Hari ni hari ke 3 saya rasa tertekan.
Bermula sejak hari Rabu lepas.
Sampai ke tempat kerja aje, rasa kepala dan bahu ini berat dengan pelbagai perkara.
Saya ingatkan hari Khamis saya akan lebih ceria, tetapi tidak.
Dan hari ini dah Jumaat, hari terakhir saya kerja untuk pusingan kali ini.
Kenapa saya tension?
1) Assignment saya untuk kursus saya sedang buat sekarang ni, masih belum siap. Nasib baik hari ini dah mula menulis sikit-sikit.
2) Proses mencari pengadil(referee) untuk jawatan yang saya sedang apply di Malaysia. Dan saya tersilap, terbaca apa salah seorang consultant tu tulis pasal saya...arghhhhh..ada positive ada tak berapa positive.
3) Nak isi borang minta kerja. Sesuatu yang saya tak suka buat, tapi terpaksa. Sebenarnya saya rasa phobia untuk mengisi form kerja sebab selama hari ni, sudah berpuluh form kerja isi memohon kerja di bumi UK ni, satu pun saya tak dapat. Hanya setakat interview sahaja, itu pun saya bersyukur dah, atleast kita di-recognised. Dan juga saya dah menghadiri 2 temuduga dengan 2 universiti di Malaysia, dua-dua saya tak dapat.Arghhhhhhhh...luka lama berdarah kembali. Risau kali ini, minta kerja pun tak dapat....walau Malaysia katanya kurang doktor.
4) Rumah belum ready untuk menyambut 2 tetamu istimewa yang akan tiba 9hb nanti.
5) Barang masih belum habis dimasukkan ke dalam kotak untuk penghijrah terakhir tidak lama lagi.
6) Sengaja meng-ada-ada alasan untuk saya jadi tension.
Arghhhhhhh...
Nasib baik hari ini cuaca bersinar gemilang. Semoga hari Jumaat ini akan bertambah ceria.
Sekian
Terima kasih
Saya nak turun ke bawah makan mee goreng saya masak untuk sarapan pagi hari ini
Selamat cuti 3 hari di Malaysia dan UK (di sini pun labour day 1 May ni)
Friday, 28 April 2006
Biar betul...?
Posted by FaEzHussain at 2:58:00 pm 5 comments
Wednesday, 26 April 2006
Seorang doktor di waktu malam
Cerita kerja malam lah. Sepatutnya, 7 malam, tapi disebabkan 'percutian' di Legoland, dapat lah kerja hanya 3 malam. Dah lalui 2 kali shift malam, pada musim xmas dan awal Mac, membuatkan, kali ini kerja selama 3 malam, macam kacang aje la. Kali ni, jaga ward. Kalau ada 20 wards kat hospital tu, semua saya kena jaga, tapi cuma dari hal medical urgency sahaja, yang perlukan lebih dari HO review, saya lah orang pertama yang kena panggil sebelum registrar.
Adui, malam pertama tu, memang teruk. Bukan teruk kerja, tapi kesusahan melawan mata mengantuk. Nasib baik, malam tu tak sibuk sangat, selepas solat Isyak lebih kurang jam 2 pagi, terlelap sekejap kat bilik solat ni (multi-faith room). Ini gambar ambil sambil baring di tepi dinding.
Mujurlah, takde brothers masuk antara jam 2-3pagi tu. Tengah-tengah syok lelap tu, bleep (pager) berbunyi, mujurlah ada bawak mobile phone, dapat lah jawab terus dari situ. Lepas tu, sambung lagi, sambil lelap-lelap ayam sementara menunggu masuk Subuh jam 4pagi. Selepas tu, mula la telefon 2 orang HO tu, bertanya khabar, kut-kut ada apa-apa yang saya boleh tolong. So masa saya selepas itu, agak terisi juga lah. Tapi bila jam 6pagi, kaki saya sudah longlai, mata rasa teramat-amat berat. Saya pun menyorokkan diri, di sebuah bilik, yang kalau siangnya digunakan untuk pelawat. Terlelap juga saya untuk seketika sementara menantikan shift saya yang sepatutnya habis jam 7pagi. TETAPI, jam 645pagi, bleep saya berbunyi 'cardiac arrest in Vickers 18' (maksudnya ada patient stop breathing dan heart stop beating, kena bagi CPR). Terbuka luas mata saya terus, berlari ke ward itu, yang letaknya di blok lama, paling jauh dari blok utama. Malangnya, setelah kami mencuba segalanya, patient tu tak dapat diselamatkan. 730pagi, bleep saya berbunyi lagi. Tak tahu kenapa, saya menjawabnya, padahal shift saya dah habis setengah jam yang lalu. Kali ini, HO saya minta nasihat, nak buat macam mana kat sorang patient yang sakit dada dan ECG nya dah tanda-tanda menunjukkan yang dia nak kena heart attack. Saya pun, terus la berlalu dari Vickers18 tu ke blok utama. Selepas saya review patient tersebut dan repeat ECG dia, saya pun bleep registrar saya dan kemudiannya bleep cardiology registrar untuk nasihat. Hampir jam 9 baru la, saya dapat balik. Tapi, itu pun sempat pergi ke pasar untuk beli serba sedikit ikan,sayur dan buah-buahan. Saya memang begitu, bila tengah hari baru saya dapat tidor.
Malam ke2, tidak menjanjikan semudah malam pertama. Malam ni saya rasa jumlah kilometer saya berjalan sekitar hospital tu hampir 10kilometer. Ooo, pakcik yang sakit jantung pagi tadi tu, telah dimasukkan ke CCU (cardiac care unit), selepas menjalani angiogram. Tak tau apa cerita sepenuhnya.
Inilah pemandangan corridor-corridor yang saya lalui di waktu malam ini. Sunyi dan senyap. Ngeri rasanya. Especially lalu tepi corridor yang terletaknya morgue.
Kan saya dah kata, lantai bagi setiap blok berlainan warna. Tujuan tak nak bagi pelawat sesat.
Lantai yang ada 4segi merah-hitam tu, adalah di Vickers corridor. Saya baru aje jejak kaki ke wad Vickers 18 untuk review sorang pakcik ni. Sepanjang melangkah berjalan di corridor tu, hati saya berdebar-debar, bukan takut hantu, tapi takut ada orang jahat tertiba serbu saya dari belakang. Walaupun, rasanya pintu-pintu semua tertutup, tapi mana tahu la kan. Elok sahaja, penat berjalan+gabra hilang, bleep saya berbunyi kata ada 'cardiac arrest in Firth 5' (blok yang lantainya warna merah-di bangunan utama). Lalu berlari lah saya lebih laju dari pelari terpantas di dunia, tapi hanya untuk 100meter sahaja sebelum nyawa saya menjadi seperti nyawa ikan yang lemas di luar aquarium. Semput-semput saya bila tiba di tempat kejadian. Malangnya, makcik itu tak dapat diselamatkan. Selepas tu, saya kembali ke Vickers18.
Malam ke3, saya agak letih sebab dapat tidor hanya lebih kurang 3jam sahaja. Kes pertama, saya dipanggil untuk review patient yang diabetes, blood sugar dia semasa admission sangat tinggi, dan perlu treatment dengan insulin melalui drip. Budak muda lagi, tapi sibuk nak blah dari hospital. Saya tanya kenapa nak balik? "I don't like hospital, I'm feeling better. I wanna go home". Memandangkan blood sugar dia dalam lingkungan yang ok, saya pun bagi leteran pendek, mengenai betapa bahayanya kalau dia tak diubati betul-betul, dia boleh koma. Tapi dia berdegil nak balik juga, so saya suruh dia sign self-disharged against medical advice form. Dalam hati saya, merungut jugak, kalau tak nak masuk hospital, apsal gatal datang ke A&E siang tadi?! Tapi disebabkan saya pernah luahkan rasa tak puas hati ini kepada seorang consultant, saya telah dinasihatkan, yang secara etikanya, 'as doctors, we've the obligation to treat the patients despite what ever attitude they have eg smoking until they kill themselves, or despite medical advise they've decided to take their own discharge; it's not for us to judge them'.
Busy jugalah saya malam itu. Hanya berkesempatan solat Isyak jam 3pagi. Saat itu, saya dah longlai dan rasa terhuyung-hayang (betul ke eja ni). Saya baring dan terlelap sampai jam 4pagi. Saya dikejutkan bila pintu bilik solat tu dibuka dari luar. Rupanya sudah masuk Subuh, dan seorang doctor ni nak solat, selain dari saya embarass terkejut dari lena, tetapi terkejut sebab diterkejutkan oleh doktor yang hensem macam hero filem hindustan. Selepas itu saya dipanggil oleh HO saya, untuk review seorang makcik ni yang tiba-tiba sahaja small bowel dia blocked. Registrar juga dipanggil kemudiannya. Surgical SHO pun dipanggil. Saya tak tahu apa jadi pada makcik ini selepas itu. Jam 830, saya sampai rumah, dan masak kari untuk lunch dan dinner.
Itu la celoteh saya pasal shift malam.
Mari lah tatap gambar bunga-bunga saya pula.
Carnation 80p, saya beli kat gerai pakcik depan bus stop.
Tulip yang makcik suami saya tanam 2 tahun lepas.
Drawf tulips saya sedang berkembang dalam botol kaca.
Tulips kuning dari garden.
NB: Buat Noor, thanks for visiting my humble blog (macam mana terjumpa?). Tried to email you several times, asyik bounced aje. Do email me ok.
Posted by FaEzHussain at 4:38:00 am 5 comments
Wednesday, 19 April 2006
Pungguk rindukan rambulan
Saya amat mengantuk ni.
Andai disorongkan bantal dan tilam, dah lama dibuai mimpi.
Tapi apakan daya, kerana tugas, terpaksa bersengkang mata.
Enaknya nampak katil-katil patients di sana.
Misi-misi di belakang saya, pura-pura sibuk atau sememangnya sibuk. Paling kurang pun, sibuk menjenguk Ebay. Takpun sibuk menggossip.
Sedang menunggu blood test results patients di ward ni.
Itu yang kaki berat nak keluar dari sini. Kalau keluar, nanti kena patah balik.
So baik duduk di sini, sambil masukkan entry dalam blog ini.
Tadi dapat bleep dari junior house officer.
Mungkin nak make sure senior house officer dia sorang ni, tak berdengkur lena.
Pertanyaan mudah hendak dijawab.
Nasib baik.
Kalau ditanya yang pelik-pelik, mau badan ini dah bangun dari kerusi yang empuk ini dan menuju ke tempat panggilan.
Mata masih mengantuk.
Semug teh dah diminum + semug kopi sebelum kerja.
Artikel untuk essay sudah dicari.
Ke mana lagi nak kulayari alam siber ini.
Ooo kena kembali berkerja.
Harap-harap keputusan test darah sudah ada dalam komputer.
Posted by FaEzHussain at 8:30:00 am 7 comments
Tuesday, 18 April 2006
'Lego End'
Adventure kali ni, membawa kita ke Windsor, selatan sikit dari London.
Short break ni, dah dibook hujung Januari atau awal Februari. Tak perasan pula tarikh booking tu kebetulan dengan cuti sekolah+cuti easter (Jumaat sampai Isnin cuti).
2 minggu sebelum tarikh perjalanan, suara-suara kecil berulang kali menyebut " I want Lego end, Lego end"
14hb April
Tarikh perjalanan: 14-17 April
Kenderaan: Beroda 4
Ahli rombongan: 2 orang besar, 2 orang kecil
Waktu jangkaan berlepas:10pagi 14hb.
Waktu sebenar berlepas: 12.30tgh 14hb.
Kejadian dalam perjalanan: Setengah jam pertama, ada suara kecil dari belakang "I want to b****". Tadi sebelum berlepas tak nak melepas.....
Cuaca perjalanan cerah sekali. Tapi masa ambil gambar, nampak gelap aje, ooo rupanya pakai spek hitam. Menuju ke selatan di Motorway M1, perjalanan lancar. Menuju ke utara, nampak perlahan aje pergerakan kenderaan.
Brochure Legoland.
Adakah ia seriang seperti gambar dalam pamplet ini?
Welcoming message di bilik hotel, Holiday Inn Reading-South.
Adik mencium bantal, nak pastikan tidak berbau hapak!
Tempat favourite anak-anak2ku kalau di bilik hotel.
Sebab ini kali pertama, menginap di hotel atas sikit dari 3 bintang, macam-macam kemudahan disediakan.
Petang itu selepas makan dan solat, kami ke swimming pool. Bestnya, dapat berendam, dengan swimwear muslimah yang dibeli dari Turkey (order online jek, sampai credit card kena internet fraud!). Yang tak bestnya, biasa la mat-minah saleh tutup mana yang patut aje.
15hbApril
Beratur menunggu giliran untuk sarapan pagi.
Buffet. Ada sarapan panas (kalau nasi lemak, mee goreng etc kan best).
Ada sarapan continental.
Jalan sesak mengarah ke Legoland.
Sepatutnya 20minit, satu jam baru sampai ke destinasi.
Hasil dari keboringan dalam jem.
Yeah yeah akhirnya sampai ke Legoland.
Di 'pagar' masuk.
Beribu-ribu orang di sini.
Tiket kami dah ada, jadi masuk terus.
Tak perlu beratur panjang.
Peta Legoland. Darwish sedang 'membaca' gambar.
Pemandangan Legoland dari atas bukit.
Di Fairy Tales site. Naik boat kecil, pusing-pusing site tu.
Ada 3 little pigs, sleeping beauty, aladdin, billy goat gruff, red riding hood.
Hot air ballon. Tarik tali baru ia naik ke atas.
Dino-safari. Ada banyak dino yang diperbuat dari lego (of course)
Helicopter, budak bawah 0.9m tak dibenarkan naik.
Jadinya, adik merajuk.
Nasib baik ada alternatif lain untuk kanak-kanak yang tak cukup tinggi.
Model mini Europe.
Ada entry lain for this.
16hb April
Hari ni jalan tak jem. Sampai ke destinasi dalam setengah jam. Kami tiba awal, jadi berpeluang naik rides yang tak sempat naik semalam, tanpa beratur panjang.
Sewa 'beca' untuk mereka berdua. Simpati pada Darwish semalam, yang berjalan dari atas bukit ke bawah dan naik semula.
Hari ni, kami ambil keretapi untuk turun ke bawah bukit.
Ride pertama untuk hari ini, naik kuda pusing-pusing.
Spinning spider. Ada sepasang warga veteran naik ride ini bersama-sama anak menantu dan cucu mereka. Hebatkan?
Bomba ride, sembur-sembur air kat rumah 'terbakar'. Lupa nak ambil gambar Darwish dan ayahnya sedang spray air.
Darwish dan rakan-rakan, kelas belajar memandu sebelum driving test.
Dah pasang tali pinggang keledar, test pun bermula.
Yeahhh...dapat lesen L.
Adik yang ragu-ragu nak merentasi laluan berjaring. Tapi berjaya akhirnya atas bantuan mummy dia.
Di tepi Castle.
Rides yang ade di sini, tak sesuai untuk kanak-kanak ribena kami.
Laparkan makanan panas, sanggup beratur hampir setengah jam untuk fish n chips.
Hujan di petang Ahad. Nasib ada creative center, dapatlah membina Empire States Building.
Selepas hujan, kami masuk Imaginative Theater. Menonton wayang pendek 4D, best. Siap ada effect angin, snow dan macam-macam. Adik pun dapat duduk diam selama 20minit menonton aksi animation ini dengan spek yang dibagi pinjam. (lupa ambil gambar lagi)
Selepas itu terdengar lagi suara kecil.."I want to b****".
Rides yang terakhir sebelum balik. Beratur hampir 40minit untuk naik boat ni.
Darwish pun keletihan, begitu juga adik.
Adik berdiri sebab dia takut dengan polar bear tu.
Pendek kata, memang best Legoland, untuk kanak-kanak. Tapi sayangnya, kami spend in total 2-3jam beratur untuk naik rides. Moral of the story, jangan pergi masa cuti sekolah.
17hb April
Peta pinggiran London yang memeningkan.
Gerai Lemon Grass. Boleh tahan la.....harganya.
Oriental City dari luar.
Perjalanan pulang ke Sheffield, awalnya cerah, mentari bersinar.
Baru melepasi junction 10, kami terpaksa berhenti di RR terdekat, sebab dua-dua orang besar, mengantuk. Ini kes makan nasi tengahhari la ni.
Pemandangan di M1 jalan menuju ke London.
Londoners balik dari kampung selepas cuti panjang.
Macam orang berkeje di KL, balik ke KL selepas cuti raya (semua jenis raya la)
Langit beransur mendung. Awan kian menebal.
Hujan menimpa kereta akhirnya.
Gambar di ambil sebab boring dalam kereta.
Ingatkan ada orang terlekat belakang truck, rupa-rupanya lukisan semata. Tipah tertipu. (huhu lawak bodoh!gelak pun subsidi)
Nuclear power station? Atau loji simpan bijiran gandum?
Junction 33, akhirnya, mendekati rumah.
Jalan masuk ke rumah. Terdengar suara kecil dari belakang, "I don't want to go my home. I want to go hotel. I want legoland........." di iringi dengan airmata buaya.
Habis cerita.
Malam ni bermula shift malam, esok dan lusa.
Posted by FaEzHussain at 6:43:00 pm 3 comments
Jom Borak
|