Monday 3 April 2006

Career talk: Homemaker

It is because we carry the XX chromosome, that we're automatically super human. From dawn to dusk, it's nothing but work work work.
If there are lots of work for me to do, what the heck am I doing in front of this square-face?
My highest regards to those homemakers, who work endlessly 24-7.
Aphal plak dah ni....takde idea nak menulis kut omputeh ni.... guna BM aje la.
Tadi banyak sangat idea nak menulis, sekarang dah lupa. Lain kali carry aje Xda tu merata tempat. Ada idea jot down. (making a mental note)
Ok, back to homemaker story.
Say for example, mak nyer demam, satu rumah tak beres. Pinggan penuh meja dan sink. Baju tak berbasuh penuh bakul. etcetra etcetra....
Aku tengah membebel ke ni?
Iye kut, ntah la.
Mengemas. Living room tinggalkan sekejap untuk ke dapur, datang balik dah bersepah. A quick clean up. A few minutes later, a mess again.Tak tension ke? So dah give up keje mengemas ni. Buat towards end of the day, bila si dia dekat nak balik dari campus.
Masak. Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu.........masak. Ahad...halamak, takde moodnya. Tak berasap dapur gamaknya. Take away kat sini, takdak lain kari kari kari je, takpun pizza pizza pizza...takpun kebab kebab kebab......
Kain. Nasib baik la, sekarang dah ada washing machine. Kalau tak, ramai homemaker dah bongkok 2. Sidai kain? Summer boleh la buat gantung kat ampaian. Autumn, winter, awal spring guna dryer aje la. Dapat bill elektrik terbeliak mata! Lipat kain? Andai ade sebijik mesin lipat kain, dah lama aku beli 3. Satu untuk mama aku, satu untuk mama mertua aku dan satu lagi untuk aku sendiri la, sapa lagi. Bila dah ada mesin lipat baju, sure nak mesin iron baju kan? Waa...sesapa genius bley la tolong ciptakan bende ni. Kalau buat survey, lipat kain la last in the list of house chores yang paling digemari.
Apa lagi nak bebel.
Layan anak-anak. Memang tugas wajib. Memang tanggungjawab. Tapi ada kala nya, badan ni takde kederat nak melayan. Kejap-kejap "Mummy, nak airrrrr" "Mummy.., adik bukak pampers dia...", mummy itu mummy ini....lelama the homemaker bungkus diri jadik macam mummy pyramid baru tau. Takpun jadik macam Mami Monster tu.
Peluang belajar. Tambah payah lagi, kalau si homemaker ni pun nak try sambung belajar. Nak tambahkan ilmu dan pembangunan diri yang masih terbaring ni. Dipikul juga segala tugasan rumah di atas bahu. Boleh patah semangat dibuatnya. Dapat sokongan verbal aje tak cukup kuat. Kena bagi juga sokongan tenaga,ruang dan masa.
Mental Health.Kerjaya homemaker, memang mencabar. Adakala masa untuk diri sendiri sangat la terhad. Tengah shower syok-syok pun, ada suara menjerit "mummy where are youuuuu?".... Bila dah cukup korum di rumah, si homemaker melarikan diri ke bilik, bukan menjauhikan diri, tapi dia inginkan masa untuk dirinya. Tolong la bagi dia peluang, untuk bersendirian, tanpa kebingitan anak-anak menangis, tanpa itu dan ini. Ini la cara dia nak re-charge sanity dia semula.
SUCKING UP.Satu lagi, homemaker juga perlu di-perasankan yang diri dia di-appreciate. Tak perlu beli bunga. Tak perlu beli baju. (Tapi kalau dapat best jugek....). Contohnya, kesian tengok si homemaker ni penat-penat lipat kain yang dah penuh bakul setinggi 1m tu, pandai-pandai la tolong masukkan ke dalam almari. Bukannya susah. Kalau bilik air tak sempat digilapnya, apa salahnya, disentalkan sikit masa tengah mandi....etcetra etcetra....
Kalu tak caya betapa demandingnya career homemaker ni, cuba tanya mama aku yang tukar profession dari cikgu ke homemaker (pencen awal daaa), takpun tanya mama mertua aku, sejak kawin ke bercucu 8 ni, masih lagi sebok dengan si kenit2....(jaga cucu pula).
Isk....banyak tul membebel. Maaf bebanyak kalau ada yang terasa.
Eh...takkan homemaker pun dapat Monday Blues kut?.
Ke PMS?


Pemandangan di pekan Bruges, Belgium

6 comments:

Kaklong Syikin said...

hahaha...terlalu betul apa yg faez listkan ni..mmg betul sesangat.

saya penah cakap kat suami,kalaulah ada robot blh lipat kain, mmg saya suruh dia belikan,hehe

betul, ibu mmg perlukan ruang utk dirinya sendiri.tu sebab saya blogging, hehe.

disbbkan anak2 dah berderet ni n maid pun tak de(suami offer nak amikkan maid, saya tolak), saya ajar anak2 berdikari bahkan sejak depa blh berjalan, yg pasti, sesuai ikut peringkat umur. jadi, ada benda yg mereka buat sendiri saya suruh buat sendiri. tapi alhamdulillah,nampaknya 2 anak yg besar ni rajin gak menolong tak yah disuruh terutama bab basuh pinggan (kecuali yg kaca2 tu, amaran keras oleh umminya), kemas bilik tidur sendiri.

saya tak tau ni, apa tu PMS?

Anonymous said...

Si isteri selalu komen itu dan ini....si suami sabar aje. Kadang2 si suami pun selalu jugak tolong2 di dapur, memasak....mengemas rumah...tapi tak pernah jugak si isteri berkata terima kasih, yg si isteri ingat hanya apabila si suami tak menolong. Bila masa si suami menolong, si isteri selalu nya terlupa.

Ana memang tabik dgn tugas si isteri, macam isteri ana, kerja full time, jaga anak2 pun full time. Kerja rumah sepatutnya tanggungan bersama. Tetapi selalu nya si suami terlupa, kekadang hanyut dgn kerajinan si isteri lakukan semuanya di rumah, lebih2 lagi kalau si suami tengok, si isteri selalu berada di rumah, dan si suami....kebiasaannya...bekerja di luar rumah.

Apa2 pun, seperti mana pernah ana dengar ceramah Dr. Fadzilah Kamsah, si suami patutnya kena ambil hati isteri, patut berterima kasih, patut bertolak ansur dalam rumahtangga.

Semoga berbahagia

Kaklong Syikin said...

hehe, suami saya mmg jarang menolong sbb dia tu sibuk memanjang, yelah sorang jer keje, tu kena keje kuat n wat extra part time nak hidup selesa kat KL ni. jd, sesekali dia tolong basuh pinggan, basuh berak anak, masak burger, rasa gembira sangat, even rasa bersalah sbb dia penat2 tolong kita wat keje plak. tu sbbnya mmg betul ucapan terime kasih isteri kena bagi pd suami yg tolong utk suami rasa appreciated n certainly dia ada hati nak tolong lagi di lain kali...

ayat standard saya, tima kasihlah bang tolong wat keje.

Literature Sushi said...

Ye jiran ku, saya setuju ngan point2 dlm entry ni... check out this page about "KASIHNYA Allah PADA WANITA"

http://fauzynm.tripod.com/Nasihat/Nasihat159/nasihat159.html

FaEzHussain said...

Syikin...
bagus cadangan tu ajar anak berdikari sejak kecil2 lagi. sememangnya tengah diusahakan. anak perempuan memang senangkan, tapi dengan anak lelaki ni, kena guna psychology sket.

Anon,
Ye saya bersetuju. Kadang2 terlupa nak ucapkan terima kasih, kepada suami ataupun sebaliknya.

Syikin lagi
Lupa, PMS tu maksudnya Pre Menstrual Syndrome. Mungkin anda tak alami, tapi majoriti wanita sebelum nak 'bercuti' tu, mood swing macam2.....

Raiedzall
terimakasih, jenguk blogku yang tak seberapa ni

In summary, pendek kata, kalau nak dibahaskan sapa paling byk buat mende kat rumah etcetra etcetra, takkan abis perbahasan itu walau tujuh keturunan. Yang penting, sama-sama bantu membantu. iye la, sama-sama dirikan rumahtangga, sama-sama buat anak....so pepandai la sesama jaga. tambah skarang ni, si isteri pun menyumbang kepada ekonomi rumahtangga.

Hanya pendapat dari insan yang masih belajar mengenai alam rumahtangga.

Kaklong Syikin said...

saya syukur setakat ni, aiman, nak menolong even dia yg suka offer diri, cuma ada kalanya saya tak bagi kalau tak sesuai ngan usia dia baru 6 thn tu..so far, dia blhlah volunteer suapkan adik makan nasi, suka lap sana lap sini (main airlah tu), suka basuh pinggan (barangan kaca),suka dukung adik, suka kemas katil, tolong menyapu sikit, dan pakar menyakat adik beradik (ni mmg selalu saya hangin satu badan :D)minta2 dia suka menolong sampai besar.

saya selalu cakap kat anak2 kena belajar buat keje rmh sendiri, mana tau satu hari nanti umi takleh nak wat keje2 rmh nanti, at least depa leh berdikari dah.

tak per Dr., blhlah ajar anak lelaki tu cara psikologi..

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :