Tuesday 28 March 2006

Jalan-jalan pergi makan

Musim bunga,biasa la, dimulai dgn hujan memanjang. Dah dua hari begini. Tambah pula UK summer time baru start semalam,kena cepatkan sejam. Jadi beza time dengan Malaysia dah jadi 7 jam. Jenuh paksa anak-anak tidor semalam. Iye la jam dinding tunjuk 930,tapi biological clock dorang masih 830. Akhirnya berjaya juga dorang tido, termasuklah mak dorang ni.

Pagi ni, nabilah steady aje bangun, pagi. Tapi darwish kejut punya kejut 'tok degih' (bak kata ore kelate) langsung. Adik dia jolok telinga dengan mata pun masih lena. Inilah bahana pertukaran waktu, 'jetlag' la konon.

Ayah dorang dari semalam hangin, sebabnya Mac mini dia tak leh masuk disc. Entah apa bende anakanda sumbat. Pagi tadi, dia plan nak bawa Mac tu ke kedai Apple. Nasib baik dalam warranty lagi, kalau tak gamaknya habis beratus pound gak. Boleh bangkrap oo. Dah la elaun x dapat dah. Bini dia punya bagus kata
"nak gi Meadowhall yer (ni macam One Utama tapi kecik sikit la), nak ikut (kes weekend terperap kat rumah la ni), tak rajin nak masak lunch, so nak makan kat sana aje lah'.

Hujan punya pasal, dok transfer data yada yada, pukul 2 lebih baru keluar rumah. Hari Isnin, banyak la parking kosong. Best je. Plan nye, mak nyer dengan anak-anak pergi foodcourt terus, tapi lalu aje tepi kedai Apple, si abang terus aje nak masuk ikut ayahnya. Terpaksa la mak dia join sekali.

Memang best la kedai tu, kalau anda seorang 'hantu' Mac. Sebab sebagai insan PC,terkial-kial nak klikkan komputer demo tu untuk Nabilah. Padahal, si Darwish sesaat aje dah tahu mana nak klik. Inilah anak zaman cyber. Kalah maknya!

Lepas cik abang dah settlekan hal dia, kata mamat kedai Mac tu kena masuk workshop, 3 hari baru siap. Kena ceramah dengan bini seround,



"itu bukan alasan u tak nak type thesis. Laptop I ade"
"PC tak best"
"Ambuiii, baru guna Mac 2 bulan, dah eksyen yer."


Lapar punya pasal, akhirnya sampai gak la kat food court. Menteri kewangan belanja (sebab dia yg ajak makan luar). Nasib baik la ade kedai halal sebijik aje kat situ, memang kalau kami makan kat meadowhall tu, serbu situ aje.


"Darwish nak makan adikkkkk"
" I 'll eat you first with my big mouth, abang"
Ayam goreng dan chips, ayam kari Jalfrezi dengan nasi, nugget dan chips (banyak cholesterol kita hari ni honey)
Yo lefty, makan guna tangan kanan sayang
Punyalah menjerit-jerit mintak ice-cream, tengok budak bulat kat food court lah ni
Pukul 4 balik rumah. Adik tido keletihan. .
Darwish nak makan lagi, 'breakfast' dia

Pukul 6 petang, orang Apple telepon, " Can I leave a message to Muhammad, his mini Mac is fixed and he can pick it up anytime today"
Terus text cik abang, kabar kat dia Mac dia dah ok. Dengan kata lain, dia takde alasan tak nak buat 'homework' dia.

Nabilah bangun dan merengek-rengek.
Si abang pula mengusik.
Mak nyer pening, apa nak masak malam ni?
Dan hujan masih belum berhenti.

2 comments:

Anonymous said...

Aleng...I'm impressed. Not bad for someone who thought IT was an alien..hahaha. Keep it up! - Leen

Kaklong Syikin said...

seronok bunyinya idup kat perantauan nikan..

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :