Wednesday, 11 October 2006

Hidup baru 5

Last entry saya di Kuala Kangsar (Kuale). Entry kali ni saya di Kelana Jaya. 2-3 hari lepas keadaan agak kalut sikit.

Hari Ahad tu, kami balik kampung ke Kuale. Elok aje saya habis masukkan entry, orang kontena telefon hubby saya, suruh gi angkut barang yang dah sampai di Sungai Buloh itu jam juga. Lor....camno? Takkan nak angkut dengan kereta. Nak kena arrange lori lagi. Aduii....nasib baik line telefon kami dah tukar ke postpaid 013, so takde la nak risau-risau takde kredit ke apa ke. Telefon la saya ke sana sini, tanya pakcik saya hal urusan lori ni. Nasib baik sorang pakcik saya ni ada ramai contact, so jap aje dah dapat arrange.

Di sebabkan ada beberapa barang pesanan orang Kuale ada di PC, kami pun balik ke PC lepas sahur esoknya. Anak-anak kami tinggalkan di Kuale. Sampai PC tengahhari, pakcik lori tu pun sampai kat rumah kami waktu yang lebih kurang sama. Lepas angkut barang naik lori, kami rehat sekejap. Kiranya, kami bertolak lain-lain time; janji berjumpa di Sungai Buloh kalau tak bertembung di Kuale.

Lebih kurang 230 petang kami bertolak semula ke Kuale. Dari PC ke Machang ke Tanah Merah ke Jeli ke Gerik ke Kuale. Sepanjang perjalanan, saya duk perhatikan nama-nama kampung. Kalau di sebelah Kelate ni, nama-nama kampung memang sounds kelate. Kami dalam kereta saje mengatai duk tanya-tanya sama sendiri 'kampung chekok tu dipanggil 'Chekok' ke 'Ch e kok' dan 'Jeli' ke 'Jelly'. :D. Ada satu kampung di daerah Jeli, namanya Kampung Satan dan ada Sungai Satan. Mmm I just wonder, adakah sebutan dalam kelate jadik 'Kapong Sate' ke 'Kapong Sete'. Kalau 'sate' maksudnya santan atau satay lah. Kalau yang satu lagi sebutan ni, paham-paham aje la. Imagine lah, kalau orang luar bertanyakan orang kampung tu asal dari mana; dia sure kena jawab 'Aku asal Kampung Satan'. Isk...

Sampai Kuale, 730 camtu. Jam 930 barang sampai. Kami tidur, lepas sahur esoknya bertolak ke Sg Buloh. Jumpa pakcik lori di situ, then angkut barang dari kontena masuk lori. Singgah KJ tinggalkan barang-barang mama, kori berangkat ke Kelate. Saya dan hubby tidur sini malam tadi.

Oklah, boss dah panggil. Ajak balik Kuale dah.

Selamat berpuasa
Selamat berhari raya...

Later

7 comments:

NBK466 said...

Tak hongeh ker angkut mengangkut bulan2 pose nie???

Syikin said...

salam,

penatnyalah baca citer dr. ni, apatah lagi dr.kan? moga semuanya cepat beres.

lps ni, suami dr. apply keje kat PC gaklah?

MissMultazam said...

Akum..

Kak Faez,
Selamat Berhari Raya di rumah baru..semenjak hubby balik Malaysia ni x nampak dah aka online heheheh..
So camna jumpa dekan..apa sudah jadik???

Zura/Azam

simah said...

Faez..

Selamat Menyambut Aidilfitri..
Maaf Zahir Batin

mesti bestkan beraya kat kampung...

Ajzie said...

Selamat berhari Raya dari saya. Maaf Zahir dan Batin.

Salam
Ajzie

Amiene Rev said...

selamat hari raya

Nizam Rusli said...

salam. selamat hari raya. lama juga tak menjengo disini. cantik dah blog nya

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :