Saturday 26 January 2008

Drama deme, drama kite

Saya ni bukan la selalu tengok 'cerita-cerita sabun', samada yang dari seberang Selat Melaka atau seberang Sungai Golok atau seberang Selat Tebrau ataupun yang dari seberang Laut China Selatan.  Jadi, saya bukanlah fanatik follower cerita-cerita yang ada pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam.  Tetapi, pada hari Jumaat malam Sabtu, kadang-kadang saya akan 'ter'tengok sinema hidayah.  Tujuannya, supaya saya juga dapat muhasabah diri.  


Malam tadi, saya ter-menonton lah satu episod kat sinema hidayah ni.  Mula lah, di kepala ni, saya duk complaint macam-macam tentang episod kali ni, rasa macam pengarah nya tak buat homework betul-betul. (ceh wah, macam bagus bebenor den!).

Gini, cuba-cuba la fikirkan ada logika kah?
1) Accident, ada head injuries, tapi bila bawak gi hospital, tak pun pakai neck brace. 
2) Kalau keadaan pesakit tu kritikal, biarlah kekononnya patient tu incubated (masuk tube kut mulut utk bantuan pernafasan), bukannya nasal prongs (tube kecik yang masuk straight ke lubang hidung), dan adakanlah wayar-wayar yang connectkan ke ECG machine, ubat-ubat melalui drip. Baru lah nampak kritikal sket.
3) Paman yang 'warak' tapi kuku jari kelingking panjang.  (untuk tujuan korek hidung ke??)
4) Awek sorang ni masih tak sedarkan diri lepas operation, tapi mak oiiii, bulu mata siap ber-maskara lagi.  Waduhhhhh.....

Namun begitu, moral dari episod-episod dari segmen sinema hidayah antaranya jangan lupa diri dan sombong pada mak ayah, jangan engkari perintah Allah, jangan permainkan agama suci kita ini, dan sebagainya.  Balasan Allah amatlah prompt dan berat.

Saya dapat memahami jalan ceritanya pun sebab ada subtitle.  Kalau takda, hampess...ngak paham sih!

Drama-drama tempatan pun sekarang ini, mula ada dah cerita-cerita yang sebegini.  Bagus juga lah, saya boleh faham storyline tanpa perlu baca subtitles.  Perlu ada banyak cerita-cerita yang secara tidak langsung dapat memberi pendidikan moral, bukan setakat cerita cinta-cintun aje. Of course, ada gak la, cerita-cerita yang pengarahnya tak buat homework betul-betul, ataupun masa editing tu tak betul-betul edit, contohnya, ada satu drama ni, si doktor ni beriya-iya la dengan mimik muka yang seriusnya sedang mendengar jantung patient ni.  Tapi aishehman, statescope gantung kat leher je, lupa dimasukkan ke dalam lubang telinga.  Nak dongar apo eh jang? Kami gelak sakan tengok babak tu. Lawak lawak.  Memang babak tu kena masuk lawak king.

Later lah.....

2 comments:

NBK466 said...

Den cadang producer2 drama sabun hire Dr. Faez utk bagi nasihat bila ada scene medical nie..baru ler RE-AL...kan???

jabishah said...

Itu pasal I malas nak tgk cite pasal airline dgn MG. Asyiklah tak logik ...

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :