Wednesday, 2 August 2006

Hari-hari yang telah dilalui....

Khamis 27hb,
Tuan putri terjatuh tangga, dan terpatah collar bone kanan dia. Hari pertama pakai sling, hari kedua tak, hari ketiga dan 4 pakai, hari ke5 dan seterusnya tak. Tiap kali tersalah pegang atau terkena bahu kanan, pasti dia duk 'ouch ouch' jek, tapi kalau terkena kuat, melalak abis suara. Yang pastinya, tuan putri saya ni kental, ubat tahan sakit (penadol jek) dia amik 2-3 kali jek sejak Khamis lepas. Memang jenis tak suka makan ubat, bakal jadik doktor kut... :D


Bahu sakit tapi masih boleh merenyeh


Jumaat 28hb,
Last day kerja.

Sabtu 29hb,
Ke Bradford shopping beberapa perkara (ini akan dimasukkan dlm entry lain). Petangnya dinner di Kebabish.

Abang tekun makan roti nan

Ahad 30hb,
Carbooting.

Isnin 31hb,
Ke Manchester Airport, mama dan abah berangkat pulang. Sedihhhh. Malamnya tidor di Manchester.

Abang dan Adik bergaya atas trolley Nanny di Manchester Airport

Selasa 1hb,
Rendek The Trafford Centre di Manchester. Bawak Darwish, first time tengok movie, cerita Superman Return. Punyalah excited, tak sabar-sabar nak masuk panggung.


Berangan terbang macam Superman

Jason bin Suparman; agak emosi gak cerita kali ini. Dapat rasa macamana hati Superman tu, nak luahkan perasaan cinta pada Lois tidak kesampaian. Begitu gak Lois. Nampak Superman tu begitu lonelynya dia. Abang, setengah jam pertama jek tengok dengan baik, lepas tu dia mula rasa sedih tengok Superman kena belasah. Ke sana ke mari dia dalam gelap tu, nasib baik je dia tak bising.
Abang bersemangat makan popcorn sebelum movie start


Adik lena sepanjang Superman sedang berlakon (nasib baik dia masuk free)

Lepas movie, makan kat Nando's, Halal Chicken. Sedap gak Piri-piri chicken ni.


Makan sampai lupa nak amik gambar, ini je lah bukti kami ke Nando's

Rabu 2hb,
Adik no3 telah selamat melahirkan baby girl. So Nabilah bukan lagi cucu 'bongsu' Haji Hussain. Yeah bertambah sorang lagi anak sedara. Tak sabar nak balik jumpa.

Later....

10 comments:

yus said...

Tahniah untuk adik akak. Tahniah juga utk akak dapat anak saudara baru....

p/s: ok darwish n nabila masuk panggung yer!! Aqil dulu ada sekali bawak masuk pangung kat meadowhall, bising gila, sampai kitorang kena marah dgn penonton lain...tobat tak nak bawak masuk lagi..hehe

Nizam Rusli said...

wah! seronok sungguh jadi penganggur ye! asyik berjalan! haha!

simah said...

lama lagi ker faez nak pindah negara? ni kira jalan puas puas..mengenjoy UK sebelum balik la yea? enjoy enjoy enjoy.. :0)

anita kema said...

kak faez...
wah...selonotnya enjoy sakan ye. Musti dah penuh padat rumah dengan barangan yg nak dibawak balik. sian cik adik nabilah tu terkehel pulak collar bonenya..get well sone..dan sodap eh makan nandos...terliuq chek...nak kena pegi manchester nih.......!

anita kema said...

he..he..salah pulak..
nabilah..get well soon.

Mamamanja said...

salam kak.

wahhh beshnyerrrrrr

Izhal said...

wah syok la nandos sana Halal... sini main bunga api je Halal heheh...

cute2lah anak doktor... macam sronok je Tuan Putri pakai sling heheh... sure depa ni cakap orang putih je...

blackpurple said...

First time nampak budak kecik pakai sling...... cute..hehehe

FaEzHussain said...

Puan Yus,
OO terima kasih atas pihak kami sekeluarga(+family di KJ).
ha'a 1st time masuk cinema anak beranak, maybe lepas2 ni kalau nak bawak, kena gi tgk citer cartoon aje la kut...ini pun ada org duk kecek2 nak tgk 'cars'

Cikgu Nizam,
seronok penganggur, lepas bebas tak terikat dgn tugasan pejabat. tak seronok penganggur, pendapatan tarak masuk.
ni menganggur pun, satu rumah nak kena pack ni ..tension tension

Puan Simah,
nak jln puas puas pun kena tengok poket gak walaupun begitu,ada la beberapa trips dlm planning...:D

Puan Anita,
bukak website Nando's nanti deme kabar kat mana yg halal; kat Sheffield tarak daaa.
tq from nabilah, dia dah almost recovered, dah mula guna tgn kanan dia dah. cuma time angkat dia, kena hati2...

Puan MM,
bestnyer...biasa aje...

Tuan Izhal,
kat sini bunga api halal time 'bonfire night' 5/11 tiap2 tahun. suasana sheffield cam kat medan perang, dengan bunyi mercun nya....
itu la 1st ever saya ke Nando's
anak2 saya cakap dwi-bahasa. nanti balik duk kat kube kerian, jadik tri-bahasa (BM,BI dan BK-bahaso kelate)


Tuan BP,
itu pun jenuh nak suruh dia pakai sling.
anak2 saya mmg cute, ikut mak dorang :D (kes perasan sendiri!)hehe

NBK466 said...

Wah...sukanya NANDOS....dah ada pulak yg HALAL kat sana yek....

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :