Sunday 2 April 2006

Asrama

Busy jugak semalam, lepas grocery shopping, ada tetamu datang.
Tetamu plak punya la sempoi, siap tolong vacumm kan dining room termasuk la kitchen. (Ros minggu depan buat lagi yerr........)

Dalam pada tu, kepala asyik pikir apa nak tulis dalam blog ni.
Emmm....teringat perbualan dengan mama, dalam telepon 2-3 hari lepas. Macam-macam cerita, termasuklah cerita darihal adik bongsuku yang merengek-rengek minta dikeluarkan dari asrama.

Ceritanya, dia baru dapat masuk Sekolah Menengah Teknik, dalam sekitar Selangor gak la. Tak jauh mana pun, tapi disebabkan masalah transport, mama usahakan juga dia ditempatkan dalam asrama. Sejak-sejak itu, ada-ada sahaja lah komen si adik ni pasal sekolah tu. Budak-budak kurang ajar lah. Cikgu tak pandai mengajar lah. Fizik susah lah. Makanan dewan makan macam **** lah. Tiga-empat kali sehari dihantarnya sms kat mama, telefon 2-3kali seminggu.

"Tolonglah keluarkan saya dari sini"
"Tolonglah datang ambil saya "
"Cikgu sini tak pandai cakap English,
grammar pun tak betul..."
Yada yada yada.....


Mmm memang banyak songel.
Dengarkan keluhan mama, simpati aku.

Aku pun terpikir... terkenang zaman remaja aku dulu.
Aku pun dulu pun banyak songel jugak. Agaknya, memang jenis species anak sulung dan anak bongsu kut.

Dulu lepas SRP, dapat sekolah asrama. Mula-mula dapat sekolah asrama perempuan yang glamour di Seremban tu. Tapi dapat sains sosial. Masa tu, mana la aku tau apa kejadah subjek tu, ingatkan sains tulen. Menitis airmata bila dapat tahu ianya bukan. Papa dan mama, risau aje melihatkan keadaan aku yang sugul tu, lantas pergilah mereka ke sekolah itu, merayu dengan pengetua untuk tukar course, tapi tak dilayan. Lantas dorang usahakan juga aku masuk sekolah berasrama lain, at last aku pilih MRSM nun di utara tanahair.

Blok asrama di depan Bukit Gondol*

Blok akademik*


Aisheh ingatkan balik, minggu orentasi tu, memang tension, tempat baru la katakan. Satu hari tu, ade ke aku ni gi tanya member baruku Z,

"Awak ade mancis tak?"
"Tak, nak buat apa?"
"Nak bakar padang ni, rumputnya kering sangat ni. Pastu
sure sekolah tutup, kita semua boleh balik"
"Awak giler ke...?"

Dewan besar maktab*


Ntah hapa-hapa la yang aku pikirkan masa tu.
Lepas minggu orentasi, kira dah ok la sikit. Nak pulak dapat satu kelas dengan member lama, yang dikenali sejak darjah 6. Dia pun ada gak cakap camni....

"Faeza, jom balik sekolah lama..."
"Tak nak aaa" (tika ni dah macho sikit la)
"Apsal?"
"Kesian mak saya dah belikan saya cadar baru, dah jahitkan baju sekolah ni. Awak nak balik, awak balik la. Saya nak stay"



Tapi kami sekelas sampai ke SPM.

Tak tau la bila masanya aku dan beberapa gals lain jadik clique.
Kami ada 11 orang.
Z (yang aku kenal dari minggu orentasi) dari NS,
WS dari ShahAlam,
Az dari Alor Staq,
Ad dari Melaka,
JR dari Kulim,
An dari KL,
W dari Kuala Langat,
JZ dari Kuala Kangsar,
aku,
KL dari Ampang
dan arwah O dari Banting.
Kenangan bersama dorang ni, haru biru jadik nyer sekolah tu.

Masa form 4, cube (bilik) aku di tengah2 antara bilik warden dengan bilik JR dan O. Ada satu musim, hampir tiap-tiap tengah malam, JR dan aku lepak atas almari (dinding antara bilik tak cecah ke siling), makan biskut kering, cicah dengan air kosong. Wooo nikmat sungguh. Nasib baik kepala tak putus kena dek kipas.
Ingat lagi, aku dan arwah O kena marah dengan warden, (aku panggil warder hehe, warder-prison officer [The Oxford English Minidictionary] ), cikgu A, sebab kami dok ulang ulang skrip Antara Dua Darjat "Ghazali bangun Ghazali...bangun Ghazali.........", sambil melompat-lompat depan bilik aku, time tu gak, fire alarm tgh blaring. Cikgu A keluar dari bilik dia yang bersebelahan dengan bilik aku, dengan mata merahnya dan kusyen di celah lengan dia..."Awak ber2 tak bley diam sikit ker?!!" Oppss kan dah kena marah.
Masa form 5, cube aku bersebelahan dengan cube Az, cuma dinding yang memisahkan katil kami. Tiap-tiap malam, sebelum tidor, sure kami akan ketuk-ketuk dinding. Hahahah...main-main signal2 plak cam si Sudin dengan Zaitun dalam citer Bujang Lapok.
Time makan, kami memang akan makan bersama. Duduk la kami ber11 tu satu meja. Yang pasti, cari meja yang betul-betul mengadap the putras, walaupun hanya dari kejauhan, tapi niat nak sekodeng tu tetap berkobar-kobar.
Dewan Makan*
Kami ni, happy go lucky, tak pernah nak cari hal dengan clique or seniors lain. Tapi biasa la, ada je pihak-pihak yang jaki dengan kerenah kami ni. Ada sekali tu, tak pasal-pasal aku kena panggil oleh kakak senior, masuk ke bilik jemaah displin pelajar...hampehhh, sebabnya, aku ade clique (dorang ingat geng samseng kampung Dusun ke?). Kena interrogate la...nasib baik la muka aku tak disuluh nya dengan torchlight...
"Kenapa akak panggil saya ni? Saya tak buat apa-apa
pun"
"Awak ada geng kan?"
"Kami kawan-kawan baik biasa aje. Tak kacau
sesapa pun"
Apa lagi ntah kakak 2 orang tu membebel kat aku, bukannyer aku dengar sangat pun. Kepala dah terbang sana sini (literally la).
Kalau prep petang, aku pasti tertidor. Satu hari, prep kat dalam library la konon (selalunya aku terbabas tido dalam cube-alasan migraine), sebabkan library dah hampir penuh, terpaksa la duduk kat meja yang paling hampir dengan kawasan putra. Baca buku 2 mukasurat, dah gelap dunia aku. Si WS, JZ dan sapa lagi ntah, semeja dengan aku, tapi yang suwey nye, dorang blah tanpa kejutkan aku bila time prep abis. Sedar2, muka dah merah sebelah, dan ade air lior basi kut...thuiii......malu aku, iye la dapat plak senyuman perli dari putra-putra yang sedang lalu tepi meja aku tu.
Minggu-minggu peperiksaan SPM, takkan ku lupa. Setiap malam, kami akan berkumpul lepas prep, 2-3 org ditugaskan beli nasi lemak arwah Pakcik Brutus, lagi 2 orang bancuh air teh, yang selebihnya cari spot untuk supper kami. Wahhh nikmatnya nasi lemak tu. Makan ramai-ramai kat tengah-tengah badminton court kat kawasana hostel tu. Di bawah langit malam dan angin dari Padang Besar yang sempoi-sempoi bahasa. Dan pada masa itu juga, kami ada lagu kami (bukan kami cipta pun), 'Engkau yang satu' dari Wow dan 'Bukan aku tak cinta' dari Iklim. Imagine kami akan melalak lagu ni ramai-ramai bila tension. Perasan kumpulan choir negara la ni (aku on lagu ni time menulis blog ni, terkenang zaman muda-muda dulu). Hari terakhir sebelum hari graduasi, kami beriya-iya plan nak pergi tukarkan susunan batu blok asrama putra yang dekat dengan asrama kami. Tunggu punya tunggu pukul 2-3 pagi, last-last masing-masing zzzzzzzzzzzzzzzz, sedar-sedar dah Subuh.

Yang pastinya, kami masih saling hubung menghubungi. Hanya Z dan JZ aje yang terputus hubungan.
WS di New York
Az di Kuching
JR di Kota Bharu
Ad, An,W dan KL di Lembah Kelang
O sudah kembali ke rahmatullah, kanser payudara dalam umur yang muda. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
Dan aku di sini.

Dikenang kembali, banyak aku belajar dari hidup di asrama ni.
Aku mendewasa dan melihat sesuatu luar dari kotaknya (thinking outside the box), see beyond the paradigm-melihat keluar dari paradigma (bak kata Afdlin Shauki).
Kenangan di MRSM tu yang paling best aku rasa, dalam zaman aku belajar.

Harap, adikku dapat ubah sikapnya.
Umur dah meningkat, jangan la berperangai seperti bayi lagi.
Fikirkan juga perasaan mama dan papa.
Andai kata dapat juga apa yang dimahui tu, kakakmu ini pinta,

Tolong la jaga hati mama dan papa.
Tolonglah jadi anak yang soleh. Tolonglah jangan lawan lagi cakap mama dan
papa.
Hancur luluh hati ini mendengarkannya
Please...........

*Gambar dari http://www.anseri.org/

7 comments:

Anonymous said...

salam doc.. saya melompat dari blog syikin. seronok ye 'flashback' zaman sekolah menengah. saya pun ada seorang kawan baik yang sudah arwah.. innalillah..

Kaklong Syikin said...

adik bongsu saya pulak, excited mula2 masuk asrama masa form 1 tu.kalau time nak balik asrama, dia mesti nak balik cepat. syukur gak dia independent, mungkin sbb masa dia 5 thn lagi ayah kami dah meninggal. so itu semua mmbantu dia bersikap matang. tapi, bila dia start form 4 or 5, dia rasa nak tukar sekolah..nak lebih dkt ngan rmh kami dan tak mau dah duduk asrama. puas pujuk dia, mak tak kisah, saya yg bising. sayang dah tinggal setahun dua lagi. sampaikan surat jabtan pendidikan dah keluar luluskan dia pindah sek kat rmh kami tu. tpi, jodoh dia ngan sekolah tu panjang lagi, sbb tak seorang cikgu dia pun (saya difahamkan dia mesti dptkan signature guru or salah sorg guru yg berjawatan utk benarkan dia tinggalkan sekolah tu) nak sign borang pelepasan tu. akhirnya dia stay sampai habih SPM. la ni, dia wat diploma di uitm shah alam

Anonymous said...

Despite everything that happened when we were there, we sure did have fun huh?

Ko ingat tak, dekat nak SPM? Siap ikat 2-3 torchlight kat kipas, nak buat disko...hahaha. Ah, the good ol' days.

FaEzHussain said...

GT, ha'a memang seronok kenangkan kisah2 sekolah dulu. itu la, ajal maut kita taktau bila kan? walau umur masih muda, tiba masa kan pergi jua.

Syikin, itu lah....mmg byk songel anak bongsu ni. sabar aje la.

Leen, of course ingat malam yg kita nak cuba berdisco tu..kakaka...rasanya lepas abis exam kut......

Sya said...

Nasib baik anak kak sya tak heboh nak balik.. mungkin betul cakap u sindrom anak sulong. Anak kedua dah janji next sem nak dok rumah dah

Ku Keng said...

Assalamu alaikum. Terima kasih kerana meninjau ke blog saya dan meninggalkan pesan. Ya ike singe ngen budu gak. Tak dok arah la nok royak. Lepah make teruh jerenge. Sedar sedar masuk asar doh.

FaEzHussain said...

kak sya... memang anak sulung ni precious sket kan? (prasan sendiri la ni) itu kut yg byk songel tu. tapi bila dah tua sikit, dah sedar diri, tanggungjawab besar.

KT,waalaikumsalam. sama-sama.aduhhh jange dok ceritho pasal budu, lamo doh tok make budu. Sini mano nok chagri. terima kasih jenguk blog saya. :)

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :