Thursday, 25 September 2008

25 Ramadan 1429



Sedikit hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. 
Sedihnya.
Tapi, tertanya hati ini, sempurnakah ibadat Ramadhanku tahun ini?
Allah hu akhbar......
Jiwa yang lalai ini sering terlupa......


Saya agak sibuk dalam bulan September ni.
Begitu juga kawan-kawan di pejabat.
Yang seniors, sibuk dengan menyiapkan thesis masing-masing.
Yang juniors (kami ber3) sibuk dengan oncalls.
Nampak semuanya serabut...bersabut...dan menyabut.....wahahaha.....

Projek selepas balik dari cuti raya:
1) On callsx2 
2) Postcallsx2
3) Untuk menyiapkan research proposal, yang perlu dibentangkan 30hb Oktober.
4) Dan yang baru dapat tahu, ujian Bahasa Malaysia 22hb Oktober....!!!!!

Harap dapat bernafas dalam kesesakan tugasan di pejabat!

Akhir kata,
Selamat menyambut Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Semoga Syawal 1429 adalah bulan bahagia untuk semua....

Aminnnnn......

Laterlah......


Friday, 19 September 2008

19 Ramadhan 1429



Kemaskini jam 937pagi.

Anak-anak telah bangun. Deme dah melukis kad birthday.








Entry asal:

Haru betul.  Beriya-iyalah saya ini menaip entry darihal majlis berbuka puasa di kampung pada minggu lepas.  Tetapi disebabkan kesilapan teknikal, habis semua entry hilang.  Sabar sahajalah!  Untuk mengubat hati yang geram, biarlah saya tunjukkan dua gambar antara pokok-pokok  di sekeliling rumah saya ini.  Sabar, sabar.






Yang merah itu cili
Yang putih itu susu
Happy birthday to me
Semoga tenang selalu

Aminnnn............


Laterlah!  


Wednesday, 17 September 2008

Lagi...

Have this burning urge of writing on this wonderful wonderful morning.  So here is my second posting for today.

So much for trying to improve my BM writing skill.  But it was an attempt right?  I'll do it again, in the next and the next postings, InsyaAllah.

What I wanted to blog out is, the story behind the Sudirman's song that I've placed in my bunyi-bunyian box.  It was the first raya song I heard on the radio, for one raya season.  That was  back in 1993/94 during my matrix 1 (stop calculating my age hahha).  It was around early hours in the morning, about 1 or 2 o'clock.  Guess what happened?  I burst into tears.  Sloppy sobbing me.  I was only  in Kulim at that time.  The next incident, I played this song, during raya season in 1996/97, I was spending my summer in Hobart, Tasmania.  I didn't go back to Malaysia that summer holiday.  Again, I bursted into tears.  So, in short, I have a soft spot for this song.

As a conclusion, I prefer listening to the old raya songs sang by the original artistes.  I  have difficulties, accepting the new raya songs.  What about you?


English tak pandai, BM ntah ke mana? (Saya lah tu)
Duhhhh.......


Laterlah......


17 Ramadhan 1429

Pada awal pagi 17 Ramadhan, bersamaan Nuzul Quran (cuti bagi negeri Kelantan, negeri-negeri lain saya tak pasti).  Bersempena dengan bulan yang mulia ini, banyak-banyaklah membaca ayat-ayat suci Al Quran (peringatan kepada diri sendiri juga).  Merata-rata tempat di sekitar bandar di negeri bulan terang ini, banyak kain rentang, tertulis dengan jelas dan nyata, "Banyakkanlah Bersedekah", "Banyakkanlah Membaca Al Quran" dan sebagainya.  Begitulah yang terpampang di sekeliling saya, moga-moga dengan peringatan itu, akan menggerakkan saya untuk melaksanakannya.

Pada pagi 17 Ramadhan ini juga, udara segar di persekitaran rumah.  Burung-burung berkicauan, kedengaran suara-suara binatang ternakan dari jauh dan dekat, memecah keheningan pagi.  Tertanya-tanya juga saya, bilakah saatnya, 'udara di sekeliling akan menjadi lebih segar, dan langit menjadi lebih cerah' selepas berlalunya 16 Ramadhan?

Lagi dua hari, saya akan berkurangan usia.  Selalunya orang mengatakan bertambah usia.  Dari segi angka, sememangnya akan meningkat nombornya.  Tapi kalau dari segi logik (buah fikiran saya sendiri, tanpa dipengaruhi oleh pendapat orang lain), sebenarnya usia kita semakin berkurang setiap tahun.  Ajal kita telah ditentukan sejak azali.  Jika tertulis, saat roh terpisah dari jasad, tidak dilewatkan walau sesaat pun.  Contohnya, menggunakan kiraan matematik, sudah tertulis ajal itu pada umur 50 tahun, dan umur ketika waktu ini adalah 34, jadi 50-34 ialah 16 tahun.  Sepanjang masa yang ada itu, sebaik-baiknya kita cuba perbaikkan amalan kita sebagai persediaan untuk kehidupan yang lebih kekal di akhirat sana.  Saya akui, tiada siapa yang tahu, bilakah Izrail akan menghampirinya, tapi yang penting adalah membuat persediaan.  Umpama menduduki peperiksaan tanpa membuat ulangkaji, pasti akan terkial-kial untuk menjawab, walaupun soalannya senang.

Saya sedang mengikuti kursus Bahasa Melayu di USM.  Ini adalah antara syarat untuk saya mengesahkan jawatan saya.  Memandangkan, sepanjang kelas Bahasa diadakan, saya hanya dapat hadir pada kelas sahaja,  kerana sibuk dengan tugas-tugas di pejabat.  Dengan menulis blog dalam bahasa Melayu 'standard', saya berharap saya dapat memperbaiki gaya penulisan dan penggunaan ayat serta nahu yang betul, sebagai persediaan untuk peperiksaan yang akan diadakan dalam bulan November atau Disember nanti.

Moga-moga Allah memberkati perjuangan kita ini.


Sekian untuk kali ini.
Wassalam.

Monday, 1 September 2008

1st Ramadhan 1429

Alhamdullillah. 

Ramadhan is back.  
I love this month of the year.
I am more relax and content when it comes to Ramadhan.  That is the beauty of this wonderful wonderful month.

I was born in Ramadhan. According to mama, my entrance into this temporary world is in the midst of azan Maghrib for iftar.
2nd of Ramadhan 1429, I'll turn 35 (according to Moslem calender if I'm not calculating wrongly).
This mean, my years of being alive is shorten for a year.
Wallahu'alam.


Have a great Ramadhan. It's a month of blessing.
Life doesn't have to be limited just because you're berpuasa.


Later lah

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :