Wednesday, 26 April 2006

Seorang doktor di waktu malam

Oh rupa-rupanya dah seminggu takde entry dalam blog ni. Tak perasan pula saya.

Cerita kerja malam lah. Sepatutnya, 7 malam, tapi disebabkan 'percutian' di Legoland, dapat lah kerja hanya 3 malam. Dah lalui 2 kali shift malam, pada musim xmas dan awal Mac, membuatkan, kali ini kerja selama 3 malam, macam kacang aje la. Kali ni, jaga ward. Kalau ada 20 wards kat hospital tu, semua saya kena jaga, tapi cuma dari hal medical urgency sahaja, yang perlukan lebih dari HO review, saya lah orang pertama yang kena panggil sebelum registrar.

Adui, malam pertama tu, memang teruk. Bukan teruk kerja, tapi kesusahan melawan mata mengantuk. Nasib baik, malam tu tak sibuk sangat, selepas solat Isyak lebih kurang jam 2 pagi, terlelap sekejap kat bilik solat ni (multi-faith room). Ini gambar ambil sambil baring di tepi dinding.
Mujurlah, takde brothers masuk antara jam 2-3pagi tu. Tengah-tengah syok lelap tu, bleep (pager) berbunyi, mujurlah ada bawak mobile phone, dapat lah jawab terus dari situ. Lepas tu, sambung lagi, sambil lelap-lelap ayam sementara menunggu masuk Subuh jam 4pagi. Selepas tu, mula la telefon 2 orang HO tu, bertanya khabar, kut-kut ada apa-apa yang saya boleh tolong. So masa saya selepas itu, agak terisi juga lah. Tapi bila jam 6pagi, kaki saya sudah longlai, mata rasa teramat-amat berat. Saya pun menyorokkan diri, di sebuah bilik, yang kalau siangnya digunakan untuk pelawat. Terlelap juga saya untuk seketika sementara menantikan shift saya yang sepatutnya habis jam 7pagi. TETAPI, jam 645pagi, bleep saya berbunyi 'cardiac arrest in Vickers 18' (maksudnya ada patient stop breathing dan heart stop beating, kena bagi CPR). Terbuka luas mata saya terus, berlari ke ward itu, yang letaknya di blok lama, paling jauh dari blok utama. Malangnya, setelah kami mencuba segalanya, patient tu tak dapat diselamatkan. 730pagi, bleep saya berbunyi lagi. Tak tahu kenapa, saya menjawabnya, padahal shift saya dah habis setengah jam yang lalu. Kali ini, HO saya minta nasihat, nak buat macam mana kat sorang patient yang sakit dada dan ECG nya dah tanda-tanda menunjukkan yang dia nak kena heart attack. Saya pun, terus la berlalu dari Vickers18 tu ke blok utama. Selepas saya review patient tersebut dan repeat ECG dia, saya pun bleep registrar saya dan kemudiannya bleep cardiology registrar untuk nasihat. Hampir jam 9 baru la, saya dapat balik. Tapi, itu pun sempat pergi ke pasar untuk beli serba sedikit ikan,sayur dan buah-buahan. Saya memang begitu, bila tengah hari baru saya dapat tidor.

Malam ke2, tidak menjanjikan semudah malam pertama. Malam ni saya rasa jumlah kilometer saya berjalan sekitar hospital tu hampir 10kilometer. Ooo, pakcik yang sakit jantung pagi tadi tu, telah dimasukkan ke CCU (cardiac care unit), selepas menjalani angiogram. Tak tau apa cerita sepenuhnya.
Saya reviewed seorang pesakit ni, BP (blood pressure) rendah sungguh. Dah bagi air melalui drip hampir 3liter pun, BP dia masih tak naik-naik. Walaupun dia kata dia ok aje. Low BP tu sebab dia ada infection. Akhirnya, saya bleep registrar saya. Kalau dah 3 liter air bagi, katil dah saya mintak cik misi naikkan hujungnya, BP masih tak elok, kena mintak la opinion dari orang yang lebih senior. Akhirnya pakcik ni masuk HDU (high dependency unit) keesokan harinya, sebab BP tak elok2 dan juga blood test menunjukkan buah pinggang dia dah tak berapa berfungsi.

Inilah pemandangan corridor-corridor yang saya lalui di waktu malam ini. Sunyi dan senyap. Ngeri rasanya. Especially lalu tepi corridor yang terletaknya morgue.

Kan saya dah kata, lantai bagi setiap blok berlainan warna. Tujuan tak nak bagi pelawat sesat.

Lantai yang ada 4segi merah-hitam tu, adalah di Vickers corridor. Saya baru aje jejak kaki ke wad Vickers 18 untuk review sorang pakcik ni. Sepanjang melangkah berjalan di corridor tu, hati saya berdebar-debar, bukan takut hantu, tapi takut ada orang jahat tertiba serbu saya dari belakang. Walaupun, rasanya pintu-pintu semua tertutup, tapi mana tahu la kan. Elok sahaja, penat berjalan+gabra hilang, bleep saya berbunyi kata ada 'cardiac arrest in Firth 5' (blok yang lantainya warna merah-di bangunan utama). Lalu berlari lah saya lebih laju dari pelari terpantas di dunia, tapi hanya untuk 100meter sahaja sebelum nyawa saya menjadi seperti nyawa ikan yang lemas di luar aquarium. Semput-semput saya bila tiba di tempat kejadian. Malangnya, makcik itu tak dapat diselamatkan. Selepas tu, saya kembali ke Vickers18.
Lepas subuh (bilik solat di blok Firth), ada lagi sorang pakcik di Vickers 1 pun tak sihat juga. Begitu la, busynya malam ke2. Tapi saya dapat balik ke rumah jam 730pagi. Jam 1030pagi, kami ke rumah kawan yang mengangkat barang ke dalam kontena untuk balik ke Malaysia. Saya berjaya berjaga sampai 2petang.

Malam ke3, saya agak letih sebab dapat tidor hanya lebih kurang 3jam sahaja. Kes pertama, saya dipanggil untuk review patient yang diabetes, blood sugar dia semasa admission sangat tinggi, dan perlu treatment dengan insulin melalui drip. Budak muda lagi, tapi sibuk nak blah dari hospital. Saya tanya kenapa nak balik? "I don't like hospital, I'm feeling better. I wanna go home". Memandangkan blood sugar dia dalam lingkungan yang ok, saya pun bagi leteran pendek, mengenai betapa bahayanya kalau dia tak diubati betul-betul, dia boleh koma. Tapi dia berdegil nak balik juga, so saya suruh dia sign self-disharged against medical advice form. Dalam hati saya, merungut jugak, kalau tak nak masuk hospital, apsal gatal datang ke A&E siang tadi?! Tapi disebabkan saya pernah luahkan rasa tak puas hati ini kepada seorang consultant, saya telah dinasihatkan, yang secara etikanya, 'as doctors, we've the obligation to treat the patients despite what ever attitude they have eg smoking until they kill themselves, or despite medical advise they've decided to take their own discharge; it's not for us to judge them'.

Busy jugalah saya malam itu. Hanya berkesempatan solat Isyak jam 3pagi. Saat itu, saya dah longlai dan rasa terhuyung-hayang (betul ke eja ni). Saya baring dan terlelap sampai jam 4pagi. Saya dikejutkan bila pintu bilik solat tu dibuka dari luar. Rupanya sudah masuk Subuh, dan seorang doctor ni nak solat, selain dari saya embarass terkejut dari lena, tetapi terkejut sebab diterkejutkan oleh doktor yang hensem macam hero filem hindustan. Selepas itu saya dipanggil oleh HO saya, untuk review seorang makcik ni yang tiba-tiba sahaja small bowel dia blocked. Registrar juga dipanggil kemudiannya. Surgical SHO pun dipanggil. Saya tak tahu apa jadi pada makcik ini selepas itu. Jam 830, saya sampai rumah, dan masak kari untuk lunch dan dinner.

Itu la celoteh saya pasal shift malam.
Mari lah tatap gambar bunga-bunga saya pula.

Carnation 80p, saya beli kat gerai pakcik depan bus stop.

Tulip yang makcik suami saya tanam 2 tahun lepas.

Drawf tulips saya sedang berkembang dalam botol kaca.

Tulips kuning dari garden.

NB: Buat Noor, thanks for visiting my humble blog (macam mana terjumpa?). Tried to email you several times, asyik bounced aje. Do email me ok.

5 comments:

Alinlai said...

Dr,
Salam...blog hopping dari blog syikin. Jauh pi keja :) bagus le luas pandangan dan pemandangan :)

Kaklong Syikin said...

seronoknya baca citer ttg keje doktor ni..selalu selalulah citer pasal kerja ni ya

hehee..saya pun penah kena ECG ni.syukur tak de apa2.saya ada wat entri pasal ECG pd entri februari dulu.sbb ada dialog kelakor antara saya n doktor.

apa rasanya ya, bila patient yg kita cuba selamatkan meninggal akhirnya?

bagusnya kat hospital ni pun ada bilik solat..nape disebut multi-faith room? org agama lain pun beribadat kat bilik tu ke?

ramai ke muslim doktors n nurses kat hospital ni?

sukanya saya tgk bunga2 ni..apsal ek tiba2 saya jatuh hati ngan bunga2 walhal saya tak berapa suka bunga2 sblm ni. kat rmh saya pun tak de walau sepasu bunga, bunga liar adalah. heheh..Dr. ada baca apa2 ke?hahah..gurau2 aje.

eh..HO tu apa ya?

maaflah saya ni seorang yg banyak bertanya sbb saya ni seorang yg curious..

Anonymous said...

kak faez,
i always amazed by a doctor's job.. mak saya dulu ada gak cita2 nak saya jadi dr., but then i know i'm not that strong. thank God there are so many others who are......

nita

FaEzHussain said...

alinlai,

salam. ooo saya ni, merantau ikut suami,dia yang belajar. kalau ikutkan, saya pasti di australia..opss maksud saya, dah balik ke tanahair..gomen tgh buru saya ni.....hehehhe

syikin,
takpe, byk tanya, byk pengetahuan.
nanti saya akan cuba tgk entri feb awak pasal ECG tu.
perasan bila patients tak dpt diselamatkan, kekdg tu frust gak la. tapi iye la kan, kita hanya doktor, Allah yg lebih berkuasa. selalunya, takde la rasa apa2 sebab tak kenal pun pesakit tu. tapi kalau yang kenal, memang rasa ralat gak ler.
multifaith room, atas nama aje. tapi yg sering guna bilik ni muslims aje, ade quran,buku2 agama dan sejadah.ramai muslim doctors dan nurses kat sini. hospital yg saya kerja skarang ada dua bilik solat, sedangkan chapel ade satu saje.even ada muslim clergy yg dtg ziarah muslim patients yg dah nazak.
HO tu maksudnya house officer, sorry guna abbreviation. kalau di malaysia equalavent to doktor pelatih.
oo saya tak jampi apa2 kat awak sampai terminat kat bunga2. ada la tu daya tarikannya. seperti awak telah buat kat saya, tetiba aje saya suka nak tengok awan.. :)

anita,
i'm just doing my humble job. :). saya lebih amaze pada kaum hawa yg belajar ilmu engineer, sebabnya saya ni fizik basic pun terkial2. tutorial questions asyik tiru member jek...hehhehe

maklang said...

Dr...sure kaya duduk sanakan. Adek pernah kerja locum kat sana selama 4 tahun. Dah 2 tahub balik sini. Now buat masters kat Um. Dr kat mana di UK?

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :