Wednesday 19 April 2006

Pungguk rindukan rambulan

Saya amat mengantuk ni.
Andai disorongkan bantal dan tilam, dah lama dibuai mimpi.
Tapi apakan daya, kerana tugas, terpaksa bersengkang mata.
Enaknya nampak katil-katil patients di sana.
Misi-misi di belakang saya, pura-pura sibuk atau sememangnya sibuk. Paling kurang pun, sibuk menjenguk Ebay. Takpun sibuk menggossip.

Sedang menunggu blood test results patients di ward ni.
Itu yang kaki berat nak keluar dari sini. Kalau keluar, nanti kena patah balik.
So baik duduk di sini, sambil masukkan entry dalam blog ini.

Tadi dapat bleep dari junior house officer.
Mungkin nak make sure senior house officer dia sorang ni, tak berdengkur lena.
Pertanyaan mudah hendak dijawab.
Nasib baik.
Kalau ditanya yang pelik-pelik, mau badan ini dah bangun dari kerusi yang empuk ini dan menuju ke tempat panggilan.

Mata masih mengantuk.
Semug teh dah diminum + semug kopi sebelum kerja.

Artikel untuk essay sudah dicari.
Ke mana lagi nak kulayari alam siber ini.

Ooo kena kembali berkerja.
Harap-harap keputusan test darah sudah ada dalam komputer.

7 comments:

Kaklong Syikin said...

oh..shift malam ya minggu ni?

eh, org putih pun pandai ngumpat ya?

FaEzHussain said...

puan syikin

org putih laaaaa paling kuat ngumpat. tapi taktau la, rasanya org malaysia pun lebih kurang sama.

Anonymous said...

"Mata masih mengantuk.
Semug teh dah diminum + semug kopi sebelum kerja."

sekali baca: apa dia semug?

ohh! se'mug'
hahaha!

ps:sampaikan salam saya pada jururawat2 anda! hahaha!

aNIe said...

Heheh...maner2 pun ade orang mengumpatkan...maknanya bukan orang melayu aje lah yang kuat mengumpat....

Faez...kat sini di channel astro ade siri cerita Grey's Anatomy...kak lady suka cerita tu...siap set alarm kat hp sebab takut terlepas....suka tengok doktor pelatih yang berebut patient untuk di rawat...& berebut2 nak dipilih untuk masuk ke bilik bedah...

Kat sana camtu jugak ke doktor2 pelatih...

Anonymous said...

diorang ngumpat, ada memek muka sekali ke?

FaEzHussain said...

GT,
sila baca dalam blog anda saya dah reply.
misi2 waktu malam agak kureng sket..maklum la...malam kan...

KL
yup. dorang lagi la suka mengumpat. tension kekadang dengar tu.
ada tu, elok aje sesorang tu blah, terus kena umpat. apatah lagi kalau kita ni org luar, lagi la.

grey's anatomy tak pernah tengok. hehehe. so taktau citer camner. semua doktor pelatih sini, takde la cepat naik sheikh macam dalam citer tu(ada saya tgk dlm iklan dorang berebut2 nak jumpa patients), lagi tanak jumpa patients ade la. kalu dah complex sgt, memang panggil senior doktor. syiok tgk scrubs(sebab memang sentiasa cam bercakap sendiri dan berangan cam JD tu) dan house jek.

Nurul
Taktau la saya, dorang duduk kat kaunter belakang saya....heheh ade la kut memek2 muka...

Anonymous said...

Hi,

Nabila dah besar dah... and Darwish pun dah makin handsome dah. It has been quite a while since we've last met. Glad to see that life is working well for you.

Kalau Noor jadi Darwish pun, I want to go again to Lego End. The pictures are nice, so the place must be much nicer than it is captured in the pictures. Didn't get to do that during my short stay there.

Keep in touch, kay. I'll be wondering around your blog some more. Salam sayang utk. anakanda2. Take care.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :