Thursday, 28 September 2006

Hidup Baru 2

Saya dah nak masuk sebulan kembali ke tanahair. Nampak gayanya, everything is going into the right places. Alhamdulillah.

Minggu ni saya busy berulang alik ke Kota Bharu. Hari Isnin lepas, terbang menaiki pesawat murahan di terminal pesawat murahan di Sepang. Saya naik bus langit dari KL Central, rasanya duduk di Malaysia, tapi dalam bas tu punya la ramai orang seberang. Terconfuse sket dalam bus tu saya di mana... :D

Agak besar jugak ye terminal pesawat murahan tu.
Dan macam biasa lah, dah murah-murah tu, kena check in awal; tapi terbang tak semestinya on time. Saya terpaksa telefon pejabat dekan, mintak lewatkan appointment.

Time terbang tu ok lah. Tapi saya bengang betul la, sikap Boleh-land citizen yang degil. Air crews dah bagitau, jangan on mobile phone hingga masuk terminal. Tapi, disebabkan kebebalan yang amat tebal, elok aje plane landed, terus on phone. Ala jangan nak eksyen la, kalau model telefon 2-3 tahun lepas. Aku punya phone lagi canggih dari kau!!. Geram saya! Bahasa apa lagi yang nak digunakan, simple plain BM and English pun tak nak paham! Tak terpikir ke dorang ni, keselamatan penumpang lain. Iye la, kang ada interference dengan wavelength pesawat baru tau. Bengang bengang. Naper la degil sangat! Berangan nak jadi negara maju, sikap perangai dunia ketiga kenalah turut berubah. Kedegilan berterusan, papan tanda tulis Jangan Buang Sampah di sini, kat situ lah dilambakkan sampah bersepah-sepah. Patut ada signboard, Silalah buang sampah di sini, silakan silakan....sure kat situ bersih putih suci. Argghhh....

Oklah berbalik kepada story saya di KB. Saya ke USM. InsyaAllah kalau memang dah rezeki saya, dapat la saya panggilan interview untuk jawatan pensyarah pelatih dalam pathologi.

Malam tu saya tidur di rumah pakcik saya. Sayu rasa di hati sebab anak-anak tiada di sisi. Bapak anak-anak takde di sisi takpe lagi, bila anak-anak jauh, sunyi yang amat sangat. Tapi dapat la tidur gak akhirnya.

Esoknya, saya dan pakcik saya bersihkan rumah yang saya nak sewa tu. Adui, sakit pinggang den menyental lantai. Rumah usang, so banyak la rosak sana sini. Tapi yang meng-frustkan bila saya dapati tangki air rumah tu bocor. Bertitik-titik air dari siling ke lantai. Dah la semut banyak. Arghhh........sabar aje lah!

27hb saya kembali ke KL. Dari LCCT ke KLIA. Menanti dengan sabar ketibaan suami tercinta.
Sementara tu, dia kawasan exit dari balai ketibaan tu, ramai la representative dari hotel-hotel terkemuka. Tapi, adui nya, yang memalukan, terjerit-jerit panggil nama orang di tunggu. Hellooooo, tak payah jerit-jerit macam kat pasar lah. Ini KLIA, jaga la image! Pegang name card berdiri diam-diam dah lah! Anyway yang paling best bila nampak suami saya menuju ke arah saya, rasa nak berlari-lari cam dalam citer Hindustan tu jek. Alhamdulillah semua selamat.

Anak-anak seronok dapat jumpa ayah mereka. Dan mula la buat perangai mengada-ngada masing-masing.

Jumaat ni saya dan suami akan ke KB semula. Kontena kami sampai hari tu. Jadi nak kena ada di rumah sewa tu menantikan ketibaan barang-barang kami. Airport Pengkalan Chepa tu, 5 minit aje dari rumah sewa kami. Pasar, hypermarket dan segala macam kedai dekat. Surau belakang rumah. Saya suka kawasan tu, tapi yang drawback, rumah tu la, usang benor. Takpe la kan, slow slow la kan?

Orite. Alhamdulillah......Ramadhan ni rasa amat meriah sekali sebab dapat berbuka, bersahur dengan semua adik beradik ipar duai, mama papa. Dan Ramadhan ini juga, saya doakan agar kehidupan baru kami akan mendapat keredhaanNya. Amin....

Selamat menunaikan fardu Ramadhan. Jangan asyik nak beraya aje, walaupun baru puasa 4 hari supermarket dah pasang lagu raya.....

Later.....

5 comments:

PB said...

salam ramadhan buat Dr dan keluarga..

Alhamdulillah Kak PB dah jumpa dah dgn sepupu Kak PB yang pernah Kak PB katakan hilang dahulu.
Dia skrg masih berada di UK dan tak silap sedang bekerja disana.
Anak pun dah ada seorang.
Katanya lagi, insyaallah 2010 dia akan pulang ke KB dan bekerja di HUSM jugak (dia dpt offer buat Master under biasiswa HUSM Kubang Kerian).

Kak PB doakan agar segala urusan perpindahan dan pembersihan rumah akan berjalan lancar. Koho koho orghe tuo kato..

Taman Mesra, hmm..kenal sgt lah kawasan tu sebab dulu Kak PB pernah duduk di Tmn Pdg Tembak.
Area tu ok sebab bank bsn ada, pejabat pos dekat, sekolah pun dekat.

Btw, Hubby Dr pun orghe Klate jugok ker?

Raiedzall said...

waa... selonotnya balik kampung... :)

NBK466 said...

Doc Faez...maybe doc belum adjust semula dgn perangai2 org2 kita..

Cik abe balik for good ker balik sekejap?

Barang yg I kirim dari 'kammpung halaman' kita ari tuh you tak hantar lagi ker kat I?? he..he.he..

mizzwanda said...

wahh bz sesangat no duk tgk..heh takpa2 slow2 lah kan nak kemas umah tuh..wokess tc

sya said...

Alhamdullilah... akhirnya semua falls into places kat Faez kan? Semua penat lelah berpindah akhirnya terubat jugak.. Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :