Sunday, 10 June 2007

Bermula la sudah......

Bismillah.....
Assalamualaikum....
Saya kini bergelar pelajar pasca ijazah, jurusan Sarjana Patologi. atau pun, bila diEnglishkannya, I'm now a post graduate student in Master of Pathology.
Pendaftaran pada 4 Jun, yang agak kelam kabut. 2 hari orentasi (banyak sessi dipontengkan dengan secara sengaja dan tidak sengaja....). Dan, lectures pada sepanjang hari Rabu, yang menyebabkan, bila saya balik ke rumah, saya terpaksa lelapkan mata untuk merehatkan otak saya yang terlalu tepu dengan ilmu mikrobiologi.
Minggu ini, minggu ke 2. Kami sudah mula masuk ke makmal. Bench-partner saya yang agak cool. Dan saya telah minta dia bantu saya menggunakan teknik study group, yang saya jarang/hampir tak wujud semasa saya undergrad dahulu.
Ada lagi 6 minggu untuk pulun.
Lepas tu exam.
Lepas tu cuti.
Kemudian ke jabatan lain pula. Begitulah seterusnya sehingga Mei depan.
Lain pula rasanya, kembali belajar di kalangan orang-orang kita. Ada bezanya. Lain pula rasanya berada di universiti tempatan. Apa-apa pun pendapat saya, biarlah saya simpan sendiri. Yang penting, saya kena usaha lebih tekun, saya kena buktikan kepada pelbagai pihak. Dan saya harus pikul amanah ini.
Saya berharap mendapat keredhaan dan understanding dari suami saya dalam perjuangan saya ini. Berat rasanya bahu saya sekarang ini, tak terpikul saya andai tiada sokongan lain.
PS: Gangguan sedetik dua dari anak-anak juga turut menceriakan waktu belajar saya......kurang-kurang ada suara kecil yang mengejutkan saya dari terlena membaca tentang bakteria....
Later.....

2 comments:

NBK466 said...

Best of luck on your new study.... kirim salam kat bakteria2 itew semula..he..he..he..

Kaklong said...

salam,

tahniah Dr...kena kuat semangat dan cekal ya. sib baik anak2 dah besar (tak de yg berdukung lagikan), taklah renyah sangat.

betul, buktikan anda yg terbaik.

saya ni duk tunggu konvokesyen bulan ogos ni rasanya

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :