Monday 5 July 2010

Berpantang 2010

Ini adalah pengalaman ke 3 berpantang.

Oklah, take it as tempoh untuk merehatkan diri dan membaik-pulih badan.
Rehat ke?

Kenapa tempoh berpantang tu 40 atau 44 hari?
Kenapa tak 21 hari ke, 30 hari ke?
Saya rasa menjadi adat orang Melayu untuk menyukai nombor 40 tu. Majlis tahlil pun dibuat pada hari ke 40.

Saya bersalin pada Khamis 3hb Jun 2010, 1040 malam.
Dipaksa duduk dalam wad selama 4 malam. Masa ni, saya memang tak buat apa-apa, kecuali merehatkan diri dan menjaga baby. Macam ni la kut sepatutnya berpantang, semua benda orang lain buat.

Isnin 7hb, check-out dari hospital.
Bermula satu era baru. Satu perubahan besar di dalam unit kecil keluarga saya; dari 4 menjadi 5 orang.
Kebetulan juga masa tu cuti sekolah, jadi dapatlah mama mertua saya datang ke KB dan 'menjaga' saya dalam tempoh 'berpantang'.

2 minggu pertama, saya memang follow regime treatment herba cina yang telah direkomen oleh kawan saya: 3 hari pertama pengambilan ubat, biji-biji kecil 2 kali sehari. 4 hari seterusnya pengambilan makjun, 2kali sehari. Memang banyak angin keluar dari badan saya. Pada masa yang sama, saya ambil set herba teh juga dari Shesheh yang mengandungi buah longan kering, kurma cina, buah-buah kecil yang tak dapat saya identify dan juga ginseng & akar kayu. By hari ke 4 masa saya keluar dari hospital, saya dah rasa sihat.

Hari ke 6, saya bawa sendiri baby ke Klinik Desa untuk report kelahiran dan juga untuk check darah baby (masa tu baby jaundice). Nurse di situ bertanyakan saya "Mak takde ke untuk bawakan baby?" Eh, tak boleh ke mak-baby sendiri bawa baby ke klinik?

Hari ke 7, recheck baby's blood di HUSM. Lepas tu, pergi ke supermarket untuk beli beberapa barang keperluan. Dah kebetulan keluar dari rumah, baik aje la keluar terus. Di supermarket, ada makcik tanya dan mengeluarkan kenyataan, "Umur 7 hari dah bawak datang shopping?!" Eh, bukannya saya gi rendek-rendek suka-suka. Itupun saya jalan habis slow, dan suami yang tolak trolley. Dan saya rasa cergas. Takkan nak terperap di rumah aje.

Day 10 saya keluar rumah lagi untuk check darah baby. Saya determine untuk tidak keluar rumah selepas itu. Kononnya nak ber'pantang' betul-betul lah. Saya memang tak buat kerja-kerja dapur atau rumah. Saya tak dapat pun nak lelap bila baby tidor. Ber-FB aje la saya.

Khamis 17hb, mertua balik. Maka tinggallah kami berlima. Esoknya, saya dah masak, dan mula buat kerja rumah sikit-sikit. So, boleh dikatakan, 'berpantang' saya dah over. Walaupun saya masih berstokin dan berbengkung.

Hari ke 17, mama saya sampai. Dan saya dah start buat laundry dan masak, takkan saya nak rest pulak. Saya ingat nak skip terus berurut dan bertungku, tapi mama insisted, dan makcik saya rekomenkan tukang urut; nak tak nak saya pun akur. Itu pun dah hari yang ke 24 kut. Saya ambil 'package' 5 hari. Hari pertama dan kedua, rasa macam nak demam. Saya assumed sebab kena detox dalam proses berurut tu kut. Dan saya drive pada hari ke 25.

Cukup 1 bulan, saya balik kampung di Besut. Sepupu saya 'terkejut' saya dah keluar rumah sebelum tamat tempoh 'pantang'.

Ntah la, saya rasa macam tak puas hati pasal ber'pantang' ni. Fed-up bila orang asyik duk kata, "Ehhhhh....tak abis pantang, dah keluar rumah...."

Zaman dulu or sekarang, mana yang ada family dekat-dekat,boleh la minta bantuan. Ada aje orang yang akan memasak dan buat kerja rumah; ada orang yang akan mengurut dan me-nungkukan. Mak just rehat & jaga baby.

Ye, memang ada baiknya berpantang, tetapi dalam zaman sekarang, susah rasanya nak 100% strict, follow-the-berpantang-rules. Yang saya betul-betul buat, tak minum air sejuk, berstokin, mandi air panas,berbengkung,tak ambil makanan sejuk. Even teh herba tu, saya betul-betul minum 5-6 mug/day masa 10 hari pertama, lepas tu dah minum air panas lain. Cemuih la weh!

Kira oklah kut, saya mix-kan Malay&Chinese styles of berpantang. Makan, 2 minggu yg pertama, kari 2-3 kali. So, Satu Malaysia lah kan??

Hah, tak cukup 44 hari, saya dah kena masuk office. Berpantang 44 hari is officially over. Tunggu perabih yang 100 hari pula.

Later lah!

4 comments:

Unknown said...

Orang kita ni, berpantang tu satu proses untuk mengembalikan kesihatan ibu sepenuhnya. Takut bentan dan apa2 lagilah kan kak. Yus pun dulu, lepas 2 minggu dah buat laundry semua, masak. Tapi keluar rumah, lepas 30 hari kot..hehe. Tapi yus rasa ada betulnya juga, suruh berpantang betul2 tu. Yelah, masa lepas Aqil dan Alia, yus masih rasa sihat sepenuhnya. Badan muda lagi kot. Tapi lepas Abid, dan kini peknen lagi, memang rasa lain kak. Badan ni dah banyak noo angin kot. Lemah jer segala tulang-tulang ni. Tapi Yus percaya, akak tahu apa yang akak buat, lagipun akak seorang doktor. Cuma biasalah, ckp2 orang ni...asal kita tahu diri kita, oklah kan.

Raimanda said...

Saya dah berlari naik turun tangga masa berpantang anak ke 6 lps seminggu bersalin. Beruntungnya org yg ada org jaga sepanjang tempoh pantang.

Unknown said...

Sy pulak lepas seminggu urus sendri..mandi baby, laundry mkn n minum, ulang alik klinik hr2 selama 2 minggu anak jaundice..untung owg ade mak lg.. harap kakak jela jage 1 minggu jage kite n husband pun cuti 1 minggu..kakak plk pastu dia kenela balik jage laki dia pas seminggu tu.. tawakal je pada Allah.. ckp hr ke 44..sy da berlari..lupe rahim x kuat lg..dok kejar kucing nk memanjut dlm rumah..hnmn

Raimanda said...

Rezeki masing2 kan.. apa2 dugaan dan cabaran membuatkan kita kuat kemudian hari. Cuma badan je la entah kuat ke tak sebab xberapa berpantang. Rajin2 la makan jamu.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :