Sunday, 18 June 2006

Ayah

Untuk lelaki-lelaki dalam hidup saya (tak termasuk Darwish-tak cukup umur)

Papa,
Lelaki pertama yang saya kenali dan saya sayangi.

Anak seorang pembuat padi*.
Gigih berusaha, berbasikal berbatu mengejar ilmu.
Kini seorang professor .
Kagum saya melihatkan kekentalnya.
Mampukah saya menjadi sehebatnya?

Ayang,
Lelaki yang berjaya memiliki hati dan diri ini.
Sanggup bersama saya yang serba kekurangan ini.
Sedang memburu cita-cita.
Tabah menempuhi onak dan duri.
Kagum saya melihatkan kegagahanya.
Mampukah saya menjadi sehebatnya?

Abah,
Satu ketika seorang guru.
Penuh kesabaran mendidik anak-anak.
Kini sibuk melayan cucu.
Tenangnya wajah abah melalui segala dugaan.
Kagum saya memerhatikan kekuatannya.
Mampukah saya menjadi sehebatnya?

Selamat menyambut HARI BAPA sedunia.
Doakan kami menjadi anak-anak/isteri solehah dan dikurniakan zuriat yang baik-baik.

Dari
Faez, Darwish dan Nabilah

*seperti dalam surat beranak

10 comments:

Izhal said...

nama darwish tu sedap betul la doctor :)

simah said...

pandai jugak faez bersajak ..selamat hari bapa sedunia..to semua bapa sedunia.. :0)

Mama Sarah said...

tersentuh baca this entry

Ayu said...

selamathari bapa kepada semua bapa2 di seanterio dunia..

blackpurple said...

Selamat... selamat... selamat...

Tiada bapa tiada kita...

Ajzie said...

Selamat HAri BaPa..utk semua

yus said...

Ada bakat bersajak kak faez ni...heheh. Selamat Hari Bapa untuk semua bapa2 dan yang bakal menjadi bapa.

Zakiah said...

Ini ilham datang masa cucuk patient ker? heheheh...

nice entry. happy father's day untuk orang di UK.

FaEzHussain said...

Tuan Izhal,
maksud darwish='the pious one' @ yg warak. memula prasan la ingatkan takde sapa la akan berminat dgn nama ni, tup2 dpt tau 2 member kami dan cousin hubby pun buh nama tu-anak deme baya darwish kami...

Puan Simah,
bukan pandai pun tapi itu input summary dari apa yg tengah pikir hari tu. malaih nak tulis pjg2... :D

Puan MamaSarah,
iye ker? luahan hati saat tu.

Puan Ayu,Tuan BP dan Puan Ajzie,
Selamat hari bapa.....

Puan Yus dan Puan Zakiah,
idea dapat sebelum gi carboot ahad lepas huhuhuhu........

NBK466 said...

Wah....jiwangzzz jugek nih..he..he.he..

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :