Friday 28 July 2006

Hari terakhir seorang doktor......

Hari terakhir kerja di UK ni.
Cepatnya Julai berlalu.
Dalam hati bermacam rasa....
ada sedih sebab lepas-lepas ni mungkin dah tak berkerja dengan luxury hours cam sekarang ni,
gumbira sebab lepas ni boleh lepak dengan anak-anak dan suami,
sedih lagi sebab takde income dah lepas ni
tapi...
itu la adat, bertemu dan berpisah...hilang di mata, tapi di hati tidak lupa...
email kan ada.

Sepanjang hampir 3 1/2 tahun berkerja di bumi UK ni, macam-macam experience saya perolehi.
Macam-macam perangai orang puteh dan orang tak puteh saya temui.
Dari seorang house officer, yang tak reti apa-apa, dengan beraninya terus menerima jawatan senior house officer dalam clinical oncology (cancer). Gabra juga 1st day, tapi Alhamdulillah survived. Ada gak kena taji dengan consultant 2-3 kali, tapi itu lah adat orang tak reti.
Kerja seterusnya kebanyakkan dalam general medicine; nak kata expert dalam perubatan dalaman, takde lah sangat. Setakat nak diagnose diabetes ke sakit jantung ke pneumonia ke, insyaAllah boleh.

Itu la sedikit sebanyak pengalaman yang ditimba sejak Disember 2002.
Moga-moga dengan ilmu yang ada lebih kurang ni, dapat digunakan sebaik mungkin bila kembali bertugas di Malaysia nanti, insyaAllah.

Harapnya, saya telah melaksanakan tugasan saya sebaik mungkin di sini, dan kurang-kurang nama saya akan tersemat dalam memori consultants/registrars/sho/ho dan juga medical personnel.

Mungkin satu hari, kalau berpeluang akan kembali ke sini.


Later

Dr Mummy yang menganggur

3 comments:

Ajzie said...

Lama saya tak bertandang ke blog Dr. Dr dah nak balik Malaysia ker? Bila? Moga semua berjalan dengan lancar yea.

P/s
Pengalaman mengajar kita jadi lebih dewasa.


Salam
Ajzie

Literature Sushi said...

Dah nak balik M'sia ke Dr.?

FaEzHussain said...

Puan Ajzie dan Tuan Raiedzall,
Belum balik lagi, tapi hampir nak balik. Tak nak announce lagi bila datenya, sebab kut-kut tarikh bertukar lagi... :D

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :