Saya dah tak larat nak mengadap power point, preparing untuk presentation saya hari Selasa ni. Letih dah. Weekend, memang duk mengadap mende ni jugak. Sampai semalam, mamai time Nabilah terbatuk-batuk,terjaga dari tidor, dan minta air, dalam kepala saya asyik terpikirkan hal presentation saya je.
Ni nak lepaskan geram ni.
Ini lah, kalau orang kita buat bisnes! Niat kami, memang nak tolong bisnes anak bangsa sendiri, tapi takat ni, dah banyak kali terperdaya dengan janji-janji manis mereka. Walaupun begitu, kami tetap rasa nak tolong bangsa sendiri.
Situasi sekarang:
Proses pemindahan ke rumah baru, nampaknya akan di lewatkan dari tarikh yang dirancangkan, pada 22hb ni.
Sebabnya, proses pemasangan dan penambahan wiring/lampu/kipas slowww sangat.
Proses pemasangan bermula 5hb Februari. Janjinya dalam 3-4 hari, akan siap. Oklah, saya setuju, yang permintaan kami agak kompleks. Dan, menyebabkan peng-wiring lama kena diubah semua sekali. Yup, semula lampu dalam rumah downlight. So, memang la kena tebuk lubang, adjust wire bla bla.
6hb, tukang besi datang pasang grille kat rumah. Yang ni pun, kami tempah dengan orang sebangsa dengan saya. Saya puas hati, sebab tepati janji sebelum tamat tempoh, dan dapat discount lagi. Inilah yang dikatakan orang business yang mahu berjaya.
6hb itu juga, budak-budak wiring tak buat apa-apa. Ok fine!
7hb, wiring people, tak datang. Cuti CNY. Amboi, cam keje opis. Sabar lagik.
8hb, Jumaat, cuti. Tak pa lah.
9hb, datang 10am lebih+, sekejap aje sebab ada 'emergency' di Tanah Merah.
10hb, mintak advance Rm800, untuk beli barang-barang. Tapi saya bagi RM500 je.
11hb, hubby saya telefon kenapa takde orang keje. Alasan: pergi beli barang, nanti petang akan datang. Hubby saya gi check, takde siapa pun datang. Dah mula rasa geram...sabar sabar...
12hb, datang.
13hb, saya pergi check, ramai pekerja hari ni.
14hb, on-call, tak dapat datang kerja.
15hb Jumaat, off.
16hb, kami tunggu di rumah, jam 11 baru tiba. Report itu ini, kata kena tambah itu ini. saya kata takpe, janji rumah selamat, dan siap cepat. Re-emphasize, nak pindah 22nd ni. Kami lepak kat rumah baru hingga jam 2pm lebih. Masa kami ada, memang deme buat kerja. Rasanya, dalam 1/2jam lepas kami blah, dorang pun blah.
17hb, hari ni TAKDE siapa yang datang. Bila call, alasan 'orang saya demam, so takde orang lain'
Hari ni, saya sendiri yang call. Walaupun saya geram, tapi saya cuba bercakap baik-baik dengan mamat ni. Kalau orang lain, mungkin dah marah-marah kat dia ni. Tapi, saya cuba diplomasi. Saya cuba rationalisekan kat dia, kalau dia dah siapkan wiring rumah dan pasang lampu/kipas kat rumah saya ni, sure dia boleh fokus keje-keje lain yang dia kena buat macam 'on-call' dia tu. Mamat ni berjanji esok dia cuba siapkan wiring, dan bereskan segalanya dalam minggu ni. Jadi, kami akan tunggu dan lihat. Mujur had kesabaran kami ni, sangat banyak capacitynya. Kalau tak, hancus!
Saya tak kisah kalau complicated re-wiring ambil masa yang lebih dari yang dijanjikan, tapi kalau asyik tak datang, dan bila datang pun, jam 11pagi, balik jam 3ptg; banyak mana je yang dapat diselesaikan dalam sehari?
Silap: Kerja jangan di buat main-main. Buat betul-betul.
Situasi dalam masa lepas yang terdekat
Freezer saya rosak masa bulan puasa 2006. Disebabkan ketika tu kami baru aje berpindah ke KB, the first person yang direkomen, kami terus contact. Business man bangsa kita. Memang bila dia tengok sendiri freezer tu, dia kata ada wiring rosak. Janji 2-3 hari siap lah. Atleast bila tak siap, apa salahnya telefon dan bagitau masalahnya. Tup-tup siap hampir 2 minggu, itu pun sebab saya balik beraya di rumah mertua. Kami dah bagitau encik ni yang kami akan beraya di Perak, tapi dia sendiri tak compute, jadinya, takde la dia extra RM untuk beraya. Salah siapa?
Sebab nak tolong business dia, pump telaga rumah sewa kami rosak, kami still panggil dia. 2 hari nak siap baiki motor pump tu. Takpe la janji siap. Kali ke 3, contact dia, pun pasal pump air itu jugak, dia tak datang. Tak tau kenapa. Sibuk kut. Maklum la business dah maju kut. Kami terpaksa cari orang lain.
Silap: dia tak jaga clients dia baik-baik.
Situasi yang dah lama berlalu.
Kami balik bercuti pada tahun 2004. Disebabkan, niat nak tolong bangsa sendiri business, jadi kami pun beli tiket dari warga senegara yang berada di England tu jugak. Book tiket kapal terbang, kekononnya nak murah sikit dan juga bantu member. Hampes, 2-3 hari selepas book, mintak full payment. So bayar lah. Tiketnya, 2 hari sebelum terbang baru dapat kat tangan. Hubby saya sampai bertekak-tekak dah. Of course lah, kami anxious sebab harga tiket dah bayar berbulan-bulan sebelum tarikh balik, tapi tiket tak dapat. Itu cerita balik dari UK ke Malaysia. Dari Malaysia ke UK, lagi teruk. Diminta bayar berapa GBP ntah, saya dah tak ingat. Pasal apa ntah kena bayar, rasanya balance harga tiket la. Imagine, hari-hari husband saya call contact person mamat tu kat sini. Even, call ke UK jugak. Malam sebelum tarikh flight tu, hubby saya, contact sendiri syarikat kapal terbang tu, dan minta alamat/fon number orang yang buat booking. Malam tu juga, hubby saya dan adik2 ipar saya pergi ke Banting, ke rumah orang tu. Tension betul!!
Silap: Kami terlebih percaya, sebab member sendiri yang rekomen.
Kadang-kadang saya kecewa dengan sikap bangsa sendiri, terutama sekali yang terlibat dalam bisnes. Bukan semuanya begitu, tapi disebabkan segelintir, semua yang lain turut diibaratkan berperangai sedemikian. Bila bisnes yang memberi service, sepatutnya, clients yang ada tu dijaga dengan baik. Baru la, boleh berkembang, berdasarkan testimony. Ini tidak.
Pendek kata, sabar aje lah. Ekonomi kita dipegang oleh bangsa lain sebab kebanyakan mereka betul-betul serius dalam service dan product yang mereka hasil kan. Bukan setakat melepaskan batuk di tangga.
Kita kena maju, bukan setakat dari segi material, tapi juga dari segi mentaliti kita ni.
'Kita ada otak, sama-sama lah kita pikir......'
Later lah....