Friday 28 April 2006

Biar betul...?

Hari ni hari ke 3 saya rasa tertekan.
Bermula sejak hari Rabu lepas.
Sampai ke tempat kerja aje, rasa kepala dan bahu ini berat dengan pelbagai perkara.
Saya ingatkan hari Khamis saya akan lebih ceria, tetapi tidak.
Dan hari ini dah Jumaat, hari terakhir saya kerja untuk pusingan kali ini.

Kenapa saya tension?
1) Assignment saya untuk kursus saya sedang buat sekarang ni, masih belum siap. Nasib baik hari ini dah mula menulis sikit-sikit.
2) Proses mencari pengadil(referee) untuk jawatan yang saya sedang apply di Malaysia. Dan saya tersilap, terbaca apa salah seorang consultant tu tulis pasal saya...arghhhhh..ada positive ada tak berapa positive.
3) Nak isi borang minta kerja. Sesuatu yang saya tak suka buat, tapi terpaksa. Sebenarnya saya rasa phobia untuk mengisi form kerja sebab selama hari ni, sudah berpuluh form kerja isi memohon kerja di bumi UK ni, satu pun saya tak dapat. Hanya setakat interview sahaja, itu pun saya bersyukur dah, atleast kita di-recognised. Dan juga saya dah menghadiri 2 temuduga dengan 2 universiti di Malaysia, dua-dua saya tak dapat.Arghhhhhhhh...luka lama berdarah kembali. Risau kali ini, minta kerja pun tak dapat....walau Malaysia katanya kurang doktor.
4) Rumah belum ready untuk menyambut 2 tetamu istimewa yang akan tiba 9hb nanti.
5) Barang masih belum habis dimasukkan ke dalam kotak untuk penghijrah terakhir tidak lama lagi.
6) Sengaja meng-ada-ada alasan untuk saya jadi tension.

Arghhhhhhh...
Nasib baik hari ini cuaca bersinar gemilang. Semoga hari Jumaat ini akan bertambah ceria.

Sekian
Terima kasih

Saya nak turun ke bawah makan mee goreng saya masak untuk sarapan pagi hari ini

Selamat cuti 3 hari di Malaysia dan UK (di sini pun labour day 1 May ni)

5 comments:

Literature Sushi said...

Jangan Tension2x...

Hari sabtu nih dtg le ke rumah.. Besday Shafiyyah 5tahun. Bole makan-makan... ok

Kaklong Syikin said...

ohh..saya ingat saya sorang fobia utk isi form minta kerja...rupanya ada geng...

ok..moga2 dpt atasi semua ketensyenan tuh

Unknown said...

Temuduga kat mana tu yang kena tolak. Hospital Manjung nie kurang Doktor. Wad OnG lagi kurang!

FaEzHussain said...

Raiedzall,

yer..jemputan diterima, satay pun dah dihabiskan. comel puteri awak di hari itu. anak saya sampai terkelu lidah, di rumah sibuk menyanyi happy birthday kakak, tapi tiba di situ terbelit2 nampaknya dia. atau mungkin ada aqil yang menganggu konsentrasi dia.

Syikin,
saya kalau universiti ni tak terima jugak saya, masuk kementerian la gamaknya. berkecai impian ingin mendidik generasi pelapis.

Amir Azmi,
terima kasih menjengok blog saya. Temuduga itu berlangsung di malaysian hall london, dua universiti di sekitar lembah kelang yang baru menubuhkan fakulti perubatan.

aNIe said...

Faez...dulu kak lady ni tukang mengisi borang untuk adik ipar...sepupu...sedara yang nak minta kerja...diorang kata tulisan akak cantik...dan alhamdulillah berkat tangan ni...ramai jugak yang akak tolong tuliskan borang tu...dpt pekerjaan...hehhe...mujarab jugak.

Selamat menyambut Hari Pekerja

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :