Friday 24 March 2006

Reminder


Someone said this to me, today...........


"Wanita ibarat epal.
Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tetapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak pokok.
Susah dipetik, susah digapai.
Kadang-kadang epal itu risau,kenapala diriku belum dipetik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi.
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.
Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi... "
She also said this to me.........
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini."
Wallahualam

No comments:

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :