Sunday, 8 October 2006

Hidup baru 4

Hari ni saya ziarah mertua saya di Kuala Kangsar. Ini yang ada kesempatan berinternet.

Terima kasih atas comment2, tapi tak sempat nak balas kat slot komen, so saya jawab kat sini lah.

Org Sheffield, iyeee best jugak balik 'kampung' ni. Sabarlah giliran u all akan tiba.
Org Malaysia, saya dah mula adapting dengan keadaan semasa....
Mama Sarah, yes saya ada adik yg belajar di Assunta satu ketika dulu, nama Fazliza Diana.
Org German, sabar la ek.....
NBK466 nak handfruits kena datang amik di Pengkalan Chepa

Orang Japan yang dah balik Malaysia, selamat pulang ke tanahair ya incik....
DrNBB, insyaAllah jadi...tgh tunggu interview dari USM

Wokeh...ni nak story apa dah jadi kat kami sejak 'pindah' ke Pengkalan Chepa (PC)

Anak-anak saya seronok la akhirnya dapat 'our own home' walaupun menyewa. Namun untuk incik Darwish, dia nak rumah yang ada upstairs downstairs. Huk ala...nok buat guano, org tak beso rumah satu tingkat la katakan.

Sebab lantai rumah tu dah berkarat, walaupun disental dengan clorox, still tak hilang, kami pun lapik dengan tikar getah. Cari yang nampak kelas gitu, tapi murah je. Makcik saya pun 'tertipu' ingatkan flooring yang kayu-kayu tu lah...
Kotak-kotak dibuka sikit-sikit.
Furniture yang mana ada, dibuka sikit-sikit.
Kira rumah tu dah nampak macam rumah la.
Langsir beli kat bundle shop aje....jimat pitih aku....
Tapi.....
Dapur masih tak ready, hari-hari beli kat Pasar Ramadhan dekat pasar borong PC tu. Stove beli ingatkan dapat la sekali dengan getah dan kepala gas. Tak rupanya. Lusanya baru la beli alat-alat penyambung. TAPI tong gas tak beli lagi.... :D, kena gi beli kat kedai runcit rupanya....

Pastu, rumah ada banyak semut. Malam tadi katak masuk rumah. Terjerit-jerit la terdengar suara. And then banyak cicak, serangga-serangga terbang terutama sekali nyamuk. So 'orang UK' sorang tu, iaitu incik Darwish, bising-bising suh tutup pintu,tingkap tak nak bagi insects masuk. Inilah bila balik ni kena beradaptasi dengan makhluk-makhluk lain yang takde kat Sheffield tu. Hehe...

Ooo menjawab pertanyaan Syikin, bende yang paling ketara saya nampak di Kelantan tu, ni very specific ni saya cakap, ramai orang Kelate very daring di jalan raya. Naik motor tak pakai helmet, main belasah aje guna jalanraya di opposite direction. Kalau kereta plak, nak masuk kiri ke kanan ke takdak signal. Takut saya.....so betul la pesanan kawan saya hari tu, nanti kena belajar cara memandu style kelate.... Harap takde sapa terasa, maaf ye.

Hari ni balik ke Kuala Kangsar. Hubby nak ubat rindu pada mama abah. Saya pun seronok gak dapat balik ke sini. Jalanraya Timur Barat pun dah makin ok. Dari Gerik ke Kuale Kangsor straight jek jalan. Lancar, sampai langgar had kelajuan. (see kami dah adapting the daring skill!)

Petang ni, kalau dapat berbuka dengan murtabak Pak Mat Pendek yang poplar di Kuale ni, syiok gak.

Sekian update kali ni. Tengah tunggu streamyx masuk kat rumah di PC tu.

Selamat memperbanyakkan ibadat di penghujung Ramadhan ni.
Selamat membuat persiapan Eid Mubarak....

Later....

5 comments:

PB said...

wah..ni la hok nok start jeles nie...

buleh krijo n dok kota bharu..

tak polah, nok wak lagu mano, rezki kak pb tak dok lagi di situ..

apa apa pun, selamat berkhidmat di negeri che siti we' kem'be'

bowok kreto kota baru ni, keno ado tahap sabar hok paling maksima..kalu dok. jenuh make panadol..sebab sakit pa'lo sokmo...

NBK466 said...

Dr. Faez...yg daring2 bawak kete tuh bukan setakat di K'tan saja..dari utara sehingga selatan semenanjung jua begitu..maka get used to it tanpa anda sendiri terikut2 yek..

Nasib juga dapur lum ready masa time pose...senang banyak choice lauk pauk...

Mama Sarah said...

Haaaa betul pun! Kirim salam pada Fazliza. Entah ingat lagi ke tidak kat kita. anyhow, she used to be my 'seatmate' masa form 2 dulu. Miss those times. anyway, salam padanya nanti. kalau rajin, minta Faz email nisakzin@gmail.com. (k'ron)

hope you love working in Kelantan and hoping that your children will adapt with the environment dengan jayanya.

yus said...

salam kak,

Anak oversea sungguh darwish..hehe. takpe, lama2 nanti oklah tu. Aqil pun tak tahulah mcm mana nanti ekk...Alia lagilah. Kak, Aqil semenjak dua menjak ni ada gak sebut2 Darwish....teringatlah tu... Semoga semuanya berjalan lancar. Selamat Meneruskan Ibadah Puasa.

FaEzHussain said...

kak PB,
kito masih beradaptasi dan slowly adjusting dengan kelate. hubby pung doh mulo pick up a few kelate words eg siga,lembek...heheh

Tuan NBK446,
ye saya sgt bersetuju, sebab bila balik kuale pung, perangai org di jalan raya sama jek cam yg di kelate.

Puan Sarah,
InsyaAllah. Dia baru je abis pantang, and akan start keje 1 nov ni. ni email dia fazlizadiana@yahoo.com

Puan Yus,
Lahaii rindu kat u all. Darwish pun asyik ingat kat Aqil, kad dia nak bg Aqil pun tak post-post lagi. Darwish fav words skarang ni 'saya minang(menang) motor'(ckp style omputeh ckp melayu kekekek. don't worry la, kids cepat aje pick up.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :