I got up in the wrong side of bed this morning.
My kids were throwing their tantrums.
I wasn't in the mood.
I've got 6 minutes to spell this out before it's time to work.
Received my result for the course this morning.
Exam all passed.
Portfolio/Essay FAILED!!
In other word, I fail the course.
BUT
They gave me 2 months to resubmit my portfolio.
How do I feel now?
Like a loser.
I can't get a proper job in this bloody hospital!
I can't even pass my part 1 written exam even after so many attempts!
I can't even pass a simple course without having tru much hurdle!
Am I a loser?
A moment ago I thought I was.
Now, I'm numb.
I don't care.
I don't give a f***!!!
Arghhhhhhhhhhhhhh
Astragfirullahulazim...
Be patient
Be calm
Do your work today
even how much you hate the boss
Success will taste sweeter after a bitter downfall....
I supposed.
Later....
Tuesday, 27 June 2006
Loser?
Posted by FaEzHussain at 3:57:00 pm 10 comments
Blues
Hari ni, macam biasa, seperti orang yang berkarier lain, pagi-pagi ke tempat kerja.
Hari ni lancar aje. Bus pun tak penuh.
Muka depan akhbar free dalam bus, kalau tak Beckham, siapa lagi? Takkan Figo (gambaq dia hantuk kepala orang) atau Deko (gambaq dia pegang bola, taknak bagi kat pihak lawan...lawak lawak, cam budak kecik berebut bola jek).
Wokeh la, asyik asyik bola....hehe sorry ya.
Kononnya cam bersemangat la nak berkerja kat ward yang sama cam minggu lepas.
Elok saya start ward round dengan house officer, ada sorang consultant telepon ward mencari saya.
Eh apsal plak?!
Rupa-rupanya, saya ni glemer (ceh perasan plak!), team consultant tu takde junior doctors (registrar dia cuti, SHO dia dah blah ke US dan HO dia keje malam). So dia terkedek2 la sengsorang nak buat ward round. OOoo rupa-rupanya deme ni, kalau takde orang bawah, susah la nak pastikan semua patients deme tejaga rapi. So, saya diminta berkerja dengan dia untuk minggu ni.
Disebabkan saya ni hanya doktor sandaran, kat mana yang saya perlu sandarkan diri, kat situ la saya kena pergi menyandar.
Hati saya terluka jugak (ceh wah! berdrama pulak makcik ni!), rasa cam diri ni ditolak-tolak ke sana ke mari je.
Patut la, dalam jiwa saya dah fed-up dengan kerja doktor sandaran ni. Sebab saya rasa saya bukan sebahagian dari team itu. Bila mereka perlukan saya, mereka terkapai-kapai mencari saya. Bila saya tak diperlukan, takde courtesy pun untuk memberitahu saya yang saya tak dihendaki lagi.
Beginilah nasib doktor sandaran.
Gaji mungkin lebih sikit dari doktor NHS, tapi the sense of belongings itu tiada.
Lagi satu yang saya bengkek sket ialah, consultant ni pernah kutuk saya dalam interview kerja 2 tahun dahulu. Dia mungkin dah lupa, tapi kata-kata dia yang menyakitkan hati saya, masih lagi saya ingat.
'I'm not convince you want to do medicine' itu yang dia ucapkan. Kalau ikutkan hati yang bengang, mau aje saya sabotage tak buat apa-apa kerja selepas ward round dengan dia pagi tadi. Tapi sebab saya ni baik orangnya (ceh wah!puji diri plak dah!), saya bereskan segala mende yang perlu dibereskan untuk patients di ward tu.
Cukuplah luahan hati saya kali ini.
Ni tengah oncall, tapi takde la busy sangat.
Baik saya cuba habiskan artikel yang saya nak tulis dalam ruangan tanya doktor tu. Asyik tangguh-tangguh aje.
Posted by FaEzHussain at 1:03:00 am 2 comments
Monday, 26 June 2006
Petang Jumaat babak 2
Sebelum sambungan drama 'Petang Jumaat', ini adalah berita ringkas:
(Maaf saya kena bercerita jugak sebab saya masih euphoric dengan apa yang berlaku sebentar tadi).
Petang tadi, England vs Ecuador. Seperti biasa, pasukan England akan bermain dengan lemah lembut dan lengkang-kangkungnya mengatur serangan yang bukan macam menyerang. Ini telah menyebabkan bapa mertua saya lebih rela tidur dari melihat match ni. Tapi nasib baik Beckham masih ada 'bend it like Beckham', so England menang la 1-0. Lepas tu Beck muntah kuning. Ok la tu. Masuk 1/4 final gak.
Kejadian petang tu tidak menyebabkan adrenaline saya naik. Tapi apa yang berlaku kejap tadi memang mengejutkan saya yang telah terlelap.
Ganas sungguh perlawanan antara Portugal dan Holland. Pengadilnya suka benor kaler kuning, 15 kad kuning dia bagi hadiah free. Lepas tu dia bagi lagi 4 kad merah, bukan sampul angpow yer. Dari 11 pemain setiap pasukan, jadik 9 masing-masing. Memang suhu kat padang tu amat tinggi.
Cuma saya harap referee tu, lepas ni takde dah nak umpire mana2 game, kang 24 kad kuning dia bg free-free jek(2 lagi dia bagi kat lines-men).
Sekian terima kasih.
Kita kembali ke drama 'Petang Jumaat'.
Sesiapa yang belum baca babak pertama, sila ke entry lepas ke bawah yer.
Oleh kerana memang petang Jumaat tu, kami plan untuk keluar dating lepas kerja, saya pun berpakaian ayu lah hari tu.
Skirt polka-dot, blouse biru muda dan tudung sepadan. Cuma kasut aje, tak high heels, sebab ada ward round.
Dalam beg kerja (beg budak sekolah tu la), saya masukkan handbag saya yang ranggi itu.
Kononnya, bila berjalan nanti, sandang handbag aje la.
Srettttt *bunyi tape yang di fast forward*
Habis wayang.
Si dia mengajak saya ke suatu tempat.
Tak pernah saya ke situ.
Pintu dibuka. (bunyi muzik suspen)
Tiada insan pun didalamnya.
Sunyi sekali bangunan ini.
Saya mengekorinya dari belakang, sambil memandang ke kiri dan kanan melihat kawasan.
Kami ke satu ruang.
Sepinya.
Saya rasa takut pula memasuki tempat asing ni.
Dan saya diberikan gloves sepasang.
'Hah....apa lagi, letak handbag tu, amik dulang ni; gi pungut cawan-cawan kat meja office tu'
(zretttt bunyi muzik suspen terputus).
Petang tu saya menolong si dia kat 'opisnya'.
Mula-mula kutip mugs.
Dan si dia kosongkan bins.
Lepas tu, saya vacumm carpet. Berat gilos vacumm tu. Berpeluh gak ler.
Dan si dia mengelap meja-meja office.
Lepas tu, saya basuh mugs yang ada.
Dan si dia mengelap lantai di gents&ladies, dan di 'kitchen'.
Wahhh susah gak yer kerja jadik 'floor engineer' a.k.a 'sterile control officer' ni.
Memang physical.
Balik ke rumah.
Terbaring saya. Seolah-olah baru lepas balik dari gym selepas exercise 1 jam.
Penat.
Tabik saya kepada mereka yang bertugas sebagai septic control officers ni, sebab punya daya tenaga yang kuat.
Jadinya, saya hari tu, pagi doktor, petang septic control officer.
Moral of the entry:
1)Main bola slow-slow biar bertempat.
2)Main bola tak leh laga-laga kepala dengan sengaja (notis untuk Figo)
3) Gi dating pakai lawa-lawa (esp bila gi dating dengan hubby)
4)Jangan pandang lekeh pada cleaner pejabat kita, deme pun kerja keras mencari rezeki halal, macam kita gak.
Posted by FaEzHussain at 5:15:00 am 9 comments
Sunday, 25 June 2006
Music Video Sebelum ke Petang Jumaat Babak ke2
Hangat Dipasaran
Posted by FaEzHussain at 12:14:00 am 7 comments
Saturday, 24 June 2006
Petang Jumaat babak 1
Nak cerita darihal semalam.
Kerja baru 5 hari
Letihnya rasa cam kerja dah berbulan
Macam mana la nanti, bila balik ke tanah air
dan kena berkerja 24-7?
Pagi Jumaat, yahuuuu......hati berkata.
Weekend ni free.
Tak kena on-calls.
Tak kena study.
Takde assignment.
Jumaat pagi, ward round dengan boss.
Boss pun cam takde mood sangat,
Takde la celoteh dari dia
Tentang pengalamannya yang lalu.
Kerja beres jam 3.
Lepak seketika dengan member.
Jam 4 mintak diri
Untuk berdating dengan si dia
Menanti dengan sabar depan hospital itu.
Dia tiba dengan S40nya.
Berdebar saya.
Saat yang dinantikan dah tiba.
Lama sudah impian terpendam dihati.
Tiba ke destinasi.
Kami berpimpinan tangan
Sepasang kekasih yang hebat dilamun cinta
Sementara menunggu saat yang tepat
Kami beriringan menikmati keindahan sekeliling
Saya dihadiahkan dengan pemerah bibir
Untukmu sayang, akan kupakai selalu
Waktu itu akhirnya tiba
Kami melangkah dengan cerianya
Tempat dipilih agak strategik
Sudah lebih 4 tahun kami menanti
Akhirnya dapat juga diperolehi..........
Tengok wayang cerita XMen 3
Nasib baik air mata tak mengalir
Saat Prof X hancur diri
Wolverine masih si jantung hati
Hero kita kali ini
Sekian babak pertama
Ooo kat sini ke tempat juai tiket....
Panggung wayang Vue, di Meadowhall
Posted by FaEzHussain at 9:34:00 pm 0 comments
Thursday, 22 June 2006
Hari ni hari Rabu
Saya sedang di depan komputer di sebuah ward di sebuah hospital di Sheffield.
Nampak sangat saya takde keje kan, hingga sempat nak menulis entry dalam blog ni.
Saya on call, sat tadi bleep/pager saya berbunyi kata ada fire alert kat renal unit, apa yg seorang SHO dapat buat tentang itu? So saya buat deq la. Lagipun saya takde training dalam fire management. Biarlah mereka yang expert uruskan hal ni.
Saya nak bercerita tentang apa jadi pada saya hari ni.
Cerita 1
Ada patient sorang ni, umur 101 (bulan august ni jadik 102). Opah ni punya la cool. Pendengaran dia agak baik untuk umurnya yang dah seabad tu. Dia berceritakan tentang bagaimana Sheffield kena bom masa world war 1 dulu. Best gak sebenarnya, duduk berborak dengan orang-orang veteran ni, macam-macam cerita boleh didengar. Diagnosis admission dia, adalah chest infection, tetapi selepas cek-cek, bunyi chest dia, saya rasa dia ni ada banyak air dalam paru-paru (pulmonary oedema). Mungkin jantung dia dah tak berfungsi sebagus orang lain. So saya tambah sikit dose ubat yang boleh kurangkan oedema tu. Lepas saya tinggalkan dia, dia ke bilik termenung berjalan menggunakan frame. Balik dari toilet tu, sempat dia menunjukkan beberapa steps menari kat ward's sister. Betapa cool nya opah ni. Tergelak kami melihatkan gelagat dia.
Cerita 2
Selepas lunch time presentation, saya dan member SHO saya yang sorang lagi ke office boss untuk dictate discharge summaries (surat yang akan dibagi kepada family doctor patients' yang dah keluar hospital). Tapi disebabkan, recorder yang saya dapat tu dah habis bateri dan secretary boss saya tu tak tolong carikan bateri, saya pun mintak diri la balik ke ward. Lagipun ada 4 jek set notes yang nak kena buat. Bila saya blah, (ini report dari member saya tu), si makcik secretary ni, mengumpat pasal saya; kata saya too timid (of course ini first time saya jumpa dia, takkan saya nak buat lawak bodoh dah) pastu dia ngomen-ngomen pasal dia tak comfortable dengan orang bertudung. Katanya tudung tu distraction. Apa lagi, member saya tu (orang putih- good practising christian), marah la makcik tu. It's for religious reason!!! (dalam hati dia dok maki-maki makcik tu). Saya berasap gak bila mendengarkan cerita ni. Kalau dia cakap depan2 saya, mau saya report kat boss kata ni racist statement. Tapi, member saya dah bagitau, makcik ni memang rude, sebab dia boleh kutuk member saya tu suruh kurangkan berat badan masa 1st time jumpa (member saya tu agak berisi sedikit). Orang macam ni ada juga yer. Bagi saya, orang- orang yang sebegini adalah orang yang takde ilmu, atau secara bahasa kasarnya, orang yang bodoh!
So, kalau dah diajar pun tak reti, perkembangan terkini di sekitarnya dia tak amik endah (UK dah jadik very multicultural country), biarlah dia dengan kebodohan dia. Saya rasa, opah yang 101 tahun tu jauh lebih cerdik dari secretary boss saya.
Itu saja lah luahkan perasaan.
Sat lagi nak kena review patient.
Posted by FaEzHussain at 2:09:00 am 13 comments
Wednesday, 21 June 2006
Perasmian
:D
England malam ni main lebih bagus, tapi masih takde luck nak kalahkan Sweden.
Micheal Owen cedera, terpeleot sendiri bikin.
Rooney bengang bila kena replace.
2nd half England kalut, macam biasa!
Takpe aa janji masuk 2nd round.
Esok on call.
Takde ulasan pasal bola.
England boleh?
Posted by FaEzHussain at 5:12:00 am 5 comments
Tuesday, 20 June 2006
Hari ni lagi 3 bulan.....
Hari ni 19 Jun.
Lagi 3 bulan ada la orang nak tambah usia. :D
Minggu ni kerja. Ini la 'doktor sandaran', ada keje, keje lah; takde keje duduk menyandar kat rumah lah (style arwah P Ramlee ckp dlm Ali Baba Bujang Lapok..kut)
Respiratory medicine untuk 2 minggu.
Mungkin dapat sambung hingga tengah atau hujung Julai.
Elok jugak, dapat la experience dalam speciality ni.
Projek tergendala:
1) Mengemas barang-barang kat rumah
2) Entry 'Asap Dapur Faez'*
3) Sedang dalam pemikiran untuk buat ruangan kongsi ilmu perubatan atau soal jawab perubatan-mungkin tajuk 'Tanya Dr Faez' (?)*, belum realisasikan lagi.
Sejak menjak habis course hari tu, kepala ni kosong ajek.
Mungkin kalau diketuk-ketuk berbunyi macam tong takde isi agaknya.
Risau pula rasa rileks semacam ni. Maklum la sejak Januari 2005 hingga ke awal Jun lepas, ada saja perkara 'akademik' yang saya buat untuk menambahkan ketensionan di kepala.
Anak-anak pun sejak kehadiran tok-nenek deme dalam hidup mereka awal Mei lepas, makin pandai berkata-kata.
Darwish sekarang suka bertanya, 'mummy buat apa tu?', ' mummy apa tu?' 'mummy apa ni?'
Alhamdullillah deme ni cepat je mesra dengan Mama-Papa-Tok dan Nanny&Tok deme.
Oklah.
Layan tengok bola plak, Tunisia vs Spain. Takat ni Tunisia tengah leading 1-0. Esok England main lawan Sweden. Nasib baik tak on-call, so boleh la serakkan suara esok malam
*promo murahan
Posted by FaEzHussain at 3:01:00 am 11 comments
Sunday, 18 June 2006
Ayah
Untuk lelaki-lelaki dalam hidup saya (tak termasuk Darwish-tak cukup umur)
Papa,
Lelaki pertama yang saya kenali dan saya sayangi.
Anak seorang pembuat padi*.
Gigih berusaha, berbasikal berbatu mengejar ilmu.
Kini seorang professor .
Kagum saya melihatkan kekentalnya.
Mampukah saya menjadi sehebatnya?
Ayang,
Lelaki yang berjaya memiliki hati dan diri ini.
Sanggup bersama saya yang serba kekurangan ini.
Sedang memburu cita-cita.
Tabah menempuhi onak dan duri.
Kagum saya melihatkan kegagahanya.
Mampukah saya menjadi sehebatnya?
Abah,
Satu ketika seorang guru.
Penuh kesabaran mendidik anak-anak.
Kini sibuk melayan cucu.
Tenangnya wajah abah melalui segala dugaan.
Kagum saya memerhatikan kekuatannya.
Mampukah saya menjadi sehebatnya?
Selamat menyambut HARI BAPA sedunia.
Doakan kami menjadi anak-anak/isteri solehah dan dikurniakan zuriat yang baik-baik.
Dari
Faez, Darwish dan Nabilah
*seperti dalam surat beranak
Posted by FaEzHussain at 3:25:00 pm 10 comments
Saturday, 17 June 2006
Soal dan Jawab.
Dapat ni dari blog Blackpurple. Walaupun bukan orang Johor, tapi ada 2 adik ipar dari Johor, rasanya layak dah nak jawab soalan-soalan tag ni. (sebenarnya ketandusan idea, dan nak kemaskan balik blog ni)
3 SCHOOLS i WENT TO- SRK DU,SRK KJ, SMK S, MRSM Ps (oppss terlebih dari 3 dah..)
3 THINGS IN MY BAG- Diary 2006, 5-6 btg pen(kebanyakkannya takde ink), duit syiling (1 pence, 2pence)
3 THINGS i DO WHEN i AM REALLY STRESSED-Tarik nafas, diamkan diri dan menghilangkan diri (cam Invisible Gal dalam Fantastic 4)
3 PLACES i GO ON A DAILY BASIS- Dapur, bilik tidor, bilik kecik
3 FAVOURITE FRUITS- Buah-buah-buahan
3 NAMES i GO BY- Yang, Faez, aLeNg
3 OF ma FAVOURITE FOODS- Apa saja mama&MIL masak, apa saja diri sendiri masak,apa saja hubby masak
THINGS i AM WEARING RIGHT NOW- Tshirt Umbro hitam, Jeans biru, spek mata
WHO IS IN THE HOUSE WITH U?- 3 Lelaki dan 2 wanita lain
WHO ARE U THINKING ABOUT RITE NOW?- Hubby
WHO DID U LAST TALK TO ON THE PHONE?- Mek Nicola dari agency kerja
WHO DID U SIT NEXT TO IN UR 5TH PERIOD CLASS?- Azira
WHO WAS THE LAST PERSON U TOLD U LOVED?- Muhammad Farid Johan (hubby i ler) eh ke kat Muhammad Darwish ke kat Nurhannani Nabilah...tak ingat
WHO DO U WISH U WERE WITH RIGHT NOW?- Parents
WHO GETS ON UR NERVES MOST AT SCHOOL?- Pengawas yang perasan bagus (saya pengawas yang tak awas pun)
THE WHERESWHERE IS UR HANDPHONE?- Tak tau kat mana...atas sofa kut
WHERE DO U SLEEP?- Kat atas katil
WHERE IS THE LAST PLACE U TOOK A RIDE TO?- Asda (supermarket dekat rumah)
WHAT WAS THE LAST THING U ATE?- Pisang kelat...
WHAT COLOUR SHIRT ARE U WEARING?- Hitam
WHAT IS THE CLOSEST ITEM NEAR U IS BLUE?- Jeans
WHAT DO U LIKE THE BEST ABOUT SCHOOL?- Clique yg sekepala, skodeng putra
WHAT IS UR FAVOURITE COLOUR?- Apa saje yang light colour
WHAT DO U WEAR MORE OFTEN, JEANS OR SHORTS?- Jeans, bila cuaca dingin. Slack bila kerja dan bila cuaca panas.
WHAT IS THE LAST MOVIE U WATCHED?- Buli Balik (0ri VCD, rompak2 tak main)...tau u all di Malaysia dah tengok dah citer ni..lama dah kuar...tau
WHEN DID U START SCHOOL?- Masa umur 5 tahun, tumpang sekolah rendah kat kampung, pastu kena marah dengan cikgu, langsung taknak pergi dah...nasib baik Chik (arwah tok) baik...dia kata takper, so kena repeat balik tadika di TTDI.
WHEN DID U LAST GO TO THE MALL?- Last weekend
WHEN DID U LAST BURN SOMETHING?- Sat tadi kut, buat tat tak jadik......tak reti buat desserts, main course reti la....
Sekian terima kasih.
Posted by FaEzHussain at 1:16:00 am 4 comments
Jawapan.
Tidak.
Mungkin kena tulis entry panjang2 sikit.
Posted by FaEzHussain at 1:13:00 am 0 comments
Soalan?
Ni nak try, samada accessories kat side tu akan naik ke atas ke tidak....
Posted by FaEzHussain at 1:11:00 am 0 comments
Thursday, 15 June 2006
London yang PANASssss
Selepas melepak sekejap di pusat membeli (dan blah) di Bull Ring, Birmingham, kami menuju ke Oxford, untuk menziarah kawan hubby dan sekaligus tempat persinggahan malam itu. Cuaca amat panas sekali, dan nasib baik la naik kereta ada aircond. Kalau naik MPV tu, mau cair dalam kereta agaknya.
Sampai di Oxford, kawan tu duduk kat college rupanya. Semasa berjalan menuju flat dia, teringat zaman-zaman duduk asrama di MRSM dan di USM blok Gemilang dulu. Kat tengah-tengah blok ada court ranger (badminton court). Memang peramah sungguh orangnya, hingga ke tengah malam kami layan berborak. Anak-anak saya agak bising juga, asyik kena sound aje dgn mummy dorang (yg tgh bad mood) sebab risau kut-kut baby tuan rumah terjaga.
Esoknya, perjalanan diteruskan menuju ke London. Oxford-London about 50batu, so sat aje la drive dah sampei. Parking kat Edgware Road. Terkejut + seronok tengok ada macam pasar minggu kat celah-celah jalan di situ. Macam-macam ada jual. Rasa macam kat pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman pula (eh ada lagi ke sekarang ni?). Niat saya nak rewang-rewang kat situ, tapi disebabkan banyak lagi tempat nak rendek, so kejap aje la di situ, tapi sempat la saya beli beg tangan ranggi (betul ke eja ni?) kononnya boleh guna bila ada dinner. Kiri-papan tanda Edgware Road, tapi kecik benor.
Kali ini kami pusing London naik bus. Walaupun Darwish berkali-kali ajak naik tube, tapi kami buat tak layan. Macam-macam alasan kami bagi, akhirnya dia terima alasan kata train rosak. Cuaca memang panas. Suhu maxima 28 darjah Celcius. Berliter-liter air kami togok hari tu.
Macam biasa la tempat yang dituju, Oxford Street. Macam tak percaya saya, jalan yang selalunya penuh dengan manusia tu, agak lengang. Sebabnya, England lawan Paraguay petang tu.
Dari Oxford Street-->Trafalgar Square-->Big Ben-->Tower Brigde-->Tower of London. (sila lihat slides)
Kami berhenti, di bus stop sebelum bus tu melalui Tower Bridge. Saya ada baca dalam suratkhabar semalam, kata ada big screen TV kat sini, untuk tengok bola. Yaa memang ada, TAPI hanya untuk ticket holders sahaja (orang yang dah book tempat awal-awal). Hampess. Baru je berangan ingatkan sempat intai-intai kick off petang tu.
Macam biasa, pelawat kota London musti bergambar dengan Tower Bridge. Kemudian kami melangkah, merentasi jambatan tu (sila lihat slides) menuju ke Tower of London.
Saya yang tak tahan panas. Tengok in-laws saya lepak aje. Maybe, dalam masa yang sama hati saya masih gusar fikiran parents saya yang masih tersadai di Karachi. Kesian anak-anak, mak dorang moody jek. Patut mummy dorang kena kurung kat Tower of London ni... :D
Ni slides gambar Tower of London ataupun dikenali dalam Bahasa Malaysia, Rumah Pasung London.
Kami naik bus, yang lalu jalan ntah mana-mana di sekitar kota London ni. Dapat la tengok beberapa tempat yang saya tak pernah tau ada (atau sengaja tidak ambil tahu). Tapi tak pula saya ambil gambar (mungkin sebab terlalu asyik). Destinasi seterusnya, ke Buckingham Palace. Saya bagitau Darwish, kita nak ke rumah Queen. Dia punya la excited. Ingatkan boleh masuk ke dalam istana tu. Monyok aje mukanya bila dapat tau gate rumah queen takleh dibuka.
Panasnya. Berbahang sungguh. Mujur ada taman (Green Park dan St James's Park) di depan perkarangan rumah Queen ni. Redup aje. Saya membeli air yang sejuk untuk kami hilangkan dahaga. Sambil berbaring di atas rumput melepaskan penat (macam la baru balik dari mengerjakan sawah!). Nyaman je di bawah pohon-pohon rendang.
Destinasi terakhir ialah cari makan. Kami ke 'Restaurant' Nahar dekat Sussex Garden. Orang Melayu Malaysia yang berniaga, harga berpatutan, makan pun sedap. Dalam bus menuju ke situ, kami melalui, saya pun tak sure park apa namanya, mungkin Hyde Park. Astgrafirullahullazim, ada perkumpulan manusia-manusia yang dah takde rasa malu dah. Ada pesta bogel di sini. Dari jauh ternampak la, sayup-sayup punggoq munggoq (dialet utara-untuk b****t) masing-masing. Adui apa la nak jadik manusia sekarang ni.
Restaurant ni, terletak di bawah tanah. Maksud saya, kalau di bahagian rumah tu, kiranya letaknya di cellar lah. Turun dengan tangga, takde lif. Lepas makan kenyang-kenyang, kami ke Travelogde. Malam tu, tidor tok kabar ko ingak doh (bak kata orang Kelate).
Esok, di restoran yang sama, pekena nasi lemak dan teh ais (saya la-itu pun share dengan anak-anak), orang lain minum teh tarik. Darwish memula tak nak makan, moody aje (eh dah jangkit dengan mummy ke?). Pastu ajak ayah ke toilet, oo rupanya nak memerut. Lepas tu, baru la berselera nak makan, habis mee sepinggan dia dan Nabilah makan.
Tiba di Sheffield, lepas solat, berjamu selera dan apa lagi layan bola lerrr.
PS: Sorry terbanyak slides, sebab blogger dah mengong takleh nak upload gambar yang tak bergerak.
Posted by FaEzHussain at 5:05:00 pm 8 comments
Wednesday, 14 June 2006
Lagumu untukku
Awie - Iris
Dari hubbyku yang tercinta kepada isterinya yang tersayang....(saya lah tu..)
Kau masih ku cintai...sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku
Kau masih dewi hatiku...sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usar gusar...sayang...usah ragu
Aku milikmu
Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan ku sinari duniamu
Moga terpadam sangsimu
Cinta ku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Dan duniaku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku...
Kau masih ku cintai...sungguh...
Dari hari pertama ku nikahi*
Aku pasti...yakinnya pasti
Engkau milikku.
*perkataan ini menjadikan lagu ini unik
Sorry, jiwang karat pula petang ni.
Posted by FaEzHussain at 11:52:00 pm 7 comments
Intermission: Demam...
Bukan apa, lately ni 'tak sihat' sangat. Demam. Ramai kena. Cepat merebak jangkitan nya.
Kat rumah ni, hampir semua kena, paling teruk hubby dan FIL.
Saya pun kena jugak, tapi tak lah teruk.
Dengarnya lama gak nak baik demam ni.
Bila masuk time tengahari sampai la ke malam, teruk la demam ni.
Lepas tu kebah sikit, esok kena lagi.
Ambil ubat pun tak jalan.
Diagnosis saya: Demam Piala Dunia FIFA.
Darwish bersama footballers dunia, di pekan Sheffield.
Semangat pemandu truck di pekan Birmingham.
Papan iklan kempen untuk bersihkan bandar. England pernah menang piala dunia 1966. Itu yang 40 tahun tu. Pekan Birmingham.
Di tepi pasar di Birmingham pun bersemangat kibar bendera England.
Banner di pekan Nottingham.
Penyokong England menyejukkan kaki di Trafalgar Square, Kota London sebelum perlawanan dengan Paraguay Sabtu lepas.
Blogger dah buat hal, takleh nak upload gambar plak dah!
Kita tengok slides pula lah.
Kesimpulannya, agak sukar untuk tidak teruja menyokong England. Walaupun begitu, saya kagum dengan African teams, yang mampu masuki piala dunia ni.
Tapi kena beringat, jangan terbawa-bawa kibar bendera St Georges ni di Scotland, deme jaki tak dapat masuk world cup finals kali ni....
Bila agaknya Malaysia dapat masuk piala dunia?
PS: Cerita London, ada menarik, lepas ni la ye...
Posted by FaEzHussain at 9:19:00 pm 4 comments
Monday, 12 June 2006
Birmingham
Di waktu saya menulis entry ini, papa dan mama saya dalam kereta menuju ke rumah mereka di Kelana Jaya (now Malaysia about 6am 12/6). Macam-macam dugaan parents saya terpaksa hadapi di Karachi tu. Walaupun mendapat layanan baik, tapi iye la, negara orang, terpaksa banyak bersabar. Papa saya di hospital hingga pagi/petang Sabtu. Bila jantungnya dah stabil, lutut dia pula bengkak (kat sini pun dah bengkak sedikit beberapa hari sebelum balik, pastu ok), dan tak dapat nak berjalan. Doktor di sana, buat Xray dan juga scan jantung papa saya sebelum dibenarkan keluar. Flight yang sepatutnya mereka naiki jam 11malam Sabtu (waktu Karachi) didelay pula, sebab masalah teknikal. So, jadual terbang ditangguh lebih dari 12jam, dan semua penumpang dapat bilik penginapan di hotel airport tersebut. Tak dapat saya imagine camner la papa dan mama saya hadapi keadaan ini. Akhirnya, mereka menaiki flight ke KLIA about 6-7pm 11/6. Dan tiba di KLIA dalam sejam yang lalu, adik saya no2 dan suami menjemput mereka.
Saya tak ke Karachi. Cuma makan angin dan berpanasan di sekitar England sahaja.
Birmingham
9/6 assessment day untuk course yang saya buat- Essential in Palliative Care. Bertolak dari Sheffield, jam 645pagi. Saya tiba di stesyen 640, berlari-lari menuju ke keretapi. Keretapi tak penuh, jadi saya duduk di tempat bukan mengikut no seat dalam tiket saya (sebabnya seat yang sepatutnya, ada orang disebelah dan dia pun meletakkan laptop dan beg dia di 'seat saya').
Dapat la saya membaca balik satu chapter sebelum tiba di Birmingham Station. Pemandangan dari dalam keretapi.
Saya berkesempatan mengambil gambar stesyen keretapi ni, sementara menunggu keretapi ke tempat exam.
Geram betul tak dapat nak upload gambar. Jadinya, saya buatkan slides-show. Ada cerita pasal Birmingham ni. Untuk visual sila rujuk pada slides-show.
Saya tiba di tempat exam, jam 900 pagi. Perasan, sayalah yang terawal, rupa-rupanya, ramai dah ada. Director course ini, memberi taklimat pendek, dan juga menasihatkan kami untuk retail therapy selepas exam :D. Periksa bertulis, 1 jam sahaja. Ada 4 soalan, dan setiapnya ada lagi 5 soalan kecil-kecil. True atau false dari 5 jawapan yang diberi. Salah jawab, tolak satu markah. Tinggal kosong takde markah. (so saya ada lah tinggal beberapa soalan tanpa jawapan). 4 lagi soalan yang wajib betul semua ialah yang berkaitan dengan cara nak mengoncak penggunaan morphine. 1120, exam lisan saya. 2 case senarios. Alhamdulillah, lancar jugalah lidah ni berkata-kata. Lebih kurang 1140, saya habis, mulanya nak tunggu aje hubby dan rombongan kat situ, tapi rasanya lebih baik saya pusing-pusing bandar Birmingham.
Dan bermulalah 'window shopping therapy' saya. Mula-mula selepas turun dari bus saya ternampak Bull Ring Indoor Market. Menarik ni, jadi saya ke situ. Wah, segala macam seafoods yang segar-segar, sayur-sayur exotic saya terjumpa. Geramnya, nak beli, tapi memandangkan perjalanan masih jauh, hanya melihat sahaja. Di halal butcher, ada perut, ekor, kaki....seronoklah pada mereka yang suka makan bahagian-bahagian ini.
Slides:Tempat exam dan juga Bull Ring Indoor Market
Di sebelah market ni, ada lagi satu market namanya, St Martin Market. Kat sini memang semua barang-barang kering. Yang merambangkan mata saya ialah banyaknya gerai English curtain. Gerai yang pertama saya lalui, tokey nya kata £10/meter, kain jenis tebal. Dalam hati saya, 'mahai nyer!' Di gerai-gerai lain, ada sampai £1/meter. Kalau ada hubby saya ni, mau dah saya borong banyak, sebab ada juga pendapat dari dia, corak mana yang cun. Ada gerai lace, alat make-up, baju-baju, kasut-kasut (saya tak berkesempatan nak mengambil gambar sebabnya, terlalu asyik dengan harga curtain murah, dan bateri fon dah nak habis). Keluar dari market ni, ada lagi sambungan, outdoor tapi ada atap. Kat sini, banyak gerai buah-buahan dan juga sayur-sayuran.Sempat saya membeli 10m kain curtain dan sedikit buah-buahan.
Slides: St Martin Market dan Outdoor Market.
Saya berjumpa hubby (bila mereka sampai) di dalam Bull Ring Center,dan insist, next time kena datang lagi ke sini, untuk shopping kain langsir. Destinasi seterusnya Oxford.
Cerita London, sambung entri selepas ini.
Posted by FaEzHussain at 6:00:00 am 17 comments
Friday, 9 June 2006
Terkini
Papa saya, Alhamdulillah dah semakin ok. Dah tak perlukan oxygen lagi. Dan dah ditransfer ke bilik single with attached bathroom. Selama 24jam yang lalu, dia di single room, tapi tiada bathroom sendiri. Kesian mama saya hampir 48jam tak bersalin pakaian. Solat di bilik itu, dan baju yang dia pakai sejak naik kapalterbang di petang Selasa lepas. Tadi saya called lagi, dan terus dapat bercakap dengan mama saya. Terdengar suaranya keletihan. Sedih saya, tak dapat nak ke sana, untuk temankan mereka. Lewat petang Karachi time, adik no2 saya called mama, dan menerusi adik no4 saya (yang berYM dengan saya), dia beritahu yang pegawai MAS telah membawa mama mencari persalinan pakaian dan menukarkan duit ke rupee. InsyaAllah, esok (Jumaat) doktor nak check ICD/pacemaker ayah saya, and andainya semua ok, dia akan di discharged. Malam Sabtu, baru ada flight ke Kuala Lumpur. Semua tu, boleh diuruskan oleh pihak MAS.
Hospital yang papa saya kena admit ni, nama nya Aja Khan University Hospital. Menurut mama, hospital ni private. Untuk 24jam, kena charge 25,000rupee (RM about 1600). Nasib baik mama saya bawa kad kredit dia. Parents saya memang ada travel insurance (atas personal advice dan insistance dari saya sebelum mereka ke sini kena beli travel insurance), malangnya tarikh luput insurance tu pada 6/6/6. Jadi, sepanjang berada di hospital itu, kena bayar dari poket sendiri lah. Tapi takpe, janji papa saya dah selamat distabilkan. Alhamdulillah. Tapi hati ini masih gusar, selagi mereka tidak jejak kaki di bumi Malaysia, selagi itu lah hati saya tak tenang. Hanya pada Allah saya panjatkan doa, agar mereka berdua selamat kembali ke tanah air.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebalik kerisauan melanda kami sekeluarga, ada juga berita gembira. Adik no4 saya berjaya dengan cemerlang dalam Diploma in Hotel Management dia. Semester 6 ni CGPA dia hebat. Untuk Diploma ini dia dapat Anugerah Naib Cancelor. Terrer! Kakak dia yang sorang ni, dulu-dulu masa study, asyik pass aje, takde nak dapat distinction pun. Tapi takpe, janji lulus on time! Sekarang ni dia sedang menunggu keputusan samada dapat sambung degree atau pun tidak. Dalam masa ni, dia jadi seorang 'suri rumah', adik saya no3 (yang sedang mengandung sulung) sekarang berada di Kelana Jaya, menjaga rumah mama papa dan juga menemankan adik no4. Adik no5, sedang bercuti sekolah, dan mungkin lepas ini tak ke asrama dah, sebaliknya sanggup dia berulang-alik (menumpang kawan) dari KJ ke Shah Alam. Apa-apa sahaja, asal dia mau belajar (lagipun keputusan exam dia baru-baru ini, agak mengagumkan kami)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk suami tercinta, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita yang ke 6 pada 11/6 ni. Dinda berdoa agar rumahtangga kita kekal dunia akhirat. Sentiasa disirami kasih sayang. Maaf dan ampun atas segala kesalahan dinda. Sedangkan lidah lagi tergigit...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Posted by FaEzHussain at 3:40:00 am 10 comments
Thursday, 8 June 2006
Bertemu, berpisah dan ketibaan....serta dugaan
Rupanya, ianya satu tanda.
Esoknya, sementara menantikan check-out, Darwish dan Nabilah berendam sekali lagi. Hampir jam 5 waktu Malaysia, saya menelefon adik saya yang ke2 untuk bertanyakan samada mama dan papa dah selamat tiba atau belum. Dia kata dia dalam perjalanan.
Posted by FaEzHussain at 1:29:00 am 6 comments
Tuesday, 6 June 2006
Side effects of caffeine
These were what happened to me when some caffeine got into my system after hours; I surfed and turfed and stumbled onto these:
|
You represent desire and enthusiasm Your vibe: Sexy yet familiar Falling in love with you: happens instantly - it's a fast ride |
Your Japanese Name Is... |
You Are a Frappacino |
At your best, you are: fun loving, sweet, and modern At your worst, you are: childish and over indulgent You drink coffee when: you're craving something sweet Your caffeine addiction level: low |
When I'm supposed to read this
Exam lagi 3 days and counting.....study tak habis lagi....kenapa tak rajin ni???!!!
Posted by FaEzHussain at 8:39:00 am 9 comments
Monday, 5 June 2006
Globalisasi
Semasa saya mengandungkan Nabilah, kebetulan saya ke London untuk menziarah makcik saya di sana dan saya pun singgahlah ke Oriental City, kononnye mengidam, jambu batu, limau tambun, durian (7ulas=£8),dokong dan apa saja yang saya rasa buahan exotic saya beli. Nasib baik ada, kalau tak Nabilah sure meleleh aje ayo lior dia.
Cencaluk saya pernah jumpa. Tempoyak tak pernah. Budu, tak silap masa undergrad dulu saya jumpa, nama glamournya 'anchovies sauce'.
Apa-apa pun, hasil dari globalisasi, segala ulam pegaga dah sampai ke dunia barat. Tapi yang saya terkilannya, di kedai ni semua fresh vegies nya berasal dari Siam. Sure dah, namanya kedai Thai Panna. Kalau ke kedai Asian lain pun, sayur mayur semua asal dari Siam, jarang sekali dari Malaysia. Yang ada dari Malaysia, cili sos, kicap, serbuk kari dan lain-lain makanan kering. Saya yakin, satu hari nanti, Malaysia akan berjaya tembusi pasaran sayur-sayuran fresh antarabangsa. Malaysia the BolehLand!
Kerana dunia semakin kecil jugalah skop sahabat saya semakin luas. Hasil dari ber-blog saya dapat kenalan dari serata benua. Terima kasih kerana sudi menjadi kenalan saya. Semoga di suatu hari kita dapat bersua. InsyaAllah.
Posted by FaEzHussain at 1:22:00 am 8 comments
Friday, 2 June 2006
Ubi Kayu
Mula-mula saya jejak bumi UK ni, 4 tahun yang lalu, saya terkejut bila saya terjumpa ubi kayu di pasar. Iye la, dari down under, 7 tahun di sana, tak pernah saya lihat ubi ni, datang ke sini, tetiba ada. UK dah jadi multiculture. Ke mana-mana saja sekarang ni, ada aje Indian or Southern Fried Chicken take aways, dan juga Chinese take aways. Tambah pula the West Indies pun ramai, dan mereka antara penggemar ubi kayu.
Hari Selesa lepas saya jadi ketua rombongan membawa mama dan papa saya ke pekan Sheffield, ber-adventure dengan bas kali ini. Anak-anak saya seronok dapat naik bas. Ini gambar ubi kayu secara closed up di gerai pakcik tu. Pisang tanduk juga saya beli sebab anak-anak saya gemar 'banana masak=pisang goreng'.
Esoknya untuk breakfast, saya masak ubi kayu. Sempoi aje rebus je. Sebab hubby saya mengidam nak makan ubi kayu rebus. Mama saya tanya, "Dah bubuh garam dalam rebusan tu?" "Eh, kena masukkan garam ker?" " Ye lah, takkan tak tahu kut" " Mana nak tau, punya la dah lama tak masak ubi kayu hehehe" " La...umur dah 3* pun tak tau masak ubi kayu" " Oo ini special dish ni, bukan selalu buat..." jawab saya nak cover malu....Heheheh...
Sedap sarapan pagi kami hari tu. Ubi kayu rebus cicah sambal tumis ikan bilis. Mama saya bercerita, yang arwah Chik (ayah) sebelah papa saya suka makan ubi kayu dengan gulai tempoyak. I can't imagine! Dulu-dulukan zaman jepun, ubi kayu adalah satu delicacy pengganti beras yang susah dicari.
Walau apa pun, alangkah sedap andainya ada pucuk ubi kayu, direbus dan makan cicah dengan budu atau sambal belacan. Inilah ulam yang saya tak jumpa lagi di sini. Petai, jering, daun ulam raja semua dah jumpa. Takpe la, sabar je..dah tak lama lagi nak jejak kaki semula ke BolehLand.
Posted by FaEzHussain at 6:08:00 pm 11 comments
Jom Borak
|
Demi Masa
My Blog List
-
-
UPKK 2015 : Tahniah Alia8 years ago
-
Nasi & Kuah : Butang & Tembakau9 years ago
-
Perth & KK Day 310 years ago
-
9MSH2011 Final Announcement13 years ago
-