pakai baju dan seluar abang dia. Nasib baik besar sikit aje. Sebesar-besar terminal 1 tu, tak nampak pun kami signboard prayer room. Mungkin ada kat central terminal kut. Jadiknya kami solat di kawasan mengarah ke international departure hall yang tak ramai orang. Tiba di pintu masuk departure hall, hati saya sedih sebab terpaksa berpisah dengan suami tercinta untuk beberapa minggu. Demi untuk dia bereskan thesis dia, dan saya perlu settlekan urusan saya dengan JPA, kami bersetuju untuk berjauhan seketika. Selepas adegan hug-hug-kiss-kiss, saya dan 2 anak melangkah menuju ke Terminal 3. Sedih saya bila Darwish kata 'I want Ayah to be here with me', walaupun kami dah explain sejak 3 minggu lepas yang ayah tak balik bersama kali ni. Shuttle bus membawa kami ke Terminal 3, Darwish asyik bertanya 'Where are all the people?', dia ingatkan ramai la akan masuk ke dalam bus ni.

Di Terminal 3, kaunter check-in MAS takde orang beratur. Jadi kejap aje la proses check-in kami. Wah besar jugak terminal ni. Ramai orang. Saya jangka anak-anak saya mungkin sedang lapar, dan akan membuat perangai, saya belikan crisp, buku activity dan krayon. Kemudian saya masuk pharmacy untuk beli ubat hayfever, yang saya plan nak masukkan sedikit dalam minuman mereka dalam flight nanti, supaya mereka senang tidur. Kamera instant pun saya beli sebab ada offer buy one get one free, dapat la tangkap gambar kenangan terminal 3 Heathrow Airport. Tshirt dorang pun saya beli, in case Nabilah muntah lagi.

Sebab ada children bawah 6 tahun, kami dapat masuk awal ke dalam plane. Nabilah dah nampak mengantuk, dan mula resah nak tidur. Darwish pula sibuk nak main game kat screen entertainment tu. Jenuh saya explain kat dia, selagi tak terbang selagi tu la tak start. Nabilah, saya gosok-gosok dia, dan lena dia masa tayar plane tu masih di Heathrow. Bila di awangan, baru la screen tu activated, tapi yang di seat Darwish rosak pulak. Kena la tukar seat dengan adik dia. Saya di tengah. Headphone yang Darwish dapat pun rosak. Ok aje dorang bila mintak ditukar. Darwish excited terlebih, kejap-kejap nak tengok Ice Age 2, jap tu nak main games plak, marah dia sebab tak reti main. Akhirnya dia tengok Over the Hedge. Makan malam diberi, nasi dan ayam untuk saya tu ada rasa. Tapi untuk Darwish, children's meal, pasta masak dengan sauce putih, yang takde rasa apa. Dia hanya makan ayam sedikit tu je. Saya rasa dia dah mula mengantuk dan letih. Lepas makan, lampu dipadamkan. Darwish terkebil-kebil dok dengar suara Bruce Willis, rackoon dalam cerita tu. Saya ke toilet untuk wuduk. Bila saya balik ke seat, dua-dua anakanda di alam mimpi. Lepas solat saya cuba tidur, tapi tak boleh. So saya layan MI 3, pastu hilang mood. Then saya layan cerita Bujang Senang, lakonan Apek. Ok la cerita tu. Not bad. Lepas tu baru la saya pun lena. Nabilah 2 kali minta susu, apa lagi, saya mintak kat akak-abang air host ler. Saya terjaga selepas 4 jam tidur, dan mula layan pikiran. Kepala saya masih runsing pikirkan darihal tuan rumah tu, dan saya bercadang untuk menulis surat kat dia, untuk membuang yang keruh. Saya sempat juga layan movie ke 2, Over the Hegde, best jugak citer ni.

2 jam sebelum mendarat, kami dijamu semula. Kali ni makanannya below standard MAS yang saya kenal sejak 12 tahun yang lalu. Even makanan untuk children pun ntah hapa-hapa. Anak-anak saya hanya makan buah, itu pun honeydew aje, dan 2 sudu yoghurt. 10 minit sebelum mendarat, Nabilah tumpahkan orange juice kat seluar dia. Basah kuyup. Itu la perangai 2 years old, semuanya nak buat sendiri! Dah takde spare. Jadiknya dia turun dari plane, hanya berbaju dan pampers aje.

Hati saya bila tayar kapal menjejaki KLIA, hambar. Tak looking forward untuk balik kali ini. Rasa macam saya akan stuck di sini selamanya aje. Mungkin saya keletihan. Mungkin juga saya terkilan tinggalkan UK dengan urusan yang tak selesai. Anak-anak buat perangai dengan terbaring di lantai KLIA tu. Sabar aje la. Urusan ambil barang selesai dengan senang. Nasib baik la trollley di KLIA ni besar dari yang di Manchester Airport, jadi 2 beg, 1 kotak, 1 pushchair dan 2 carseats serta 2 orang budak semua yang dapat letak dan tolak dengan trolley. Tiba di exit, tak nampak mama saya. Saya jangka mungkin mereka dalam perjalanan. So saya ke kedai bunga cari sim kad, tapi tak jadi beli. Sedang dok bagi warning kat Darwish jangan dok main toys kat kedai tu, terdengar suara mama. Saya berpaling, dan di saat ini rasa hati saya yang gundah gelana itu hilang begitu saja. Peluk cium kami, dan menuju ke rumah parents saya di Kelana Jaya.

Itu la adventure saya bulan Ogos 2006.

Tarikh 31 Ogos adalah tarikh keramat, sebab pada 31 Ogos 1994, saya melangkah meninggalkan Malaysia menuju ke Australia untuk mengejar cita-cita. Dan 31 Ogos 2006 juga menjadi detik saya kembali ke Malaysia, ke pangkuan keluarga, mungkin untuk selamanya.

Semasa saya tiba ke bumi UK April 2002, hanya saya dan Darwish. Suami saya sudah berada di sana.
Semasa saya tinggalkan bumi UK Ogos 2006, hanya saya, Darwish dan Nabilah. Suami saya masih ada perjuangan yang belum selesai.

Inilah kisah saya kali ni.
Maaf panjang berjela entry kali ini.

NB: 29 hb baru-baru ni, saya mendapat seorang lagi anak saudara, lelaki. Amirul Aiman bin Zulkornain. Anak adik no2 saya.

Dan saya sekeluarga ingin ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada
-Puan Ros dan Encik Kamirul yang berada di sisi kami sepanjang hari mengangkat barang, dan juga menumpangkan kami untuk seketika sebelum kami ke Manchester Airport.
-Puan Anita dan Encik Raeidzall yang banyak membantu kami di hari-hari terakhir saya di Sheffield
-Jiran-jiran kami Puan Shakina dan Encik Syukri, Puan Yus dan Encik Din; Dr Zura dan Encik Azam kerabat USM di bandar Sheffield serta rakan-rakan yang telah memudahkan proses mengangkat barang tempoh hari.
Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik tuan puan sekalian. Doa saya agar kalian berjaya dalam mengejar cita-cita. Semoga kita akan bersua lagi di bumi Malaysia.

Semoga kepulangan kami ini akan memberi sinar baru dalam hidup kami.
Amin Ya Rabal'amin.

Saturday 2 September 2006

Beres?

Saya dah selamat tiba ke tanah air, Alhamdulillah.
Tadi saje on laptop nak cek boleh ber-wifi ke tak?Nasib takde problemo. Itu yang sempat jenguk blog ni.
Pendek je entry kali ni, sebab saya masih keletihan. Jam 7pm tadi sampai ke rumah mak, selepas berada di awangan selama 12jam.
Nanti saya bercerita, suka duka berpindah negara.

Later.....

Thursday 17 August 2006

Sorry

Maaf...tak sempat nak update, blog ni mungkin bersawang sekejap. Sekarang tengah busy mengemas barang, sebab nak pindah negara.
Pening pening. Bila berkesempatan, nanti saya bercerita lagi...

Faez

Thursday 10 August 2006

Bradford

Ni saje nak story pasal satu kedai di Bradford. Kedai ni glamour la di kalangan Malaysian students-especially postgrad la, undergrad saya tak tau.


Buka setiap hari kecuali Xmas,Boxing Day,New year dan Eid

Bukan kedai as kedai pun, lebih ke arah gudang. Kalau datang time winter, sejuk gedik-gedik kat situ. Ownernya moslem, kalau makcik yang jaga counter, muka mencuka jek, tapi kalau tok ayah yang jaga, muka cool je. Tempat ni, deme tak bagi kanak-kanak atau stroller/pram masuk, takut bebudak usik barang-barang kut. Dan juga, kena beli barang, total £35 ke atas. Yang bestnya, ada tempat solat untuk staffs tapi customers pun boleh tumpang solat.

Hampir tiap kali ke gudang ni, musti jumpa orang Malaysia punya lah. Tak sah kalau tak bertembung! Kan dah cakap tempat ni glemer.

Macam-macam ada kat gudang ni. Dari plastik sampah ke kawah besar ke tudung, boleh dikatakan serba benda ada la kat sini. Cuma kena sediakan duit aje sebab ke'rambang'an mata boleh menjadikan poket anda bocor.

Keadaan dalam gudang

Selalunya orang yang nak beli Corelle datang sini

Lagi pinggan dan mangkuk

Periuk bermacam size


Kawah besar

Ada lagi gambar, tapi blog tgh outage kut....nanti la upload lagi.

Later...

Wednesday 9 August 2006

Plastic surgery

Ahaks, cam terrer jek bunyi tajuk entry ni.
Ni khas untuk face lift blog ini yang operationnya dilakukan beberapa jam oleh pakar 'plastic surgeon blogging', Mrs Yus, yang sudi membuatnya demi mengisi masa keboringan dia. (saya tak berkesempatan, busy dgn packing macking barang2).

Terima kasih bebanyak saya ucapkan kat dia. Saya kena kotakan janji saya pada Puan Yus secepat mungkin, sebab masa saya di UK ni pun semakin singkat....

Later...

Saturday 5 August 2006

Generasi ke 3

I justtt have to share this with all of you.....(tgh excited dapat new addition to the family)


Nur Ain Qaira latest cucu, no 4 KJ side

The rest of the clan...........

Najihatul Najwa, cucu no 2 KJ side

And definitely.......


Muhammad Irsyad Iskandar (kiri) dan Muhammad Irfan Iskandar -cucu no 1 & 2 KK side

Intan Irdina Sofea-cucu no3 KK side

Muhammad Hariz- cucu no 6 KK side

Intan Irdini Suraya -cucu no 7 KK side

Mirza Farzana cucu no 8 KK side

And of course, my kids....

Muhammad Darwish (Sulaiman)* cucu no 1 KJ side; no 4 KK side, and Nurhannani Nabilah (Umairah)*cucu no 3 KJ side; no 5 KK side

NB: KJ=Kelana Jaya (my side), KK=Kuala Kangsar (hubby's side)

NB2:The cucus from no 1 to 8 (including Najiha) are all yearly product beginning from 1999 to date.

NB3:Nama dalam bracket* tu, unregistered additional names.

NB4:Cucu no 5-7 KK side adalah sebaya

Wednesday 2 August 2006

Hari-hari yang telah dilalui....

Khamis 27hb,
Tuan putri terjatuh tangga, dan terpatah collar bone kanan dia. Hari pertama pakai sling, hari kedua tak, hari ketiga dan 4 pakai, hari ke5 dan seterusnya tak. Tiap kali tersalah pegang atau terkena bahu kanan, pasti dia duk 'ouch ouch' jek, tapi kalau terkena kuat, melalak abis suara. Yang pastinya, tuan putri saya ni kental, ubat tahan sakit (penadol jek) dia amik 2-3 kali jek sejak Khamis lepas. Memang jenis tak suka makan ubat, bakal jadik doktor kut... :D


Bahu sakit tapi masih boleh merenyeh


Jumaat 28hb,
Last day kerja.

Sabtu 29hb,
Ke Bradford shopping beberapa perkara (ini akan dimasukkan dlm entry lain). Petangnya dinner di Kebabish.

Abang tekun makan roti nan

Ahad 30hb,
Carbooting.

Isnin 31hb,
Ke Manchester Airport, mama dan abah berangkat pulang. Sedihhhh. Malamnya tidor di Manchester.

Abang dan Adik bergaya atas trolley Nanny di Manchester Airport

Selasa 1hb,
Rendek The Trafford Centre di Manchester. Bawak Darwish, first time tengok movie, cerita Superman Return. Punyalah excited, tak sabar-sabar nak masuk panggung.


Berangan terbang macam Superman

Jason bin Suparman; agak emosi gak cerita kali ini. Dapat rasa macamana hati Superman tu, nak luahkan perasaan cinta pada Lois tidak kesampaian. Begitu gak Lois. Nampak Superman tu begitu lonelynya dia. Abang, setengah jam pertama jek tengok dengan baik, lepas tu dia mula rasa sedih tengok Superman kena belasah. Ke sana ke mari dia dalam gelap tu, nasib baik je dia tak bising.
Abang bersemangat makan popcorn sebelum movie start


Adik lena sepanjang Superman sedang berlakon (nasib baik dia masuk free)

Lepas movie, makan kat Nando's, Halal Chicken. Sedap gak Piri-piri chicken ni.


Makan sampai lupa nak amik gambar, ini je lah bukti kami ke Nando's

Rabu 2hb,
Adik no3 telah selamat melahirkan baby girl. So Nabilah bukan lagi cucu 'bongsu' Haji Hussain. Yeah bertambah sorang lagi anak sedara. Tak sabar nak balik jumpa.

Later....

Sunday 30 July 2006

Gambar Malaysia Hall, London.

Disebabkan, bermulanya jam 12tgh malam tadi, saya dah tak layak kerja doktor di UK ni (sebab tak renew registration dengan Medical Council), so saya tercari-cari amender yang saya boleh buat kat alam cyber ni. (padahal articles nak kena cari untuk essay pun kena buat, tapi tgh sakit M ni skarang ni). Teringat pula janji saya nak buh gambo MH/MSD kat sini...so inilah dia....


Jalan ke Malaysia Hall


Bendera 'berkibar' di angkasa

Kantin kat basement MH

Mercu tanda di tepi pintu masuk

Reception area

Hallway di MH (ada model mengayakan cara berjalan di MH)

Lif di basement MH, tapi takde button untuk panggil lif, camner nak guna tu?

Bilik solat muslimah

Orite, itu je lah idea di pagi Ahad ni. Sat lagi nak breakfast dan gi aktiviti mingguan, apa lagi car-booting la....

Later...

Friday 28 July 2006

Hari terakhir seorang doktor......

Hari terakhir kerja di UK ni.
Cepatnya Julai berlalu.
Dalam hati bermacam rasa....
ada sedih sebab lepas-lepas ni mungkin dah tak berkerja dengan luxury hours cam sekarang ni,
gumbira sebab lepas ni boleh lepak dengan anak-anak dan suami,
sedih lagi sebab takde income dah lepas ni
tapi...
itu la adat, bertemu dan berpisah...hilang di mata, tapi di hati tidak lupa...
email kan ada.

Sepanjang hampir 3 1/2 tahun berkerja di bumi UK ni, macam-macam experience saya perolehi.
Macam-macam perangai orang puteh dan orang tak puteh saya temui.
Dari seorang house officer, yang tak reti apa-apa, dengan beraninya terus menerima jawatan senior house officer dalam clinical oncology (cancer). Gabra juga 1st day, tapi Alhamdulillah survived. Ada gak kena taji dengan consultant 2-3 kali, tapi itu lah adat orang tak reti.
Kerja seterusnya kebanyakkan dalam general medicine; nak kata expert dalam perubatan dalaman, takde lah sangat. Setakat nak diagnose diabetes ke sakit jantung ke pneumonia ke, insyaAllah boleh.

Itu la sedikit sebanyak pengalaman yang ditimba sejak Disember 2002.
Moga-moga dengan ilmu yang ada lebih kurang ni, dapat digunakan sebaik mungkin bila kembali bertugas di Malaysia nanti, insyaAllah.

Harapnya, saya telah melaksanakan tugasan saya sebaik mungkin di sini, dan kurang-kurang nama saya akan tersemat dalam memori consultants/registrars/sho/ho dan juga medical personnel.

Mungkin satu hari, kalau berpeluang akan kembali ke sini.


Later

Dr Mummy yang menganggur

Thursday 27 July 2006

Lupa

Sejak dua menjak ni, kepala dan bahu rasa berat je. Macam-macam bermain di fikiran. Nak diluahkan tak terdaya.

Tapi semalam, selepas mendapat berita darihal sudden death orang yang agak muda. Dan berbicara pula dengan patients, yang berceritakan darihal orang-orang yang mereka sayangi.
Tersentak dari lamunan, hidup ini sekejap saja. Ajal maut sudah ditetapkan, tapi adakah sudah digunakan masa sebaiknya untuk menyiapkan diri ke alam barzakh? Tersedar juga, yang sejak kebelakangan ini terlupa mengucapkan sayang dan terima kasih kepada yang tercinta.

Kekusutan fikiran takkan terlerai selagi ego diri masih cuba dipertahankan, tanpa mahu mengalah. Diri ini pasrah dan parah.

Adakah disebabkan kesibukan bertugas yang menyebabkan diri jadi alpa?

Sedangkan tugasan ini berdepan dengan mereka yang sakit dan ada yang nazak menunggu masa, tapi kenapa diri sering terlupa?

Sudahkah bertaubat kepadaNya?
Sudahkah memohonkan maaf dari mereka yang tersinggung atas perbuatan diri?
Sudahkan dilafazkan kata sayang dan cinta pada mereka yang dikasihi?

Nyata diri ini masih pelupa.
Harus diingati diri ini selalu, hidup di dunia hanya sementara.....


Notakaki:maaf ayat bercelaru, sekadar mengingatkan diri yang sering lupa

Monday 24 July 2006

The love boat?

Sabtu lepas, kami belayar ke Amsterdam.
Ini kali ke 2 naik cruise ke seberang, kira dah terrer la. Darwish dan Nabilah memang seronok habis teh (bak kata ore kelate). Gambar: Darwish dan Nabilah posing depan 'Pride of Rotterdam'


Selepas check-in, kami berjalan masuk. Connecting brigde/tunnel tu cam yang nak masuk dalam plane tu lah. Kat entrance kami di sambut dengan bunga-bunga yang letak kat leher cam Fantasy Island tu...tapi itu hanya dalam angan-angan. Anak-anak dihadiahkan dengan belon dan activity book+crayons.

Di cabin kami, ada tingkap. Untuk 4 orang, cabin besar sikit la.

Kami makan dinner sebelum kapal belayar. Sudah solat, baru lah jalan-jalan pusing kapal. Ada restoran, ada pub, ada sun-deck untuk lepak-lepak ambil angin, ada cinema, ada kedai biasa dan juga duty-free shops. Yang penting sekali ada children's play area.

Ada nampak adik dan abang tak?

Nabilah yang mula-mula tu, takut-takut je nak terjun ke dalam 'lautan bola' tu, selepas 2-3 kali, dah mula confident. Seronok aje nampak dia main. Ada table untuk painting dan colouring. Ada ruang untuk video. Ada akak sorang ni buat face painting.

Darwish jadi lion.

Seronok la cik awe ni, first time ever muka dia kena paint. Ke sana ke mari melompat dan mengaum.

Dah lewat malam, baru la nak tidor adik dan abang ni. Saya pula, tempat tidur baru, kejap-kejap terjaga. Darwish yang tidur kat bunk atas, hampir terjatuh walaupun dah pasang 'pagar' besi tu.

Hampir 12jam kemudian kami berlabuh di Rotterdam.

Windmill di sekitar Port of Rotterdam.

Dari Rotterdam kami ke Amsterdam dengan chartered bus. Perjalanan selama sejam. Yang membingitkan telinga ialah, adalah 5-6 orang makcik ni (about mid 30s) yang saya rasa ada kandungan alkohol yang agak tinggi dalam darah dorang, memekak sepanjang jalan. Gelak mengilai cam pontianak. Adui. Malu den! Nasib baik la Nabilah dan Darwish totally behaved selama sejam dalam bus tu.

Amsterdam, bandar yang ada lebih dari 100 canals di sekelilinginya. Ada red light district yang mana, sex services area available. Kami pernah ke area tu, aduii ngucap panjang tengok perempuan-perempuan itu menayang body di display window! Apa yang saya nak highlight kat sini adalah, jika penagih ganja ke sini, mereka seolah-olah in their 'heaven'. Sebabnya ganja/dope/grass/cannabis/marijuana adalah halal di sini.

Tengok la plate souvenier pun kata daun tu halal kat sini.Ni khas untuk mereka yang baru nak try bercucuk tanam di belakang rumah.

Ada juga sex museum di sini. Tak tau la apa kemender kat dalam tu. Tak gamak nak jejak! Also ada Amsterdam Dungeon, Nabilah yang lalu kat tepi tu pun dah melalak ketakutan, itu belum masuk lagi tu. Kami berjalan sepanjang 'High Street' of Amsterdam hingga ke Madame Tessaud, yang di depannya ada big square (tak tau nama apa). Kaki terus melangkah hingga menyeberangi canal, dan terjumpa Flower Market. Memang banyak tulips di sini. Rambang mata saya, tapi disebabkan mood saya agak kureng, so saya hanya jamu mata sahaja. Kenangan dari Amsterdam kali ini, hanya 3 biji mugs dengan tulips hand-printed, dan fridge magnets. Kononnya nak beli ganti tulips yang anak-anak dah patahkan, pun saya takde mood nak beli. Terlintas gak, kalau beli benih cannabis tu, apa jadik gamaknya ye? Disebabkan curious, saya belek gak starter kits cannabis tu, nak tengok biji benihnya camner, tapi tak nampak pun.

Kami lunch kat Maoz, Falafel. Lepas tu, naik canal cruise, menikmati keindahan Amsterdam. Jam 5, kami menaiki bas untuk ke Cruise semula. 9pm kami meninggalkan bumi Holland.

Semua cerita di atas, ada dalam slides show ni.





Semoga hari-hari seterusnya akan terus bersinar dan memberi kedamaian pada hati yang bergelora..........

Later......

Friday 21 July 2006

Kuch Kuch Hota Hai



Di saat kebosanan di waktu malam.

Tak silap, kalau ditranslatekan lagu ni dalam BM, menarik kata-katanya.

"..tidakkah kau rasakan debaran di hati ku...."

Sorry la....layan blues sket.....

ps: yes...ini malam last bersekang mata time dunia Sheffield sedang diulit mimpi

Bende magic

Kisah 2 orang budak ni.
Terjumpa satu bende.
Kurus tegak ukuran badannya.
Kepalanya besar, bertelinga tiga.
Kalau ditekan butang dibadannya, maka bergeraklah telinga dan kepalanya.
Dan nyamanlah udara.
Sesuai untuk musim panas ini.

Inilah dia, dua orang budak yang 1st time ada kipas kat rumah.
Itu belum jumpa kipas ceiling lagi tu, mau terlopong dok dongak ke atas....:D


Adik asyik nak tekan button je


Abang asyik nak nyayi aje di depan pusingan angin kipas

Thursday 20 July 2006

Dialogue

Ko caya kat aku tak?

Ye kut?

Tapi apsal ko selalu krobek (check) barang aku?

Mmm

Ko jeles?

...........

Naper ko nak jeles?

...........

Aku kan ko punya.

'Akak........order popia 3, ada gunting tak? Nak potong 3 popia ni, potong kecik-kecik senang nak cicah......'

Lor...mimpi rupanya.....

Monday 17 July 2006

Baik tapi jahat atau Jahat tapi baik

Ni nak cerita, kejadian yang berlaku kat sepupu saya.

Satu hari, adik A ni, jejaka tampan umur 22 tahun, turun LRT dan sedang menunggu bas nak ke hospital Tawakkal melawat Kak Long nya yang kena admit sebab demam denggi. Sedang dia menantikan bas, datang la seorang (ke 2 orang tak clear plak masa dengar cerita tu) yang menaiki motor menghampiri adik A. Adik A dipegang dan diugut supaya berikan duit. Adik A ni panik la, lalu memberikan la dompet dia. Mamat pencopek tu minta pula handfon adik A. Pun diberinya. Dalam dompet tu ada RM50.

Kemudian mamat tu bertanya 'Kamu nak ke mana?'
Adik A ' Saya nak ke Hospital bang, lawat mak saya sakit' (pandai plak dia kelentong).
Mamat 'Ooo gitu'
Adik A 'Tapi camner saya nak pergi, saya takde duit ni bang nak naik teksi atau bas'
Mamat 'Mmmm....' dan dia berlalu.

Adik A dah kebingungan dah. Duit takde, Handfon pun takde.
Kejap kemudian mamat tu pusing balik dengan motor dia. Dompet adik A dipulangkan, dan dia bagi 'Nah ambil RM 15 ni buat tambang teksi' (ooo dia gi pecah duit rupa-rupanya!)
Adik A, terkejut tapi dia ambil aje la (dah orang hulur). 'Bang, bak la saya punya sim kad bang'
Mamat tu pun pulangkan sim kad adik A. Handfon dia simpan.
Kemudian mamat tu blah.

Sat lepas tu dia datang balik, 'Dik, mai la abang hantaq pi hospital tu'
Adik A gabra gak ler, takut la diperbuat apa-apa kan, tapi mamat tu bersungguh-sungguh je, dia pun bonceng la motor tu.

Dalam perjalanan
Mamat 'Abang mai dari Kedah. Adik dok Kolumpoq ni kena berhati-hati, bahaya. Ghamai penyamun'
Adik A 'Ye bang....' (eh siap berkenalan dan berpesan-pesan plak)

Jadiknya hari tu, adik A selamat tiba ke hospital secara percuma, masih ada duit& dompet dan juga sim kad walau takde handfon.

Moral of the story?
Ada gak tukang samun macam ni yer?
:D
Mungkinkah dia juga mangsa keadaan di pekan batu, jiwa mesti sekeras batu (bak kata Dato Shake).

Later.....

PS: Gambaq Malaysian Hall, akan di upload much later, sorry delayed. Sekarang ni kerja shift malam. Siang-siang qada tidor.......

Saturday 15 July 2006

Kisah interview di London

Khamis 6hb lepas saya dan hubby 'berlepas' ke London menaiki pesawat 'Express National' yang bertolak jam 840pagi dari Central Station Sheffield.

Asyik gi London aje kan doktor sorang ni....:D

Takde mende nak cerita sangat pun, tapi ada la seperkara dua yang di highlightkan.

Pesawat tiba di pinggiran Marble Arch lebih kurang jam 1 petang. Dalam pesawat, dah la takde 'in-flight' entertainment, air pun tak dihulur....Saya plak, dah terjangkit dengan Nabilah, jadi restless bila dah dekat 4 jam dalam 'pesawat'. Nasib baik tak melalak, kalau tak sure 'pilot' dah suruh turun.

Yang lain kali ini, hanya kami ber2 aje ke kota kosmopolitan ini. Romantis gitu.

Tiba di London, perut mula mendendangkan lagu keroncong untuk makan, jadi kami pun cari tempat duduk yang ada di sekitar Oxford Street tu, dan berjamu selera dengan nasi lemak yang mama bekalkan. Sedapnya.

Lepas pusing-pusing jalan ni, kami pun menaiki bus ke MSD.
Jeng jeng, saya ni nak menjawab persoalan Tuan NBK466 tempoh hari mengenai MSD.

Sampai di sana, kami solat Zohor-Asar dahulu sebelum interview.
Ada lebih kurang 10 candidates, ada yang datang jauh nun dari Dundee, Scotland.
Sementara menunggu giliran, kami sempat la berborak-borak bertanyakan latar belakang masing-masing. Padahal nama pun tak tanya... :D, selalu gitu kan?

Pasangan dari Dundee tu, sedang buat Phd dalam Juresalem Studies, wah hebatnya.
Yang dari Manchester, sedang buat Phd dalam Engineering.
Pasangan dari Loborough, suaminya dah dekat nak habis Phd,tengah terkial-kial buat thesis (sama keadaan dengan hubby saya), isterinya sedang buat Phd, dua-dua dalam bidang Communication.

Saya pun dok berborak-borak la dengan pasangan dari L'bro ni. Hubby saya bertanyakan isterinya, ada kembar ker, sebabnya muka iras2 sesorang yang dia kenal masa kursus pre-departure di USM dulu. Lor...rupa-rupanya sister dia tu adalah salah seorang dari mereka yang berkembar 3. Dan suami dia plak, duduk di area Kelana Jaya, sama dengan saya, cuma dia sekolah BBB, saya SMS aje. Tapi mukanya macam pernah kulihat, tapi di mana ya??Mungkin terbersua kat Giant kut.

Pasangan dari Dundee, agak sibuk melayan anak mereka yang 18 bulan tu. Dan tak sempat nak berborak-borak.

Lebih kurang jam 3 lebih kut, datang la seorang pensyarah dari University dekat-dekat situ. Orangnya putih tapi cakap bunyi utara. Tapi bukan omputih mat saleh la. Dia tengah nak negotiate position dan pay as Assoc.Prof dengan USM. Tengok-tengok nama dia bila dia tulis kat atas list tu, lor...ini la orangnya yang saya pernah berborak dalam alam cyber masa saya undergrad dulu, dan dia kawin dengan kawan saya. Keciknya la dunia.Macam jejak kasih plak jadiknya petang tu. Tapi saya tak mention la yang pasal berborak di bbs dulu. Lagi tiga candidates diam aje, biasalah budak-budak undergrad, deme segan sket nak menyampuk orang berumur bercakap.

Tiba turn saya, hubby saya ikut sama, kononnya nak introduce diri kata dia RKLA USM gak. Panel interview hanyalah Prof.Dato TNC tu sorang sahaja. Dia la yang ambil details, dia lah yang menanya soalan, dan dialah yang minum air sorang-sorang. Tak pelawa pun.
Ala interview pun sempoi aje, borak-borak. Saya sebenarnya nak bertanya, aphal USM senyap aje dengan application saya, dah masuk tong ka? Prof ni pun cam tak berapa sure jek camne pentadbiran USM cawangan medic. Asyik duk 'Nanti I look into it'.

Lepas interview tu, kami blah aje la. Selepas kata goodbye dan good luck pada candidates lain.

Ke Oxford Street semula,ke kedai bag. Niat nak sambar beg kerja, belek punya belek punya belek, akhirnya angkut la satu beg kulit. Sebelum nak angkut tu, sure dah kena bayar dulu.

Sebabkan kami berdua aje, kami pun gi makan kat Mawar Restaurant di Edgware Road.

Bertolak jam 815malam, sampai Sheffield dekat 1145, bus nak balik rumah pun dah takde. Terpaksa la naik taxi. Merasa gak la hubby saya naik black cab.

Sekian sahaja.
Ni gambar kat London, Malaysian Hall dah cantik.


Later.....
PS: Ada tak mana-mana sites yang senang sikit nak uploadkan gambar selain dari slideshow dan photobucket? Blog saya ni masih mengong bab2 nak upload gambar

PPS: Maaf website slide tgh menggila, dan saya dah hilang sabar. Nanti bila saya dah ok, saya uploadkan gambar semula.

Friday 14 July 2006

Phd

I didn't mean to spark any racial remarks from my previous entry. My entry was pure and simple. Not pointing fingers to anyone in particular. Of course, we can't help being racist, but as much as we can do, try to keep it subtle. :D
********************************************************************

Ok hari ni nak bercerita pasal Phd plak. Nothing to do with Perasaan Hasad Dengki, tapi the true meaning of Phd.
Degree of higher philoshopy.
Wow sounds a mouthful.

My tabik hormat to those who have achieved or are currently striving to get this degree of higher philosophy. That's include you, my loved one.

Phd from my prespective, looks so hard. As people said, 'heavy eyes see, heavier shoulders carry'

3 years as it supposed to be.
Correct me if I'm wrong, it's about 2 1/2 years of research and 6 months of writing up. And the research can go on, like, forever if there are no accurate results or if no one puts a stop sign for it. And the writing up, bless who are doing it,the struggle of trying to put the words in a sentence that make sense, must be like, compressing the dessicated coconut for some santan. My, I can say, it's hard enough to write a 2000-6000 words portfolio, and to write a 6-7 chapters of thesis must be like.....(ran out of words!).

And some of us are not lucky enough to complete the reading of a Phd in 3 years. Some may exceed up to 4 years and some may go beyond that. But, the main thing is, you'll get there. Don't be disheartened. Write a little a day can bring the the finishing line closer (and keep the doctor at bay!). I am sure there is a bright light at the end of the tunnel.

And some of us, are blessed with more children as the Phd progress. I do tabik spring to these people, who got pregnant, delivered and doing their phd at the same time. Wow. I don't think I can ever be a super-mom-Phd-student.

And some of us, may be unfortunate because of the supervisors. Not all are bad. But a few bad ones gave the good ones bad names. There are a few of our fellow friends here, who did not succeed of getting their Phd. Many reasons why. But I believe, their rezeki is not getting a Phd here but elsewhere. Some returned home and continue to proceed, and now doing the degree elsewhere. See what I mean.

And as for me, the other day during that interview in London, a fellow interviewee asked me, 'u tengah buat phd ker?'. Wooo there stallion, master not yet lah, apatah phd.

And as for me, at the moment I can't see myself doing this degree just as yet. Look so tough. Don't think I have the strength. Tapi best gak yer if it is:
'Dr Faezahtul Arbaeyah Hussain, BMedSc,MBBS,MRCP,MMed,Phd'
Dream on Faez.....

In short I can say, I've already got my 'Dr' title...heheh takde phd pun.

Good Luck for those who're striving for this.
My doas are always with you (my lved one)

Later....

Thursday 13 July 2006

Orang kita? Orang deme?

Lama dah terpikir nak bercerita darihal ni.
Sekarang ni saya ke 'office' naik bas. Sempoi. Lagi cepat sampai. Kalau hubby hantar dengan kereta, kalut dengan nak hantar Darwish ke sekolah yang start jam 9pagi jugak. So saya naik je lah bas.

Nak bercerita pasal kejadian dalam bas ni. Saya tak pernah lagi kata 'terima kasih' kat pemandu bas macam Puan Yus kita terbuat hari tu heheh. Hanya setakat 'thank you' aje. :D

Teringat saya, masa saya kat dalam bas di Birmingham hari tu. Dari tempat saya exam nak ke bandar. Dalam bas tu ada la beberapa orang passenger lagi (apa yer passenger dalam BM?lupa plak dah!). Bisingnya ya Allah. Malu saya dibuatnya. Bukan apa, kalau orang putih tu nasib dorang la kan. Memang perangai dorang macam tu. Tapi ni, anak-anak muslim yang bertudung. Pot pet pot pet,di selang seli dengan gelak ketawa yang kuat. Malu malu.

Insiden yang kedua, semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari hospital. Awek muslim gak la. Bercakap di telefon. Suara agak kuat, orang sekeliling boleh dengar. Dia duk membebel kat kawan dia kut, pasal deme plan nak ke London ke mana ntah, marah dia sebab kawan dia tu suruh bersiap jam 7 pagi. Apa daaa....nak kena bangkit awai pun nak marah-marah. Tak payah la berleter kuat-kuat dalam bas. Balik rumah hantam la sama itu kawan, tak payah la higaq dalam bas.

Yang seterusnya, semalam ke 2 hari sudah. Pun dalam bas nak balik ke rumah. Seorang awek. Pun muslim. Duduk di seat depan sekali belakang driver tapi mengadap cermin sisi. Pun bertelefon. Kuatnya suara. Bayangkan saya yang duduk hampir di belakang ni boleh dengar sebijik-sebijik apa dia dok borak. Dok ngumpat pasal sapa ntah. Jap-jap dok baiki rambut dia yang panjang. Jap-jap duk lap air lior kat tepi bibir tu.Mmmmm.........

Tiga-tiga insiden ni membuatkan saya terpikir, adakah sebab duduk kat negara orang putih, keperibadian as a muslim/muslimah tu harus tergadai? Kenapa nak ikut budaya yang tak elok yang dipraktikkan oleh orang barat? Kenapa budaya yang elok tak nak diikuti? Saya pun pikir, entah lah. Tak larat nak pikir.
Apa pendapat anda?

*Orang kita di sini maksudnya saudara kita seislam. Takde kaitan dengan apa kewarganegaraan mereka*

Satu lagi insiden dalam bas, Jumaat lepas, hubby saya pulang dari kerja petang menaiki bas. Tup-tup ada lah pakcik mabuk sorang ni naik bas. Itu pun, sebab ada 2 orang budak lelaki tolong pangku dia menaiki bas tu, kalau tak terbaring dia kat tepi jalan tu. Menurut hubby, semasa bas tu dah bergerak, tak lama kemudian keluar la satu bau yang semerbak busuk merebak ke seluruh bas tu. Memula hubby saya ingatkan apa la kan, pastu dia nampak passenger lain pun menutup hidung. Sat lepas tu, driver bas terpaksa berhentikan bas, dan minta passenger semua turun dah tunggu bas lain. Nak tau kenapa? Pakcik mabuk tu dah terberak dalam seluar dia. Uwekkkk.... tak senonoh betul. Driver tu terpaksa panggil polis. Kesian pakcik makcik polis, asyik kena handle orang-orang mabuk aje.

Itu saja cerita kali ini.

Later.....

Monday 10 July 2006

Dah Sembuh!

Akhirnya demam PialaDunia FIFA dah kebah.
France lawan Italy.
Masa deme start main saya terdetik yang Italy akan menang.
Tapi bila tengok deme main,nampak France yang control bola.
Dan madness to Zizou (Zidane) aphal dia hilang angin gi tanduk dada orang bukan tanduk bola.
Dah kena red card.
What a way to end a career!?
Referee tu gak ler yang bagi hadiah kad merah kat Rooney.

Tapi tak syiok sangat la Italy menang dengan penalty shoot out.
Apa-apa pun, lagi 4 tahun la nak tengok England main WC finals, itu pun kalau menang dalam qualifying rounds. 2 tahun lagi European Cup.

Wokeh, kita tunggu plak friendly match England vs Greece mid August ni.
Siapakah kapitan baru?
Bagaimanakah new manager corakkan team England kali ini?

Later.......

Knackered!

My apology, for being silent for a while.
Thanks for the comments which I haven't replied any. Sorry lurve.

I was knackered last week.
Letih sesangat.

Monday, I was basically dragging my feet to work.
Tuesday, the firm was short-staffed, I've to do the ward round in the morning on my own.And the rest of the afternoon, helped the consultant in the outpatient clinic.
Wednesday, had some air to breathe. Again no house-officer. Dictated clinic letters in the afternoon.
Thursday, off to London, for a walk-in interview with the Deputy VC of USM. I assumed he has ONLY a slight idea of how the medical faculty is run.
Friday, slept in. Late of work. But got home on time.
Planned to write an entry 'Knackered...TGIF...' but tak kesampaian.

Came Saturday, I was in the mood of staying at home as well as well going to Stoke-On-Trent to belek-belek the Englishware (maklum la baru masuk gaji huhuh). So I decided to do the latter, kesian my in-laws dah terperap kat rumah seminggu.

So inilah cerita hari Sabtu saya kali ini.

Lebih kurang 930pagi kami bertolak ke Stoke-on-Trent. Lebih kurang 80 batu ke south west Sheffield.

Sign board, ke Stoke, yeah yeah.

Aktiviti dalam kereta:

Inilah aksi-aksi dua orang budak yang boring dalam kereta selepas penat melalak. Lepas gelak, melalak pulak. Tiba-tiba senyap, gigit kuku kaki rupanya. Sampai ternampak pampers.

Stoke-on-Trent ni glamour sebagai tempat membuat pinggan mangkuk fine porcelein, Englishware. Saya pun mula-mula tak tahu menahu pun pasal Englishware ni, hinggalah saya mendapat satu ceramah percuma dari seorang makcik ni. Dia la bercerita yang Royal Doulton, Wegdewood yada yada mahal bebenar di Malaysia tu. Baik beli kat sini, walaupun seconds (kira ada la yang comotnya masa dorang tengah buat, tapi tak ketara sangat), kira dah jimat banyak ler. Masa first time saya pergi, tiga buah kereta, masa tu masih tak reti, hanya belek-belek aje, dan beli sikit aje. Kali kedua ketiga dan seterusnya, samada pergi 2 kereta sahaja atau pergi sendirian. Ambil pottery map di salah satu kedai, pastu belasah la jalan ke setiap kedai. Saya dan hubby pernah pergi, dan kami masuk hampir ke setiap satu kedai yang ada dalam map tu. Samada 5 minit sahaja atau 1/2jam bergantung pada HARGA (ini yang paling penting) dan juga kecomelan barangan di kedai tersebut.

Kami kali ni pergi satu kereta buruk space wagon itu aje. Selalunya bila ajak 1-2 kereta lagi, last-last minit ada aje alasan tak jadi. So kami pun travel aje sendiri, lagi pun navigator dah cekap dah area tu hehehe. Akhirnya sampai kat situ lebih kurang 10 lebih. Destinasi pertama: Royal Doulton. Masuk-masuk kedai ni, pakcik guard menjeling manja je kat kami. Maklum la bawak dua kanak-kanak kenit ke sini.

Nak beli tu kena belek betul-betul. Satunya nak make sure bukan fine china bone, duanya yang paling penting, nak tau berapa harga. Anak-anak sibuk nak pusing-pusing kedai unsupervised, so paling senang saya bawa dorang keluar dari kedai, bagi dorang lepaskan geram kat parking lot tu.





Kedai seterusnya, kedai favourite saya: Wedgewood. Saya punya la berazam kali ni, saya nak beli gak teaset Wedgewood. Belek punya belek. Pilih punya pilih. Ada la yang harganya orite,77p cawan, 50p (kut) piring dia, tapi made in Portugal. Dah la tengah bengkek dengan Portugal sebab kalahkan England, tapi dibeli jugak. Sebab nak brand wegdewood tu :D. Belikan gak pinggan makan untuk bonda tercinta. Mama (mertua) pun beli beberapa biji cawan nak add on kat yang dah ada di rumah. Pernah satu ketika, kami di sini bertembung dengan rombongan 'Cik Kiah' dari London, yang hubby saya terdengar perbualan mereka, 'I tak tengok harga, I main ambil je'. Ulppss kami takde la sehebat gitu. Poket pun asyik bocor je. :D


Kedai ke 3 ialah Clearance Outlet Portmerion. Tak pernah lagi saya ke sini. Mungkin dulu-dulu takde, atau saya yang tak perasan. Ni tahu pun, ada auntie ni bagitau saya masa kat kedai Wedgewood sat tadi. Wahhh bestnya, harga kat sini jauh lebih murah dari kat lagi 3 kedai Portmerion. Seronok saya dapat menyambar apa yang saya idamkan sudah lama. Dapat la saya teapot yang warna design nya match dengan cawan Wedgewood saya, inilah yang dikatakan mix and match!


Kedai ke 4 my other favourite shop, Royal Stafford. Harga murah, design cantik. Saya hanya beli beberapa 'perkara' untuk add-on kat koleksi (ceh wah!) yang saya dah ada. Dan juga add on untuk set adik saya. Nabilah tak nak duk kat kedai ni sebab dia takut kat bear hitam tu.


Kedai-kedai seterusnya, Royal Doulton&Company yang mahal sesangat. Tak tergoda den nak membeli. Kedai Brigewater, pun mahal, dan takde mende. (takde gambar pun). Kedai Churchill clearance, beli cawan sebijik untuk ganti kat koleksi (ceh wah lagi) yang dah pecah, dan juga beberapa perkara yang ntah hapa-hapa.


Lepas tu, kami singgah ke satu-satunya masjid di area Stoke yang kami tahu. Sesudah hubby solat, dia ke kedai take away halal yang berdekatan,dan belikan pizza dan chips (sungguh menambahkan cholesterol!). Sementara menanti itu la, anak teruna saya gi main-main pintu kereta sebelah driver, dan terbuka lantas terjatuh. Kesian dia. Berdarah bibir dan menangis sampai tertidur. Pizza yang dia suka pun dia tak nak makan.

Sampai balik ke Sheffield, layan bola apa lagi. Yess bagus German kalahkan Portugese. Puas hati!

Ahad, pagi yang mendung, hujan renyai-renyai. Ada Family Day untuk postgrad students di sini. Tapi, tak pergi. Sebab? Hubby tak sihat. Sorry Anita, tau you all bersusah payah organisekan aktiviti ni. Dan mood saya pun boring aje. Dan kemas barang-barang 5-6kotak. Penat lagi.

Oklah nak layan Italy lawan France. Saat-saat genting dah ni.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :