Monday, 17 July 2006

Baik tapi jahat atau Jahat tapi baik

Ni nak cerita, kejadian yang berlaku kat sepupu saya.

Satu hari, adik A ni, jejaka tampan umur 22 tahun, turun LRT dan sedang menunggu bas nak ke hospital Tawakkal melawat Kak Long nya yang kena admit sebab demam denggi. Sedang dia menantikan bas, datang la seorang (ke 2 orang tak clear plak masa dengar cerita tu) yang menaiki motor menghampiri adik A. Adik A dipegang dan diugut supaya berikan duit. Adik A ni panik la, lalu memberikan la dompet dia. Mamat pencopek tu minta pula handfon adik A. Pun diberinya. Dalam dompet tu ada RM50.

Kemudian mamat tu bertanya 'Kamu nak ke mana?'
Adik A ' Saya nak ke Hospital bang, lawat mak saya sakit' (pandai plak dia kelentong).
Mamat 'Ooo gitu'
Adik A 'Tapi camner saya nak pergi, saya takde duit ni bang nak naik teksi atau bas'
Mamat 'Mmmm....' dan dia berlalu.

Adik A dah kebingungan dah. Duit takde, Handfon pun takde.
Kejap kemudian mamat tu pusing balik dengan motor dia. Dompet adik A dipulangkan, dan dia bagi 'Nah ambil RM 15 ni buat tambang teksi' (ooo dia gi pecah duit rupa-rupanya!)
Adik A, terkejut tapi dia ambil aje la (dah orang hulur). 'Bang, bak la saya punya sim kad bang'
Mamat tu pun pulangkan sim kad adik A. Handfon dia simpan.
Kemudian mamat tu blah.

Sat lepas tu dia datang balik, 'Dik, mai la abang hantaq pi hospital tu'
Adik A gabra gak ler, takut la diperbuat apa-apa kan, tapi mamat tu bersungguh-sungguh je, dia pun bonceng la motor tu.

Dalam perjalanan
Mamat 'Abang mai dari Kedah. Adik dok Kolumpoq ni kena berhati-hati, bahaya. Ghamai penyamun'
Adik A 'Ye bang....' (eh siap berkenalan dan berpesan-pesan plak)

Jadiknya hari tu, adik A selamat tiba ke hospital secara percuma, masih ada duit& dompet dan juga sim kad walau takde handfon.

Moral of the story?
Ada gak tukang samun macam ni yer?
:D
Mungkinkah dia juga mangsa keadaan di pekan batu, jiwa mesti sekeras batu (bak kata Dato Shake).

Later.....

PS: Gambaq Malaysian Hall, akan di upload much later, sorry delayed. Sekarang ni kerja shift malam. Siang-siang qada tidor.......

16 comments:

Izhal said...

lahai... tak tau nak kata apa la Puan Doktor... Hati perut ada orang2 macam ni...

Hot Mama said...

Hmm tuu laa memang ade penyamun "baik".. tapi menyamun tuu tetap jenayah.

Pernah buat kes dulu, client charged kat court pasal mencuri, tanya menyesal tak, dia kata tak and cakap bila keluar dr penjara nak buat lagi.. hampeh!

yus said...

Penyamun siap boleh patah balik tu nak tolong yg di samun. Tak tahulah nak kata apa...

Syikin said...

laaa..first time dengar penyamun camni..

marlinabaharom said...

hee..hee.. ada gak orang cam tu dalam dunia ni kan! pelik...pelik...

uDA said...

kat msia skang ni mmg ramai org yg desperate. mana tak..sara hidup makin tinggi, masih ramai yg kena buang kerja, bil letrik semua makin naik..apa yg tak naik? rumah saya pun baru kena samun.

tapi kes ni mmg unik sket la..hehe

Ayu said...

mungkin penyamun tu pon mangsa keadaan. sbb tuh dia tak sampai hati.. kalo org yg kerjaya nya mmg menyamun sure dia buat tak endah jer...

simah said...

bertuahnya jumpa penyamun berhati perut..kira walaupun tersamun..tak la tersamun full .. hopefully semua penyamun mcm ni..tapi kalau tak der penyamun lagi la baik kan?

NBK466 said...

Eh...kisah benar ker kisah tak berapa benar nie?? Cam tak caya pulak ada gak orang camnie...

FaEzHussain said...

Tuan Izhal,
saya pun taktau nak kata apa, hari dengar cerita tu, tergelak gak...tapi terasa gak peliknya...

Puan HM,
itu soalan yg sama yg ditanya oleh doktor kat patient yg overdose, nyesal tak buat ni?ada yg tak, ada yg nyesal, ada yang suh doktor f*** off...nasib nasib

Puan Yus,
itu la..nak kata jahat tapi baik, nak kata baik tapi tukang samun

Puan Syikin,
mungkin dia penyamun yang ada sikit iman di hati...

Puan MB,
iye sungguh pelik

Puan Uda,
di malaysia semua naik....gaji je lambat naik.....

Puan Ayu,
saya pun rasa begitu gak....hidup di kota batu...

Puan Simah,
itu la, alangkah bagus nyer jika tiada semua itu.....

Tuan NBK,
ini kisah benar, tadak kelentong punya...mungkin dialog tu saya kasi simplify sket kut...

Nizam Rusli said...

haha! macam penyamun dalam cerita p.ramlee je..

Mamamanja said...

heheheh.. lawak pun ada

Ajzie said...

Penjahat yg berhati baik..ehhh iyea ker? Tak Tak..jahat tetap jahat coz ambil duit dah handy orang.. Baik coz tersentuh kot.. Hati org kan kan..tak siapa yg tahu..mcm Siti Nurhaliza ler jugak..keh keh keh

Kak Lady said...

Orang selalu kata...ade juga orang yang jahat ni...tapi kadang dalam hati mereka terselit peribadi yang mulia...walaupun sedikit... :)

blackpurple said...

Dalam diri manusia sejahat manapun masih ada baiknya....

mizzwanda said...

hehe baguih gak penyamun tu eh..hehe..eh pasai nak upload gamba tu k.faez tak guna yg blogspot nyer ka.kan ada masa kita tulis blog,ada satu menda alah click leh upload teruih masuk ke blog dari kitanya file.erkk heh

x nampak pun pic m;sian hall dlm previous entry

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :