Sunday, 3 September 2006

Return of the 'prodigal' daughter

Proses akhir perpindahan negara bagi kami sekeluarga bermula awal Ogos 2006. Sepanjang bulan hingga ke 30 hb, masa kami banyak diluangkan untuk packing barang. Tapi sempat juga ke Legoland sekali lagi, pada 14hb.

Nightmare pada hampir setiap orang yang nak kembali ke tanahair selepas tamat pengajian:
1) Barang-barang yang dah dipack dan dimasukkan ke dalam kotak, dirosakkan kotaknya oleh anak-anak yang masih kecil dan cetek ilmunya.
2) Hari sebelum angkat barang masuk ke kontena, masih belum habis mengemas barang-barang kecil
3) Hari angkat barang hujan lebat
4) Kontena lewat sampai ke depan rumah
5) Barang-barang tak muat kontena
6) Takde orang datang tolong angkat barang-barang

Semua tu berlaku pada kami kecuali no 6. Dugaan dariNya, untuk menyedarkan diri kami yang sering lalai ini. Tapi hikmah kelewatan kontena tiba, waktu angkat barang, cuaca cerah, mentari bersinar. Saya agak terkilan sebab barang-barang tak semuanya dapat masuk ke dalam kontena. Rasa seperti tidak langsai urusan saya di UK sebelum saya balik ke Malaysia. Petang 29 tu, hati saya sedih, bingung dan bercampur baur perasaan. Mujurlah ada kawan-kawan yang sudi memujuk saya. Yang lebih menyakitkan+menyedihkan kami ialah bila tuan rumah (yang berjiran dengan kami) memarahi kami dan menuduh barang-barang kami yang menyebabkan siling di ruangan depan crack. Saya cuba explain, tapi dia tak mahu mendengar. Saya yang time tu tengah emotional, cuba mengawal suara untuk tidak menjerit kat dia, sebab dia orang yang berumur. Saya blah. Malu juga, dia memarahi kami di depan kawan-kawan kami. Dan kami yang kepenatan, langsung tidak dihiraukan, hanya tau membebel aje pakcik tu. Sabar aje lah!

30hb, sepanjang hari kami mengemas dan membaiki mana kerosakkan yang telah kami lakukan sengaja atau tidak kat rumah tu. Suami saya berkerja keras dari pagi hingga ke dinahari tanpa berhenti untuk memastikan keadaan rumah tu dalam keadaan yang sebaik mungkin. (Tuan rumah sudah lupa yang keadaan rumah tu sebelum kami sewa, agak teruk sekali. Macam-macam kami baiki, sedikit pun tak minta bayaran dari dia.) Dinahari itu jugalah kami baru tersedar yang handfon suami saya tak tau di mana. Seingat saya Nabilah ada main pagi itu, mungkin dia termasukkan ke dalam plastik sampah yang dah dibuang. Atau kalau masih rezeki suami saya, mungkin saya telah masukkan bersama-sama dengan artikel journal dia ke dalam bag. Aduiii......tension betul!

Kami berkecil hati sebab tuan rumah treated us like dirt. Awal pagi, selepas solat Subuh, kami meninggalkan rumah itu. Kunci kami tinggalkan pada jiran untuk kembalikan pada tuan rumah.
Hati saya sedih dan serba salah. Terasa tindakan kami itu kurang ajar, tapi hati telah terguris. Alasan kami untuk blah gitu aje, kononnya saya telah dapat flight lebih awal. Kami lepak seketika di rumah kawan kami di bandar, sebelum bertolak ke Manchester Airport selepas zohor. Rancangan asal, nak minta bantuan kawan hantar kami ke airport, tapi bila dipikirkan semula, kami decided last minute untuk naik bus saja. Suami saya menghantar kami hingga ke Heathrow, naik plane bersama.

Setelah selesai urusan, jam 12 kami tiba kembali ke rumah kawan di bandar. Kelam kelibut memasukkan barang-barang last minute ke dalam luggage. Jiran dia menghantar kami ke stesyen bas, itu pun tersilap tempat awalnya. Jantung saya rasa macam nak pecah sebab berdebar-debar takut terlepas bas. Alhamdulillah, kiranya kami tiba dalam keadaan kelam kabut tu, bas masih belum sampai. Ingatkan semua akan berjalan lancar lah selepas itu. Tapi....
belum pun bas meninggalkan pekan Sheffield, Nabilah muntah. Habis baju baru dia terkena muntah. Nasib baik saya memang dah sediakan baju spare dalam hand luggage saya prepare kut dia muntah dalam plane. Makcik di sebelah saya pun hulurkan tissue untuk saya lap badan Nabilah. Bas tu pun ada toilet, so dapat la saya bersihkan badan anakanda dengan air. Dah settle semua, Nabilah tidur. Aman sekejap. Sejam perjalanan, bas tersangkut dalam jem. Hampir 20 minit tak bergerak. Aduiiii tension rasanya, sebab risau terlepas plane. Tapi mujurlah selepas tu perjalanan lancar je. Darwish pula restless dalam bas, kejap dia berdiri dekat ayah dia, kejap dia berdiri dekat saya. Tiba-tiba dia ajak ayah dia ke toilet, la nak melabor rupanya. Dalam bas! Bertuah betul, tadi sebelum berlepas tak nak melepas. Dan satu ketika, bus ter-break tiba-tiba, melantun Darwish ke depan, dan kepala dia terhantuk dengan lengan kerusi bas. Melalak la seround. Benjol dahi dia. Kesian dia.

Tiba di depot bas di Manchester City, phone berbunyi, ringtone macam phone saya. Saya minta suami saya jawabkan sebabkan ingatkan bunyi phone saya. Dia kata dia dah bagi kat saya. Saya check bag, takde. Gabra. Dah la XDA saya abis bateri, tapi syukurlah suami saya tergerak hati nak bawak handfon baru dia yang masih belum ada sim kad, dan dah charged sekejap. Jadi saya transfer la sim kad dari XDA ke HP suami, sim kad tu pulak takde saya pun nombor phone saya saved ke dalam nya. Nasib baik jugalah ada phone number jiran dalam poket saya, dapat la kami contact kawan tadi. Rupa-rupanya phone saya tersorok tepi katil di rumah kawan yang kami tumpang pagi tu. Kira dah selamat la phone saya, tak hilang.

Tiba di Manchester Airport, kira on time la. Dari tempat bus berhenti ke terminal 3 agak jauh juga perjalanannya. Tiba di kaunter check in, queue panjang , tapi hanya satu aje counter dibuka untuk penumpang kelas ekonomi, yang satu lagi khas untuk business/1st class (tahu pun sebab sorang makcik omputeh ni kena bebel oleh akak belakang counter tu). Saya gabra lagi, takut lewat check in, terlepas plane. Mujurlah lepas tu deme bukak lagi 2 counter, so proses check in laju la sket. Mula-mula encik belakang counter tu kata baggage saya kena ambil di Heathrow dan di recheck-in kat sana, 2 minit kemudian, dia kata boleh terus ke KLIA. Lega. Proses check in selesai dalam beberapa minit. Hand luggage kami diukur sizenya mengikut peraturan security baru yang melanda airport UK baru-baru ni. Nak masuk ke departure gate pun, ada berberapa halangan. Kawan saya di bandar ada preparekan sedikit makanan untuk anak-anak saya. Saya pun bertanya la pada encik security guard yang ada apa yang boleh masuk apa yang tak. Rupanya solid food boleh masuk, tapi air tak leh. Sebab ada strawberry dan chocolate milk dalam plastik bag bekal tu, saya suruh Darwish dan Nabilah habiskan kat situ jugak, depan-depan encik security tu. Dia senyum aje tengok gelagat kami. Nasib la, dari membazirkan?

Depan pintu masuk departure hall tu, ada satu security station lagi; kena tunjuk boarding pass. Dan juga gambar kami di ambil. Siap suruh tengok kat kamera. Semua muka kami anak beranak ada dalam komputer dorang. Next station, security yang ada Xray machine tu, laptop, hand luggage, kasut semua kena letak masuk Xray. Kasut anak-anak pun kena Xray jugak. Saya terlupa yang dalam beg saya tu, ada sedikit lagi susu Nabilah yang saya lupa buang. Lepas aje kami. Nasib baik dorang suruh saya nyuyut susu tu depan dorang. Tiba di gate, molek-molek time untuk naik plane. Sebab naik plane yang ala-ala AirAsia, makanan dan minuman kena beli. Untuk diamkan anak-anak saya belikan la crisp dan air. Nabilah punya la 'syiok' minum air, abis tumpah atas baju dan seluar dia. Lenjun. Dah tu, dia sempat plak tu melabor. Nasib dah nak landing kat Heathrow. Masa mula-mula naik ke udara tu, Nabilah menjerit-jerit mintak plane tu stop. Satu plane boleh dengar suara dia kut. Nak gelak pun ada, malu pun ada.

Tiba di Heathrow, anak-anak buat perangai, sampai terbaring-baring kat laluan. Baju Nabilah yang basah tu terpaksa ditukar. Sebab dah guna baju spare dia, terpaksa pakai baju dan seluar abang dia. Nasib baik besar sikit aje. Sebesar-besar terminal 1 tu, tak nampak pun kami signboard prayer room. Mungkin ada kat central terminal kut. Jadiknya kami solat di kawasan mengarah ke international departure hall yang tak ramai orang. Tiba di pintu masuk departure hall, hati saya sedih sebab terpaksa berpisah dengan suami tercinta untuk beberapa minggu. Demi untuk dia bereskan thesis dia, dan saya perlu settlekan urusan saya dengan JPA, kami bersetuju untuk berjauhan seketika. Selepas adegan hug-hug-kiss-kiss, saya dan 2 anak melangkah menuju ke Terminal 3. Sedih saya bila Darwish kata 'I want Ayah to be here with me', walaupun kami dah explain sejak 3 minggu lepas yang ayah tak balik bersama kali ni. Shuttle bus membawa kami ke Terminal 3, Darwish asyik bertanya 'Where are all the people?', dia ingatkan ramai la akan masuk ke dalam bus ni.

Di Terminal 3, kaunter check-in MAS takde orang beratur. Jadi kejap aje la proses check-in kami. Wah besar jugak terminal ni. Ramai orang. Saya jangka anak-anak saya mungkin sedang lapar, dan akan membuat perangai, saya belikan crisp, buku activity dan krayon. Kemudian saya masuk pharmacy untuk beli ubat hayfever, yang saya plan nak masukkan sedikit dalam minuman mereka dalam flight nanti, supaya mereka senang tidur. Kamera instant pun saya beli sebab ada offer buy one get one free, dapat la tangkap gambar kenangan terminal 3 Heathrow Airport. Tshirt dorang pun saya beli, in case Nabilah muntah lagi.

Sebab ada children bawah 6 tahun, kami dapat masuk awal ke dalam plane. Nabilah dah nampak mengantuk, dan mula resah nak tidur. Darwish pula sibuk nak main game kat screen entertainment tu. Jenuh saya explain kat dia, selagi tak terbang selagi tu la tak start. Nabilah, saya gosok-gosok dia, dan lena dia masa tayar plane tu masih di Heathrow. Bila di awangan, baru la screen tu activated, tapi yang di seat Darwish rosak pulak. Kena la tukar seat dengan adik dia. Saya di tengah. Headphone yang Darwish dapat pun rosak. Ok aje dorang bila mintak ditukar. Darwish excited terlebih, kejap-kejap nak tengok Ice Age 2, jap tu nak main games plak, marah dia sebab tak reti main. Akhirnya dia tengok Over the Hedge. Makan malam diberi, nasi dan ayam untuk saya tu ada rasa. Tapi untuk Darwish, children's meal, pasta masak dengan sauce putih, yang takde rasa apa. Dia hanya makan ayam sedikit tu je. Saya rasa dia dah mula mengantuk dan letih. Lepas makan, lampu dipadamkan. Darwish terkebil-kebil dok dengar suara Bruce Willis, rackoon dalam cerita tu. Saya ke toilet untuk wuduk. Bila saya balik ke seat, dua-dua anakanda di alam mimpi. Lepas solat saya cuba tidur, tapi tak boleh. So saya layan MI 3, pastu hilang mood. Then saya layan cerita Bujang Senang, lakonan Apek. Ok la cerita tu. Not bad. Lepas tu baru la saya pun lena. Nabilah 2 kali minta susu, apa lagi, saya mintak kat akak-abang air host ler. Saya terjaga selepas 4 jam tidur, dan mula layan pikiran. Kepala saya masih runsing pikirkan darihal tuan rumah tu, dan saya bercadang untuk menulis surat kat dia, untuk membuang yang keruh. Saya sempat juga layan movie ke 2, Over the Hegde, best jugak citer ni.

2 jam sebelum mendarat, kami dijamu semula. Kali ni makanannya below standard MAS yang saya kenal sejak 12 tahun yang lalu. Even makanan untuk children pun ntah hapa-hapa. Anak-anak saya hanya makan buah, itu pun honeydew aje, dan 2 sudu yoghurt. 10 minit sebelum mendarat, Nabilah tumpahkan orange juice kat seluar dia. Basah kuyup. Itu la perangai 2 years old, semuanya nak buat sendiri! Dah takde spare. Jadiknya dia turun dari plane, hanya berbaju dan pampers aje.

Hati saya bila tayar kapal menjejaki KLIA, hambar. Tak looking forward untuk balik kali ini. Rasa macam saya akan stuck di sini selamanya aje. Mungkin saya keletihan. Mungkin juga saya terkilan tinggalkan UK dengan urusan yang tak selesai. Anak-anak buat perangai dengan terbaring di lantai KLIA tu. Sabar aje la. Urusan ambil barang selesai dengan senang. Nasib baik la trollley di KLIA ni besar dari yang di Manchester Airport, jadi 2 beg, 1 kotak, 1 pushchair dan 2 carseats serta 2 orang budak semua yang dapat letak dan tolak dengan trolley. Tiba di exit, tak nampak mama saya. Saya jangka mungkin mereka dalam perjalanan. So saya ke kedai bunga cari sim kad, tapi tak jadi beli. Sedang dok bagi warning kat Darwish jangan dok main toys kat kedai tu, terdengar suara mama. Saya berpaling, dan di saat ini rasa hati saya yang gundah gelana itu hilang begitu saja. Peluk cium kami, dan menuju ke rumah parents saya di Kelana Jaya.

Itu la adventure saya bulan Ogos 2006.

Tarikh 31 Ogos adalah tarikh keramat, sebab pada 31 Ogos 1994, saya melangkah meninggalkan Malaysia menuju ke Australia untuk mengejar cita-cita. Dan 31 Ogos 2006 juga menjadi detik saya kembali ke Malaysia, ke pangkuan keluarga, mungkin untuk selamanya.

Semasa saya tiba ke bumi UK April 2002, hanya saya dan Darwish. Suami saya sudah berada di sana.
Semasa saya tinggalkan bumi UK Ogos 2006, hanya saya, Darwish dan Nabilah. Suami saya masih ada perjuangan yang belum selesai.

Inilah kisah saya kali ni.
Maaf panjang berjela entry kali ini.

NB: 29 hb baru-baru ni, saya mendapat seorang lagi anak saudara, lelaki. Amirul Aiman bin Zulkornain. Anak adik no2 saya.

Dan saya sekeluarga ingin ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada
-Puan Ros dan Encik Kamirul yang berada di sisi kami sepanjang hari mengangkat barang, dan juga menumpangkan kami untuk seketika sebelum kami ke Manchester Airport.
-Puan Anita dan Encik Raeidzall yang banyak membantu kami di hari-hari terakhir saya di Sheffield
-Jiran-jiran kami Puan Shakina dan Encik Syukri, Puan Yus dan Encik Din; Dr Zura dan Encik Azam kerabat USM di bandar Sheffield serta rakan-rakan yang telah memudahkan proses mengangkat barang tempoh hari.
Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik tuan puan sekalian. Doa saya agar kalian berjaya dalam mengejar cita-cita. Semoga kita akan bersua lagi di bumi Malaysia.

Semoga kepulangan kami ini akan memberi sinar baru dalam hidup kami.
Amin Ya Rabal'amin.

15 comments:

KAMATO said...

Dr, Selamat kembali ke tanah air, sesungguhnya negara kita ini amat memerlukan insan2 seperti dr.

yus said...

Kak....

Yus doakan semoga semuanya berjalan lancar di Malaysia. Aqil pun asyik sebut Darwish. Konon nak kerumah akak tu nak jumpa Darwish.

Kenangan kita bersama selama di sini akan sentiasa berada dalam ingatan.

Syikin said...

Salam,

selamat kembali Dr. :D

sepanjang saya baca entri ni mmg dpt merasakan apa yang dr. rasa, mendebarkan sungguh.
Part paling sedih terpaksa berpisah sementara dngn suami..kalau saya pun, waaaa..

hmm..elok cadangan dr. nak tulis surat pd ex tuan rmh tu, buang yang keruhkan..

so, lepas ni dr. duduk mana pula?

sian kat anak2 dr. ya, sbb kehilangan kawan2 baik begitu juga ngan Dr. n suami.

Zakiah said...

selamat kembali...

banyak betul dugaan nak balik msia yer. Asam garam duduk oversea cam gitulah...alhamdulillah semua selamat...

saya pulak nak naik plane 2 minggu lagi dengan anak...husband pun tak ikut skali. Adei...nak letak ubay hayfever gak boleh ker?? hihih

FaEzHussain said...

Tuan Kamato,
Selamat selamat...tapi hati tak ceria lagi...byk urusan belum selesai di UK dan di sini.

Puan Yus,
Sedih....mcm kita berbicara di malam terakhir tu, hati saya sudah mula merasa tension....kalau tak duk sini, nak duk mana...homeless ni...

Puan Syikin,
Surat ke tuan rumah tu dah suami saya postkan, saya tulis dlm email ke suami. Sedih, sebab berjauhan dgn dia.
Rasa macam-macam hal tak terurus.

Puan Zakiah,
Saya tak bg pun ubat hayfever tu sebab dorang tidor dengan sendiri nya. kalau flight balik ke malaysia tu malam, insyaAllah dorang akan tidor...kalau siang, kena la pepandai control heheh

simah said...

salam
selamat kembali ke tanah air Faezz.. selamat membina kehidupan di tanah air sendiri.. bestnya...sabar la yea bab bab rindu kat hubby yea

kasutVINCCI said...

alhamdulillah. Walau pun sukar, akak dpt tempuhi jua. Moga segalanya berubah menjadi lebih veria. Nanti akak akan seronok ditanah air sendiri.;)

PB said...

mcm mana nak contact Dr Faez.
Boleh dptkan no hp ker?

blackpurple said...

Sirih pulang ke gagang..
Selamat kembali Dr Faez...

Sungguh terperinci cerita ini... :-)

sya said...

Selamat kembali Faez ke tanah air. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar, 3-4 minggu lagi suami akan kembali bersama. Sabar dan tawakallah.

NBK466 said...

i. Tuh ler beza org bujang & org dah family balik obersea. Sampai tak muat kontena. Den dulu tong2 kontena dgn beberapa budak2 bujang nan lain. Bawak balik kete kot???
ii. Maybe buleh joint club 'merindui Sheffiled' den nanti..he..he..he..
iii. MAS kan kena 'cos saving' skg..he.he.he..

mizzwanda said...

wah!pjn entry kali nih setelah lama tak berbloggin.heh..pueh den baca..nway..all d best k!..nanti bila keja mana citer la eh..hehe

Izhal said...

budak2 rosakkan kotak memang sakit hati... landlord UK jahat neee... dia tak sedar ke kita ni customer...

"Hati saya bila tayar kapal menjejaki KLIA, hambar. Tak looking forward untuk balik kali ini. Rasa macam saya akan stuck di sini selamanya aje."[dr. faez]

puan doktor, bagi prescription kat saya... saya pun rasa macam ni laa...

kalaule saya belajar di sheffield, sudah pasti tuan raeidzall, puan yus and family2 sana banyak membantu kami juga neee...


akhir sekali saya aminkan saja doa doktor :) AMIN yarabbal al-amin :)

sarahjiha said...

Faez..
Akak pun akan balik akhir september ni..tapi kami sekeluarga looking foward nak balik ni...sedih jugak pun ada..

Ayat pun kelam kabut sama macam kelam kabutnya rumah kami sekarang ni...landlord pun dah komplin itu dan ini..kes nak potong deposit la tuuu..

Semuga perjalan pulang kami sekeluarga lancar hendaknya...amin...

marlinabaharom said...

selamat pulang ke mesia... fuh! banyaknya dugaan waktu nak balik!!

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :