Wednesday, 14 June 2006

Intermission: Demam...

Ceh wah, macam dalam VCD pirate plak, siap ada intermission...
Bukan apa, lately ni 'tak sihat' sangat. Demam. Ramai kena. Cepat merebak jangkitan nya.
Kat rumah ni, hampir semua kena, paling teruk hubby dan FIL.
Saya pun kena jugak, tapi tak lah teruk.
Dengarnya lama gak nak baik demam ni.
Bila masuk time tengahari sampai la ke malam, teruk la demam ni.
Lepas tu kebah sikit, esok kena lagi.
Ambil ubat pun tak jalan.
Diagnosis saya: Demam Piala Dunia FIFA.


Darwish bersama footballers dunia, di pekan Sheffield.


Semangat pemandu truck di pekan Birmingham.

Papan iklan kempen untuk bersihkan bandar. England pernah menang piala dunia 1966. Itu yang 40 tahun tu. Pekan Birmingham.


Di tepi pasar di Birmingham pun bersemangat kibar bendera England.


Banner di pekan Nottingham.

Penyokong England menyejukkan kaki di Trafalgar Square, Kota London sebelum perlawanan dengan Paraguay Sabtu lepas.

Blogger dah buat hal, takleh nak upload gambar plak dah!

Kita tengok slides pula lah.





Kesimpulannya, agak sukar untuk tidak teruja menyokong England. Walaupun begitu, saya kagum dengan African teams, yang mampu masuki piala dunia ni.
Tapi kena beringat, jangan terbawa-bawa kibar bendera St Georges ni di Scotland, deme jaki tak dapat masuk world cup finals kali ni....

Bila agaknya Malaysia dapat masuk piala dunia?

PS: Cerita London, ada menarik, lepas ni la ye...

5 comments:

sarahjiha said...

Faezah,
Kat mana kedai langsir tu..seronok juga nak pergi..sebelum ni pernah jugak gie Birm..kilang coklat tu and Queen Ann..ni ada tempat shopping baru..tolongla beritahu..he..he..
Semuaga parents faezah sihat di Malaysia...

FaEzHussain said...

puan sarahjiha,
terima kasih sudi ke humble blog saya ni.

ha'a birm tu, ada saya tulis dalam comment kat blog akak.

salam perkenalan.

simah said...

bola selagi tak abis..ramai gila demam..faez sekal ka demam?

NBK466 said...

Memandangkan rasanya tak dapek nak tgk M'sia masuk pusingan akhir WC nie.... Sokong lah kampung halaman den lagi satu nie C'MON ENGLAND.

p/s : faez sokong England tak?

FaEzHussain said...

puan simah,
takde la demam teruk sgt, tapi terkena la jugek.

tuan nbk466,
teruja gak sokong england... takleh lari daaa....mana2 pun englurnddd jek

Jom Borak

Name :
Web URL :
Message :