Sunday 10 February 2008

Happy Birthday Nurhannani Nabilah

Pada 10hb Februari 2004, Nurhannani Nabilah binti Muhammad Farid, selamat dilahirkan di Sheffield, England, UK, bertepatan jam 12.35 tengahari. Saya dan hubby, tiba di Jessop Wing, Royal Hallamshire Hospital pada jam 12.00 (lebih kurang). Contraction makin kuat, dan saya tak ingat apa yang saya jawab semasa nurse tanya saya. Imagine la, 3 kali saya ditolak keluar masuk tiga buah bilik. Bilik pertama, takde katil. Bilik ke2, saya sempat naik atas katil, dan minta gas untuk kurangkan sakit saya. Bila nurse check record saya, dia kata tak boleh duduk bilik tu, kena ke bilik yang ada pengawasan doktor. Jadi saya ditolak ke bilik ke3, sampai aje di situ, saya terus kata 'I want to push!!'. Kelakar(retrospectively) tengok midwife, kelam kabut mintak apron dan gloves; kesian tengok student nurse kena marah, sebab tak tau kat mana letaknya gloves. With 2 pushes, baby selamat dilahirkan. Even hubby saya pun macam tak percaya. Cepat benor! Birth weight 3.10kg.

Nabilah ketika berumur beberapa bulan, lena dibuai mimpi disisi abangnya.

Saya tak dapat lupakan, betapa lambatnya luka saya dijahitkan. Midwives boleh siapkan report dulu sebelum attend pada luka saya! Geram saya. Imagine la, almost 1 hour delayed in suturing the tear, tissue pun dah bengkak. Dah tu, dia nak argue plak kata, dia dah bagi banyak local anaesthetic, takkan la boleh rasa lagi jarum tu.Macam la dia boleh rasa sakit saya! Nasib baik time tu saya agak high sebabkan gas, kalau tak memang keluar perkataan tak sepatutnya, memaki nurse tu. Hati saya memang bengkek. Time tu, rasa cam nyesal bersalin kat situ, baik bersalin kat Tasmania. Satu lagi, dorang tak tau saya ni doktor, pasal tu layan cam nak tak nak je. Diskriminasi!

Walaupun begitu, saya tetap happy, sebab dapat baby girl. Malam yang pertama kami bersama, di ward Norfolk, baby saya satu-satunya baby yang melalak sepanjang malam. Sebabnya, dia lahir waktu lunch, hingga ke malam, susu saya tak banyak, so baby kelaparan. Kesian dia.

Darwish punya respond masa kat hospital tu, antara nak tak nak je. Tapi bila balik rumah, memang dia TAK NAK langsung dengan baby. Ada episode dia 'tendang' baby, 'baby go away'. Saya menitiskan airmata melihatkan situasi ni. Sedih saya. Jadinya, dalam 'pantang' tu, mama saya la yang jaga baby. Bila baby nak susu waktu malam, dan Darwish dah tidor, barulah, baby datang dekat mummy dia. (Sekarang ni, Nabilah adalah kawan baik dia. Tak boleh Nabilah takde dekat dia. Alhamdulillah). Saya tak berpantang sangat dengan baby girl ni. Urut pun main-main aje. Ahkirnya, sakit belakang masih ada sampai sekarang. 7 hari lepas bersalin, saya gi main snow sebab snow turun banyak sangat malam sebelumnya. Ala, main kejap aje.

Hampir seminggu, baby ni dipanggil baby, sebab kami tak prepare nama sebelum kelahiran baby. Nama-nama yang ada dalam list saya, semua direject, samada dari suami atau dari adik-adik saya. Pikir punya pikir, belek punya belek buku nama-nama. Akhirnya, kami settle down dengan gabungan nama pilihan mama saya dan mama mertua saya. Mama saya berminat Laila Nabilah dan mertua saya berminat Hanani (saya tak ingat 2nd namenya). Dan saya serta hubby mahukan 'Nur' di hadapan. Jadi, pada jam 3am, hampir seminggu selepas kelahiran baby, namanya diberi Nurhannani Nabilah binti Muhammad Farid.

Nabilah 1 year old+, and long-haired enjoying her pizza in Birmingham.

Hari ini Nabilah menjadi 4 tahun. Kebetulan juga, hari ni Ayin (adik ipar saya) selamat melahirkan baby girl secara ceaserian. Tetapi baby sekarang dalam neonatal ICU di Hospital Ipoh, kerana ada sedikit komplikasi. Kami doakan agar baby girl yang sama birthday dengan Nabilah ni, akan selamat dan membesarkan dengan sempurna supaya tahun depan, dapat celebrate birthday bersama-sama Nabilah.

Untuk Nabilah, mummy sentiasa doakan agar Nabilah menjadi anak yang solehah, dan berjaya di dunia akhirat.

Nabilah with her cheeky smile.


Nabilah bertudung ayu.


Nabilah sekarang yang sudah masuk tadika, dan pandai baca doa makan (walaupun kadang-kadang tercampur doa sebelum dan selepas makan), yang sudah mula mengenal huruf-huruf jawi, yang suka menyanyi, dan yang suka makan; mummy, ayah dan abang sayang Nabilah.

Happy Birthday Nurhannani Nabilah.


4 comments:

Qaseh Bidadari said...

hepi besday girl!

semoga menjadi anak yg solehah!

Ajzie said...

Happy birthday.. Nabila...

Unknown said...

Happy belated birthday untuk Nabilah..

Dah besar dah yer, makin chubby gak kak..hehe

jabishah said...

Muah..! happy belated birthday.... frm aunty boza

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :