Monday 12 June 2006

Birmingham

Terima kasih saya ucapkan pada kawan-kawan, yang sama-sama mendoakan kami sekeluarga dalam menempuhi dugaan yang sedang berlaku.

Di waktu saya menulis entry ini, papa dan mama saya dalam kereta menuju ke rumah mereka di Kelana Jaya (now Malaysia about 6am 12/6). Macam-macam dugaan parents saya terpaksa hadapi di Karachi tu. Walaupun mendapat layanan baik, tapi iye la, negara orang, terpaksa banyak bersabar. Papa saya di hospital hingga pagi/petang Sabtu. Bila jantungnya dah stabil, lutut dia pula bengkak (kat sini pun dah bengkak sedikit beberapa hari sebelum balik, pastu ok), dan tak dapat nak berjalan. Doktor di sana, buat Xray dan juga scan jantung papa saya sebelum dibenarkan keluar. Flight yang sepatutnya mereka naiki jam 11malam Sabtu (waktu Karachi) didelay pula, sebab masalah teknikal. So, jadual terbang ditangguh lebih dari 12jam, dan semua penumpang dapat bilik penginapan di hotel airport tersebut. Tak dapat saya imagine camner la papa dan mama saya hadapi keadaan ini. Akhirnya, mereka menaiki flight ke KLIA about 6-7pm 11/6. Dan tiba di KLIA dalam sejam yang lalu, adik saya no2 dan suami menjemput mereka.

Saya tak ke Karachi. Cuma makan angin dan berpanasan di sekitar England sahaja.

Birmingham

9/6 assessment day untuk course yang saya buat- Essential in Palliative Care. Bertolak dari Sheffield, jam 645pagi. Saya tiba di stesyen 640, berlari-lari menuju ke keretapi. Keretapi tak penuh, jadi saya duduk di tempat bukan mengikut no seat dalam tiket saya (sebabnya seat yang sepatutnya, ada orang disebelah dan dia pun meletakkan laptop dan beg dia di 'seat saya').
Dapat la saya membaca balik satu chapter sebelum tiba di Birmingham Station. Pemandangan dari dalam keretapi.


Saya berkesempatan mengambil gambar stesyen keretapi ni, sementara menunggu keretapi ke tempat exam.
Geram betul tak dapat nak upload gambar. Jadinya, saya buatkan slides-show. Ada cerita pasal Birmingham ni. Untuk visual sila rujuk pada slides-show.

Saya tiba di tempat exam, jam 900 pagi. Perasan, sayalah yang terawal, rupa-rupanya, ramai dah ada. Director course ini, memberi taklimat pendek, dan juga menasihatkan kami untuk retail therapy selepas exam :D. Periksa bertulis, 1 jam sahaja. Ada 4 soalan, dan setiapnya ada lagi 5 soalan kecil-kecil. True atau false dari 5 jawapan yang diberi. Salah jawab, tolak satu markah. Tinggal kosong takde markah. (so saya ada lah tinggal beberapa soalan tanpa jawapan). 4 lagi soalan yang wajib betul semua ialah yang berkaitan dengan cara nak mengoncak penggunaan morphine. 1120, exam lisan saya. 2 case senarios. Alhamdulillah, lancar jugalah lidah ni berkata-kata. Lebih kurang 1140, saya habis, mulanya nak tunggu aje hubby dan rombongan kat situ, tapi rasanya lebih baik saya pusing-pusing bandar Birmingham.

Dan bermulalah 'window shopping therapy' saya. Mula-mula selepas turun dari bus saya ternampak Bull Ring Indoor Market. Menarik ni, jadi saya ke situ. Wah, segala macam seafoods yang segar-segar, sayur-sayur exotic saya terjumpa. Geramnya, nak beli, tapi memandangkan perjalanan masih jauh, hanya melihat sahaja. Di halal butcher, ada perut, ekor, kaki....seronoklah pada mereka yang suka makan bahagian-bahagian ini.


Slides:Tempat exam dan juga Bull Ring Indoor Market


Di sebelah market ni, ada lagi satu market namanya, St Martin Market. Kat sini memang semua barang-barang kering. Yang merambangkan mata saya ialah banyaknya gerai English curtain. Gerai yang pertama saya lalui, tokey nya kata £10/meter, kain jenis tebal. Dalam hati saya, 'mahai nyer!' Di gerai-gerai lain, ada sampai £1/meter. Kalau ada hubby saya ni, mau dah saya borong banyak, sebab ada juga pendapat dari dia, corak mana yang cun. Ada gerai lace, alat make-up, baju-baju, kasut-kasut (saya tak berkesempatan nak mengambil gambar sebabnya, terlalu asyik dengan harga curtain murah, dan bateri fon dah nak habis). Keluar dari market ni, ada lagi sambungan, outdoor tapi ada atap. Kat sini, banyak gerai buah-buahan dan juga sayur-sayuran.Sempat saya membeli 10m kain curtain dan sedikit buah-buahan.

Slides: St Martin Market dan Outdoor Market.



Saya berjumpa hubby (bila mereka sampai) di dalam Bull Ring Center,dan insist, next time kena datang lagi ke sini, untuk shopping kain langsir. Destinasi seterusnya Oxford.

Cerita London, sambung entri selepas ini.


NB: Saya baru telefon mama saya, mereka telah selamat sampai ke rumah, Alhamdulillah. Kesian papa saya, dia tak dapat nak berjalan kerana sakit kedua-dua kaki kerana gout. Semasa di sini, ok aje kaki dia, mungkin sebab dia relax dan takde nak pikir hal-hal kerja. Mungkin juga dia sesuai dengan udara sini... :D. Harap papa bersabar dengan apa yang berlaku.

17 comments:

Kaklong Syikin said...

wah..english curtain yg tak tahan tu...cantik2nya..warna2 dan kombinasinya cantik2 meruntun nafsu saya..hehe..

alhamdulillah, parents selamat sampai.

eh, ada lagi exam ke?

Unknown said...

alhamdulillah parents akak dah sampai.

Geramnya tengok sayur2an dan buah2an tu kak. Belum lagi pusing bandar Birmingham,...kena jejak ni, Nasib tak jauh sgt mcm Land's End..hihi.

Unknown said...

mintak maaf nak tambah....hihi

yus pun dok asyik buat slide tu, sbb susahnya nak upload gambar....asyik hilang jer...entah mana pergi agaknya.

FaEzHussain said...

Puan Syikin,
ha'a, tgkkan curtain tu, rambang mata. kain jacquard pun £1/m, tak ke rasa kelabu mata nak beli.
Alhamdulillah, parents saya dah selamat sampai. dorang sedang rehat2 kat rumah.
rumah dah ade gula ke?

Puan Yus,
Jom kita ke Birmingham......

Ajzie said...

Adoooi suka nya Ajzie..Nak gie jugak.. Jom ler kita buat rombongan kesana...hihihi. Yus join sekali tau, takut langsir sama nanti kat Parit Raja..hihihi

KAMATO said...

Alhamdulillah, parents selamat... tak berajat ke sini ke.. world cup

Kaklong Syikin said...

hehe..suami baru dpt beli sekampit 1 kg tu jer..tak taulah ada lagi ke tak kat kedai tu. cuma yg bestnya baru2 ni ada rampasan besar oleh pihak berkuasa drp pembekal yg sembunyikan gula.

Ayu Mohamad said...

Faez,
alhamdullilah keluarga awak dah sampai ke rumah.semoga semuanya baik2 aje yerrr...
syioknyaaa retail theraphy

aNIe said...

Faez...lama akak tak menjenguk kemari...rupa-rupanya mama & papa Faez dah pun selamat tiba. Alhamdulillah....

Moga sakit papa Faez akan segera sembuh....kalau gout ni kata orang memang menyakitkan..biarlah dia rehat dulu

Izhal said...

Alhamdulillah semua dah ok...makin syok pula kehidupan Puan Doktor sekarang ni lepas duagan nooo ;)

NBK466 said...

Eh...camner laa durian leh tersesat ke England nie? he..he..he..

Langsir2 tuh cam kek Nilai Square jerk..he..he..he..

Literature Sushi said...

Nice to see everything's ok now...

FaEzHussain said...

Puan Ajzie,
Jom kita ramai-ramai memeriahkan bandar Birm.

Tuan Kamato,
Cukuplah hanya menonton dari TV. Bak kata seseorg, duduk di rumah lagi best tgk bola, boleh pakai kain pelikat.... :D

Puan Syikin,
:D. Ingat nanti, inlaws saya balik, nak masukkan gula sekampit dua dalam beg deme...hehehh

Puan Ayu,
Iye retail therapy memang syiok..dpt bill cc, terpeleot poket nak bayor nyer..

KL,
Alhamdulillah papa saya dah makin sihat.

Tuan Izhal,
Kalau Allah tak duga kita, kita lupa kan? Selepas tau parents saya dah selamat di tanahair, baru la mood saya ceria sedikit.

Tuan nbk466,
hehe..teman idok pgrenoh pegi nilai, idok la tahu...
doyan dah naik taraf antarabangsa dah....taktau la deme omputeh makan ke idok...

Tuan Raiedzall,
Syukur Alhamdulillah semua makin ok.

Kiah Kardashian said...

hish best jugak Birmingham yerk? Reminds me trip ke london 2 tahun lepas...argh...nak pergi balik entah biler nak dapat peluang tuh. kain langsir sampai 1 pound best tuhhhhh!!!. nasib baik tak g birmingham hari tuh..hahhaha.

simah said...

Alhamdulillah la mak n ayah Faez dah sampai malaysia..

banyak gila upload gambaq dlm slide show..ni kira balas dendam sebab ari tu tak dapat upload gambaq kat blog la ni yek?

Sya said...

Alhamdullilah parents dah sampai di rumah. Berehat di mana2 pun tak sama dengan rumah sendiri.. lebih tenang.

FaEzHussain said...

Puan Zakiah,
Bebila ada time n ongkos, mai la sini lagik. kita pi stoke dgn birm..retail therapy,dpt bill dok kat tepi....hahahha

Puan Simah,
ha'a itu pasal la, geram punya hal jenuh upload, byk tak lekat..last resort guna slides

Kak Sya,
Alhamdulillah, parents makin sihat. ayah saya pun sambung cuti, tak tau sampai bila...kurang2 biar lah dia dah ok byk baru masuk opis balik.

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :