Thursday, 27 July 2006

Lupa

Sejak dua menjak ni, kepala dan bahu rasa berat je. Macam-macam bermain di fikiran. Nak diluahkan tak terdaya.

Tapi semalam, selepas mendapat berita darihal sudden death orang yang agak muda. Dan berbicara pula dengan patients, yang berceritakan darihal orang-orang yang mereka sayangi.
Tersentak dari lamunan, hidup ini sekejap saja. Ajal maut sudah ditetapkan, tapi adakah sudah digunakan masa sebaiknya untuk menyiapkan diri ke alam barzakh? Tersedar juga, yang sejak kebelakangan ini terlupa mengucapkan sayang dan terima kasih kepada yang tercinta.

Kekusutan fikiran takkan terlerai selagi ego diri masih cuba dipertahankan, tanpa mahu mengalah. Diri ini pasrah dan parah.

Adakah disebabkan kesibukan bertugas yang menyebabkan diri jadi alpa?

Sedangkan tugasan ini berdepan dengan mereka yang sakit dan ada yang nazak menunggu masa, tapi kenapa diri sering terlupa?

Sudahkah bertaubat kepadaNya?
Sudahkah memohonkan maaf dari mereka yang tersinggung atas perbuatan diri?
Sudahkan dilafazkan kata sayang dan cinta pada mereka yang dikasihi?

Nyata diri ini masih pelupa.
Harus diingati diri ini selalu, hidup di dunia hanya sementara.....


Notakaki:maaf ayat bercelaru, sekadar mengingatkan diri yang sering lupa

3 comments:

NBB said...

a lot of people lead a sedentary lifestyle. including me.

Ayu said...

kita hanya manusia biasa yg seringkali lupa.. sebab tu kene selalu muhasabah diri...

NBK466 said...

Sesunggunya manusia nie mmg mudah lupa disebabkan tertelan semut, banyak tergelak, makan kepala ikan dsb...terima kasih kerana ingat mengingati diri sendiri & kai yg dtg mengunjungi..

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :