Friday, 9 June 2006

Terkini

Syukran saya ucapkan pada kawan-kawan yang telah memberikan saya semangat untuk hari-hari yang penuh dugaan ini, samada dalam blog, YM ataupun telefon (thanks WS, ur call is truly appreciated).

Papa saya, Alhamdulillah dah semakin ok. Dah tak perlukan oxygen lagi. Dan dah ditransfer ke bilik single with attached bathroom. Selama 24jam yang lalu, dia di single room, tapi tiada bathroom sendiri. Kesian mama saya hampir 48jam tak bersalin pakaian. Solat di bilik itu, dan baju yang dia pakai sejak naik kapalterbang di petang Selasa lepas. Tadi saya called lagi, dan terus dapat bercakap dengan mama saya. Terdengar suaranya keletihan. Sedih saya, tak dapat nak ke sana, untuk temankan mereka. Lewat petang Karachi time, adik no2 saya called mama, dan menerusi adik no4 saya (yang berYM dengan saya), dia beritahu yang pegawai MAS telah membawa mama mencari persalinan pakaian dan menukarkan duit ke rupee. InsyaAllah, esok (Jumaat) doktor nak check ICD/pacemaker ayah saya, and andainya semua ok, dia akan di discharged. Malam Sabtu, baru ada flight ke Kuala Lumpur. Semua tu, boleh diuruskan oleh pihak MAS.

Hospital yang papa saya kena admit ni, nama nya Aja Khan University Hospital. Menurut mama, hospital ni private. Untuk 24jam, kena charge 25,000rupee (RM about 1600). Nasib baik mama saya bawa kad kredit dia. Parents saya memang ada travel insurance (atas personal advice dan insistance dari saya sebelum mereka ke sini kena beli travel insurance), malangnya tarikh luput insurance tu pada 6/6/6. Jadi, sepanjang berada di hospital itu, kena bayar dari poket sendiri lah. Tapi takpe, janji papa saya dah selamat distabilkan. Alhamdulillah. Tapi hati ini masih gusar, selagi mereka tidak jejak kaki di bumi Malaysia, selagi itu lah hati saya tak tenang. Hanya pada Allah saya panjatkan doa, agar mereka berdua selamat kembali ke tanah air.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sebalik kerisauan melanda kami sekeluarga, ada juga berita gembira. Adik no4 saya berjaya dengan cemerlang dalam Diploma in Hotel Management dia. Semester 6 ni CGPA dia hebat. Untuk Diploma ini dia dapat Anugerah Naib Cancelor. Terrer! Kakak dia yang sorang ni, dulu-dulu masa study, asyik pass aje, takde nak dapat distinction pun. Tapi takpe, janji lulus on time! Sekarang ni dia sedang menunggu keputusan samada dapat sambung degree atau pun tidak. Dalam masa ni, dia jadi seorang 'suri rumah', adik saya no3 (yang sedang mengandung sulung) sekarang berada di Kelana Jaya, menjaga rumah mama papa dan juga menemankan adik no4. Adik no5, sedang bercuti sekolah, dan mungkin lepas ini tak ke asrama dah, sebaliknya sanggup dia berulang-alik (menumpang kawan) dari KJ ke Shah Alam. Apa-apa sahaja, asal dia mau belajar (lagipun keputusan exam dia baru-baru ini, agak mengagumkan kami)

------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk suami tercinta, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita yang ke 6 pada 11/6 ni. Dinda berdoa agar rumahtangga kita kekal dunia akhirat. Sentiasa disirami kasih sayang. Maaf dan ampun atas segala kesalahan dinda. Sedangkan lidah lagi tergigit...


------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini pre-date entry, sebab esok lepas exam di Birmingham, hubby dan rombongan (F+MIL & kiddies) akan jemput saya di situ dan ke Oxford (ziarah kawan hubby) dan ber-weekend di London. (mungkin akan lepak di mana-mana spot ada TV besar untuk menonton England 1st match Sabtu ni... :D) Atau saya mungkin terbang ke Karachi, if things haven't make any good progress over there.

11 comments:

PB said...

PB doakan semua akan berjalan dengan lancar untuk Faez dan juga untuk papa dan mama faez. Insyaallah papa akan bertambah sihat dan kuat.

Selamat ulangtahun perkahwinan, semoga kasih sayang akan terus berpanjangan. Walaupun di waktu gembira mahu pun di waktu kesusahan.

Have a nice weekend untuk family Faez.

p/s: PB pun dah lama tak makan pulutbakar. Miss sgt sgt pulutbakar yang arwah nenek buat....

Syikin said...

aduh..menitik air mata saya baca emergency kes papa Dr dlm flight tu.dpt imagine mcmana kelam kabutnya keadaan dan situasi serta keresahan Dr. adik beradik. alhamdulillah dia diberi rawatan pantas.

good luck for the exam.

moga suami dr. panjang umur n murah rezeki utk menjaga dr. anak beranak.

insyaAllah, keadaan ayah dr. akan bertambah stabil dan dr. juga kena exam dgn tenang.

oh ya, selamat menerima tetamu lagi :)

NBK466 said...

Alhamdulillah. Kata org tuhan menuji hamba2 yg disayangiNya. Hebat2 jugak adik beradik doc nie dlm akademic...and Happy Anniversary. Ramai gak geng bloggers sambut anniversary bulan nie nampaknya.

p/s : Baik juga dgn budak2 medic masa di Sheffield dulu tapi dah 10 years...

Izhal said...

Ya-Allah ya tuhanku, stabilkanlah ayah FaezHussain supaya boleh pulang ke Malaysia dengan cepat dan panjangkanlah jodoh pertemuan dia dengan anak cucunya... Amin yarabbal al-amin...

ps-tahniah hebat tu score diploma... take care doc...

simah said...

saya terlepas the previous entry about ur dad..i am sorry to hear about ur dad...insyaAllah dia akan sihat dan boleh balik malaysia *hugs*

n selamat menyambut anniversary? dapat hadiah special tak?

blackpurple said...

Happy 6th anniversary....

Semoga terus selamat...selamat...selamat.. dan diberkati Allah swt..!

KAMATO said...

Selamat ulang tahun..

Semoga semuanya berjalan lancar dan sentiasa dilindungi Nya

Zakiah said...

alhamdulillah sudah beransur pulih. Insyaallah akan recover secepat mungkin.

Hepi anniversary. Bulan ni mmg ramai orang sambut anniversary sebab bulan cuti skolah ler katakan. :)

mizzwanda said...

slamat ulang tgn..nak msg lama dah.tapi comment nih wat hal..heh alhamdullilah bapa k.faez dah koi ok...
orite..u tc..muahs

kasutVINCCI said...

moga papa akak cepat sembuh.
Pas tu, hepi anniversary. Moga rumahtangga yg dibina mendapat rahmat dariNYA.

Ajzie said...

Dr Faez,
Moga kekal bahagia yea..Kita pun sama tak lama lagi anniversary..hihi

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :