Wednesday 31 December 2008

Disember 2008

Memang busy.

Tak sempat nak update sokmo.

Awal bulan: 
On call
Raya haji

Tengah bulan: 
Mertua, adik-adik ipar, biras dan anak-anak sedara lepak KB.
Satu-satunya anak jantan, telah rela di'korban'kan.....(cerita selanjutnya akan menyusul)
On call lagi.

Hujung bulan:
Kalut siapkan report slides.
Perabih cuti tahunan-balik Kuale, gi Pulau Pinang, balik PJ

Sekarang, melepak di Kelana Jaya.  
Beli Macbook (white one lah...not the new one or MacAir).
Buku patologi dan assignment dissertation masih tidak terusik.
Plan hari ini, mungkin ke KLCC.

Salam Maal Hijrah 1430
Selamat tahun baru 2009

Apa azam baru anda? (atau memperbaharui azam lama [seperti yang saya buat tiap kali tukar tahun kalendar Islam dan Masehi... :D] )


Wednesday 10 December 2008

Hari Raya Qurban

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha" kepada semua yang menjenguk blog saya ni.
Raya Haji tahun ini turn kampung saya di Besut, Terengganu.
Sempena dengan hari raya ni juga, saya dan hubby serta mama dengan bantuan makcik-makcik pakcik-pakcik telah meng-organise-kan majlis '5-in-1' bertempat di rumah makcik (sepupu mama) di Kampung Wakaf Raja, Pasir Puteh Kelantan.

Majlis '5-in-1' adalah bersempena
1) Hari Raya Qurban
2) Majlis kesyukuran-lulus periksa 1st year, hubby lulus Phd, masuk rumah baru di KB (kalau buat di KB, tak ramai yang akan dtg, sebab alasan jauh....), aqiqah (anak-anak sepupu)
3) Majlis tahlil
4) Majlis Darwish yang akan disunatkan 14hb ni
5) Majlis bertindik telinga Nabilah :D (selalunya orang buat untuk baby-majlis naik buaian...)

Dipendekkan cerita, gambar-gambar di bawah ni tells the story....



Nabilah bergaya dengan subang baru nya (bila 'ditembak' telinga kirinya, satu deret kedai dengar dia menjerit dan menangis...."Adoiii SAKIT LAHHHHHH!!!!!"


10 Zulhijjah, hujan on-off sepanjang hari raya. Anak-anak saya bergaya dengan boots, dan berpayung, main air hujan.


Hadiah cenderamata dari kanak-kanak yang bakal disunat dan kena tindik telinga.

Ada pulut kuning, bunga telur dan goodies yang lain. Macam majlis kawin plak kan? :D



AJK dapur yang sibuk menyiapkan hidangan.


Nasi panas....



Air teh suam...


Lauk-pauk: Gulai kawah, acar, keresek (ayam+jantung pisang), budu& ulam, sambal, ayam goreng, pengat ubi.


AJK Makan : Makcik-makcik, mama dan adik bongsu perempuan.

AJK Makan : Pakcik-pakcik dan orang-orang surau.

Jadiknya, hari raya haji tahun ini sederhana meriah, sebabnya, kami tak cukup korum. Adik no2 balik ke rumah mertua di Tangkak,qada turn raya puasa hari tu. Adik no3, tak balik ke kampung sebab cuti sehari je. Adik bongsu di Dungun, tak balik sebab exam dan takut sangkut banjir di mana-mana (dia raya dengan maggi je...sadisnyaaa). Akibatnya, kami yang mana ada tu, tak berapa ada mood sangat nak beraya beriya-iya, jadi pagi raya tu, mama goreng mee je. Lepas solat sunat, gi rumah sedara-mara sebelah mama, dan dapat ler makan ketupat itu ini sikit.
Wokeh, back to work.
Saya pun tak berapa perasaan sgt nak raya sebab kes-kes oncalls lepas, masih tak abis-abis...arghh.....
Laterlah.....







Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :