Sunday, 6 April 2008

Alasan Biasa: Busy.

Pejam celik pejam celik, dah sebulan dah saya duk di rumah sendiri. Cepat betul rasanya masa berlalu.

Rewind balik la apa yang berlaku sebulan yang lalu.

Pindah 29hb Februari 2008 bersamaan 22 Safar 1428. Tarikh keramat untuk tahun Masehi, sebab hanya setiap 4 tahun, baru akan disambut anniversary masuk rumah Pt 1048 ini. Tarikh keramat untuk bulan Islam sebab ianya ialah duapuluh dua haribulan dua (Safar bulan ke 2).

3 Mac, presentation seminar. Ala, budak-budak postgraduate, kena la sentiasa buat presentation kat seminar dengan kelas-mates. Takde mende pun, tapi tak tidor malam la buat slides power point. Ke ni saya dah cerita? Saje la rewind balik.

8 Mac, PRU ke 12. Undi saya? Rahsia. Tapi syiok la tengok bendera-bendera, poster-poster berkibaran kat bandaraya KB ni.

9 Mac, mata pedih, sebab tidor lewat, bangkit awal, semua pasal tunggu keputusan pilihanraya. Orang-orang di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sure hari tu, gi kerja separuh sedar. Iye la, kami kat negeri-negeri ni, kerja hari Ahad.

Weekend 15hb, member baik kami di Sheffield, datang ziarah kami. Hubby, tak tidor hingga jam 3 pagi kerana kemaskan ruang tamu rumah (maklum la,lepas pindah tak sempat nak kemaskan semuanya, kerana sibuk dengan perkara-perkara di atas). 16hb, tengok Raja Lawak Astro finale. Dah tau siapa menang...."lu pikir la sendiri..." Darwish pun kenal semua finalists dalam tu. Nabil-ah pula marah bila dipanggil dia Nabil, katanya "Nabil tu yang dlm TV tu, dia NabiLAH!"

Minggu seterusnya, busy sebab nak exam end-posting. Ad-hoc mock practical exam hari Rabu 19hb tu. Gabra la, manyak mende tak cover lagi. Dan juga, sudden change of plan, end posting exam patutnya 3 April, ubah ke 27 Mac. Ouchhh!!

19hb, belasah je, jawab je apa yang rasa betul. Dapat la 8/14. Kira lulus la tu kan, kalau ikut percentage.

23-26hb, revision. Discuss banyak topik dari penyakit di lungs, payu dara, TB itu ini bla bla. Sampai saya demam 26hb tu. Overdose study. Maklum la, selama ni takde la study sebanyak tu. Capacity kepala over maximum kut, itu yang di-releasekan cytokine utk kasi demam. Suh bawak-bawak berehat. Itu theory saya yang tak berapa pandai ni.

27hb, exam day!!! 5minutes sebelum start exam, penjaga exam tu, bocorkan satu dari 3 soalan tu. Apa mondo nak dibaca dlm 5 minit tu. So, jadinya, soalan 1, ramai la boleh jawab. Soalan 2 dan 3, sebab tak tau camner , masing-masing terkial-kial nak jawab. Petangnya, practical. Saya dpt tau satu jawapan masa tengah exam tu. Inilah bila dah baik dengan orang kan?

Malam tu jugak, balik ke Kuala Kangsar. Cuti 4 hari sebab birthday Sultan Kelantan. Di KK, memang kerja saya, tidor, tidor tidor. Letih punya pasal.

1 April, back to work. Revision start. Malamnya isi form BE. Inilah 1st time dalam hidup isi form BE. Banyak la salah dan silapnya. Takpe la, sebab nak isi online nanti. Salah kat form pun takpe kut.

3hb, balik Kampung Laklok, di Besut. Tengok rumah papa yang dah hampir 2 bulan tak dijengok, hingga makcik pun perli,"ingatkan dah naik rumah baru, tak nak balik kampung dah" Terpaksa la explain dari A to Z.

6hb, dapat tau dari Head Depart. Microbiology, soalan exam final (bulan 5 ni) untuk Micro, tersangat la susahnya. Ouch ouch makin sakit kepala den!


Lepas ni saya lambat sket kut nak update blog ni, sampai abis exam.
Yang nak tengok grupe 'villa titanic pecah', nanti saya akan uploadkan gambar, insyaAllah.


Laterlah...
Doakan saya lulus Peperiksaan Ikhtisas I Sarjana Patologi pada 15-14 Mei ni. Aminnn.....


6 comments:

misazlissa said...

salam perkenalan
gud luck for your exam

adam brown said...

Hi again, see tthis is the site i told you i signed up to. It has some nice information about how to make money using OPP, i think you might find it interesting. here it is. bye!

NBK466 said...

Baiknyer penjaga EXAM tuh..naper tak dedahkan semua soklan lak? he..he.he..

Ku Keng said...

Dah baca surah al baqarah tak di rumah baru?

Ajzie said...

Dr. Faezzz..

Salam.. lama saya tak kemari.
Glück for ur exam..

Moga berjaya.......


salam
ajzie

shopaholics said...

selamat la kak faez...!!!!.jgn minum kopi byk sangat......

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :