Saturday, 19 May 2007

Bulan Mei ini

Assalamualaikum...
Memula terima kasih kepada yang masih sudi menjengok ke blog saya yang sentiasa bersawang ni.... :D
Bulan Mei ni, selain daripada tugas-tugas harian di jabatan, mama dan adik no4 saya balik 'bercuti' di sini selama 5 hari. Terima kasih kepada kapal yang boleh terbang yang menyediakan tiket-tiket murah. Boleh jugak mama saya datang ziarah kami di sini.....
Saya baru nak masuk 6 bulan bermastautin di Kota Bharu ni. Adakalanya, saya rasa macam KB dan KL terpisah jauh. Rasa cam, semuanya happening di KL. Macam pesta buku antarabangsa, pameran makanan/produk halal, sales itu ini, kedai buku medic pun byk di sana dan etc etc. Ada time-time rasa cam nak datang kerja je di sini, tapi rumah semua di KL. Kalau ada power terbang cam Superman atau tikar terbang cam Laksamana DoReMi, boleh la buat gitu.
Kami baru nak settling down, tetiba tuan rumah kata anaknya nak balik duduk kat rumah yang kami sewa ni. Apa lagi blood temperature went up a little. Ada rasa frust jugak. Baru ingat nak offer beli rumah ni. Kami dah baiki itu ini, bila bagitau pakcik tu, dia buat deq je, sewa rumah tak ditolaknya. Bengang pun ada. Hari tu bila ada budak datang nak potong rumput kat rumah ni, saya pun arahkan suh tebang/cantas mana-mana pokok/dahan-dahan berjuntai tu. Mungkin disebabkan nak lepaskan geram kut. Minta landlord tolong carikan orang trimkan pokok2 kat laman rumah ni, dia dismiss aje permintaanku itu. Nah sekarang amik ko!
Macam marah aje kan?
Tengah bersabar banyak-banyak ni...internet ke komputer yang lembab, nak download file pun lama bebenor nak kena tunggu. File abstract paper untuk dijadikan power point presentation. Jadik co-writer ni, tak le serajin kalau jadi main writer (presentation minggu depan kat International Health and Medical Congress di HUSM). Tapi disebabkan si main writer (yang juga sibuk dengan exam IELTS), jiwanya sensitif, risau gak kut dia merajuk kat opis esok. Nak buat camno, den pun busy giler minggu lepas.
Takkan nak gi KB Mall lagi hari ni....arghhh asyik-asyik gi situ je.
Naper payah bnor nak download niii....
Maaf entry ni agak kosong.....takde isi yang concrete...tapi sekadar luahan hati di pagi Sabtu yang hening.....(orang lain semua masih membuta)
Mission sekarang....
1) Nak siapkan powerpoint tu kalau dapat download abstract (harapan tipis, until sekarang masih sangkut proses downloading nya!)
2) Nak siapkan breakfast....kalau rajin, kalau tak, pergi pasar Cabang 3 tu, beli aje
3) Nak kena sidai kain
Mission masa terdekat....
Nak beli rumah.....nak beli rumah.....
Nak beli rumah.....nak beli rumah.....
Duit tak ada....
Tapi hati ingin beli rumah....
Apa daya ku....o o o hampa.....
Minta pada mama
Minta pada bank...
Aku malu..........(bilangan slip gaji tak cukup lagi untuk dapatkan pinjaman)
Later..

4 comments:

All Blog Spots said...

nice blog

ZLAA said...

Salam. I pernah stay KL, then Pantai Timur then Utara. Macam you kata KL happening. I rasa kosong je tinggal di Pantai Timur, di Utara even though my hometown di Utara. At last, we decide to go back to KL. Dan betapa leganya kami dapat kembali tinggal di KL.

NBK466 said...

Beli umah kat KB ker? Murah kot rumah/tanah kat sana? Sebulan dua lagi cukup ler kot slip gajinyer tuh..

Marvy Chef said...

tanah/rumah kat KB masih murah. i'm from KB. pernah keja KL. KL mmg happening (terutama for shopping, tp tak suka traffic jam,hehe) tp i like KB lagi dari segi overall environment yg tenang.

Skrg i keja kat kuching. oh betapa bosan tak terkata duk kat sini. rela duk KB lagi walaupun KB tu ada yg rasa takde ape2. In fact, for me, KB lagi best dari kuching ni... Harga sebiji rumah biasa kat kuching ni boleh beli 3-4 buah rumah yg saiz sama kat KB.. Owh..nak balik duk KB...!!!!

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :